Tuesday, September 28, 2010

Jalan-jalan Cari Makan Di Taiping

Sabtu pagi, sy bersembang bersama rakan2 di Facebook. Sedihlah hati sebab hajat nak ke Taiping terpaksa cancel atas sebab tak dapat dielakkan. Tiba2 tengahari tu. Teng3x!

Encik abang kata, kemas beg. Ok, FYI my husband ni kan dia jenis tak de plan2 punya. Tau2 je, ok jom! Maka gelabah sy, macam orang lipas kudung mengemas beg Husna dan beg kami. Kemas gitu2 je pakaian untuk pemergian semalaman.


Keluar rumah jam 12.50pm camtu. Melalui jalan Pantai Remis menuju ke Taiping Bandar Warisan. Tiba di Taiping jam 2.30pm. So, destinasi pertama kami ialah Kuala Sepetang.


Kuala Sepetang


Kan tempat ni, femes dgn mee udang :) Walla. Ok, part nak merasa sangat KESEDAPAN mee udang Kuala Sepetang ini, kami tuju ke gerai mee udang Mak Jah. Femes la kan kedai ni sebab tengok siap ada keratan akhbar lagi review tentang mee udang mak jah ni. Sy order nasi goreng biasa dan telur goreng. Asalnya, nasi goreng udang tp request tak nak udang. Bukan apa, kalau alergi kang, tak pasal2 menggaru je kerjanya. Encik abang pula order mee udang special. Wow! Sedap seh! Manis rasa udangnya. Dapatla makan seekor yg last sekali encik abang bg. Jadila kan :)


menu



jadi santapan lunch kami :)



Zoo Taiping


Seterusnya, kami bergerak semula ke Bandar Taiping. Destinasi dituju ialah Zoo Taiping. If pergi malam kira macam Night Safari tp dah alang2 datang petang terus masuk je la kan. Husna paling excited sambil berjalan sesuka hatinya duk melihat haiwan2 yg dipamerkan. Kalau boleh pegang dia memang nak pegang :)




sedang tunggu tram datang...


sesuka hatinya nak berjalan :)



cubaan memanjat pagar nak tengok flamingo dgn lebih dekat...



dgn abahnya...


dgn umminya...


khusyuk tengok burung kakak tua...



dalam tram mengelilingi zoo...



Ok, penginapan kat Taiping ni banyak juga pilihannya. Nak mahal, nak budget ke semua ada. Pilih je la. Kami pilih hotel biasa2 je asalkan dapat berehat dan tidur semalam :) Budget hotel la kiranya kami duduk tu.



ini lepas balik dinner...tidur tak ingat dunia si kecik ni...



Malam sebelum Maghrib ok :) Sebab boleh jamak solat, kami keluar awal untuk cari dinner. Destinasi pilihan kami ialah jalan2 cari makan di Kamunting. Memang happening malam2 minggu tu. Siap ada pasar malam lagi kat sebelah KFC. Tp tak dan la kami nak singgah, duk cari parking tak dapat2. Last2 cancel nak jalan2 pasar malam tu. So, kami makan di mana?

Sate Ekonomi dan Bihun Sup RM1.00



sate ekonomi kecik je kan :)



set nasi dan ikan bawal yg meriah...

Kat mana gerai makanan yg ada jual bihun sup murah tu? Hehe. Terima kasih banyak2 kat Faryza sebab membantu. If u all, ada perasan dalam rancangan JJCM kat TV3 tu kan (few weeks ago jugalah) ada mereka jalan2 kat tempat ni. Bersebelahan stesen minyak Petronas Kamunting. Makanan dia memang murah ok. Sate kecik molek just 15 sen per batang. Sy order nasi ayam saja. Encik abang order set nasi dan ikan bawal. Plus sate 10 batang. Makan jangan tak makan :)Sedap tu okla. Boleh recommend kat orang lain yg nak datang makan. Juga ada dijual char kuey tiaw, mee rebus, bihun sup, dan lain2 sy tak ingat. Customers jangan cakapla, masa kami datang tu pun dah ramai. Time tu before Maghrib ok. Musykil lak sy, depa pun boleh jamak ke macam kami :P

Selesai makan, balik hotel tidur. Malam tu memang kami tak ada apa plan sangat. Letih jalan2 zoo kut :)

Day 2, Ahad. Pagi jam 9.30 kami dah chek out hotel. Pergi mencari breakfast. Kami singgah di Mom's Prison Corner. Dekat je dgn Penjara Taiping tu. Nasi lemak je la pilihan yg ada. So, makan nasi lemak jagung dgn telur goreng. Sedap juga.

Lake Garden @ Taman Tasik, Taiping


Then, kami jalan2 ke sekitar Lake Garden. Masa tu, matahari dah start naik. So, terasa jugalah bahang matahari tu. Kami just jalan2 menghabiskan masa sambil membiarkan Husna explore sendiri kehijauan alam yg terpamer di situ.

jalan2 di Lake Garden...

Kawasan Paya Bakau, Kuala Sepetang

Dah boring di Lake Garden :), kami pun singgah di kawasan paya bakau di Kuala Sepetang. Saja jalan2 nak tengok sendiri paya bakau tu. Berjalan merentasi kawasan paya bakau dgn persekitaran yg menghijau. Best2! Macam2 la jenis kayu bakau yg ada terdapat di sini.

Lewat tengahari, kami pun mulakan langkah untuk pulang ke Manjung. Sampai di Changkat Jering, singgah beli cucur udang dan keropok lekor serta air mata kucing. Selesai sudah jalan2 cari makan kami di Taiping. Kalau nak ikutkan macam tak puas la kan, tp okla trip kali ni. Puas makan dan berehat. Santai saja. Husna paling seronok macam tak pernah tengok haiwan dan alam hijau :)

Kami sebenarnya dah beberapa kali sampai Taiping ni, tp inilah kali pertama kami merasai pengalaman melihat alam. Good bye Taiping, next time ada rezeki kami datang lagi jalan2.




ok, till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

SyidaGorjes said...

dah lama tak bawak aqid pegi jalan2 yang jauh,weekend je pegi beraya.meh la raya umah kita!

chugie said...

best tengok huda jalan2..

sy penah tengok kat JJCM dulu huda.. sedap tak bihun supnye? sy dh terliur tengok bihun sup org tu.. nak gak ajak hubby g taiping mencubanye.

yatie chomeyl said...

dulu2 masa study kat USM banyak kali gak gi tamn tasik taiping dgn kawan2, naik bot kayuh tu pusing2 tasik

nieda said...

bestnya jln2 kt taiping. Org perak panggil tepen.haha..Husna kena belajo ckp perok ngan autie ni. Sambil jln boleh mkn2

hadina said...

syoknye husna g jln2 dgn abah n umi...farhah nak ikut gak lah :)

Elin said...

hehhe..bestkan tepeng...my hometown tu..tapi sedihnyer..tak pegi2 lagi merasa mee udang tu. Raya cina nnt balik tepeng nk try g mkn mee udang tu lah. Tak try yong tau fu kat BOMBA ke..sedap tau..yummeh. Next time klu pegi tepeng, jgn lupa sggh mkn yong tau fu :)

HOMESTAY said...

mohon share

einazarina said...

salam perkenalan...best nye nk g mkn2 kt tepeng nie.tak sabar dah nie..hehe!nice info =)
sy dh follow blog nie

http://life-of-einazarina.blogspot.com/



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi