Thursday, November 04, 2010

Kebiasaan sebelum membuka tin

Ini adalah kebiasaan ibu sy dalam bab2 kebersihan :)


*credit to google untuk pic ni*

Beliau selalu mengingatkan, kalau nak buka tin contoh susu manisla kan basuh dulu permukaan tin tu sebab dikhuatiri ada najis tikus ke apa2 la kan masa ianya didisplay di kedai2 atau di giant sebagainya. Kita tak tahu tempat tu betul2 bersihkan, memangla nampak clean je :) Apa2 jenis tinla senang cerita. Buah2 an dalam tin, sardin, kaya, etc. Then, baru buka.

Hah teringat tentang tin ni pulak, mak cik sy aka adik my ibu...dia ni lagila best. Kita buka tin tu dgn can opener kan (pembuka tin). Dia bila dah bukak tu, siap buang hampir separuh juga sy tengok isi dalam tin tu. Sebab dia khuatir karat2 semasa bukak tin tu lekat pada susu manis tu or sardin ke kan. Huhu. Kira sayang memangla kan, tp untuk kesihatan katanya. Bagus betul mak cik sy ni :)

Samala part benda lain macam botol2 ke apa, better wash luarannya dulu before bukak. Yg lain2 tu, boleh fikir sendirila, nak basuk ke tidak. Kebersihan kan tanggungjawab bersama. Sekarang ini macam2 penyakit wujud. So, kita kena selalu ingatkan anak2 kita rajin membasuh tangan dan pastikan keadaan mereka bersih sebelum makan :)

Sharing is caring, right Chugie? :P *femes pulak chugie kat sini*

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

chugie said...

yes huda.. sharing is caring! tq sebab femeskan sy kat blog awk! ekekekek:D

*azni* said...

oo..br ku tau..tq 4 da info..

Mohd Azrin said...

Amalan yang bagus ramai ibu-ibu kat luar sana terlepas pandang benda kecil-kecil macamni. Saya pun nak share juga telur ayam perlu juga dibasuh sebelum dipecahkan.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi