Monday, November 15, 2010

Didik anak dari kecil

Rentetan gambar Husna dan kaftan di SINI, maka sy terus paparkan aksi2 beliau di entry ini pula :)

Asalnya sy kelakar gelak tak hingat menengokkan aksinya. Tetapi bila diingat2 semula, ianya merupakan suatu proses di mana Husna sedang ingin belajar. Bersungguh2 pula tu. Tak baik gelakkan kan :)

Belajar menjadi dewasa. Seorang muslimah yg berjaya hendaknya. InsyaAllah. Maaf yer, kualiti video tidak bagus sebab kami lupa nak buka lampu, tu lampu tidur saja :)

Situasi ini ketika Husna sedang solat Maghrib. Dia dengan senang hati mengikut semua ajaran abahnya. Jom tengok!


video

solat dgn penuh khusyuk...


video

time doa, telekung dah bukak...
*abaikan keadaan bilik yg bersepah itu*



Apa yg boleh sy pelajari di sini, anak adalah permata kebanggaan kita. Sementara dia masih putih bersih inilah kita wajib mendidik dan mengajarnya erti hidup yg sebenar. Agama adalah penting kerana, esok bila kita dah tak ada, merekalah yg akan mendoakan kita. Setiap waktu solat yg mereka lakukan adalah kemenangan buat kita, insyaAllah. Amin~



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

Faryza said...

bagus laa tu..bdk tgh membesar..smua benda nk belajar.

::Mamalyna:: said...

huda, tetiba rasa sayu plak baca entry huda nie... teringat lyna!^-^

hadina said...

mesti terase sejuk perut mengandungkan husna kan...anak yg solehah..

*azni* said...

bagusnye..sbb ms ni la budak2 cepat serap ape2 yg dorg tengok mcm span..

chugie said...

alhamdulillah.. pandai husna nak bersolat tu..

sy pun tak beli2 lg telekung utk fatin.. die pun tengah sibuk nak bersolat dengan kami sekarang ni..

rasa syahdu plak bila tengok anak nak join kite solat..:D

Fieza79 said...

bagus tu harus didik dari awal...nnt melekat smpai dewasa...hahaa sweet...

jom rajen2 join GA kfieza ni

http://fieza79.blogspot.com/2010/11/1st-ga-bahagia-ku-di-sini-aka-fieza79.html



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi