Thursday, July 08, 2010

Tak Takut

Salam hari Khamis.

Semalam seharian sy tidak berblogging sebab pergi bawak Husna chek up di KSH (read: Kuantan Specialist). Sampai KSH jam 11am. Register dan tunggu turn untuk chek up. Sementara nak tunggu tu, penat juga duk mengawasi si kecik ni. Tak reti duduk diam. Memang betullah ramai yg kata, bila anak dah jalan ni jenuh juga nak mengejarnya :) Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Nak masuk bilik doc la, nak main wheelchair la. Aish! Hehe. Encik abang dari sedap2 duduk online (chek email katanya). Terus offline dan sibuk juga mengawasi Husna. Gilir2 la yer :)

Then, tiba our turn. Dr. Sri namanya. Pakar ENT yer puan2. Doc tanya beberapa perkara regarding telinga Husna tu. Lepas tu, doc guna kamera yg boleh masuk dalam telinga tu untuk chek. Husna behave tp kepala tak reti diam :) Kenala minta tolong staff nurse pegangkan bg dia diam. Doc chek both of her ears. Clean seh tak ada tahi telinga :) Rajin betul ummi duk clean2 kan every week tu kan Husna (puji diri sendiri). Lepas tu, doc kata ok tak ada apa. Infection tu hanya di luar telinga disebabkan oleh bengkak. Bengkak tu jadi sebab Husna duk garu2 telinga dia (baby ekzema kan) Sampai bernanah jadinya. Tp semalam Alhamdulillah dah tak ada nanah tu. Doc advised pakaikan sarung tangan dan cut sikit rambut di tepi telinga dia tu. Huhu. Dapatla ubat titik untuk telinganya.

Selesai di KSH, kami pergi lunch area bandar Kuantan tu. Then, jalan2 makan angin kat East Coast Mall. Disebabkan sy selsema dan tak berapa nak sihat, maka tak berapa ada moodla nak bershopping bagai. Duk teman Husna jalan2 saja. Tak takut orang langsung budak kecik ni. Suka hati dia je nak masuk mana2 kedai. Alahai anak ummi, janganla buat macam ni selalu. Jenuh ummi and abah nak mengejarnya. Takut hilang pun yer. Nauzubillah min zalik.

Nampak ball, duk sebut2 ball..ball..last2 abahnya ambilkan juga. Tp dia bawak main keliling tu je. Hehe. Kat rumah dah ada 2 biji ball size tu :) Tak adanya abahnya nak belikan lg...


jadila yer..bawak main kat dalam tu je..


until next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

alhamdulillah..dah ok skit tak bernanah kan :)

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

sama lah dgn balqis...suka sangat dgn ball dah ada banyak kat rumah pun nak jugak soh papanyer beli...

atfina said...

heheh... budak dah ada kaki... mmg jenuh nak di kejar...

baik jugakla husna mau diam dr check telinga kan... kalau my doter tu rasanya dah meronta ronta kot...

yatie chomeyl said...

husna pun suka main bola ek? ni mesti sbb demam world cup skrg ni neh hehe

p!nkerton said...

hehe tu la, smentara drg nak 'cerdik' ni mmg jenuh nak kejar kan, especially kat shopping malls. lepas kang takut hilang/ pecahkan barang kat kedai huhuh..

ibu_Arifa said...

anak saya pun mcm tu..tak takut org..dia takut kat nurse dan doktor jer. kalo kat luar siap main sorok2 lagi tu...saya yg tension sampai nak putus nyawa..panggil nama nya..last2 dia tersengih2 bila kita dpt jumpa dia.

nieda said...

sib baik telinga husna xde apa2kan..budak baru belajar jln semua benda nak explore..jap lagi giliran humaira plak

Izan Ishak said...

oklah xde apa2 ye telinga husna tu. hmmm...suka bola jgk ye si kecik husna ni!

chugie said...

amboi.. makin bijak dh anak dara sorang ni ye..

fatin pn sama gak huda.. sejak dh berjalan sakan ni, x nk dh kite pegang die.

SyidaGorjes said...

budak-budak ni bila dah dapat kaki, kita yang penat.salah satu cara nak bagi hilang penat masa shopping ialah - beli utk diri sendiri.cnfirm ok lps tu.

CuppyCakeMommy said...

samalah..anak dara saya juga gila bola..heheheh



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi