Tuesday, October 05, 2010

Dilema Ibu Mengandung dan Anak Masih Bf

Sy dalam dilema~~~

Kasihan pun ada, kasihan kat diri sendiri, kasihan kat anak yg kecik molek tu :(

Sy pun tak sangka, plan asal nak bf Husna dgn izin Allah sehingga usianya 2 tahun genap (as dalam hadis pun kata 2 tahun saja) Tp bila sy sudah disahkan pregnant ini, hati jadi gundah gulana memikirkan haruskah sy STOP bf Husna sekarang?

If mengikut MIL, memang sy patut berhenti. Susu ibu preggy ni tak baik untuk budak. My mom pula, dia tak paksa. If boleh bertahan, teruskan. Tp tak pula komen susu sy ni dah tak elok untuk Husna.

Mengikut kajian sy pula (eceh) yer la, sy browse thru internet so far tiada masalah untuk teruskan until dia nak stop sendiri. Sebabnya, bila usia kandungan mencecah 4 mo ++, kolustrum akan mula terhasil dan time tu susu kita dah rasa tak sedap. So, by that time...insyaAllah dia akan cuba untuk menolak bf. If itu happen, sy tak kisahla. Dia sendiri tidak mahukannya bukan sy yg memaksa kan.

Sy cuba2 juga bancuhkan susu sample yg sy request such as enfa, s26, anmum dan sustagen. Tp, Husna minum sikit2 je. Sudahnya memang tak habis walaupun sy bancuh tak sampai 3oz. Dia tetap merasakan susu umminya paling sedap. Hahaha! :)

Husna sudah 18 bulan, ada lagi 6 months to go nak capai 2 tahun. Tak lama dah tu, tp boleh ke sy teruskan? Oh no, no. Sy cuba tak nak imagine, kena bangun malam2 untuk bancuh susu Husna :P Dah terbiasa kan, Husna rengek2 je terus selak :P Nak ke mana2 pun senang, tak perlu angkut all things macam bakul, termos etc :P

One thing, sy baca bf kan boleh mengecutkan rahim kita. Dikhuatiri, bayi di dalam tidak dapat membesar dgn baik sbb rahim mengecut. Wallahua'lam. Minta dijauhkan semua itu. So, sy sekarang ini di dalam dilema. Sy terlupa pula nak tanya dgn doc Yasmin hari tu. Tunggukan saja, until end of this month sbb sy ada next appoinment time tu.

Anyone ada dilema macam sy ni? Sy baca from Ariba, dia pun hadapi same situasi but sekarang ni, anak dia dah minum fm campur2 dgn bf. Thanks for ur concern :)

ok till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 comments:

atfina said...

saya ada kawan dengan cerita yang sama... mmg betol.. sampai satu masa.. anak dier sendiri kata susu ummi dah tak sedap...so berhenti bf automatically. yang bangun tengah2 malam tu... insyaAllah boleh dilatih dier tdo xbgn... pagi baru susu..so huda xperlu runsing2 sgt..insyaAllah ada jalan penyelesaian...

Izan Ishak said...

tahniah huda...husna nak dpt adik dah ye. tp tulah kita hanya merancang, Allah dah tentukan semuanya.

mcm kak izan dulu, masa pregantkan twins.. naufal baru 8 bulan. sedih sgt masa tu sbb dia sendiri takmo bf dah. so terus je minum susu fm sampai skrg. skrg ni twins masih bf dan paling lama antara abg2nya... alhamdulillah, tapi susu pun dah tak byk sgt plus minum susu fm juga..

huda, jgn sedih2. rasanya mmg boleh bf kan husna tu selagi dia nak. cuma org kata tak baik utk bby dalam kandungan tu kena tanya doc lah ye~~

CuppyCakeMommy said...

huda..try consult ngan paed first
If ok..takde bleeding or watsnot..takde prob pun bf kan husna.
Yang penting huda sihat then should be ok..
in the mean time..cuba la juga ajar2 husna minum fm

ezan said...

ezan dah pernah mengalaminya. hati memang kena kental + kejam sikit. :((

ezan punya kes susu memang drop abis. sarah mengamuk2 xdpt susu. plus sakit sgt kat nipple tu. tp masa tu dah pregnant 3+mth. so terpaksa nekad beli susu fm kat sarah. walaupun hati berat tp terpaksa cuma memang niat lepas junior lahir nak sambung balik. insyaALLAH ALLAH tau apa yang terbaik utk anak kita.

nieda said...

bila pregnant mmg isu bf baby akan jadi isu. based on pembacaan nieda, boleh teruskan penyusuan selagi tidak memudaratkan baby dlm perut. kalau setiap kali BF terasa rahim mencengkam better jgn teruskan, tp kalau takde rasa apa2 maybe boleh kot.
lagi satu, yg membuatkan ibu mengandung sukar nk bf anak sebab puting akan jadi lebih sensitif.

apa2 pun, sekurang2nya husna dah dpt apa yg terbaik. boleh tanya kaunselor laktasi, mereka lagi arif. nieda kalau ada problem mmg selalu refer pada puan farah farhan dari sarakids kt http://www.sarakids.com/blog/ dia pun tgh membilang hari nak bersalin, masih BF anak dia

mamanoa said...

hmm..huda..kita ni serupa jer..
imran da 17bln da..bb lam perut plak da 4bln da..tp imran still BF,alhamdulillah..even saya da 4bln stop pumping tp rezki imran still ada lg..in fact skang ni masuk 16weeks saya da mula rasa B saya memberat, mungkin kelenjar baru untuk susu mula terbentuk..

berkenaan dgn susu bertukar rasa..mungkin ada betulnya..tp xbermakna ia menjadi susu yg rosak,saya perhatikan imran sedar dgn perubahan rasa dan kuantiti susu sy..tp still dia hanya nk BF sj..dia xkisah dgn perubahan tu..

berkenaan dgn pengecutan rahim,mmg benar BF bleh mengecutkan rahim, tetapi smpi skang tiada bukti yg mengatakan pengecutan tersebut bahaya kepada bb dan tiada bukti lead to abortion..saya da berbincang dgn suami saya..ia cuma teori..mungkin bg seseorg yg agak sukar utk mendapatkan bb atau mempunyai history keguguran, doktor akan nasihatkan utk stop BF..tp kalu tiada apa2 berlaku,tiada salahnya utk BF anak..

pada saya kalu awak mampu teruskan, tidak salah..tp kna ingat la..suma makanan awak berkongsi dgn 3org..husna-bb-huda..
jadi agak penat dan memerlukan komitmen yg tggi..

chugie said...

dari info2 yang su baca pun, tak ada masalah kalau ibu mengandung menyusukan anaknye..

Berpegang pd satu je.. selagi menyusukan anak itu tidak memudaratkan baby dalam kandungan, insyaallah masih boleh teruskan menyusu..

kalau sy kat tpt huda pun, sure dillema gak.. silap2 nangis terusan.. :D

SyidaGorjes said...

adik kita pun tgh preggy and bf anak dia.tp belum stop automatically lagi.

yatie chomeyl said...

ken alatih husna slow2 la kot huda, kalau tak kang..terkejut pulka ida if Huda terus stop BF dia

Naz Nur Nhazzla said...

huda..kak naz pun pada asalnya berniat utk stop bf rikazz klu mengandung.dan kak naz dah pun mengandung bila rikazz baru berusia 16 bulan.Memang ramai yg membantah kak naz teruskan bf.tp kita kena cari alasan yg kukuh kenapa kita nak truskan.Bagi kak Naz teruskanlah selagi ada susu.Selagi huda x bleeding..atau pun rahim terasa ada contraction bila husna bf..tidak memberi kesan langsung kpd baby dlm perut.tak perlu risau baby inside xcukup nutrition krn baby inside lah yg pertama menyerap segala nutrition dr ibunya.kebanyakan doc menegah krn lebih risau akan kesihatan ibu yg akan berganda lapar dan letih krn harus supply food utk 3bodies.Walaupun kak naz alahan dan xlalu makan susu masih memancut2.Tapi tiba tiba susu kak naz mengering trus selepas kak naz mengalami sakit pada breast.tu perkara biasa kan utk ibu preggy.kak naz sedih sgt bila susu kak naz stop apabila rikazz 20bulan.tp sampai skang rikazz masih mengempeng kata org jawa.tp alhamdulillah setelah susu kering langsung..nak juga rikazz minum..jadi huda..teruskan...Rasulullah tak menghalang ibu preggy bf anak huda.sekian

ARIBA said...

not to worry huda...kita menghadapi situasi yang sama..selagi takde pepe masalah, huda still boleh bf husna..yg penting kita mampu lagi..kalau doctor ckp kita risky or ada pepe yg bahaya, tu lain cerita..harap awak tabah...:-)..

Faryza said...

halo... benda yg sama aku dh alami laa sahabat...
mmg sedih sgt. tp ko kena kuat..
bg aku dulu selagi ada susu selagi tu aku bf amir. klu tak susu tu nk bt pe buang??? ohhh tidak.. husna suka mkn..so ko ajar dia mkn bg jus n susu.so susu ko dia akan slowly berhenti.cam amir dulu slowly aku tambah isomil pastu bf mlm2 je.walaupun alah2kan. mmg lama2 susu akan cair n rasa cam masin skit. pastu akan kurang.pastu amir geram tak puas dia gigit bb..maasa tension pun ada sabar... tp lama2 sakit slow2 aku stop kan n ajar dia susu fm je. tp mmg susah sgt dia nk tido. sampai mama dia yg nagis nk tido kan dia.tp ok dh skrang minum susu sambil baring ats katil nyanyi n tido.huhuhu alhamdulilah.dpt laa bg dia bf 1thn gak.kira nye bila aku mengandung 4 bln gitu dia stop. bg aku skrang masih awl ko nk stop dia. selagi adik tak kuar selagi tu susu yg ada utk husna.
ada gak yg kate susu akan jd darah....
klu ko kuat..ko kena pekak kan telinga n kuat kan tekad dan set target bila nk stop.
good luck my frenz..muahhh...
aku sedia memberi support. uhhhu

A N A K - A N A K K U said...

hehehe bestnyer nak dpt adik...akak pernah alami mcm nie huda, mase anak akak y sulung 1 year, akak di sahkan pregnant, tp akak xlah stopkn bf, akak bg jer mcm biasa, smp mase dia berhenti sendiri, sbb susu kite akan jadi pahit....pastu otomatik dia nak minum susu botol.....jgn risau pasat rahim kecut tue semua, coz it happpen after u deliver, bkn dh lame bersalin....



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi