Saturday, February 27, 2010

Home Alone 4

Waa...hujung mingguku hanya di rumah bersama si kecik Husna. Kenapa? Sebab encik abang bekerja, as usual if wiken pun kerja siang dan malam...commissioningla, apa lagi. Since semalam, orang lain menyambut Maulidur Rasul SAW, aku dan Husna duduk2 aje di rumah mengulit diri :)

Tp malam tadi sempatla encik abang bawak kami jalan2 ke Paka tu jap untuk cari dinner. Saja nak dinner di luar, dah seminggu asyik makan makanan rumah aje kan :) Husna paling happy dapat keluar malam2...habis dirangkak nya atas meja makan kami. Laju pulak tu, nyaris tak jatuh. Adus.


Husna nak berdiri sendiri ni ummi...

Budak kecik ini kan, sejak 2 menjak ini sudah pandai imbangkan dirinya ketika berdiri untuk beberapa second. Walaupun tak lama (dalam 5-10 seconds), tp itu dah kira perkembangan yg positif la kan. Alamak! Kalau dah mula nak menapak esok2, jenuhla ummi and abah nak mengejarnya kan :) Sekali sekala dia akan melepaskan tangannya dari pegangan dan berdiri sekejap. Elokla tu yer...hehe.

So, today...apa nak dibuatnya? Duduk2 saja di rumah sambil tangan mengetuk keyboard :) Dari tak buat apa, baik survey barang2 untuk ditambah kat my HusnaLilShop kan! So far, Alhamdulillah...dari segi barangannya, walaupun tidak banyak yg terjual tp ada jugalah kan. Bukanlah tak ada langsung customer :) InsyaAllah pasti akan bertambah.



Thursday, February 25, 2010

Baby Crying Contest

Sinonimla si kecik ni dengan air mata :) Tp lately la...dulu2 Husna ok je. May be dia rasa tak secure kena tinggal seorang2 time ummi nak mandi or masak or away somewhere dalam rumah ni :)

Ni ada gambar Husna nangis masa tu dia dalam hari lagi. Nangis sebab lapar la kan :) Sweet je rupanya ketika itu :)




Nama: Afifah Nurhusna
Umur: 1 bulan (ketika gambar diambil)
10 bulan (umur sekarang)

Akan menangis bila nak susu :),
bila ada strangers yg tidak dikenali ingin mendukungnya :),
bila bangun tidur ummi or abah tak ada :),
bila sakit perut :)

*contest dianjur oleh Kak Pah, due date sehingga 28.02.10.
*nak join, jom klik SINI!



Boss kecik

Kecik2 dah jadi boss. Hehe. Bagus kut sebab boleh ajar dia macam mana nak jana wang :) (cakap pasal wang, kening i yg terangkat!)

Masa balik kampung 2 weeks ago, bawak Husna jalan2 tengok kedai runcit kami depan rumah mil. Sambil2 tu usha2 apa2 penambahan yg patut dilakukan di kedai tersebut. Husna pulak memang suka pergi kedai sebab dia boleh pegang tu, pegang ni, capai tu, capai ini. Macam2la dia nak buat. Nampak duit usah cakaplah, kita suruh pilih between RM1 dan RM50, ehem...yg RM50 tu dia pilih. Alahai! Kecik2 dah pandai pilih duit :) Susah ummi and abah macam ni. Hehe.


macam faham je kan :)


apa yg tengah difikirkan oleh boss kecik ini?

psst: aku bercadang nak buat giveaway next weekla, agak2 ada tak yg sudi nak join? sempena birthdayku...kih3...



Wednesday, February 24, 2010

Planning oh Planning!

Banyak betul plan untuk this coming March and April too. Family day at Bagan Lalang la, jalan2 Singapore la, 2nd anniversary wedding of me and encik abang la, my birthday la, my mom's birthday la, also tak lupa planning untuk birthday Husna yg pertama :)

Soo excited tentang semua upcoming tu! Tak sabar rasanya. Ahakz! Tp tu la kan, kita hanya boleh planning dulu, mudah2 an semuanya akan menjadi dan berjalan dengan baik :)

'smile'

Cerita tentang Husna, fiil nya yg tidak suka kena tinggal seorang itu masih ada dan tidak lagi berubah. Tp, sekarang ni asal petang2 je dalam jam 5pm ke atas dia dah pandai usha2 kat luar rumah kami ni dan sambil tu mulutnya membebel2 :) Nak ajak ummi jalan2 kat luar la tu. Kawan2 ramai tengah main.

posing dalam gelung

Ummi pun, tak nak hampakan...just tolak stroller pusing2 area laman rumah tu dan usha2 bibik2 di rumah sebelah. Syok gak sembang dgn bibik2 ni, banyak benda boleh share (mereka kan punya anak juga). Tp, kalau ummi lagi rajin ummi akan tolak Husna sampai playground. Or, kalau malas...kita ikut abah pergi main tennis or badminton :) Itulah rutin harian kami setiap petang. Sangat sihat dan cergas! :)


psst: cik jo, husna suka bila cik jo datang...leh bawak husna jalan2 dgn kereta :)




Monday, February 22, 2010

Jalan2 ke Kuantan

Lama tak update..situasiku agak busy lately ni. Husna pulak asik nak berkepit dan akan duk perati je ape ummi dia buat (best ngata Husna :))

Last Friday, jalan2 cari makan kat Kuantan. Saja jalan2 jauh sikit, ubah angin. Lepas solat Jumaat, encik abang bawak kami jalan2 ke Berjaya Mega Mall. Hasrat di hati nak terjah Parkson, dept baby la kan sebab nak belikan Husna seluar jeans tp apa yg dihasratkan tidak berhasil. Tiada yg berkenan di hati. Erm, last2 ummi and abah yg shopping. Abah memang pulun shopping habisla, semua jenis seluar cotton dia nak try. Sampai 3 pasang dia rembat :) Ummi just beli sehelai tshirt long sleeve. Ok la tu kan dari tak beli apa2...jeles pulak tengok abang duk shopping sakan. Husna, ummi belikan apa? Plan nak belikan dia some toys Fisher Price tp tengok price nya macam mahal lagi dari toysurus, so cancel beli. Nanti bila2 kita pergi Mesra Mall boleh beli kan Husna toys kat toysurus. Husna just dapat old navy legging yg cute, rembat kat F.O.S. :)

Sudahnya, petang dalam 7pm gitu sampai rumah. Lama sungguh jalan2nya. Hik3. So, hari Sabtu tu tak ada plan ke mana2. Got breakfast nasi lemak kat gerai sebelah masjid baru Paka tu, then we just stayed at home sambil buat 5S kat bilik tidur. Habis semua sawang2 dan habuk disedut oleh abang menggunakan vacuum :) Rajin my hubby :) Time ni la nak minta tolong dia buat itu ini kan :) Thanks abang!

Semalam, Ahad dah kerja. Hujan di Paka tiba2 datang. Sejuk aje rasanya. Nyaman time tidur no need pasang air cond :)



Wednesday, February 17, 2010

Aksi Macam Berani

Macam berani? Ada berani? Suspen je kan. Tp tula kenyataannya. Si kecik ni memang berani dan penyayang.

Husna sukakan kucing :) Biasala tu kan. Kucing kan haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Husna sukakan kucing sama seperti abahnya. Sangat penyayang. Abah Husna sanggup belikan friskies untuk kucing2 terbiar di surau kuarters kami ni. Rumah kami tak ada kucing sebab aku tak nak bulu2 kucing terabur dan tidak elok untuk Husna yg still kecil lagi ni kan.

Jom tengok aksi Husna bersama si kucing, 'Capik' ketika di rumah mil last Friday. Kenapa namanya Capik? Sebab ia memang capik since lahir, ibunya la yg bernama 'Seri'...dah tua2 still gak nak ehem2...dah tu dapat anak ada yg cacat and mati. Kasihan.


video







Wednesday, February 10, 2010

Teriakla weh!

Aih...apa kena dengan si kecik ni? Nak kata kena pukul, tipula kan. Muka cute2 macam tu tak sampai hati umminya nak pukul :) Geram sikit ada. Hehe.

Mana taknya...tengah nak masak, dia teriak. Nak jemur kain pun teriak. Nak pergi toilet (nature call) pun teriak jugak! Tensen ummi cam ni. Pantang ummi hilang dari pandangan, uhukz...dia pun merangkak dengan lajunya sambil teriak.

nampak gigi 2 batang :)

Time nak solat jangan cakapla kan, dia siap tunggu tepi kaki. Apa kes ni Husna sayang? Lately la, fi'il Husna jadi gini. Dulu2 tak teruk cam ni :) Agaknya dia dah biasa ramai2 dengan orang (kan atok nenek dia rajin mari Paka marin) dah tu bila tak ada orang ni, dia takut kut kena tinggal seorang diri. Nak masak tak boleh bawak dia masuk dapur, takut kena minyak panas ke. So, ummi biarkan saja dia di dalam playpen. Teriak sepuas hati! :)

alololo...air mata sebutir :)

Husna jangan nakal2 yer..ummi nak masak je, bukan nak pergi jalan2. Nanti ummi bagi upah susu :)




Tuesday, February 09, 2010

Teka Berat Qaseh Contest


Mari kita ramai2 meriahkan contest ini! Nak teka berat Qaseh tak? Qaseh yg cute ni anak Kak Apash, yg birthdaynya same day dengan Husna (03.04.09). Dah sama2 10 bulan usia mereka. Hehe. Agaknya berapa yer berat Qaseh sekarang ni? Husna pun umminya tak pergi timbang lagi. Agak2nya sama ke tak berat Qaseh dan Husna ek?

Ok, ni ummi Husna nak teka berat Qaseh. Tekaan saya ialah 8.6kg sahaja.

Contest due date 12.02.10. Masih sempat untuk anda join. Sila klik SINI dan lihat syarat2 untuk join.




Sedapnya...makan apa tu

Hehe...apa yg sedapnya tu? Macam menarik je kan. Mari sini, nak share something. Inilah, cerita seorang baby yg suka makan tuuuuuuttt... :) Ops! macam sensored pulak! :)

Kalau dapat jilat sekali, pasti dia nak lagi. Ehem...dah macam makan ais krim pulak yer. Tp, ni bukan ais krim yg dia suka (tak pernah lagi makan ais krim), yg dia suka ialah D.U.R.I.A.N. Hehe. Pelik ke tak? Tak tahula, baby2 di luar sana suka gak makan durian or not. But, Husna since diperkenalkan dengan durian ni dia memang dah start suka :) Like abah like daughter. Peminat no 1 durian sedunia (ya ker?) Ala...ummi pun suka durian :) Buah2 lain ada juga yg Husna suka such as epal, grapes, mangoes (siap gigit2 lagi kalau dapat), buah lai, oranges dan pear.


comotnya anak ummi makan durian :)

Tp bab makan durian ni, tak bagi banyakla kat Husna, khuatir dia tak tahan panas kan. So, lepas makan durian, kena minum air masak banyak2... :) Bagus makan2 buah ni, senang nak lawas kan...hehe.




Monday, February 08, 2010

Panggilan mesra untuk Husna

Lama tak berblogging...last week, busy amat ikut encik abang outstation dan agak malas nak bukak my lappy ni. Banyak alasan kan :)

So, today nak mulakan hari dengan senyuman. Ahakz! (LOL) Husna masih tiduran, pulas sana pulas sini. Lasak anak ummi tu. Ada pulak bunyi burung2 kat luar rumah. Err..pagi yg kukira agak ceria. Baru selesai menjamah fried rice yg kumasak sendiri bersama air teh. Nyum3 (ada yg terliur?)

Nak cerita tentang beberapa panggilan mesra Husna di kalangan my family. Ehem2...banyak sangat ke gelarannya? Boleh la kalau nak listkan tu :)

  • nenek - 'comel' (biasa my mom akan tanya comel nenek dah bangun?)
  • atuk - 'sayang atuk' (sayang atuk dah makan?)
  • atuk (my FIL) - 'uchna', 'uthena'
  • wan (my MIL) - 'cucu wan'
  • wan teh (my aunt) - 'ebot'
  • cik cik husna - 'budak kecik' oo budak kecik
  • abah husna - 'yayang'
  • ummi - no specific names, biasa panggil 'anak ummi'
Mesra sangat kan panggilan2 tu. Tak taula boleh lekat sampai Husna besar or not. Tp, biasanya akan lekatla kan :)




Wednesday, February 03, 2010

Husna turn 10 months

Happy 10 months birthday, anak ummi! 2 more months Husna akan setahun. Wah! Rasa macam sekejap aje masa berlalu. Dah makin besar anak ummi ni. Dah pandai macam2 :)

lalala...

Antara yg menarik sejak dua menjak ni...Husna,
  • dah banyak cakap dan kecoh sangat bila dengar dia mumbling
  • bila nampak camera, dia akan mula kecilkan matanya dan tersengih :)
  • suka bila dapat pen dan kertas (nak menulis gak)
  • minum air pakai straw (since last monthla ni, abah ajar)
  • friendly dan suka berkawan dengan baby2 sebayanya
  • akan kiss ummi bila ummi sebut "sayang ummi, sayang ummi" sambil mulutnya sebut uwwah (actually muaaah)
Husna, Husna... apa2 la kan :) Kelakar pun ada kadang2 bila tengok keletahnya. Masih kesayangan abah dan ummi.

2 bulan lagi nak prepare untuk her 1st birthday. Tak sure nak buat kat mana, Paka ke, Johor ke or Perak or somewhere. Ummi exciting ni :) 2 bulan lagi Husna akan kena jab untuk 12 months. Dah lama tak kena cucuk, tak surela bagaimana her reaction nanti :) Mudah2 an semuanya akan baik2 saja.



Tuesday, February 02, 2010

Model di atas kereta

Alahai...budak kecik ni, mesra camera sungguh!:) Pictures diambil ketika sedang tunggu atok and nenek bersiap2 untuk keluar berjalan2 bersama Husna.


aksi2 spontan di atas kereta atok...

Nampak hair clip tu? Umminya beli untuk diklipkan di rambut Husna yg semakin panjang ke depan. Baju tu since newborn punya size...tp tak pe, still can fit Husna just pakaikan dia legging untuk nampak sweet and sopan :)





Monday, February 01, 2010

Last weekend

Banyak hari tak update yer..hidup agak busy lately ni. Tambah2, last Friday balik kampung my husband tu. Saje balik, last 2 weeks pun baru balik sana kan. Kak Long's family ada, Wani's family pun ada. Okla tu. Ramai2 balik meriah rumah abah in law :) Dengan Syifa' jadi ketua, diikuti rapat oleh Husna dan kembar Hannah dan Humyrah.

Ada kenduri doa selamat hari Sabtu tu lepas Asar. Abah in law saja buat makan2 jemput jiran2. Makan bihun goreng and sate. Pagi Sabtu tu, aku volunteer jaga kedai kami. Aih...seronok jugak berniaga ni kan walaupun hanya sebuah kedai runcit :) Timbang itu, timbang ini, kira itu, kira ini :) Pengalaman tu semua. Husna pun turut menyibukkan diri :)

Cakap pasal bisnes ni juga, HusnaLilShop dah ada update hari ni. Baju kurung pahang dahulu yer untuk permulaan. Nak test market :) If ada rezeki nanti, Alhamdulillah.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi