Monday, November 08, 2010

Tips elak dipecah rumah

Area Manjung ni kira bahaya juga. Lately, duk dengar macam2 kes kecurian and pecah masuk rumah. Banyak berlaku kat KDSK la (Kg.Dato' Seri Kamarudin). Siap kena kelar2 lagi. Manjung pun sama juga, mana2la kan.

So, encik abang selalu pesan, jangan lupa kunci pintu. Pagar depan jangan lupa tutup juga. Now, sy dah macam pencuri pun ada. Tiap kali keluar rumah, nak jemur kain mata duk melilau memerhati keadaan keliling. Kut ada yg mencurigakan :)

Tp, sekarang ini kunci rumah bagai nak rak pun, penjenayah still boleh masuk kan. Dahsyat betul! Apalah ilmu depa pakai kan. *musykil jap*

Susah nak cakap, kadang2 bila semua tu berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah nak uji kita. Mungkin juga Allah murka dgn kita yg selama ini kurang menyatakan kesyukuran (ada kaitanla dgn amal ibadaah dan solat kita) Dan banyak la lagi kemungkinan yg kadang2 kita tak perasan dan asyik menyalahkan nasib saja.

Antara tips yg bisa diamalkan untuk menghindar diri kita dari terlibat dgn kes2 ini ialah:

  1. sentiasa mengunci pintu2 rumah (pintu belakang, depan, kiri, kanan)
  2. gunakan selak pada pintu sbg langkah keselamatan
  3. jgn buka pintu atau izinkan strangers masuk rumah
  4. if can, tampal je sticker "no salesman please!"
  5. dgn jiran pun berbaik2la, in case kita balik kampung, depa boleh tolong tengokkan
  6. call polis segera bila nampak perkara mencurigakan
  7. amalkan membaca doa2 sebelum tidur (supaya tidur takla tidur mati) dan mohon keselamatan diri dari Allah selalu

Kesimpulannya, di sini kita diwajibkan menjaga keselamatan diri dan keluarga. Di samping itu, jangan lupa pada ketentuan Allah. Malang memang tak berbau dan bisa berlaku di mana2. Yg penting, kita mesti sentiasa bersyukur dan janganlah merasa riak dgn kekayaan yg kita miliki. Semuanya milik Allah yg dipinjamkan kepada kita. Amin~

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi