Thursday, November 11, 2010

Result UPSR keluar

Hari ini budak2 standard 6 la yg paling berdebar kan nak tunggu result depa keluar. Td duk terdengar cikgu kat sekolah depan rumah ni announce, "kepada semua guru2 darjah 6 sila kumpul di makmal komputer"...tak tahula apa sebabnya. May be nak bgtahu result tu dulu kat cikgu2 darjah 6 dulu. Hehe.

Terkenang zaman masa sy sekolah rendah dulu. Sy amik UPSR kat Sek Keb Taman Pelangi, JB tahun 1996. Kelas 6 Hijau. Nama cikgu kelas dah lupa yg sure madame chinesela. Dalam kelas sy 6 Hijau tu kan, ada 3 orang bernama Nurulhuda. Sy, then ada Huda Bashirom and Huda Mustafa. So, teacher kami akan called, Huda B, Huda K and Huda M. Senangla kan :)

Masa result dah keluar tu memang berdebar2la. Sebab pengetua akan sebut nama2 yg score 4A dulu. Start from A-Z la. Bila part Nurulhuda...waduh...gile berdebar seh. Yg disebut just Huda B. Hancur luluh hati sy masa tu sebab tak berjaya score straigth A UPSR. Sedih tak hingat. Blame myself sebab tak studi Math betul2. No! No! Dah nama pun tiada rezeki sy. So, sy just score for 3A1B only. Alhamdulillah. Itu kira bagusla kan.

Everyone yg dah dapat result semua called depa punya parents la kan. But me, yer la time tu tak ada phone kat rumah. Abah sy pulak kerja. So, imagine...macam mana sy nak beritahu mereka berapa yg sy dapat untuk UPSR tu. After school pulak, sy kena pergi sekolah agama (wajib kat Johor) Then, sampai ke petang la dalam pukul 6pm baru sy berpeluang balik ke rumah dan beritahu result sy tu kat my parents.

Tp yerla, parents mana yg nak blame anak tak pasal2 kan. Mereka tersenyum happy. Support sy. Siap cakap tahniah lagi. Mereka bersyukur sebab sy dapat result yg baik. Thanks ibu abah! :) Sy gembira juga time tu. Adik2 sy pun tumpang happy. Tp sy frust juga sebab konon nak apply SBP la kan tp tak ada rezeki. Sy terima dgn redha.

Apa2 pun kan, now sy juga dah berjaya. Berjaya bergelar graduan, end up sy ada degree juga macam orang lain. UPSR tu just permulaan hidupla orang kata. Ujian pertama dalam sekolah. Well, tahniah untuk diri sy sendiri! :)

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

chugie said...

huhu.. teror lah tu huda dpt 3A1B, sy just dpt 2A2B.. frust wo!

yatie chomeyl said...

akak pun dpt 3A 1B gak dulu, UPS tahun 1994 hehe

hadina said...

same lah kite 3A1B...tak silap ina B penulisan..

Drama Mama said...

alaaa...tak semestinya kalau tak score straight A's upsr takleh berjaya in life kan. tapi kalau score tu takleh lupa diri gak..kena keep it up. hehehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi