Wednesday, August 11, 2010

Husna ikut ummi abah terawikh

Alhamdulillah, 1st day puasa macam mana kawan2 semua? Sy so far ok lagi walaupun bf Husna. Tak banyak kerenah Husna hari ini. Susu pun rasanya Alhamdulillah maintain.

Malam tadi berpeluang ke Masjid Jamek Manjung. Ramai sungguh muslimin muslimat berjemaah Isyak dan seterusnya mengerjakan solat sunat terawikh. Alhamdulillah tiada masalah bawa Husna together. Just bekalkan dia keropok ikan and air masak, Husna senyap sepanjang sy bersolat. Tp, sekali sekala dia minta juga susu, time nak bagi susu dia tak jadi pulak nak susu. Malu agaknya depan orang ramai :) Mulutnya ringan memanggil2 abah..abah.. Sy beritahu abah duduk kat depan. Macam2 dia tunjuk, ipash (kipas), ampu (lampu), akon (air cond) Hehe. Sy layankan saja bila gap antara rakaat seterusnya terawikh.

Sy solat witir sendiri sebab kasihan tengok Husna termanggu2. Time witir tu
ramai dah balikla. Husna seronok tengok ruang solat wanita dah kosong. Siap jalan2 dan usha2 kakakak2 kecil. Seronok je kakak2 tu melayan Husna.

Husna sibuk nak jalan2 and berlari :)

Husna dan ummi sempat candid :)


Kemudian, kami pun pulang setelah abah selesai solat witir bersama imam.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

CuppyCakeMommy said...

oklah..mlm ni try bawak keropok ikan pula..hihihi

nieda said...

alhamdulillah, good girl Husna

A N A K - A N A K K U said...

alaaa bgsnyer husna, sy nie xdpt nk g terawikh ngan dak 2 org tue

ibu_Arifa said...

tak berani pulak saya nak bawa dalila berterawih.. selalu kalo singgah sembahyang kat masjid2 on the way kemana2 pun dia dah lari2 merata ceruk masjid dah..siap panggil2 abah lagi.. tak pun dia buat bunyi "ahh..ahh" kuat2 nak kasi dengar gema dlm masjid.

good girl lah baby husna ni..muahsss sikit kt pipi tu.

Mask-roll said...

bgs nye husna... gud girl husna..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi