Monday, August 02, 2010

Rancangan bulan puasa

Salam hari Isnin :)

Tak lama je lagi kan kita nak menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Rasa macam esok lusa je. So far, sy tak buat apa2 preparation pun. Kurma pun tak beli lagi. Cuma dari segi mental dan fizikal insyaAllah sy rasa sy mampu nak lakukannya macam tahun lepas. InsyaAllah.

Sy dah plan2 dgn encik abang nak bawa Husna ke masjid or surau tahun ni. Last year, sy langsung tak berpeluang sebab fikirkan Husna masih kecil dan takut mengganggu orang lain kan bila dia nangis atau merengek. Tahun ni, rasanya dia boleh bawa diri. Dgn orang lain yg dia tak kenal dia tak nangis dah tp dia tengok dulu if dia rasa ok dgn orang tu dia akan ikut :)

Tak dapat penuh ke masjid pun tak apa, at least dapat merasa kemeriahan bertarawikh di masjid or surau. Nanti bawalah toys dia, makanan kegemaran dia or buku dia. Mudah2 an menjadi planning ummi ni yer Husna :) (berangan2 dulu)

Alhamdulillah, Husna dah pun sihat dari sakit tangan, kaki dan mulut tu. Tp kan, tak tahula dah berapa ramai anak orang yg dijangkitinya sebab kami selamba je bawa Husna keluar jalan2. Minta maafla ye :) Takkan nak tinggal anak sorang2 kat rumah. Hehe.

Erm, ni ada 1 pic kami di Manjung. Credit to Encik Shahrul, photographer (siapa lagi kan, kawan kami yg tolong carikan rumah sewa kat sini. Gambar dalam rumah, nanti2 la sy ambil..tak sempat lagi nak candid :) Menjawab pertanyaan Ibu Arifa, rumah kami ni dekat juga nak ke stesen bas Manjung tu. Tak jauh mana :) Ok till next ye!

2 sejoli dan anak mereka :)



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

nieda said...

husna good girl, mesti baik je bawa p masjid nanti..insyaallah..

SyidaGorjes said...

bagusnya!kita punye wkend time bulan puasa semua dah full dgn aktiviti opis.nak nanges bole tak?huwaaaaa!



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi