Monday, December 06, 2010

Review MAHA 2010

Sabtu yg mendung, kami gigihkan jua diri untuk menghadirkan diri ke tapak MAEPS tu nak tengok MAHA.

Seawal jam 8.30am gerak dari Sg.Buloh. Kami ikut Guthrie dan terus target Elite. Exit Putrajaya. Sampai MAEPS dalam jam 9.30am tu pun banyak kereta dah beratur panjang cari parking. Giler arh...macam pergi Jom Heboh pun yer :)


sy dan Husna dalam kereta

Sampai terus cari parking. Dan beratur untuk naik tram. Malas nak jalan kaki ke dewan utama. Tp kami tak masuk lagi dewan utama tu, kami terus naik bas ke bahagian ternakan :) Husna 1st time la dapat merasai naik bas, tak pernah lagi dalam umur dia naik bas kan. Hehe.

Sy beli susu lembu segar flavour coklat, strawberry dan jagung. Nyum3 segarnya walaupun dalan hujan rintik2. Terus kami tengok kambing dan lembu. Sukala Husna sebab dapat tengok haiwan kan. Atok bersama pakcik dan pakusu Husna hilang entah ke mana, tak pe masih dalam MAHA tu juga kan.



Husna dan abah khusyuk tengok lembu2 :)


lembu


kambing


Kami jengah2 juga tempat lain, ada banyak gerai makanan disediakan. Ada kambing golek, chicken chop, kebab, semuala makanan berasaskan daging kan dan semestinya halal la sebab bumiputera yg buat. Banyak jenis frozen foodla ada dijual. Tp sy tak beli pun sebab takut rosak nak bawa jalan jauh kan. Kami beli burger dan hot dog untuk lapik perut :) Nyum3, sedap juga.

Hampir 3 jam di bahagian ternakan, kami naik bas semula ke kawasan perikanan. Sebelum tu ada chek point stop kat bahagian nenas tp kami tak turun pun. So, tengok2 ikan air tawar yg ada. Tp tak banyak sangat. My FIL cari benih ikan keli tp tak ada pulak.


Husna suka tengok ikan perhiasan ni...


Kat sini sy dan encik abang sempat lepak sambil makan dan minum di gerai yg disediakan. Makan karipap panas saja dan air jagung :) Malas nak makan berat, sebab nak jalan2 lagi kan.

Seterusnya, kami naik bas semula tuju ke pavilion rumah negeri. Ada pit stop tempat sayuran b4 tu tp tak turun juga :) Malas nak tengok sayur. Sampai rumah negeri, tak masuk juga. Duk cari MIL sy. Hilang!!!

Sebabnya MIL ikut SIL sy naik kereta. So, kami memang gerak separately la kan. Tp SIL pulak tak sampai 2 jam dah nak balik, yerla dengan 2 orang anak kembar lagi. Mereka tak menang tangan nak berdukung dan bawak payung. Si kembar pula tak mahu berjalan berpimpin. Nak cari MIL pula yg dah ke mana masuknya, jenuh jugala. Last2 mereka balik terus. Tp pesan kat BIL sy, pak cik Husna suruh cari MIL. Sy dan encik abang tengok2 jugala kut ada ternampak bayang2 MIL sy kat area2 rumah negeri tu tapi tak nampak. (Note: MIL tak ada handphone)

Huhu, lama tunggu dan jenguk2 kami sudahnya beratur naik bas. Dah naik bas, and bas dah jalan baru perasan MIL ada sama di kelompok ramai orang tu duk cari2 kami kut. Kesian MIL sy.

Tp takpela, adik ipar sy pun tengah tuju ke rumah negeri. Sy dah pesan suruh cari MIL kat area tunggu bas tu. Alhamdulillah ketemu jua.

Terus kami ke dewan utama dan usha orkid. Nak masuk dewan2 tu punyala ramai manusia ok. Yg beratur tunggu bas pun ramai dan panjang :) So sempat beli orkid je la untuk my mom :)
Selepas tawar menawar dapat RM30 sepokok. Asal harga RM45. Orkid jenis butterfly. Cantik warna yellow pink (sori lupa nak snap pic pokok)




antara ribuan koleksi orkid yg terpamer...


Kesimpulannya, MAHA kali ni lebih bestla compare 2008. Lebih gempak juga sy rasa. Makanan pun giler banyak dah macam pesta makanan. Manusia jangan cakapla, siap parking kat tepi highway lagi (tak nak bayar parking ke apa?:)) Ramai juga yg bawa baby2 dan anak kecil. Tp selamba je, tak ada masalah. Bagusla kan, kecil2 dah ajar anak tentang pertanian :)

Dalam ramai2 orang tu sy cakap kat encik abang...tak ada pulak member2 kita yg kita kenal kan bang. Encik abang cakap, tu la pasal. Mana tah semuanya. Tak minat kut MAHA.

Oh yer. FIL nak beli anak pokok tongkat ali tp kan mahal juga harganya RM30 sepokok. Sudahnya tak beli :)

Husna tak ada masalah, demam dah ok time tu, tp dia tak cranky, suka bila dapat lepas. Boleh usha sana sini.

till next~





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

atfina said...

waaaa....byk sungguh lembu2 dan kambin2... kalau my doter tgk pon mesti dier excited...

Izan Ishak said...

seronoknya huda pi MAHA ye... kami jugak yg tak kesampaian nak ke sana. cik abg kene keje plak...

alhamdulillah...husna dah baik ye~

Faryza said...

woww.. best nye.. aku yg dkt gak tak gie..
tgu nnt laa lain kali aku nk gie gak wajib..

Fieza79 said...

sonok nya MAHA...dh byk tgk MAHA kat blog kwn2..rasa mcm dh familiar plak tmpt tu..hikk...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi