Tuesday, November 30, 2010

Ekzema dan Pencegahannya

Ingin berkongsi pengalaman sy bila Husna diserang ekzema.

Ketika umurnya 6 bulan Husna dikesan ada ekzema, sebelum itu langsung tiada tanda2 anak sy tu ada ekzema. Sy terima dengan redha :)

Keadaannya bila ekzema tu berulang, kulitnya akan menjadi kemerah-merahan seperti radang kulit. Adakalanya juga, langsung tak nampak apa2 pada kulitnya tp dia duk garu tak henti2. Selalunya ekzema akan datang apabila cuaca sedikit panas, dan habuk di sekelilingnya. Kesian tengok dia tergaru2. Bila malam menjelma, sy dan abahnya akan tolong garu ketika tidur. If not, dia akan cakap..."gatal, garu..."

Husna menghidap ekzema dikenali sebagai ekzema atopi, asalnya dari keturunan sy. Sebab sy pernah menghidap lelah suatu ketika dulu (zaman kanak2) Makanya, peratusan Husna sama ada akan dapat lelah atau ekzema adalah tinggi. Famili abahnya juga Mak uteh dan Pak cik pun ada ekzema. Tak hairanlah, Husna pun akan ada ekzema ni.

Ekzema Husna tidakla terlalu teruk sampai kulit bersisik just merah2 dan sesekali nampak macam cakar sebab digaru oleh kukunya yg tajam. Tp, takkan kita nak biarkan saja kan :)

Antara pencegahan yg sy dan abahnya lakukan:

Bab makanan (boleh makan)

  • biskut, roti
  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • sup
  • ayam, daging atau ikan
  • bubur atau nasi

Elakkan dari makan

  • makanan berasaskan soya (kicap, air soya, taufufa)
  • telur
  • seafood seperti udang dan sotong
  • kekacang

Bab persekitaran

  • habuk selalu dibersihkan
  • kurangkan karpet di rumah (tp ada juga)
  • tiada haiwan peliharaan (balik kg, terpaksa juga tengok kucing)
  • tidak dedahkan dia dengan asap2 rokok dan kenderaan
  • asap ubat nyamuk juga patut dielakkan
  • tidur dalam air cond, now sy pakaikan baju lengan panjang :)

Bab pakaian

  • dulu sy rajin basuh baju Husna dengan dettol, now ada malas sikit :)
  • asingkan baju Husna dan baju kerja abahnya (debu arang kat stesen kotor)

Bab mandian

  • Gel mandian cetaphyl (ada juga gel mandian yg lain untuk basuh selepas dia poo poo)
  • mosturizer cetaphyl selepas mandi (sangat disarankan)
  • no bedak, itu akan membuatkan kulitnya menjadi semakin teruk
Tangan Husna selalu kena basuh sebab habuk atau kumah tu boleh menyebabkan ekzemanya menjadi2. If perlu, mandikan dia dengan air suam bukan air panas. Malam sebelum tidur biasa sapukan dengan mosturizer supaya kulitnya kekal lembab (dah lama tak buat)

Banyak benda sy dan abahnya tertinggal, kami perlu mula semula untuk memastikan agar ekzema Husna berhenti. Tp tak tahula bila. Mudah2 an lekas sembuhnya walaupun doc kata sampai akhir hayat ekzema tu melekat, ala doc bukan Tuhan kan :) Kita kena rajin usaha dan doa berterusan. Amin.

*info sy kutip dari pengalaman dan juga kata2 doc yg merawat Husna


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

chugie said...

cedih plak dengar psl ni.. sian kat husna. tak pe lah.. moga besar nanti berkurangan/ ilang terus ekzema tu dr die ye..

Mama_Fatin said...

sama la dgn my doter.. now dia ikut appt dgn pakar kulit kat HTAR, klang. tapi my doter start dgn asthma. bila asthma hilang..ekzema dia plak muncul.. mmg kene pantang makan sket la.. tp takpe utk kesihatan.

Ieda Al-Habsyi said...

samalah dengan amanda, teruk sampai sekarang kesian bebdk ni...

aanie said...

thx 4 info...aritu kulit anak sy adam smpi merah2 dan bersisik..tp kt dahi dgn pipi je..badan xde..doc kata ada ekzema..pas sapu krim,hilang..pastu doc srh tukar susu..
tp dia slalu la duk garu2 kt leher,kepala..risau tgk..yela, dia pun xpandai ckp lagi..
tp 2 la,sy kurang arif psl penyakit ni..

*azni* said...

sian lak aunty dgr psl husna ni..

[-suziey-] said...

good info..mmg kesian sgt dgr budak ade ekzema ni..ank kwn akak ramai gk ade ekzema..sedih tgk bila keadaan dorang gatal..n lagi sedih bila dorang mengadu pedih kt tapak kaki n tgn sbb dia jadi merekah..huhu..kesian sgt..smga husna akn sembuh yek..

Shiela Mustaffa said...

Assalamualaikum. Maybe agak terlambat sy komen tp just nk inform about Tropika Baby Skin Care. Produk ni based on minyak kelapa dara and keluaran bumiputera muslim. Alhamdulillah berkesan utk mengatasi dan mengurangkan eczema. Info lanjut di www.tropikababies.blogspot.com ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi

Harap dpt membantu. Thanks.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi