Thursday, January 28, 2010

Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu

Jalan2 ke gerai petai. Banyak sangat petai sampai tak terpilih. Ada petai lemak manis, petai padi etc. Sambil2 usha petai, ummi snap pic bersama Husna :) Sempat lagi kan. Sweet je moment ni bergambar di depan gerai petai. Tak pernah dibuat orang kut. Hehe.


Nama ibu: Huda
Nama anak: Afifah Nurhusna
D.O.B: 03.04.09


Perihal gambar:

Gambar ini ketika ummi dan Husna jalan2 balik kampung. Singgah di sebuah gerai untuk minum petang, sambil meninjau2 ke gerai menjual petai. Alahai, sedapnya petai (ummi tak suka makan petai). Anak dan ummi sama cute sama padan. Bak kata orang, same2 comey :) Rasanya pic ni sangat sweet sebab ummi and Husna pakai same kaler baju dan berlatarbelakangkan hijau pokok2 :) Sejuk mata memandang...

Ok, kalau nak join contest ni masih lagi sempat. Contest dianjurkan oleh Eiya.

Klik SINI untuk lihat syarat2 penyertaan.




Blogshop ku

Sebelum ini kan, aku ada tulis nak buat apa tahun ni. So, setelah berdiskusi dengan suami tercinta, dan setelah lama tiada hasil sementelah hanya duduk2 di rumah. Maka dengan itu, aku sudah pun mengcreate sebuah blogshop khas untuk aku memulakan bisnes online dari rumah.

Sebuah blogshop yg simple dimple aje. Mudah untuk aku dan mudah juga untuk bakal clients berurusan :) InsyaAllah, aku nak jual baju kurung ready made and beberapa lagi items akan diupdate mengikut permintaan dari masa ke semasa. Rasa2 nya tak de nak jual mahal2, just murah sikit dari harga kat butik :)

Jadi, kepada kawan2 yg berminat bolehlah ke blogshopku itu di masa2 akan datang. InsyaAllah akan mulakan operasi pada 01.02.10 ini. Selamat berkunjung yer! :) Tp belum ada apa2 lagi buat masa ini. Doakan yg baik2 untuk bisnesku ini :)

Link nya http://husnalilshop.blogspot.com/



Wednesday, January 27, 2010

Panas global

Husna dan umminya ada di Johor. Saje balik sebab nak cari ketenangan :) (tenangla sangat, area rumah my mom ni penuh dgn chinese, asik dengar diorang melalak je) Encik abang tak dapat nak ikut sebab busy dgn kerja2 nya (rindunyeee).

Hari2 pun panas terik. Husna sampai tak berbaju sebab tak tahan panas. Biarkan dia, asalkan dia happy dan tak dengar dia nangis :) Pagi tadi bawak dia jalan2 kat Ayer Hitam. Alahai, selesai urusan membeli belah oleh ummi dan nenek... Husna dah tak tahan...terus bukakkan baju dia dan berlenggeng sampai rumah (nasib baik Atok tak ada plan nak jalan2 tempat lain lagi).


biar dia berlenggeng...asalkan tak amuk :)

Nak minum air sejuk aje bila ada kat rumah. Air masak campur ais. Nak keluar rumah pun berkira2 :) Elok keluar malam2 kut sebab sejuk. Apa2 pun, memang bersyukur sangat2 sebab Malaysia tak kena gempa bumi or bencana2 yg teruk2. Alhamdulillah. Ni baru panas kat dunia ek, if panas kat sana, Ya Allah, Ampuni hamba Mu ini!




Tuesday, January 26, 2010

Pretty Zaza Baby Face Contest

Mari kita bercontest setelah lama menyepikan diri :). Erm...baby face? This time, suka2 nak join untuk "Pretty Zaza Baby Face Contest". If dah nama baby, mestila cute2 belaka. Fitrah baby dilahirkan sangat suci dan comel :)

Jom lihat gambar Husna di bawah ni. Dah malam2 nak tidur pun sempat lagi posing. Pantang nampak kamera :)



Nama: Afifah Nurhusna
Umur: 9 bulan
Jantina : Perempuan


Untuk maklumat lanjut sila klik SINI yer!
Tarikh tutup penyertaan pada 05.02.10. Banyak lagi masa.




Friday, January 22, 2010

Cute Baby Hair

Mempunyai plan nak potongkan sikit rambut my lil Husna tu. Sebab apa, kesian tengok dia rajin berpeluh bila hari panas. Rambutnya tak berapa tebal or nipis tp jambulnya sudah panjang ke depan.

rambut dah panjang...

Aku suka tengok baby dgn rambut yg ala2 curly dan blonde. Cute je. Rambut Husna hitam pekat dan lurus. Abah Husna bising suruh potong sikit rambut Husna tu sebab bila Husna berpeluh, dia akan meramas2 rambutnya. Aiseh. Dah buruk jadinya. Since Husna tak berapa gemar pakai skaff or hair band, so umminya just sikat2 gitu tp nanti dia ramas balik bila panas. Ada juga plan nak belikan dia hair clip yg cute2 tu, mudah2 an dia suka :)

Serius geram seh tengok rambut2 baby kat bawah ni. If Husna la kan dapat rambut macam mereka ni...tak payah susah2 ummi bawak pi saloon :) Natural gitu kan (ummi kuat berangan). Btw, aku sebenarnya bersyukur rambut Husna tumbuh elok.

pic source here



pic source here


pic source here





Thursday, January 21, 2010

Habit

Sudah menjadi habit bagi baby2 kan. Suka memasukkan barang ke dalam mulut mereka. Jumpa kertas, masuk mulut. Jumpa handphone masuk mulut. Jumpa semut..ops! itu bahaya. Kang terkejut pulak, mereka akan sebut nyum3 lepas makan semut tu. Aish...sungguh mengerikan. Jumpa syiling lagi bahaya, dikhuatiri tercekik. Itu sangat bahaya. Harus dijauhkan dari pandangannya.


buat muka sedih lepas kena tegur...

Husna bagaimana? Sama lah. Handphone, kertas, pen, even kaki dia pun dia suka masukkan dalam mulut. Adeh. Ummi dari jauh, jangannnn!!! :) Boleh time kita kata jangan tu, dia buat sengih nakal dan langsung masukkan juga that item ke dalam mulutnya. Isk3!

Paling tak tahan, dia ada satu lagi habit iaitu jilat. Apa yg dia jilat? Contoh time tengah2 merangkak tu, tiba2 dia stop kejap dan usha2 lantai. Then apa lagi, jilat. Aish...ummi paling pantang tu. Kadang2 jilat tangan ummi, abah, or atok nenek. Jilat kaki ummi pun kadang2 dia buat. Sesuka hati dia la kan. Lepas tu, dia gelak2 sebab tengok orang geli geleman :)

Menggigit tu lagi satu hal. Gigit b ummi (biasalah tu). Pernah malam tadi, dia duk gigit lutut ummi dia. Eh2...apsal si kecik ni? Bagi makan, sikit je dia jamah :) Lutut ummi yg dia nak makan. Sabar je la. Husna, esok dah besar and baca entry ummi ni mesti Husna tersipu2 malu sebab habit Husna yg macam2 ni. Tak pe, ummi and abah tak kisah :)




Wednesday, January 20, 2010

Birthday of encik Abang


19 Januari, birthday encik abang. Happy birthday, sayang! Semoga tahun ini memberi banyak kebaikan kepada kita sekeluarga, kerja rajin2 yer (jgn asyik lawan bos! ops!), jadi suami dan abah yg baik kepada me and Husna :) Luv u!

So, semalam belikan sebiji kek yg kecil untuk abang. Kecil saja, bukan ramai pun kan :). Sedap kek tu. Ada blueberry dalamnya. Nyum3.

ini rupa kek abang...

Petang, masak bihun sup berserta begedil. Nyum3! Marvelicious! (puji masakan sendiri) hehe. Sedapla kan, sebab air tangan sendiri :) Oh! ayam goreng pun ada. Tp, makan2 nya time dinner. Lepas encik abang pulang dari solat Isyak.


begedil ayam yg kubuat sendiri...

Makan dan makan. Pukul 10pm baru sessi2 potong kek. Ala, si kecik tu, nampak je kek terus nak terpa. Last2 dgn Husna sekali potong kek tu :)

birthday boy with her lil Husna...

Tahun ini mungkin amat berbeza bg kami sebab ada Husna berbanding tahun lepas. Lebih ceria dan gamat. Lebih bermakna kan :) Again, HAPPY BIRTHDAY, ABANG!




Tuesday, January 19, 2010

Iras ummi pun ada :)

Masa balik rumah my mom baru2 ni, aku saja bukak2 almari kat rest room tu. Tengok2 ada album gambar kami sekeluarga since aku and adik2 time kami kecik2 dulu. Lama dah tak belek2 album tu. Bila dikenang2, rindukan zaman kanak2 ku :)

Belek punya belek, ada banyak juga pic aku masa baby. Alahai! Siapa lagi yg rajin mengcapture those pic tak lain tak bukan, my aunt, adik my mom. Mak Uteh memang rajin ambil gambar aku masa baby dan kanak2 :) Boleh kata, aku agak rapat time tu dengannya. Mana2 pergi aku nak ikut :)

Since there's no scanner kat rumah my mom, aku just snap dgn K810 saja. Dapatlah seperti yg di bawah ini yg kurasakan sebiji yg amat muka Husna. Betul tak? What do you all think? Same or not? Hehe. Selama ini, ramai yg kata Husna anak abah. Muka abahnya banyak tumpah kat Husna. But, bila tengok balik gambar bawah ni, banyak yg Husna warisi from her mommy ni :) Gambar2 ku yg lain ada lagi, but ini yg sangat nampak sama.

me semasa baby :)


sama tak dgn Husna?






Monday, January 18, 2010

Jalan2 ke Mesra Mall

Sabtu, wiken yg baru lepas ni...encik abang bawak aku dan Husna jalan2 kat Mesra Mall. Jalan2 cari makan je. Memang tengah lapar masa tu, time lunch :)

So, apa lagi...kami masuk Pizza Hut. Lama dah tak makan pizza. Bila last time ek? Tak ingat dah. Hehe. Bukan apa, encik abang tak berapa gemar pizza. Dia lekas jemu :) Aku suka je. So, order2 makanan. Si kecik tu apa dia buat? Alahai...tak boleh duduk diam. Satu restoran tu boleh dengar suara gemersik dia :) Biarkan aje. Tak boleh dibendung lagi.

gaya macam pandai nak order makanan :)

Maka, time makan pun kena gilir2 dgn encik abang sebab nak jaga Husna. Kejap nak duduk, kejap nak diri, merangkakla dia...isk3..macam2 ragam sejak dah pandai macam2 ni :)

Selesai makan, jalan2 jap ke kedai2 yg ada. Then terus balik rumah. Sampai rumah, dah kenyang maka tidurla jawabnya :)




Teething gel untuk baby

Bila kita nak tumbuh gigi selalunya akan rasa sakit pada gusi kan. Begitu juga dialami oleh our baby. Tp mereka ni tak pandai cakap lagi bila rasa sakit dan ngilu tu. Yg mereka tahu just nangis dan mengamuk :)

Same goes to my lil Husna. Since umur dia 7 month tu dah obvious sangat dia dah ada gigi yg sedang cuba ingin menampakkan rupanya. Now, 9 month dah boleh nampak clearly 2 batang gigi bawahnya yg gigih nak keluar :)

rupa teething gel...


Bawak jumpa doc, then doc advise sapukan theeting gel kat gusi. 1st time mommy macam aku ni mmg tak tau apa, so tanya kat doc...ada jual ek doc? Doc jawab, ada...kat farmasi banyak. Ooo. Aku tanya, doc tak ada ke? Doc jawab, ada...ok saya bagi satu. Laa..kan senang gitu. Doc ni saja tak nak bagi...isk3...benda free la katakan :) (ops! company encik abang yg bayar) Bila sapukan, tak ada mengamuk sangat si kecik tu. Dia bebas bermain. Rasa macam kebas2 kat gusi dia.

Untuk menggalakkan lagi Husna serasi dgn gigi barunya, hehe... ummi saja belikan dia brush teeth stage 1 untuk baby umur 0-2. Cute sangat. Dah nampak kat farmasi, terus sambar :) Ok la tu, untuk permulaannya. Bagus gakla, dia pandai gayakan berus gigi tu. Terus masuk dalam mulut (ala mmg habit dia suka masuk barang dalam mulut :)) Good luck Husna!

berus gigi pertama Husna...





Sunday, January 17, 2010

Layout theme yang baru

Layout baru tahun 2010. Lama dah aku tak change layout blog ni. Saja tukar selera kepada 3 colums pulak, tak pernah lagi before this.

Nice tak? Aku prefer yg simple2 dan easy untuk aku sendiri navigate :) Erm, tp ada more things lagi tak letak...widget2 yg cute. Tengok kerajinan. Akan diupdate dari masa ke semasa.

Welcome to my blog for those yg 1st time datang! Sudi2 kanlah mengsharing apa2 yg ada :)





Friday, January 15, 2010

Husna pandai main tennis?

No. Actually, bukan Husna yg pandai main but her abah :) Few days ago, saja bawak Husna bersiar2 di waktu petang yg indah ke court tennis dalam kuarters ni. Encik abang yg main...me tak main pun. Tak berapa nak kuat nak balas bola tenis tu :)


khusyuk tengok abah main...

hai anak ummi :)

Erm, mmg excited si kecik ni. Bring along dia punya walker yg jarang2 digunakan. Pakaikan Husna her shoes. Apa lagi? Bebas lepasla dia kat dalam tu. Siap nak ke tengah court lagi. Adeh. Letih ummi mengejarnya...




nak main jugakla tu... :)



dalam walker yg jarang2 digunakan :)



Sambil2 usha orang main2 football kat padang sebelah, jalan2 sekitar court tennis tu. Rasanya, kalau biar Husna lepas harus kasutnya menjadi semakin parah. Owh yea! amat kesian melihat kasut Husna telah berlubang di hadapannya. May be jadi gitu sebab kasut dia bergesel dgn lantai court tenis tu. Kesian dia. Tak apa. ummi and abah dah beli kasut baru untuk Husna. Nasib baik juga, Husna ada beberapa pasang lagi kasut yg dihadiahkan orang :)

Tp, mmg ini pun aktiviti kami sekeluarga di masa2 lapang. Encik abang mmg suka sport. Badminton, tennis, etc. Saja bagi pendedahan awal kat Husna biar dia pun sukakan sport. Kut dah besar nanti boleh jadi juara *berangan je ummi* :)


psst: kepada kawan2 yg doakan Husna sbb jatuh hari tu, thanks yea! Mudah2 an perkara seperti itu tidak akan berulang lg. Me yg jadi fobia. InsyaAllah Husna tak apa2. Amin~







Wednesday, January 13, 2010

It's my fault

Waa...entry sedih sikit. Pagi tadi Husna terjatuh terlentang. Dunno what to say...it's really hurt for her also for me as her ummi. Husna kan suka panjat2 and gayut2. So that time, dia tengah gayut kat aku...but suddenly benda dah nak happen kan. Tangan dia terlepas and aku just mampu tengok dia jatuh. Langsung aku angkat dia and urut2 belakang kepala and badannya.


Ya Allah! Time tu berderau darah. Rasa macam nak menangis (memang nangis pun). Menggeletar badanku. Husna dah teresak2 nangis. Pujuk2 and bagi dia susu. Alahai sian anak ummi.

So dalam 24 jam ni nak monitor dulu keadaan dia. In case (mudah2 an tiada) ada apa2 yg pelik kang baru pergi jumpa doc. Encik abang pun suruh perhati kan Husna je. Nampak dia aktif macam biasa tp baby kan...kita tak leh assume semua ok bila lihat luarannya..

nak off to clinic ni, pray for us...amin~




Tuesday, January 12, 2010

Mudah Saja

My si kecik ni asal dengar lagu iklan DIGI tu, aiseh...muntutnye mula bergoyang ikut rentak. Memang best pun lagu tu kan sampai Husna pun join sama goyang. Adeh. Sukar nak bendung bentuk iklan apa yg bagus untuk dia.

Lagi satu, iklan2 wanita syampu dan kosmetik..tu lagi tak tahan, siap tepuk tangan..ada ke patut? Pening kepala ummi and abah melihatnya :) for example la kan macam garnier, sunsilk, pantene, rejoice, loreal, lantak semua tu la :) me wonder, "Adakah Husna sedang berangan2 ingin memiliki rambut dan kulit muka seperti model2 tersebut?" Confuse sekejap. Besar benar angan2nya. Tak patut kan.



Apa yg penting, cuba alihkan perhatian dia bila dah semakin besar nanti... tak mahu dia terpengaruh dgn duniawi tu semua :) Ajar dia benda2 yg patut dia tahu baik buruknya :)



si pipi layut... :)









Monday, January 11, 2010

Cerita balik kampung

Baru je sampai rumah jam 11am td dari Perak. 3 hari 3 malam bercuti di rumah MIL. Encik abang la kesian sebab hari tu berminggu2 since balik from Bakun duk bekerja saja tanpa henti. So, abang decided cuti panjang. Tp dah pergi kerja semula tengahari tadi. Half day today. Mesti penat kan?

Aktiviti kat kampung...erm, duk usha kedai runcit kami depan rumah. Alhamdulillah dah setengah tahun operate depan rumah tu. Hasilnya boleh tahan. Encik abang yg jadi pemodalnya untuk membina kedai itu bersama her Kak Long pemodal tong gas. Ada saja orang yg datang membeli barang2 runcit seperti beras, sayur2, ikan, ayam etc. Prepaid pun ada jual.Insyaallah soon kami nak bukak CC pulak kat sebelahnya. Memudahkan budak2 kampung nak bertenet dan celik IT :)
Ada juga jalan2 ke Manjung, saja jalan2. Nak ke Pangkor, tak best pulak pergi bertiga saja :) May be next time balik kampung boleh jalan2 ke Pangkor.

Khamis ni AGM Pelitawanis. Malamnya pula dinner untuk semua ahli, confirm2 aku busy hari tu. Ops! Husna tidak dibenarkan yer untuk dibawa pergi dinner, hanya kaum2 ibu saja diraikan. Hehe. Tak apa, abah Husna ada untuk menjaganya...sekejap je pun kan :)

Cerita pasal Husna, alahai galak sangat nak naik tangga. Kena lebih perhatian kat dia.






Friday, January 08, 2010

Legging and baby tight Husna

Yeay! Semalam dah pun sampai parcel yg kutunggu2 itu. Beli from Qairakids. Barang2 sape lagi if bukan Husna yg punya :)

Beli apa yer? Ehem2...ummi belikan Husna legging dan baby tight. 1-1. Dah lama admirer kat both items tu. Selalu nampak baby2 lain duk pakai. Tp mmg saja tunggu Husna dah besar sedikit baru nampak lagi cute bila pakai :) Bila dia dah boleh jalan nanti lagi cute pakai legging or baby tight tu. Hehe.


cute kan both legging and baby tight ni... :)


Okla tu sizenya pun untuk baby age 6-12 month. Dah try pakai semalam, sangat fit and suit je untuk Husna. Comey. Nanti ummi belikan lagi yer! (ummi memang excited bab2 Husna ni)

Thanks to Qaira! :)




Thursday, January 07, 2010

Husna Visit Twins of Kak Nor

Semalam sempat berjalan2 ke rumah my cousin, Kak Nor di Seksyen 7, Shah Alam. Datang untuk menjenguk baby2 nya yg baru 2 hari selesai pantang :)

Sangat cute (baby mmg always cute). Kecik saja mereka. Dan sedang asyik masyuk tidur :) Lena sungguh. Husna tak berapa nak happy when dia nampak ummi dia duk kelek and dukung baby2 tu. Sedikit jelous agaknya. Cepat2 merangkak ke arahku and minta dukung juga. Aiseh...nampak gaya, lambatla Husna nak dapat adik ni sebab jelous tengok ummi dukung baby lain :) Hehe. Kecik2 dah pandai jelous kan, dia pun manusia juga for sure dah pandai rasa something when she's saw her mommy duk kelek baby orang :)



nur aisya sofea (4th) and nur aisya humairah (3rd), dua pupu Husna...


Lama juga melepak2 di rumah Kak Nor sambil sembang2 about anak2 ni. Many things can share with her. One thing, bila nak ajar anak tentang sesuatu let say nak suruh dia simpan barang. We have to show the word 'simpan' tu macam mana. Tunjuk kat dia bagaimana cara nak simpan barang tu (dengan cara yg mudah untuk mereka fahamla). Then, ask them to do the same again and agai sampai dia dah faham. Kalau duk arah2 tp tak tunjuk confirm2 anak kita tu takkan buat :)

Di bawah ni pula si comey Hannah & Humairah, my SIL twins. Read SINI cerita tentang mereka yg sudah pun aktif meniarap.


nur hannah and nur humairah


dah meniarap, nak masuk 5 bulan...laju je mereka ni :)













pssstt: pics tak leh nak edit, upload beso2 sebab guna lappy hubby.

Wednesday, January 06, 2010

Off to kL again and again

Petang semalam kami gerak ke KL, pagi2 ni jam 7.30 encik abang ada assembly warga kerja kat Hq. Dapat duit sebab penyertaan peringkat kebangsaan tahun lepas.

Stay rumah my SIL yg duk Saujana Utama ni. Rindu sama her twins. Nak masuk 5 bulan dah mereka. Comey je, dah boleh tiarap dgn lajunya dan sangat peramah :) Hannah, 6.8kg while Humairah 6.6kg. Badan pun tegap sebab fully bf.

Husna dgn mereka dah nampak sama besar since Husna kan lately ni asyik demam. Badan pun , dah susut, just pipi yg maintain :) Cuma Husna tua 4 bulan dah merangkak, memanjat.

So, today apa aktivitinya? Tak sure lagi. May be after encik abang dah settled, nak ke Seksyen 7, Shah Alam sekejap untuk menjenguk twins Kak Nor pula, my lovely cousin tu. InsyaAllah.




Tuesday, January 05, 2010

Nak invest dalam Unit Trust Public Mutual?

Mungkin ada di antara kawan2 yg pernah or terbiasa dengar tentang Unit Trust. Ok, di sini ada sedikit info tentang unit trust Public Mutual. Sila rujuk sini untuk tahu lebih lanjut.

Saya sudahpun simpan dan invest di dalam unit trust public mutual ni. Bagaimana dgn kawan2? Ada yg berminat? Konsep simpan dan melabur dalam unit trust ni adalah sama seperti kita menyimpan di dalam ASB/ASN.

Ada pulangan sama macam ASB. Juga salah satu langkah kerajaan menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyimpan. Fund di dalam unit trust public mutual ini juga berasaskan syariah.

Beberapa FAQ tentang PM ni.

Bagaimana nak tambah simpanan dan pelaburan dalam unit trust public mutual?
  • mudah sahaja, boleh lakukan sendiri dgn terus pergi ke Public Bank berhampiran atau just auto debit from account Maybank dan Public Bank.

Berapa jumlah yg boleh ditambah untuk simpanan kita tu?
  • ikut kemampuan, RM100 tiap2 bulan pun ok dah (minimum). Nak mudah boleh juga melalui potongan gaji bulanan.

Macam mana nak invest dalam unit trust ni?
  • boleh pergi kepada consultant agent yg bertauliah atau Public Mutual berdekatan anda.

Invest melalui KWSP/EPF boleh ke?
  • boleh saja asalkan anda layak (depend pada had umur dan jumlah simpanan dalam kwsp tu).

Bila boleh jual balik?
  • anytime boleh sama aje macam ASB. Just isi form untuk jual balik kat Public Bank.
  • yg invest thru EPF/KWSP kenala tunggu bersara :)

*Untuk sebarang info terkini tentang unit trust Public Mutual ini, anda boleh emelkan pertanyaan ke sazliaisha@yahoo.com (my husband aka consultant bertauliah) or nhak_1103@yahoo.com. InsyaAllah, pertanyaan kawan2 akan dijawab dgn sebaiknya dan kalau benar2 berminat kami akan datang terus kepada anda. Kami akan syorkan kepada anda fund yg terbaik masa kini dan juga yg islamic base. Jom ramai2! :)










Cutest Baby of The Planet 2009

Name: Afifah Nurhusna
DOB: 03.04.09


I think this is the best pic of my lil Husna to be nominate (do you think so?) ahakz!!! Husna in pinky dress and shoes! Dah godek2 semua folders of Husna, and finalize...lastly dapat yg ini. ~ehem2...mudah2 an ada rezeki Husna nak tercalon ni yer...amin~

Mom Blogger's Planet searching for another 6 babies to be nominate, so that they can have healthy 20 Cutest Baby of The Planet 2009 contestants! So, why not we try, kan?

Please click here for more info! Last date to nominate on 10.01.10.


psst: semua baby pun cute miut belaka :)






Sunday, January 03, 2010

Husna turn 9 months

Malam tadi Husna tunggu her abah balik. Dia dah tertidur pun jam 11.30pm tu, tp entah macam mana time abahnya balik dalam pukul 12 tu dia boleh terjaga. Agaknya terbau abahnya :) Hai anak abah!

scene di mana seorang abah memujuk anaknya...


Only at 12.40pm baru dia benar2 terlelap. Si kecik ini saja tunggu abahnya kut. 9 bulan dah usianya hari ini. Seronok tengok anak membesar depan mata. Melayan keletahnya, kerenahnya. Tp tak larat nak menjawab bila orang2 (adalah sesetengah orang yg suka bertanya), "dah pandai apa, Husna?" Jenuh nak menjawab. Kadang2 aku suka ignore kan je. Malas nak jawab. Tp encik abang pandai jawab, dia akan kata "...dah pandai eja nama sendiri" hehe... agak bagus jawapan suamiku itu. Jawapan yg kukira full stop. Enough :)


pipinya shembol sangat...jambulnya jambu sangat...hehe


Husna setakat ini boleh dikatakan sihat dan aktif. Mana tak aktifnya, panjat meja tu, panjat sofa ni, tp tak pandai turun. Hehe. Ada hati nak panjat tangga, tp 1 step saja...lepas tu macam takut2 :) Aku macam berangan kut Husna boleh berjalan semasa 8 bulan. Tp rupa2nya belum boleh lagi. Dia malas nak tatih. My mom kata, pagi2 kalau rajin bawak Husna jalan atas rumput. Tp, aku tak pernah lagi cuba. Pak Usu Husna aka my lil bro dulu boleh berjalan masa umurnya 9 bulan. Erm...dia only dalam my family yg boleh berjalan paling cepat. Tak kisahla, cepat or lambat kan Husna. Ummi tak paksa. Ummi galakkan apa2 yg baik untuk Husna :)

Gigi bawahnya yg sebatang itu sudah jelas kelihatan. Kadang2 kalau dengar Husna membebel macam dengar dia bercakap pun yer. Tp dalam bahasa dia sendirila. Kami yg dewasa tidak akan faham :)





Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi