Wednesday, November 24, 2010

Solat Subuh jam 3am


credit to google

Malam tadi as usual sy akan set alarm guna phone jam 6am. Ok! Molekla bangun pukul 6 esoknya untuk solat Subuh kan :)

So lepas tu pun tidurla, dah garu2 kan Husna yg gatal2 ekzema kan. Tup2! Sy rasa macam baru tidur. Dengar2 dah keluar lagu bismikallah ala lagu hijjaz yg doa pagi tu kan. Menandakan alarm sy sudah berbunyi.

2-3 kali jugakla dia alert bunyi. Sudahnya sy bangun jugala. Gosok gigi dan ambil wudhu' then terus tunaikan solat Subuh. Selesai sy solat, encik abang pun bangun dia tengok jam dah pukul 6.57am.

Kalutla dia pergi bilik air sume kan. Sy sambung baring2 balik. Tak lama tu, encik abang dah siap2 nak solat dia tanya sy.

"Huda, tahu tak pukul berapa sekarang ni?"
"errr...7 lebih kut...nape bang?"
"Abang tengok kat jam kecik tu (jam di atas meja solek) baru 3.20am...jam handphone ni salah la...nyaris abang tak campak jam kecik tu keluar, kutla dia salah kan.."
"ye ke?hehehe..cam mana boleh salah jam handphone ni?..."

lalu ayat2 encik abang, "abang ingat dah lambat terus mandila nak pergi kerja...tp abang pelik apsal sunyi je tak de dengar bunyi motor ke, kereta ke, pastu kat luar tu gelap je..."

hehehhe...u all guestla, sy dah pun solat Subuh jam 3 :) siap boleh fikir lagi dalam kepala nak buat breakfast apa sambil baring2 tu. Can imagine? Nasib baik tak turun bawah masak air ke apa kan. Pelik pulak macam nak bangun sahur :)
Encik abang apa lagi, terus solat tahajud dan tak boleh tidur lepas tu (dah mandi kan, segar)

Pagi tadi lepas Subuh tersengguk2 dia...tak cukup tidurla kiranya. Aih...macam mana sy boleh tak perasan jam tu salah. Hehe.

*Moral of the story, please chek jam anda betul ke tidak before set alarm tu. Kalau tak jadi macam syla bangun Subuh jam 3am :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

SyidaGorjes said...

hehehehe....lawak sekeluarga la huda ni...

Izan Ishak said...

kelakarlah huda ni. kena set 2-3 jaam lepas nih. tp bagus jgk...ada hikmahnya boleh tahajjud terus~

*azni* said...

camne boleh slh set jam..hehe..

Fieza79 said...

hahaa lawak laa...kena pasti kan betol2 jam lps ni..naya..hehe

Faryza said...

hahaha.. bagus sungguh laa... emmmm nape ko tak mandi?ehheeh :P

[-suziey-] said...

haahahahha lawak la..adeiiii...sabo jek..ur hubby lagi ler siap mandi lagi..ekekekekek:p

Huda said...

faryza - aku ingat dh lmbt subuh..gosok gigi amik wudhu' je la..

enkay said...

salam huda,

K.han pun pernah experience benda yg sama. Masa tu first night di Madinah. Bila terjaga dah pukul 6.30pg lebih. Adoi ler. Kelam kabut k.han n abg yusof! Mcm mana boleh terbabas tido ni sampai miss subuh di Masjid Nabawi...dah lah first time nak solat subuh di Masjid Nabawi! Frust giler!

So spt yg tuan2 dan puan2 boleh agak...rupa2nya, jam masih lagi waktu msia....tak ingat nak tukar waktu Madinah....Rupa-rupanya baru pukul 1.30pg....Haiyaaaa..!!! kecoh maaaaa....

Alhamdulillah, ada rezeki rupanya nak buat Subuh di Masjid Nabawi ari tu :-))

ImanAmin said...

hahaha..
kelakar..kelakar...kelakar...
best of story abang siap mandi nk p keje...tp lagi best kalo akak turun p masak air ke siap2 kn brkfst ke....hahahahaa....

hadina said...

hehehehe...huda ni buat lawak lak...jarang ina dengar citer cmni...takpe, ade hikmah lah tu silap timing...boleh wat solat tahajjud etc...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi