Thursday, July 01, 2010

He's my idol

Entry ini khas tentang encik abang sy.

Malam semalam sudah berlalu farewell party for him kat Hotel Residence Paka ni je. Based on encik abang cerita, (pasal sy tak join pun) kehadiran staff di luar jangkaan. Ramai rupanya yg hadir memeriahkan suasana. Paling ramai kut dalam sejarah buat farewell party kat luar stesen. Termasuk staff2 bahagian operation semua.

suatu ketika di Swiss...

Biasalah, bila majlis2 ni mesti ada ucap2 semua kan. GM cakap sikit, bos HR sikit, bos maintanance sikit, bos itu bos ini. Semuanya cakap wish good luck and yg manis2 la kan :) Ok sampai masa open untuk sesiapa yg memberikan ucapan, walla ramai tak hingat rupanya nak beri ucapan to encik abang. Termasuk pomen encik abang masa duduk electrical dept dulu. Yg kelakar sikit, jiran kami sebelah rumah ni siap bernasyid. Tp sedap nasyidnya kata encik abang. Nasyid mengenai sahabat. Bagus2. Ketua bahagian operation pun beri ucapan. Quote ucapannya "sy jarang terlibat dgn exec ni tp bila sy dengar nama encik sazli tu yg buat sy mari malam ni..." then dia sambung, "encik sazli ni bagusla, sy kenal dia masa kerja sama commissioning block 4B, pukul 3-4 pagi pun dia masih cool and relax. Tak de marah2 macam orang lain. Sy sukala kerja dgn dia ni... " itulah antara kata2 pujian untuk encik abang sy ni. Terharu pula sy mendengarnya. If sy ada dalam majlis tu for sure sy akan menangis terharu.

Memang pun, encik abang ni bab kerja dia memang fully commitment dan teratur semuanya. Kat rumah pun so far macam tu la. Tp garang sikit :) Hehe. Tegas actually kan. Bagusla begitu kang tak pasal2 sy pijak pulak kepala encik abang kalau dia tak tegas. Sy ni dah la jenis childish sikit. Umur dah banyak tp macam kurang matang dan cepat melatah. Huhu. amik ko Huda, satu dunia tahu ko macam budak2 Biasala, merajuk2 gitu. Nak merajuk dgn siapa lagi kalau bukan laki sendiri kan :P Suami kita idola kita la kan. Hehe. Since sy kenal dia masa zaman studi dulu sy dah start admirer kat dia ni. Tp time tu admirer biasa2 je la. He's a nice person and smart. Tersangat bijak pada pendapat sy. Husna la ni banyak dapat gen bijak dari encik abang :P

Farewell untuk sy tak ada ke? Erm, ada juga. InsyaAllah Khamis nx week anjuran kakak2 Pelitawanis. Rasanya sedih sangat nak tinggalkan Paka ni. Walaupun Paka tak ada mall, tak ada hiburan melampau2 macam kat KL, tp kami terhibur dgn envi di sini. Aman. Damai. Tiada jamm. Tiada toll. Tiada hipokrit jiran2. Dan kami belajar banyak benda tentang agama dan kehidupan sebenar di sini.

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

nieda said...

kenangan dan momen terindah kan..sama mcm nida, my hubby is my idol..

SyidaMislan said...

part takde toll tu yg ai like!not like kl yg ada toll berderet.

yatie chomeyl said...

mesti boss hubby huda syg nk lepas hubby huda pindah kat tmpt baru kan

Huda said...

nieda - hehe..dia kan power kita :)

syidamislan - betul tu..best x dok toll

kak yatie - gitula nampaknye, tp patah tumbuh hilang berganti..kan :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi