Tuesday, November 02, 2010

Musim banjir

Bila dah hujung2 tahun ni musim hujan pun tibala kan. Musim tengkujuh orang kata. Hujan tak henti2 lepas tu banjir pun jadi.

If tempat tinggal kita tu rendah dan berhampiran sungai, confirm2 lah banjir akan berlaku. Kadang2 pun sebab saliran tersumbat dipenuhi sampah juga boleh jadi penyebab banjir. Cerita pasal banjir ni, dulu rumah my parents pun pernah dilanda banjir masa kami tinggal di Kota Tinggi. Memang confirm2 akan kena banjir sebab dekat je dengan Sg.Johor tu. Penduduk daerah tu pun dah faham and akan ambil langkah berjaga-jaga apabila tiba musim hujan di penghujung tahun. Memang teruk jugakla kena time tu tahun 2003 kut. Tp, sy beruntung masa kejadian tu sy kat Uniten duk bz studi. So, adik2 sy yg kebetulan ada di rumahla yg bertungkus lumus membersih dan mengemas semula rumah sewa kami yg dilanda banjir. Bagus adik2 sy tu, kagum dengan mereka. Jenis suka membantu.

Now, bila abah dah pencen and duduk menetap di rumah sendiri di Kluang, Alhamdulillah tak pernah lagi dengar Kluang dilanda banjir teruk macam Kota Tinggi tu.

Antara tips hadapi banjir:

  • barang elektrik pastikan dikeringkan terlebih dahulu sebelum anda ingin menggunakannya semula - guna hair dryer untuk mempercepatkan proses pengeringan
  • jangan biarkan anak2 anda bermain ketika hujan lebat dan banjir untuk mengelakkan kemalangan jiwa
  • basuh tangan dan jaga kebersihan diri ketika hadapi banjir
  • simpan dokumen dan barang2 penting di tempat yg selamat
  • sentiasa patuh arahan pihak berkuasa ketika banjir melanda

ok, till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

SyidaGorjes said...

so far, kami tinggal di luar kawasan banjir, alhamdulillah...

Huda said...

syidagorjes - alhamdulillah :)

chugie said...

semalam tengok dlm berita BULETIN UTAMA.. banjir di utara teruk betul kan.. sian!

yatie chomeyl said...

rumah akak kat kelate tepi sg golok je. kalau musim tengkujuh confirm banjir, tp semua org suka sbb mmg semua org tunggu banjir. tapi tu kat kg akak la, kg lain akak x tahu hehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi