Thursday, August 05, 2010

Atok ... Ninik ...

Pagi tadi lepas bangun, bawa Husna turun bawah. Sambil layan2 dia main jap, lepas tu sy tanya
Husna.

"Husna...atok mana atok? Nenek mana?..."
lalu Husna menjawab...

"atok...ninik...ninik..." (ninik tu refer as nenek)

ok sambil kakinya memanjat tangga2 untuk ke atas. Seriyes ok! Husna naik sampai atas sambil panggil2 ninik..ninik..atok.. lepas tu boleh tuju terus ke bilik yg tempat atok and neneknya tidur beberapa malam yg lalu. Siap ketuk2 pintu tu. Sy pun apa lagi, tolong bukakan pintu bilik tu. Cakap kat dia, tak de la. Husna pun jawab, "tak de..." Sedih sy lihat. Bergenang gak air mata ni. Sy pulak terlebih emo. Yerla..ibu abah sy kan. Huhu.

Petang semalam mereka dah balik ke Johor. Naik bas from Manjung ni. Adik2 lelaki sy yg 2 orang hari tu datang sekali dah balik dulu sebab masing2 ada kerja perlu diselesaikan. Sedih juga rasa hati. Tp tak apa lah, mereka perlu balik. Abah sy masih menjalani treatment kan untuk kakinya tu. If kaki abah dah ok, bila2 je dia boleh tekan minyak datang sini selalu. Tak apa, bila2 nanti kami pulak yg pulang ke Johor.

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

yatie chomeyl said...

husna rindu atuk & ninik ye



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi