Monday, November 08, 2010

Mandi manda di Marina Waterpark


credit to google untuk pic2 ini...


Semalam, dalam cuaca yg tidak menentu. Hujan renyai2 pagi tu, kami redah juga Marina Waterpark, Lumut. Lokasinya di jalan nak ke Teluk Batik dan bersebelahan Marina Cove Resort saja.

Time datang tu, Husna dah terlebih excited ok :) Dia nampak je tempat tu terus tergedik2 nak keluar kereta :) Dah pakaikan dia sandal, dia yg nak meluru masuk dulu. Hai anak! Abah belum bayar tiket lg :)


gelongsor yg ada di situ...

Tiket per person dewasa RM7 saja. Kanak2 tak ingat pulak. Tp baby todd FREE! :) If nak sewa pelampung pun ada rate dia. If bawa pelampung sendiri rate dia RM2. Ada kolam air masin juga. Ramai jugak yg datang walaupun cuaca mendung. Kami ni yg terlibat termasukla my PIL, Kak long and Syifa', dan si kembar sefamily :) Ramai kan. 7 dewasa, 4 baby todd.

Yg paling tak sabar nak mandi ialah Husna and Syifa' Punyalah happy mereka dapat masuk dalam air. Ok gak tempat mandi ni. Cool saja. Takla happening macam Sunway ke apa. Tp okla. Kami layan mandi dekat sejam juga. Hujan renyai2 pun lantak je. Dah nak balik, Syifa' tak nak naik. Duk tunjuk2 lagi tempat kolam tu. Ala sian dia...next time kita pergi lagila yer. Ajak ayah Syifa' sekali. Si kembar pun kasihan juga. Abahnya tak bawak baju mandi, maka depa duk rendam kaki je la walaupun obvoius sangat depa pun nak join Kakak Syifa' and Kak Husna mandi :) Next time insyaAllah nak pergi lagi time hari tak hujan.

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

bestnyer weh, ni nak ajak laki aku :)

SyidaGorjes said...

wah bestnya!dah lama tak mandi mando...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

stail best aje port ni..
tp sgt jauh la syggg... hihihihi

chugie said...

bestnye die mandi manda @ water park..

Fariz Finie Family™ said...

wah bestnya mandi-mandi..
murah plak tu entrance fee dia..:)

Huda said...

@ieda - jom2 ajak ramai2 :)

@leily - jauh2 jalan luas pemandangan :)

@syida gorjes - musim ujan ni mandi kat umah je la :)

@chugie - best2!

@finie - aah leh tahanla murah:)

Fieza79 said...

leh pegi nnt...syiok nyaa mandi manda...nnt nk g jgk la...

nieda said...

syioknya mandi manda

p!nkerton said...

wahhh tatau pun kat marina tu ada waterpark! boleh pegi sama2 ni next time ;)
sorry huda aritu tak sempat jumpa, fatih demam huhu. so byk lepak kat rumah je, nak kuar tak larat sbb panas huhu.. next time insyaAllah :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi