Thursday, December 02, 2010

Pening-pening Lalat

Sy rasa pening2 lalat kepala ni. Ooooooo...apa maksudnya tu?

Bukan apa2 pun. Semalam siang Husna macam dah recover dari demamnya. Sy bagi dia paracetamol yg dia dapat masa jab setahun setengah kan. Siap boleh bawa dia main kat luar lagi walaupun dahi bertampal dengan koolfever.


elok je lepak2 kat buaian...

Malam after abah dia balik sekitar jam 8 pun dia maintain ceria. Tup3 lepas Isyak dia macam lembik je. Kami pun bawala dia ke klinik. Alhamdulillah tak ada patient lain, so boleh terus masuk chek up. Doc chek 39 degree suhu badan dia. *sy nak chek sendiri kat rumah, Husna mengamuk tak bagi*

So, doc suruh bagi ubat masuk melalui punggung dan ubat2 lain. Otw balik encik abang tanya, reti ke masukkan ubat tu? sy jawab, tak pernah lagi buat kat orang lain. Dulu masa kecik, selalula kena bila demam tinggi sangat. Yg kelakarnya, encik abang tak pernah ok dapat ubat masuk ikut punggung tu :) Kawan2 lain pernah tak? Masa kecik2la kan, dah besar tak logik la pulak :)

Balik tu sy beranikan buat sendiri. Senang je rupanya. Letak air sikit bagi licin dan mudah nak masukkan. Husna pun diam je masa tu. Alhamdulillah, dia nampak sihat sikit lepas tu dan nak makan roti dengan kaya.

Lepas 6 jam, adeh...dia panas balik. Time tu dah pukul 5am. Tp sebelum tu pun dia tidur tak berapa nyenyak. Batuk2 la dia...dengan tak selesanya badan panas kan. Sy la dengan encik abang gilir2 bangun tengokkan keadaan dia. Nak minum la dia, macam2 la kan. Tp part sy nak jelum kepala dia dengan air dia marah ok! Dia tak nak! Huhu. alahai anak... :)

Sudahnya sy Subuh jam 6.45am. Tp encik abang dah bangun dulu b4 tu, sy saja sambung tidur. Pening sangat kepala ni, rasa macam tak larat nak bangun.

Pagi ni tengok Husna macam ok sikit. Dia tidur lagi, biarkan dia rest puas2. Semoga anak ummi lekas sembuhnya. Sedih ummi tengok Husna nangis malam2 batuk dan tak selesa badan :(


till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

*azni* said...

alahai..tak ok lg ke husna tu?sian la plak baca...

ApasH said...

akak merasa gak masuk ubat dalam bontot..masa tu lepas bersalinkan Qaseh. Ubat painkiller tahan sakit lepas ceaser. Dia bagi 2 tapi akak masuk 1 je. Macam tak tergamak nak masuk dua2 sekali. hahaha..pastu nurse jumpe sebiji ubat tu lagi terus marah akak. hahaha..

tak yah ubat tu..tahan je sakit sendiri.

Alhamdulillah Qaseh belum pernah kena masuk ubat kt bontot lagi. Kalau demam bawak gi klinik doctor kata tak perlu..

Faryza said...

aku selalu bg ubat masuk kot buntot ni kat amir ..tak laa susah.. bt time dia tido lg senangn ..kekekek..
tp doc kat klinik aku gie tu dia bagi cream cam pelincir sapu dulu kat buntot br masuk kan ..

**sHiKinn** said...

oo mmg senang nk masuk ubat kut punggung,tp dia tahan jap jer kan..pastu suhu naik balik..abang long anak sy,mmg akan masukkan ubat ikut bontot la sb dia mmg penakut ubat..

SyidaGorjes said...

tak pernah try masuk ubat tu sbb selama ni doktor je yg buat,nak tgk pun takut.nak buat sendiri jauh sekali.

CuppyCakeMommy said...

alaaa ciannya husna..demam nak besar takpe..heheheh..
get well soon ye husna..
ummi husna pula kena take care lah ye..jangan stress sangt2...

p!nkerton said...

huda, kite rasa rumah awak ni dkt2 dgn rumah kezen kita la. dia mmg dok baris mengadap skolah tu. dia bawak kete bmw lama kaler maroon kalau tak silap. husband & wife dua2 keje bank. husband dia tinggi. kot2 kenal bagitau ye :D
get well soon husna!

chugie said...

samelah kite huda.. fatin pun tengah demam ni, di campur batuk.
mujurlah die masih aktif.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi