Wednesday, June 16, 2010

Lelaki Calon Syurga

Lelaki calon syurga :) Sedap title nya. Pagi tadi selepas siapkan nasi goreng untuk breakfast encik abang, sy berkesempatan menonton tv9. Tanyalah ustaz tak silap sy.

Wanita nak masuk syurga mudah bagi para isterila kan. As long as, menunaikan solat dan berpuasa serta taat kepada suami insyaAllah ke syurga tempatnya kelak. Bagi lelaki pula, sudah tentulah kan syurga mereka di bawah telapak kaki ibu. Sebagai isteri kita adalah tulang belakang suami dalam membentuk keluarga hassanah. Bila kita taat kepada suami, insyaAllah suami pun akan sayang pada kita selalu. Memberi yg terbaik utk kita juga :)

Ustaz tu beri contoh Asiah isteri Firaun. Ialah, seteruk2 suami kita tidaklah seteruk dan sekutuk Firaun kan :) Walaubagaimanapun, Asiah tetap taat kepada perintah Firaun atas perkara yg baik2 la. Yg buruk dan dilarang tidak diikuti. Kenapa kita tidak menjadi seperti Asiah?

Dalam perihal kehidupan sy, adakalanya terlepas juga 1-2 patah kata yg membantah atau mengeraskan kepala terhadap arahan encik abang. Tp kemudian lekas2 tersedar dan memohon maaf. Manusia. Tidak lari dari kesilapan. Adakalanya memang kita rasa betul tp apalah salahnya kalau kita beralah. Ikut kan saja apa yg disuruh asalkan baik pada kita dan agama.

Makanya di sini, bila ingin memilih suami pilihlah mereka yg ada 'rupa' calon nak masuk syurga :) Untungnya, mana tahu kita pun akan dapat masuk syurga kelak :) InsyaAllah.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

SyidaMislan said...

tak pandai nak baca rupa orang, camne?

[-suziey-] said...

aah btl..kalu suami kita menuju ke arah ke syurga..insyaAllah isteri akn terikut skali dgn bimbingan...

Huda said...

syidamislan - hehe..agak2 je kut :)

suziey - insyaAllah, mudah2 an kan :)

CuppyCakeMommy said...

sama2 kita doa jadi bakal calon syurga ok

Huda said...

cuppycakemommy - amin..mudah2 an :)

p!nkerton said...

wah menarik ;) tula, mmg selalu kena muhasabah diri. jgn smpai suami hilang sabar dgn kita lak kan huhu



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi