Tuesday, November 30, 2010

Chek up 18wks

Semalam sy ke klinik Yasmin untuk monthly chek up. Sampai klinik jam 10.15am. Mak aih...ramai seh manusia sedang menunggu turn :)

Sabar je la, dapat no 29. Monday memang selalu ramai patients. Mostly demam dan selsemala. Sy register Husna sekali sebab ekzema dia berulang.

So kami siap sempat makan mr.cendol kat stesen minyak esso opposite to klinik Yasmin tu, di seberang jalan. Makan2 ada dalam setengah jam juga. Balik semula ke klinik tunggu for another 1 and half hour :) Sabar saja. Faham situasi itu.

Then barula sy dipanggil untuk urine test and timbang berat. Naik 3kg :) Tak lama macam tu baru sy dapat masuk bilik dr.Yasmin. Scan baby kat dalam tu. So far Alhamdulillah semuanya ok. Tulang belakang, tulang peha, semua dah terbentuk dgn baik. Uri belum ke tepi lagi. Tp takpe, doc kata ada masa lagi, insyaAllah.

Turn Husna pula. Ok, doc advise always basuhkan tangannya. Jangan bagi dia dekat dengan cat, rabbit and so on. No makan telur :), soya, kicap, kacang, seafood etc. Tp boleh makan buah, sayur, sup, ayam, daging, ikan, roti, biskut, bubur etc. Bab telur tu ummi and abahnya gelakkan saja. Husna suka telur. Dia akan sebut 'nak lolo...' :)

Husna dapat ubat untuk dimakan dan sapu brand cetaphil tu. So far, semalam dia tak bangun untuk suruh garukan :) Hehe. Tu la bila ekzema nya berulang, memang tak tahu nak buat lagu mana. Kesian sangat tengok dia duk garu sana sini :)

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

nieda said...

kesiannya husna. kalau anak kena gigit nyamuk pun kesian tgk dia garu inikan ekzema. moga cepat sembuh ya husna

yatie chomeyl said...

terliurnya bila huda sebut cendoll huhuhu

Fieza79 said...

alhamdulillahh..suma nya ok2 belaka...tahniah..tumpang gembira..

chugie said...

kesian pd anak yg kene ekzema kan? mesti gatal2 tu..

alhamdulillah, baby sihat ye..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi