Wednesday, August 18, 2010

Alkisahnya sy menghilang

Sekian lama sy nak update blog tp tak dapat2. Kenapa yer? Itulah masalahnya. Semua ini ujian daripada Allah, sy terima dgn redha.

Isnin baru ni, gempar anak saudara sy, Syifa' (bulan 9 ni genap 2 tahun umurnya) masuk wad kat Hospital Changkat Melintang, dekat dgn rumah PIL. Sebabnya tidak dapat dipastikan. Apa yg pasti, 2 hari before Syifa' asyik muntah2 dan cirit. Kemudian, nak jadi cerita Husna pun mengalaminya. Muntah2 dari pukul 3am Isnin. Cirit pagi esoknya. Encik abang pun demam dan cirit birit. Rupa2nya Asrul dan Ezlan, adik2 encik abang pun alaminya juga. Apa kes? Kak Long jgn cakapla sakit perut juga dgn nak menghandle Syifa' kat wad lg. Musibah apa yg melanda keluarga kami ini? Astaghfirullahalazim...sy berpendapat ini semua disebabkan ada makanan yg beracun. I mean here, mungkin bahan mentah rosak sebelum dimasak. Kami makan masak sendiri, tak beli pun except for kuih2 la.

Tp, Alhamdulillah sy tidak pula mengalami sakit2 itu. Bagus juga, if sy pun turut sakit bagaimana nak handle encik abang dan Husna sekaligus. Oh yer, encik abang siap MC 2 days. Terpaksa batalkan puasa sebab dah dehidrasi kan. Sungguh sedih bila sy melihat dan mendengar orang2 di sekeliling sy jatuh sakit begini. Macam dirancang2 la kata orang. Yerla, Allah yg rancang semua ini kan. Kita harus terima dgn redha. Syifa' direfer ke Hospital Ipoh, 2 malam lepas terpaksa masuk ICU sebab dah 6 kali kejang. Alhamdulillah, semalam dapat dengar suaranya menjerit2 dalam telefon. Dah stabil sikit. Kami tak dapat nak melawat Kak Long kat hospital Ipoh sebabnya encik abang pun belum sihat sepenuhnya. Husna pun dah beransur baik, tp semalam ada selsema sikit.

Takziah untuk keluarga sy. Semoga kami tabah hadapi segala penyakit dan kesukaran yg mendatang. Oh yer, sebelum sy terlupa...adik ipar sy aka Pak Andak Husna dah pun selamat sampai ke Malaysia pagi semalam dari Jepang. Pulang bercuti dan buat practical katanya. Tp kami tak berkesempatan lagi untuk bertemu, insyaallah nantila kan.

Ok2. Sy berusaha nak stop di sini dulu. Ada plan nak apply streamix sebab line broadband kat rumah ni teruk sangat. Doakan kesihatan kami yer, semoga doa2 anda semua dimakbulkan. Amin~ Sayang anda semua...

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

ApasH said...

semoga semua kelaurga huda kembali sehat..amin..hug & kisses for husna..

atfina said...

Salam huda, syifa' umur berapa tahun ? kesiannyer...sampai kejang2. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadat...

chugie said...

sinnye husna.. selamat dh sihat dh tu..

dugaan di bulan puasa kan? bukan semua dapat ujian ni.. hanya org2 yg DIA sayang je.. sabar dan tabah ye huda.. moga semua kembali sihat sedia kala.. take care!

nieda said...

kesian, plg simpati kena dekat budak2...moga anak buah cepat sembuh..begitu juga dengan famili huda..setiap kejadian ada hikmahnya

Yan said...

salam kenal...

moga huda & famili sihat selalu

p!nkerton said...

get well soon huda & family.. byk2 bersabar, semoga semuanya akan elok mcm biasa :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi