Friday, August 13, 2010

Husna Bangun Sahur

Pagi tadi sy dah dengar alarm berbunyi jam 5. Tp sy cakap dgn diri sy sendiri, rilek dulu. 10min lagi. Tup2 lepas 10 min sy pun bangun semula. Husna time tu start rengek2 dah nak bf la tu. Tak silap sy dia baru je bf before tu. Ok, buat2 tak dengar je la dia merengek. Sy pun cepat2 tutup pintu dan turun bawah. Lgpun, abahnya ada kan boleh handle :)

Tak lama lepas sy masak air semua, panaskan nasi. Tiba2 encik abang bawak turun Husna yg dah tak boleh dihandle. Sudah meraung. Sayu bunyinya. Nak susu sangatla tu. Maka Husna pun berpindah tangan ke sy. Encik abang yg ambil alih sediakan makanan sahur and buat milo panas semua. Thanks encik abang kerana memahami situasi sebenar. Alhamdulillah :) Siap goreng telur semuala. Lepas tu kami pun makan sahur.

Ehem2. Cik Husna pun nak sahur sama ok! Apa lagi, sy ambilkan pinggan dan cawannya siap2. Hidangkan air masak dan nasi. Dia betul2 makan. Suap2 sendri ke dalam mulut. Alahai anak ummi nak puasa sama ke? Hehe. 1st time Husna bangun sahur selepas 3 hari.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

SyidaGorjes said...

aqid pun bangun jugak.tapi tak le sampai makan sekali.pandai la husna ni,esok da bole puasa.hehee

chugie said...

husna pun bersahur juga ye,.. baiknye die nak makan sendiri..

selamat lah fatin x bangun selama bersahur ni. kalau tidak.. mmg x jd bersahur lah kami jwbnye.

nieda said...

si tecik tu pun nak sahur sama...humaira 1st day je dia tidur nyenyak..semlm dgn hari ni sama bangun dgn mummy dia

ApasH said...

sama pe'el ngn Qaseh..cuma sahur tadi dia bangun. Pastu dia pon sibuk nk makan..heheh



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi