Thursday, August 26, 2010

Apa menu hari ini?

Petang semalam, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di luar. Di mana? Di stesen tempat kerja encik abang saja. Jamuan iftar dan majlis sempena meraikan kejayaan stesen dapat achieve apa tah sy pun lupa. Turut diraikan anak2 yatim dan kurang bernasib baik.

Makanan yg terhidang sungguh mewah ok. Nasi beriyani dan lauk pauk, ada kambing bakar dan air sirap bandung. Kurma and kuih muih pun ada. Cendol pun ada. Alhamdulillah. Husna sy pakaikan baju kurung raya tahun lepas. Masih muat. Siap dapat duit raya khas untuk anak2 staff tnb. Seronokla Husna! :) Dia pun tak meragam. Ok je sepanjang berbuka. Makan jangan tak makan. Suka agaknya makan nasi beriyani tu.

Then, solat Maghrib. After MAghrib encik abang hantar kami pulang ke rumah. Isyak encik abang kembali ke surau stesen untuk terawikh. Sy di rumah saja. Surau penuh sesak dgn isteri2 anggota kerja yg lain. Kasihan pula takut Husna letih dan meragam menunggu nanti.

So, apa menu hari ini? Sy cadang nak masak ayam masak kicap saja and goreng ikan merah. Simple la kan. Air cincau sudah. Hehe. Okla, jom kita mula memasak. Till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

yatie chomeyl said...

menu akak hari ni dgaing bakar cicah budu je hehehe

nieda said...

menu simple air tangan isteri lagi sedap.hehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi