Wednesday, December 22, 2010

Kongsi Tips Tidurkan Anak

Semalam sy sudah berjanji untuk share tips sy tidurkan Husna kan :) Ok, jom lihat apa tipsnya yg sy karang di dalam majalah Mami & Baby tu.


petikan dari apa yg sy tulis...*edit sikit2 oleh sy sendiri*

"Caraku Menidurkan Anak

Bagiku, cara yang praktikal adalah menggalakkan dia berasa selesa sebelum masuk tidur. Bagaimana?
  • Tukar lampinnya dan kalau perlu tukar bajunya supaya tidurnya tidak terganggu dek kerana lampin kotor dan baju yang dibasahi peluh setelah bermain.
  • Seterusnya, aku akan mengajaknya tidur di sisi. Sambil menepuk-nepuk lembut punggungnya dan menyusukannya, aku akan bacakan surah-surah pilihan dan doa tidur. (Ini adalah suatu kebaikan di mana aku dapat menerapkan nilai-nilai agama ke dalam dirinya)
  • Dodoi bersama selawat dan irama lembut juga aku amalkan untuk menidurkannya.
  • Selain itu, sebelum menidurkan anak, aku akan pastikan perut anakku kenyang dan tidak membiarkan dia tidur dalam keadaan perut yang lapar (Ini untuk mengelakkan dia berasa resah ketika hendak tidur)
  • Aku juga lebih suka tidak menidurkan dia di hadapan televisyen dan dalam keadaan bilik yang sunyi atau suram supaya proses tidurnya jadi lebih mudah."


Nak tahu tips lain, anda boleh dapatkan majalah ini di pasaran edisi Disember 2010 :) cepat sebelum terlambat...hehehe...


ps: malam tadi sebelum tidur encik abang ucap tahniah kat sy sebab 1st time artikel sy terpilih dan masuk majalah :) bangga jugala bila dia cakap gitu :) malahan, dia galakkan lagi sy masuk mana2 contest...Alhamdulillah :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

semua cam aku buat, makanya aku ibu yang mithali, hahahahah! poyoss aku :)

*azni* said...

dah jadi penulis majalah lak huda..hehe..tahniah sbb menang tu..

Papa Mifz said...

tips yg berguna sgt2....thank you for sharing....

chugie said...

huda, sy pun biasa buat camni bila nak tido kan fatin.. memang bagus dan berhasil. alhamdulillah..

Huda said...

ieda - hehehe..bagus2!

azni - rezeki tu azni..sangat x sangka terpilih :)

papa mifz - ur welkam :)

chugie - alhamdulillah..

ezan said...

huda.. keep on writing. mana tau leh jd sumber pendapatan sampingan. mana la tau kan.. :)

atfina said...

huwaaa... ada bakat menulis rupanya huda nih..hebat2..

wan nurul hezrina abd halim said...

nak applykan kat humairah.dia payahnyer nak tido..sik main jer geram kekadang.tak maulah marah cian dier.tips yang bagus

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

majalah peberet kita ni, baguskan tip2 yang ada kat dalam tu, huda tak try hantar gambo husna ke untuk contest2 yang ada kat dalam tu



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi