Wednesday, March 31, 2010

Husna belum berjalan

Agak risau juga sebab ramai2 kawan2 yg sebaya Husna dah mula menapak dan ada juga sudah makin laju jalannya. But, Husna still macam tu. Aktif merangkak. Langsung tiada tanda2 untuk memulakan sebarang langkah.

Sesetengah orang mengkategorikan ini sebagai perkara normal. Takes times untuk baby belajar berjalan. Dont worry sangat. Secara amnya, ummi biarkan saja...lihat2 dari jauh. Bontotnya sudah diangkat tinggi, tp malas nak mula menapak :) Apa kes Husna? Hehe.

Biarkanla dia...tunggu dan lihat saja. Kaki dah memang kuat and teguh berdiri siap lepas2...just tak mahu menapak lagi. Sabar yer ummi and abah...nanti Husna buat surprise k! :P (ummi nak sedapkan hati je tu)

Counting the days...few more days Husna turn 1 year. Celebrate may be just 3 of us! :) Syok gak, ummi malas nak masak2 :P



Tuesday, March 30, 2010

Pengumuman PEMENANG!

Minta maaf atas kelewatan saya mengumumkan pemenang 'Purple Light 1st Giveaway'. Agak busy lately dgn pelbagai perkara dan famili.

Sebagai menghargai kesemua peserta yg telah menyertai, saya sudi menambah 1 lagi hadiah tambahan. Harap sudi menerimanya yer walaupun simple sahaja :) Ok, total semua peserta ialah 71 orang. Tak sangka sambutan amat menggalakkan dari anda semua. Terima kasih yer! :)

So, kat sini saya nak umumkan 2 nombor bertuah yg telah dicabut oleh ibu (my belove mom), dan my adik. Let's chek out siapa yg bertuah itu!!!





hadiahnya merupakan...


sehelai shawl with awning :)
dimenangi oleh....



MRS.K -54


dan juga...


sepasang kain 4m sumbangan HusnaLilShop :)

yg dimenangi oleh....



Norell -26


TAHNIAH kepada mereka ini! Kepada yg tidak berjaya, jangan bersedih yer. InsyaAllah ada rezeki, saya buat lagi another giveaway next time.

Kepada PEMENANG2, sila emelkan nama, alamat dan no telefon kepada nhak_1103@yahoo.com untuk saya postkan hadiah2 tersebut. Terima kasih banyak2!




Tuesday, March 23, 2010

Air! Air!

Tak sampai 2 wks lagi Husna will turn 1 yr old todd. Berdebar rasa hati melihat Husna akan membesar dan terus membesar. Bau baby nya masih ada :) bau syurga sesetengah orang kata...hehe...

di laman rumah kami nak petik bunga...

Banyak sungguh perbendaharaan kata Husna sekarang ni. Antaranya, boleh sebut 'nenek', 'air', 'abah', 'mama' aiseh...ummi la sayang :) Masih kempunan nak dengar dia sebut ummi. Sabarla untuk sedikit waktu lagi. Memang aku ajarkan dia dengan perkataan yg sebenar, supaya dia boleh mengikutnya slow2. Nak ajar dia pelat2 kang, dia ikut yg pelat pulak :) Tak gitu? Biar dia belajar dari awal menyebut perkataan yg betul maka dia tak akan confuse bila masuk tadika nanti. Misalnya, bila ajak makan, aku akan sebut jom makan. Dia faham. Pantang nampak orang tengah minum air, dia pun sebut 'air..air' tanda dia pun nak jugak :)

ummi..jom jalan ptg2 :)

Rasa macam tak buat birthday party Husna tu. Entahla...mungkin celebrate kami2 je sekeluarga. Tak bestnya! Tengokla nanti, lom sure yet.


pssstt: ada kat Johor la ni, mencari sesuatu...



Sunday, March 21, 2010

Minah kelate cute miut :)

Ehem...title di atas sebenarnya tiada kene mengena dengan sesiapa pun :) Tp ceritanya berkisar tentang jalan2 kami di Kelate beberapa hari lepas. Menginap di Renaissance KB Hotel. Ok hotel ni, molek aje. Siap dengan 2 katil double.


bilik hotel...sila abaikan yg sepah2 tu :)

Husna dengan atok nenek di hadapan hotel...


Sementah encik suami duduk2 di hotel kena attend program dari pagi till petang :), kami pun membuka langkah menuju ke Pasar Siti Khadijah dan Rantau Panjang. Jalan2 cari makan dan cuci mata.

Balik from Rantau Panjang tu sempat tangkap gambar masjid kat bawah ni, unik sungguh rekaannya. Kagum sekejap.

masjid unik...lupa namanya

Ok, lain kali yer...bg sesiapa yg baru nak jalan2 ke Kelate, jange pergi waktu cuti sekolah. Sebabnya apa, harga semua mahe belake. Jange harap nak dapat less, harga dah mati! :) Tp nak buat lagu mana, dah mmg kami kebetulan datang time cuti sekolah. Nasibla badan, dapat beli apa je...dah la tengah2 bulan kan :)

Beli selimut tebal 2 pieces (lepas diskaun dpt RM20 each), baju Thai Husna (RM10), blouse and tshirt ummi beli 2 (RM20 and RM15), toto narita king size (RM45). Niat di hati nak beli set periuk untuk 6 biji tp tak jadi. Lain kali la kut, time gang Pelitawanis nak buat lawatan ke Pengkalan Kubor nanti aku nak ikut. Boleh shopping sakan. Bukanla diri ini kedekut, tp pembeli pun ada hak kan nak minta less :)


jadi tempat alas baring2 Husna di siang hari...dilipat 4..

baju thai Husna...hijau gitu...

Malamnya, kami jalan2 ke Wakaf Che Yeh. Berpeluang juga nak ke uptown KB ni, malam sampai pukul 12 bukanya. Malam sebelum tu, kami dah tersasar jalan hingga ke Pasir Mas. Padahal, Wakaf Che Yeh tu dekat sokmo dengan Mc D KB.

dah lupa namanya..tp macam kerabu...

Sebelum sesat tu kami dinner kat sebuah kedai makan, apa ke namanya...Kedai makan Aleesya kut, ok gak makanan yg diorang serve ni, berlatar belakangkan sawah padi. Bolehla, 4 orang dewasa makan dalam RM70++. Order ikan stim, ayam goreng kunyit dan sayur campur juga makanan di atas tu, aku dah lupa namanya tp ala2 cam kerabula. Pedas2 sikit.

Pada pendapat aku, Kelate ni ok jugak bandaraya nya. Kadang2 kalau macet tu biasalah kan, mana ada bandar yg tak jam. Nampak membangun juga walaupun tidak ada bangunan tinggi2 melangit. Mc D dia besar lagi dari Mc D Kerteh :). Ada uptown Wakaf Che Yeh lagi :) KB Mall aku tak pelik sebab tempat lain pun ada mall :). Tu la, so far Kelantan bagus juga...tidakla seteruk yg digambarkan. Masih bersih dan banyak tempat untuk orang Melayu :) (banyak puji kelate ni). Next time if ada rezeki lagi, insyaAllah nak pergi Kelate tp bukan time cuti sekolahla. Pergi suka2 bila2 masa.

Otw back to Paka, kami ikut jalan pantai lalu Tok Bali terus ke Besut. Sempat singgah di jeti nak ke Perhentian Island, encik abang nak kutip phamplets...insyaAllah ada plan nak ke Perhentian Island dalam masa terdekat ni.

lepak2 di pondok mengadap pantai dekat dengan jeti...




Saturday, March 20, 2010

Terima award


Received award ni from Kak Apash, Ezan and Kay, thanks a lot!

TERMS & CONDITION

1- Thank & link the person that gave you the award.

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

  1. faryza
  2. mas
  3. fieza
  4. pok din
  5. yatie chomeyl
  6. mrs.amie
  7. hadina
  8. ummu ilham
  9. dan siapa2 yg sudi membaca blog sy ini :)

3- Contact said blogs and let them know they've won the award.

4- State 7 thing about yourself.

i am cute, friendly, caring mother, etc :)



Friday, March 19, 2010

Mandi manda di Bagan Lalang

Lama dah cite ni, minggu lepas punya malas nak update :) Berjalan2 ke Bagan Lalang, sebab ada family day belah my mil. Kami sekeluarga tak dapat nak join sepenuhnya sebab terpaksa rush lari2 balik ke Paka hari Sabtunya. Tp sungguhpun tak dapat join sepenuhnya, banyak juga hadiah2 yg kami sponsor untuk family day tu. Alhamdulillah...

Sempat bermalam di Bagan Lalang, sehari sebelum cuti sekolah bermula, Jumaat malam Sabtu di Bagan Villa Beach Resort sangat hampir dengan Gold Coast itu. Erm, budget chalet..so so je la, but okla ada tempat nak tidur, mandi and dekat dengan pantai :)


bangun tidur terus terjun laut :) mata pun sembab lagi...

ummi malas nak mandi, cecah kaki je la :)

Pagi2 hari Sabtu tu, ummi dah kejut Husna untuk pergi ke laut. Terpisat2 budak itu, malam sebelumya tidur lambat main2 dgn atok and wan. Isk3...Husna pun seronok tak ingat dapat mandi manda di pantai dengan itiknya itu. Sampai tak nak naik dah...tak reti sejuk ke si kecik ni...jenuh nak kena angkat dia, mahunya dia nak lepaskan itik tu :) Dah takut laut dah..dah biasa dah yer...boleh la lepas ini ummi and abah hantar Husna kelas berenang. Hik3 (ummi berangan)

dipeluk2 float tu :)



Update Senarai Peserta Giveaway

Berikut adalah list yg telah pun turut serta dalam Purple Light 1st Giveaway:

  1. ||NaFIRaa||
  2. Snowwhite Zone
  3. Nida
  4. A N A K - A N A K K U
  5. ::Mamalyna::
  6. chugie
  7. aZuRa AhMaD
  8. zai kulim
  9. contest
  10. Zura
  11. ::m!SS edURA hanUM::
  12. siti
  13. Mama_Fatin
  14. jom makan
  15. Maryam
  16. anin
  17. nia
  18. mama zharfan
  19. aidie
  20. Azie
  21. ieyza
  22. Leily | Ummi Alya Husna
  23. aFRiNa-BaTRiSy!A
  24. ummie_mirahaziq
  25. 'NuReen'
  26. Norell
  27. feezo
  28. taufidris
  29. juniza
  30. inasepi
  31. ogy
  32. kak ngah
  33. ziefauzi
  34. syakila
  35. niezi
  36. sarah
  37. faryza
  38. inahasan
  39. Nurul Malyanah
  40. sharina
  41. sherry
  42. ratna
  43. Nurul Zaty
  44. Echa
  45. admin@Maya
  46. mama
  47. adda
  48. .renex.
  49. eleanor
  50. Nana
  51. siti nurkhijah
  52. arissa.soleha
  53. nEa FleriDa
  54. MRS.K
  55. nieda
  56. mystory
  57. Apash
  58. azleyana
  59. Ibu Ayra
  60. Sujuez
  61. Asya
  62. ayuselalu
  63. AYU IDRIS
  64. segalanyer kuterima
  65. As
  66. izan cute
  67. sue
  68. Nurul + Nordin
  69. Jieda
  70. miSwiexiedawia
  71. vTec N girL
InsyaAllah dalam masa terdekat ini akan diadakan cabutan, dan hadiahnya akan diumumkan setelah cabutan dilakukan. Terima kasih :)



Tuesday, March 16, 2010

Small Gathering

Last week, Tuesday...masa aku mengikut encik abang ke Bangi, sempatla membuat janji temu bersama beberapa orang rakan time studi dulu ex-uniten. Gathering kecil2 an, yg biasa2 dan tidak plan apa2..since aku ada di Bangi, Pn.Fariza mengajak beberapa lagi teman sekampung untuk bertemu. Lama sungguh kami tidak bertemu dan bersembang sakan macam zaman kanak2 studi dulu :)




So, jam 8pm kami berjanji setia untuk bertemu di Alamanda, plan asal di JJ Cheras Selatan but request from me sendiri, nak jumpa di Alamanda sudah. Sampai2 nampak Pn.Fariza berjalan keluar parking bersama Johan dan Amir. Terus parking dan masuk Alamanda. Food court dituju, mudah nak makan dan banyak pilihan also tak perlu segan2 sapa nak bayar :)

with Fariza's family...

me, abang dan Husna...



Jumpa Pn.Fariza, salam2 peluk2...muah2 Amir. Cari tempat untuk melepak, dan tunggu yg lain2 datang. Tak lama kemudian, nampakla kelibat yg lain2 seperti Pok Din, Liz and bff, Nonoi, Olin and Doc, last baru nampak Epull and May May. Sambil makan2 kami sembang2 hal masing2. Si kecik Husna dan Amir jadi tumpuan yer malam itu kerana mereka sahaja baby2 yg comey yg ada di Alamanda. Hehe.

. ramai2..


Hopefully, next time akan ada lagi gathering begini but kene plan properly la kan Pn.Fariza. If not kang, tak pasal2 lain lak jadinya (ko tentu paham) Thanks for Epull yg sudi jadi photographer kami dan semua yg datang juga terima kasih banyak2..u all memang best.. :)





Giveaway TAMAT

Kawan2 semua, deadline untuk 'Purple Light 1st Giveaway' sudah pun berakhir malam tadi jam 10pm. Maka, dengan itu saya isytiharkan giveaway ini TAMAT la sudah.

Sessi untuk menglistkan semua penyertaan akan bermula hari ini sehingga waktu yg akan saya umumkan kelak. Saya masih lagi outstation ke KB. InsyaAllah apabila semuanya selesai, saya akan listkannya dan juga boleh cabut undi.

Hadiah (or hadiah2) akan saya umumkan kemudian, insyaAllah. Terima kasih kepada semua yg telah memeriahkan giveaway ini. Sambutannya sangat menggalakkan dan mengharukan saya :) Terima kasih daun keladi, esok2 boleh jumpa lagi.



Monday, March 15, 2010

Purple Light 1st Giveaway

**Sticky mode until 15 Mac 2010 :)**


Seperti yg diwar2kan pada minggu lepas, sy berhajat sangat nak buat giveaway. Ini adalah bersempena birthday sy yg insyaAllah akan kunjung tiba pada 11 Mac ini.

Berikut adalah syarat untuk join:

  • terbuka kepada semua bloggers
  • letakkan banner giveaway di sidebar blog anda dan linkkan ke entry ini
  • perlu menjadi follower blog Purple Light
  • tulis simple entry tentang this giveaway (optional)
  • letakkan komen berserta emel dan url blog menandakan anda join this giveaway
  • hanya SEORANG (1) pemenang akan dipilih melalui cabutan yg akan dilakukan oleh juri pilihan
  • hadiah special menanti anda yg terpilih!!! :)

Giveaway berakhir pada
15hb Mac 2010, jam 10pm

Sekian, terima kasih!







happy bithday, ibu!

Hari ini birthday my mom...nenek Husna :) alhamdulillah..aku masih diberi peluang untuk menyambut bersamanya dan keluarga..moga ibu bahagia selalu, dimurahkan rezeki, diberkati Allah SWT sentiasa...AMIN~

Ada di KB, bersiaran dari hotel renaissance...tp masih blurrr2, tak sure nak ke mana dulu hari ini..ahakz..1st time for me, also for ibu, my abah dah pernah pergi Kelantan masa kerja dulu, encik abang dah turun bawah hadiri forum..mana nak pergi yer..ehem..help me please!!! :)


pssttt: Husna dah round2 satu Malaysia semenanjung saja dan Sarawak kecuali Penang and Sabah :)






Sunday, March 14, 2010

Update 'Purple Light 1st Giveaway'

InsyaAllah saya akan listkan semua nama yg telah menyertai my giveaway dalam minggu ini selepas tarikh tutup 'Purple Light 1st Giveaway'. Esok dan lusa saya akan berada di KB, Kelantan kerana mengikut husband outstation.

Kepada yg masih ingin menyertai, peluang masih ada sebelum deadline nya esok, 15 Mac 2010. Kepada yg telah menyertai, ucapan terima kasih saya ucapkan. Mungkin ada surprise untuk semua peserta, (ehem..nak tambah hadiah ke?) Hehe... kita tunggu dan lihat saja yer. InsyaAllah...if ada rezeki takkan ke mana :)

2nd Anniversary

Alhamdulillah..today hit 2 yrs :) Rasa macam baru lagi bergelar wife kepada Encik Sazli. Detik jam 9.45 malam, 14 Mac 2008 kami telah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz :)

Happy anniversary to my dearest hubby! Tqvm for everything. Masih lagi dalam usaha untuk mengenal hati budi masing2, belajar memahami diri masing2 dan moga kasih sayang kita makin erat :)

Thursday, March 11, 2010

my birthday, today!

The day of 11th is coming today! :) my birthday...malunya..dah tua2 pun nak celebrate lagi yer :) ahakz...

Dah berapa umur Pn.Huda ni?? Alhamdulillah dah menginjak setahun lagi melepasi 25 tahun. Hehe. Rasa macam masih muda remaja, teringat zaman2 persekolahan, zaman2 di universiti, zaman2 anak dara...hehe...masih segar di ingatan :)

Happy birthday to me! Happy birthday to me! Happy birthday to Huda! Happy birthday to me! :)


pssst: my sis in law pun share same birthday dgn ku today, happy birthday Watie! :)

Monday, March 08, 2010

Ada Bangi ni

Belum breakfast, kejap lagi nak turun. Aku ada di Bangi, menemani encik abang outstation kat Ilsas ni. Malam tadi sampainya. Cik Husna masih lagi ketiduran :) Letihla tu, malam tadi sampai2 hotel bukannya nak tidur...dia punya excited habis semua dia explore satu bilik...nasib baik tak masuk bilik air :)

Kawan2 ku, Faryza, Mas, Fieza xoxo, siapa lagi ek? Jom lepak sama jom! :)

Thursday, March 04, 2010

Baby Miji

Nak ucap congratz kat my ex Uniten's friend, En. Miji and wife sebab sudah bergelar daddy and mommy semalam. 03.03.10. Baby girl, berat 3.75kg di KL (tak sure hospital mana)

anak Miji...amik kat fb dia..

Semuanya selamat. Alhamdulillah. Nama baby Khayrah Falisha. Miji ni gang sama2 silat cekak dan kawin dekat2 je tarikhnya dengan aku bulan Mac 2008.

Ok, waiting list untuk kawan2 ku yg lain...antaranya, Ida (Mac), Marmi (Mac), my junior Asiah, Liyana, tak lupa Mastura (Mei). Aku excited ni tunggu mereka meletup :)

All the best k kawan2! Yg penting, doa banyak2 dan minta maaf dengan hubby. Recite doa along the process nak deliver tu. Jangan teran sampai nurse suruh teran :) Selamat berjaga malam semuanya! :)



Kulitku sensitif...awww!

Baby dan masalah kulitnya...memang tak boleh nak elak. Cik Husna ni since dia 6 months ++ suddenly kulitnya jadi sensitif. Or ekzema omputih kata.


antara yg pernah disapu pada kulit Husna...

Maka, aku dan abang ada juga inisiatif bawa dia jumpa doktor dan specialist. Anak kan, siapa tak sayang :)

Doktor 1 : ok, u don't worry...biasanya ekzema until her age 2 yrs ++ dah ok, leh cure...

Doktor 2: ekzema? seumur hidup dia kena hadapi...tp still ada ubat untuk cure...bla2

Specialist: ok, normally ianya akan berulang...but dont worry, ubat and etc tak boleh pakai yg sama saja, if dengan yg ini ok..then next month kita tukar dengan yg lain...etc...bla2..


ok, what do u all think? those yg ada experienced dengan situasi di atas pasti ada jawapannya kan..as for me, benda ni agak baru...dan banyak gak aku google sini sana nak cari jawapan. Ada yg betul. Tak juga salah. Tp kan, memang peningla jugak..doktor tu kata gini, doktor ni lak kata gitu :)

now doc suggest pakai ini dulu, cetaphil shower and mosturizer etc...
source here

Husna tak leh panas...kena air cond or berkipas sentiasa. Ada orang2 tua kata, tak baik sangat baby sejuk2 kan. But doktor pulak kata tak apa2. If hari panas, kulit Husna mula keluar bintik2 merah dan macam orang alergik pulak rupanya :) Habis semua dia garu sampai rambut2 jadi kusut masai. Tp, so far boleh dikawal lagi...tidak terlalu teruk. Aku pun kena pantang gakla dari segi pemakanan, cannot seafood2 ni (kempunan nak makan sotong goreng tepung). But temporaryla kan...nanti dia dah ok sikit, makan balik :) Direct bf memang kena fikir semua tu untuk anak.



Wednesday, March 03, 2010

Husna turn 11 months

Dah jadi kewajipan pulak yer..ummi mesti menulis bila tiba birthday Husna setiap bulan..hehe, pasni dah setahun tulis ikut tahun pulak la yer..hihi..

sila jangan contohi sikap Husna yg suka gigit2 :)

  • Husna masih tak nak berjalan lagi...walaupun berdiri sendiri dah boleh lama2..takut2 lagi kut..takes your time baby!
  • pandai suap makanan sendiri...walaupun kadang2 tu dia gigit2 aje dan bersepah2 lepas makan :)
  • pukul 5pm waktu untuk bermain di luar, ummi wajib bawak Husna keluar jalan2
  • pandai mengajuk bila ummi dan abah cakap
  • dah pandai salam bila kita kata salam abah, dia pun akan hulurkan tangan (ikut mood gak)
Apa lagi yer..lain2 ummi tak ingat, okla tu...next month insyaAllah Husna dah setahun. Ummi tengah pening2 apa nak buat untuk birthday nanti. Plan nak wat simple2 aje tp meriah :)

  • kek, ummi tahu nak tempah kat mana...
  • may be buat kat rumah kita ni je...leh jemput kawan2 ummi dan Husna
  • tak perlu theme, ala2 garden je buat kat laman rumah :)
  • dalam pukul 4pm lebih kurang hi tea
  • goodies bags
  • cupcakes
  • dress or gown yg cute untuk Husna
  • etc...(masih difikirkan)
Happy 11 months birthday Husna!



Tuesday, March 02, 2010

Tak boleh kena tegur

Emosi sikit tentang entry ini semalam. Mana taknya, kena marah dengan encik abang :( Sebabnya, biarkan si kecikku Husna memanjat tangga sampai habis.

Beriya2 Husna panjat tangga tanpa bantuan sesiapa. Aku pun apa lagi, saja2 nak simpan that moment kan so capture the video. Tp apabila encik abang selesai menonton video itu, dia hanya diam 1000 bahasa. Itu menandakan dia tak suka. "Kan abang dah kata, jangan bagi Husna naik tangga.."
"err..tp sy saja ambil video tu buat kenangan..Husna sendiri yg naik.."

video


itulah jawapan aku..tp abang terus suruh aku mendiamkan diri dan stop tak nak panjangkan lagi kes tu. Sedihla kan kita kena marah. Pada hal niat tu baik nak simpan buat kenangan esok2. Dan pasal hal tu gak, aku yg kena minta maaf dengan encik abang sebab buat muka lepas kena marah. Di belakang encik abang, aku nangis sendiri2 sebab kena marah dan rasa tak puas hati. Isteri kan tak baik buat macam itu, kang suami tak redha, tak pasal2 neraka duduknya :( Dah say sorry pun tengahari semalam. Dah baik2 pun :)

Actually bersebab kenapa encik abang tak bagi Husna naik tangga..kerana, encik abang pernah bermimpi Husna jatuh dari tangga atas hingga ke bawah. Tu yg macam fobia tu...mudah2 an perkara itu tidak akan berlaku, Amin yg Rabbal Alamin...


psst: semoga cerita ini menjadi tauladan kepada rakan2 yg lain..isteri cantik yg solehah..penyejuk mata..ahha.. :)




Monday, March 01, 2010

Diam lebih baik

Tidak semua benda yg kita lalui dalam hidup tu indah2 belaka kan? Sometimes happy, sometimes sad...kabhi kushi kabhi gham, orang india kata.

Tp tula hakikatnya, kena gak terima dan redha. Masalahnya dgn diriku ini, it's complicated! Aku prefer diam dari menjawab sebab bila aku menjawab, jawapanku akan jadi sedikit kurang ajar. Itu aku! Pemendam rasa!

Complicated mmg complicated! Biarla...bila diam dikatanya kita tak boleh kena tegur.


psst: aku nak bawa diri~




Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi