Monday, December 06, 2010

Tidakla Bercerai Langsung

Alamak!...tidakla sampai bercerai berai kan, suspen je tajuk :)

Biasalah gaduh2 sikit kan. Paling lama merajuk pun 2-3 jam. Ok, actually ini nak cerita pasal penyusuan si kecil sy, Husna.

Sy tak pernah plan nak bercerai susu dengan Husna. Dia masih kecil sy rasa, 20 bulan. Tp lately memang sy rasa tak selesa nak bf dia. Sakit yg amat bila dia hisap. Memang akan jadi sensitif kan bila mengandung ni. So, malam tadi balik from kampung (singgah lepak2 lepas balik dari KL) sy dan encik abang decided belikan juga dia fm. Kami ke Manjaku Setiawan. Setelah beberapa sample sebelum ini sudah dicuba, Husna sukakan rasa Sustagen. Tp, sebab Sustagen macam makanan pelengkap saja, kami tak belilah Sustagen tu. May be bila Husna dah besar sikit esok baru tukar minum Sustagen.



Sy usha susu Nan yg hypoallergienic tu kan sebab Husna ada alergi dan ekzema. Tp mak aii...harganya RM72.90 setin :) Telan air liur saja. Dah tu perisa original, takut Husna tak suka pulak kan. Walaupun encik abang kata, "money is not a problem" sy tetap bertegas tak perla. Tengah anak seorang memangla bukan problem time ni :) Sy tak beli pun susu Nan tu. Sy cari susu enfa yg hypoallergenic pula. Kutla enfa hypoallergenic tu murah sikit kan dari Nan, tp tak ada. Dah tak ada, last2 sy decide beli je Enfagrow perisa vanilla. Untuk 1st time try sy beli dalam kotak dulu, if dia suka boleh proceed next time.

So far, Alhamdulillah semalam dia minum juga sampai habis botol 4oz tu. Terus tidur dan tak minta susu lagi. Tp, malam tadi dia nak juga nyonyot. Sy tak kisahla, sy rasa ok juga. Malam2 dengan sy...sakit pun sakitla. But siang tu sy bg susu fm. Bukanla bercerai langsung kan :)

Pada sy, bf boleh diteruskan selagi anda rasa sihat dan tidak mudarat untuk kandungan anda.
Jangan paksa diri anda, jika anda rasa anda tak mampu.
Support dari suami juga mesti ada supaya anda tak rasa stress :)
Masih ada lagi 4 bulan untuk sy terus bf Husna. Target sy cukup umurnya 2 tahun, boleh bercerai susu.



fm untuk cubaan dulu...


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

balqis minum susu brand wyeth...Nan memang mahal kan tin kecik je dah 50 lebey...hu...hu...tak pe janji husna suka kan huda

Faryza said...

emmm jgn buat mendadak2.. slowly cerai tau... ckp dr pengalaman..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi