Monday, October 25, 2010

Hari panas memang sedap makan ini

Semalam, lepas solat berjemaah Zuhur dgn encik abang, sy pun golek2 la atas katil kononnya nak tidur rehat2 di hari Ahad :) Tiba2, encik abang kata, "eh...jomla siap, tak nak ikut ke?"...err, sy pun tanpa banyak soal terus gelabah bersiap. Tukarkan baju Husna sekali.

Ke mana tujuan kami? Erm...tiada tujuan pun. Sekadar jalan2 sekitar Manjung, Sitiawan. Kalau dikira2 tu perjalanan kami ada lebih 90km++ tp confirm la tak boleh jamak solat kan :) Sebab berjalan tanpa tujuan :) Masuk Kg.Baru, tempat kapal layar berlabuh. Meratala kami meronda2.

Seterusnya, kami ke Marina Island. Tengok2 tempat yg dikatakan bakal menggugat Lumut pada masa akan datang. Huhu. Memang dahsyat la. Siap ada jetty complex semua. Hotel, perumahan, kedai2 dan akan ada theme park juga nanti. Jetty tu sy rasa boleh naik bot from Marina Island nak ke Pangkor, lagi dekatla compare naik from Lumut. Tak tahula bila nak siap, tp kalau tengok2 kan para pekerja duk siapkan tu macam tak lama je lagi. Wow!

Then, habis pusing2 Marina Island, kami ke Teluk Batik. Saja pusing2 dan tak ke pantai pun. Panas kan. Singgah jap kat Marina Waterpark. Usha dulu. Dewasa RM7. Okla tu, next time nak pegi sini je bawak Husna mandi manda. Baby tak kena bayaran. Husna nangis2 sebab kami berhenti singgah dan tak pergi mandi. Manalah bawak baju nak oit...jalan tanpa tujuan je ni :)

Last sekali kami berhenti di Lumut. Dekat playground tu. Kami bawa Husna main2 jap dan kemudian lepak2 minum kat gerai2 yg disediakan di situ. Sy order ABC Special @RM3. Encik abang order Laicikang. Makan sy order chicken chop while encik abang order nasi goreng special. Sedapnya minum ABC dan laicikang di waktu hari sedang suam2 dan panas2 ni. Nyum3. Lepas tu, kami pun balik ke rumah :)

Total tempoh masa perjalanan kami itu ada dalam 3 jam lebih. Minyak kereta pun nyaris2 nak habis :)


sedap sungguh ABC ini :)



till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

yup memnag sedap sekali sampai licin kan

Fieza79 said...

hurmm walo tak ada tujuan tp asal kuar jenjalan pon dh kira best...tp semalam mmg panas gila kan...

nieda said...

sedapnya ABC, teringat ABC kt sek 2 shah alam. Memang sedap

✿ EyZa ✿ said...

Sedapnya huda.. ptg semalam pusing satu seri kembangan cari ni x jumpa.. kempunan.. ;(

SyidaGorjes said...

nampak macam sedap jek!
panas sungguh hari ni sampai terbeli slurpee.dah bertahun-tahun nak beli...

p!nkerton said...

kite pon tak penah tgk lagi marina island tu, mak cakap next wknd ada anak org kaya kat mjg buat wedding kat situ. dia pun excited la nak pegi tgk hehe..

chugie said...

adoi.. memang sangat best kalau dpt makan ABC di kala cuaca yg panas ni tau!



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi