Wednesday, June 30, 2010

Masuk 15 bulan

Lama sy tak mengomel about Husna kan :) Eh ye ker? Yer kut. Husna nowadays, banyak sungguh perubahannya. Tp ramai yg kata, susut macam mana pun pipi maintain gitu gak :P

3 hari lagi Husna beralih kepada 15bulan. Banyak vocab dah budak kecik ni. Most words yg dia selalu sebut such as, 'nak', 'tak nak', 'lapar', 'num'(minum), 'atash'(atas). Then suka mengajuk balik apa yg orang cakap dgn dia.

tunggu order makanan...

Jalan dah makin laju :) Sy rasa moment yg paling cute selepas kelahiran dia ialah apabila melihat Husna terkedek2 berjalan. Bumper Husna tak besar sangat tp bila dia bertatih tu nampak very cute. Comel tak terkata. Time ni la boleh nampak kesungguhan dia nak bangun sendiri dan memulakan steps. Betapa gigihnya Husna kadang2 tu sampai terduduk semula (berat kut punggungnya :P)

Ok, kalau ada barang2 bahaya yg dia suka main macam pen atau gunting, and then sy cuba untuk sorokkan...dia pasti akan cuba untuk mencarinya. Tak jumpa apa lagi, meraungla dia :) One thing, si kecik ni tak reti penat! Tak reti duduk diam dan macam2 benda dia nak buat dalam satu masa. Kita yg melihat ni rasa letih :)

cute x speck ni? :P

Selain itu, hobinya yg suka menuang air masak ke lantai. Habis basah seluar dan carpet. Dalam sehari tu, boleh kiralah berapa banyak baju dia kena keep change sebab basah dek air. Huhu.

Until now, Alhamdulillah Husna masih lagi dapat susu ummi. Susu tak pernah kurang. Malam2 tu ikut keadaan juga, sometimes sampai 2-3 kali bangun menyusu. Sometimes tu sekali je sampai ke Subuh.

till next~

Tuesday, June 29, 2010

Tunang Pak Anjang

Lewat petang ini baru sy berpeluang nak online. Pagi tadi duk attend meeting bersama kakak2 ajk Pelitawanis. Bestla juga sebab dah lama sangat tak ketemu mereka. Meeting punya meeting dah hampir tengahari. Lepas lunch tadi bawak abah sy ke klinik berhampiran buat dressing utk kaki abah yg sudah hampir pulih, just bengkak sikit (abah and ibu sy ada di rumah ikut kami balik hari tu) La ni baru boleh online :) Tp tensen sikit, coverage so slow. Susah nak leave comments kat blog kengkawan :(

Yup! Bercerita tentang Pak Anjang Husna aka my lil bro (yg no.3, anak lelaki sulung dalam my family) sudahpun bergelar tunangan orang. Ikut umur my adik ni baru nak masuk 24yo. Tp dah nak tunang sangat, kami pun izinkan je la. Kerja kat TNB juga dan sudah dapat beli rumah jenis kos rendah. Okla tu kut. Muda2 ni kena rajinla kan cari duit dan buat tabungan memang pun jenis berkira gak adik sy ni bab2 duit tp tak kedekut :P

Majlis merisik dan bertunangnya berlangsung pada minggu lepas. Meriahla juga persiapan pihak perempuan dgn tema pinkynya. 11 dulang kami hantar berbalas dgn 17 dulang oleh mereka. Tema kami di pihak lelaki ialah oren + cream. So far okla kut, perbincangan 2 pihak pun nampak mudah. Me and family doakan agar mereka dapat menempuh alam pertunangan ini dgn penuh kesabaran seterusnya alam rumah tangga kelak. Moga lekas2 la kahwinnya bila sampai waktu sepatutnya nanti. InsyaAllah.

Jom layan piccas, sorila kualiti piccas tak berapa bagus. Handphone and handycam saja :) Banyak lagi piccas tp yg lain tu lama mahu tunggu upload.

from left, my aunt adik ibu, ibu and abah

the hantaran...

my lil sis (left) with her bff

ini my lil bro and his fiancee

husna dah serabai :)

sy buat muka serabai gak :P


ok, till next~

Monday, June 28, 2010

Seminggu menghilang

Salam pagi Isnin, lama sungguh sy tak update kan. Mana perginya? Sy ketiadaan mood actually. Busy pun barangkali one of the reasons why im not online. Sempat menjenguk2 blog kengkawan tp tiada coretan komen untuk ditinggalkan, sorry yer kengkawan semua. Masa singkat, sempat online kejap2 saja. Dari Johor ke Perak kemudian singgah di KL se (1) malam. Ponat din oit. Lepas tu balik Paka. Dari Paka ke Marang pulak sehinggala semalam hari Ahad. Cuti untuk Terengganu sebab johan SUKMA kan :)

Kalau tak sabar boleh meraung gak ni :) Hehe. Ni tengah sedap2 duduk di rumah (tak abih2 kemas and packing barang) hari Khamis nya nanti nak ke KL semula. Seminar lagi encik abangnya. Oh yer. Kemas and packing nak ke mana? Sy dan famili bakal berpindah. Transfer to where? Mana lagi kalau bukan ke Manjung, Perak. Jadi orang Perak la pulok yeop! :) Husna lepas ni belajar loghat sana pulak deh. Loghat Ganu pung dia belum mahir lagi :P Bilanya? InsyaAllah by this coming of July. Middle actually. Dalam 15hb gitu kut. Macam mana yer nanti pindah sana pulak? Ada kawan ke idak nanti? Rumah sewa pun belum dapat lagi ni. Mudah2 an akan dipermudahkan semua urusan kami.

Sebahagian barang sudah dipack. Tak banyak mana pun. Set sofa 3+2+1 ni nanti kami nak jual saja, encik abang mahu beli yg lain. Air cond pun jual. Peti ais 1 pintu tu pun nak jual. Maka yg tinggal naik lori ape je, tv, washing machine, tilam vono :), kabinet tv, almari hiasan encik abang punya dan kain baju and barang2 dapur. Tak banyak pun tp jenuh gak nak mengemas ni :) Barang2 lain tu memang disediakan dah kat kuarters kami ni. Tp bila pindah Manjung nanti tak ada kuarters so kena belila semua perabot macam orang2 lain nak masuk rumah baru. Rindunya nanti kat Paka kan. Terutamanya nasi kukus paka dan Mesra Mall :P

Friday, June 18, 2010

Weekend dan seterusnya

Sy with encik abang and lil Husna on the way balik Johor pagi ni. Esoknya, nak menghantar rombongan meminang untuk my bro ke Segamat.

Ahadnya, kami balik Kg. Gajah, Perak sebab Isnin-Selasa encik abang ada audit di Jana Manjung. Alahai confirm2 jalan tinggi (highway) pun jam kan because semua nak balik from school holiday on that Sunday. Boring3x. By Rabu kami ke KL encik abang ada meeting di HQ. Waa...gile full calendar sy. Eceh! Walhal kalendar encik abang, sy and Husna tukang ikut je la ke mana jua beliau pergi :)

Doakan kami selamat pergi dan pulang yer :)



*entry auto published

Thursday, June 17, 2010

Sayang 2-2

Sy sangatlah teruja nak balik ke Johor samada ptg ini or pagi esok (depends on encik abangla). Pasal apa, rasa macam dah lama tak balik Johor. Ya ke? Tak ingat bila last time balik sana, rasanya masa abah sy dimasukkan wad hari tu.

Lama juga atok and nenek Husna tidak dapat manjakan dan bermain dgn Husna :) Rindunya mereka sampai setiap hari mesti called. Nak cakap dgn Husna. Paling lama pun 15-20 minit on phone :) Dapat dengar suara Husna membebel dan ketawa tu pun dah bagi keriangan pada mereka. Hehe.

Sy memang ajar Husna supaya rapat dgn atok neneknya kedua2 belah pihak. Bg adil. Tak mahu sebelah2 saja. Kang nanti pandai2 pulak dia kata atok ni best, atok sana tak best. Nenek sini sporting, nenek sana tak sporting :) Kan. Biar sama2 dia dapat kasih sayang dan perhatian. Nanti tak adalah dia sebelahkan sebelah pihak je kan bila dah besar nanti and pandai demand macam2. Dari aspek mendapat macam2 benda, so far atok sini and atok sana tidak berkira. Dua2 nya Husna dapat. Just sy fahamlah bila di sebelah famili sana, atok Husna kena bahagikan kepada 4 orang cucu yg semuanya perempuan. Husna pula ikut giliran umur adalah no 2. Maka tidak bolehla berharap mendapat special treat macam di sebelah sini kan :)

suatu ketika dulu di Langkawi bersama atok nenek sebelah ummi...


Macam mana agaknya yer, bila Husna ada semakin ramai sepupu sepapat di kedua2 belah pihak? Adik2 sy semuanya tak kahwin lagi. Plus sy pun akan ada next2 adik2 for Husna. Yg sebelah encik abang pun ada 5 orang lagi yg belum kahwin. Adakah perhatian sebegini masih ada untuknya? Yg pasti bila semakin besar, kenalah mengalah kan kepada sepupu2 yg masih kecil. Turn mereka pula dapat layanan lebih :P

till next~

Wednesday, June 16, 2010

Lelaki Calon Syurga

Lelaki calon syurga :) Sedap title nya. Pagi tadi selepas siapkan nasi goreng untuk breakfast encik abang, sy berkesempatan menonton tv9. Tanyalah ustaz tak silap sy.

Wanita nak masuk syurga mudah bagi para isterila kan. As long as, menunaikan solat dan berpuasa serta taat kepada suami insyaAllah ke syurga tempatnya kelak. Bagi lelaki pula, sudah tentulah kan syurga mereka di bawah telapak kaki ibu. Sebagai isteri kita adalah tulang belakang suami dalam membentuk keluarga hassanah. Bila kita taat kepada suami, insyaAllah suami pun akan sayang pada kita selalu. Memberi yg terbaik utk kita juga :)

Ustaz tu beri contoh Asiah isteri Firaun. Ialah, seteruk2 suami kita tidaklah seteruk dan sekutuk Firaun kan :) Walaubagaimanapun, Asiah tetap taat kepada perintah Firaun atas perkara yg baik2 la. Yg buruk dan dilarang tidak diikuti. Kenapa kita tidak menjadi seperti Asiah?

Dalam perihal kehidupan sy, adakalanya terlepas juga 1-2 patah kata yg membantah atau mengeraskan kepala terhadap arahan encik abang. Tp kemudian lekas2 tersedar dan memohon maaf. Manusia. Tidak lari dari kesilapan. Adakalanya memang kita rasa betul tp apalah salahnya kalau kita beralah. Ikut kan saja apa yg disuruh asalkan baik pada kita dan agama.

Makanya di sini, bila ingin memilih suami pilihlah mereka yg ada 'rupa' calon nak masuk syurga :) Untungnya, mana tahu kita pun akan dapat masuk syurga kelak :) InsyaAllah.

Tuesday, June 15, 2010

Menunggu kepulangannya

Malam tadi encik abang balik from KL. Jam 12.30 sampainya. Sebelum tu sy dah sms suruh encik abang miss call bila dah nak sampai sbb boleh sy tolong bukakan pintu :) Baiknya sy :P

Buka pintu, terus nampak encik abang keluar dari kereta. Terus disuakan sebungkus mcD. Sebab encik abang kan parking kereta kat mcD Kerteh nun, alang2 dia teringat kut kat isterinya ini lalu dibelikan mcD itu. Alahai baiknya suami sy. Tak order pun. Rezeki sy la malam2 begitu. Apa lagi, memang perut pun tengah lapar kan :P Sudah ngantuk disorongkan bantal. Supper time. Husna tidur nyenyak kat atas. So tiada halangan untuk makan dgn senang hati :) Encik abang belikan hot n spicy chicken mc deluxe medium set tp air milo. Sedap2. Pedas2. Thanks to him!

gambar sos saje, mc D nye dah abih :)

Dah makan2 tu takkan nak tidur kan...kenala tunggu perut digest first. Jam 2am baru boleh tidur. Sementara tu layan encik abang chit chat. Ngantuknya tidur lambat2 ni. *Yawn*

Monday, June 14, 2010

Topi saya

Salam pagi Isnin :) Sudah ada di Paka since Saturday. Semalam encik abang masuk kerja half day and malam tadi travel ke KL again but pergi by bus sbb pagi ini ada meeting di HQ. Sudah ada di HQ jam 7am tadi. Mandi kat KL Sentral :) Kasihan encik abang pergi balik KL macam tu aje. Penat tu tp dah nama tuntutan kerja. InsyaAllah by malam ini baliklah beliau ke pangkuan kami dua beranak :)

Husna semenjak dah dapat kaki ni makin aktif berlatih berjalan. Yerla, practice makes perfect kan :P Usaha tangga kejayaan. Tp bila part dipakaikan kasut, dia macam tak nak jalan. Don't know why. Dah lama2 tu baru dia nak jalan sendiri. Itu pun mahu dia jerit2 dulu sebab refuse to walk by herself. If not, dia prefer didukungkannya. Mungkin tak biasa lagi jalan pakai kasut kut. Kasut yg ada bunyi2 tu. Cot cet cot cet tu kan. Ada satu lagi kasut brand crocs ummi beli kat pasar malam :P Dia suka gak pakai itu. Kalau dalam rumah ni ikut mood dia la nak jalan or not. Sometimes, dia suka merangkak lg. Lebih cepat kut :)

Husna bila pakai topi :) Topi ni beli masa kat Lumut. Balik from Pangkor. RM6 saja. 1st timela sy belikan dia topi ke pantai ni. Cute bila tengok dia pakai tu yg beli tu. So far, dia tak kisah pulak bila dipakaikan topi tu. Dah macam nak pergi beach yer Husna :)



Husna bergaya dengan topinya :)

Thursday, June 10, 2010

Habis kad abah

Hari Khamis dah. Malam ini insyaAllah encik abang akan balik from S'pore. Yeay! :) Husna boleh dia buat tak tahu aje abahnya tak ada. Selalunya dia macam tercari2. Agaknya dia tahu abahnya kerja so dia buat macam biasa je la kut.

Kan sy pernah cakap, Husna bila dapat wallet ummi or abah habis dipunggahnya kan. Ok inilah telatahnya bila dah punggah semua :P Silap2 boleh rosak cip2 kad2 abah tu Husna oit! Hehe.


dont do this at home :P

Wednesday, June 09, 2010

Panas di Sg. Buloh :)

Hari ke 2 di rumah my SIL. Rindunya pada encik abang :P Eceh macam tak biasa pulak. Bila mahu pulang? :P Husna pun last night mudah nak tidurkan dia. Tak ada big problem. Susukan terus tergolek tidur. Dah pesan kat Husna b4 tu, jangan nakal2, abah away outstation, Husna tidur dgn ummi saja. Dia faham kut, then terus tidur.

semua nya Husna...

Masih duk usha2 tanya kawan2 yg tahu rumah sewa area Manjung tu. Thru ym pun bubuh status tu. Kat FB je belum letak. Tp so far, ramai juga yg menyatakan kesudian ingin membantu. Alhamdulillah. Harap2 ada lah rumah sewa yg sesuai untuk kami nanti :)

Oklah, nothing to say actually. Tp nak gak update something kat blog ni :) Td, Husna tiba2 buat aksi stunt lg. Ambik mu! Jatuh dari sofa ni. Melalak la lepas tu. Chek2 tak ada apa. Pujuk2 and bf kan dia. Kesian anak ummi. Isk3. Sukar diramal pergerakannya. Kena perhati selalu. If silap sikit, macam2 boleh jadi.

till next~

Tuesday, June 08, 2010

Bena's Wedding

Bersiaran dari SU, Sg. Buloh. Lepak2 di rumah SIL. Sebabnya encik abang ke S'pore sudah ke KLIA pagi tadi. Sedih2 tak dapat ikut, tp tak apala kejap je until Khamis. Moga2 Husna tak kisah tidur tanpa abahnya :) Anak abah kan.

Last Saturday, berjaya ke rumah my bff, Bena @ Sabarina. Dia kahwin dgn Mykel @ Faizal. Alhamdulillah kami datang tu time mereka tengah diakad nikahkan. Dapatla tengok depa batal air sembahyang semua :) Sweet je mereka. Loving couple. Lama dah since zaman U lg berpacaran. Purple u. I likeeeee it! Congratz to both of them! Moga bahagia selalu dan di dalam redha Allah sentiasa :)

Jom layan piccas saje :)


purple kan...sweet je..

sy dan Bena..muka sun burn seh..isk3..

Balik dari rumah pengantin, kami singgah di Pantai Kelulut dekat Marang untuk menghirup udara laut. Asalnya encik abang dah ngantuk tu yg berhenti jap. Sambil minum air jagung and ABC. Alahai, sedapnya tengah panas2 tu. Husna pulak tidur, ummi dan abah je la yg 'melantak' :P Yummy!

abc dan air jagung yg menyamankan...


slurppp2x!!!

till next~

Monday, June 07, 2010

Baby of Mas

Yeay! Alhamdulillah, seorang lagi my bff sudah pun bergelar ibu :) Puan Mastura. Baby nya cute and mungil also chubby. Tak pergi tengok lagi, bila la sy nak pergi...jauh juga di Kajang.

Tahniah to Mas and husband! Hopefully baby ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga kalian berdua :) Amin~



Baby boy
Berat 3.88kg
DOB 04.06.10
Lahir di Hospital Putrajaya @ 1.20pm

Go Go Husna!

Salam hari Isnin :)

Nak mulakan entry hari ini dgn cerita tentang si kecik sy Husna. Alkisahnya, malam tadi sedang asyik ummi dan abahnya menonton realiti show 'Mentor', si Husna ni pula sibuk main dengan trolley FP walk n ride nya. Kecohla minah ni dgn mulutnya pun mumble macam2 kan :) Tolak sana tolak sini. Kemas itu kemas ini.

Suddenly, Husna panggil, "Aaabah..." fluent ok dia sebut abahnya, bila dia nak sebut ummi dengan betul ni :P then abahnya pun tolehla ke arahnya, dan lihat Husna sedang berdiri lama. Ini biasa dah. Selalunya, lepas dah berdiri lama tu dia pun duduk balik tak mahu melangkah. Tp last night tu, ehem...dia nak tunjuk skill baru dia rupanya. Apa lagi, abahnya suruhla dia tatih. Maka, dalam teragak2 dan tersengih2 tiba2 bertatihla dia. Terkedek2 dia jalan :) Alhamdulillah, finally in her age, 1 year 2 months and 3 days at 10.30pm, gila details anak ummi and abah dah boleh jalan sendiri. Dapat kaki dah. Walaupun masih terkial2 nak imbangkan badan, tp itu kiranya satu achievement besarla dalam diri Husna :)

Jom tengok video yg sempat dicapture last night. Ummi dan abah beriya2 la suka tengok Husna dah boleh jalan :) Siap jerit2 lagi :P Tak penat pulak tu dia duk ulang alik ke ummi and abah. Go Go Husna! U can do it baby! :)


video

hehe..terkedek2

video

teruskan usahamu sayang! :)

Friday, June 04, 2010

Family Gathering at Pangkor

Ok ini cerita yg diperam hampir seminggu :) Last Saturday kan, kami berjaya juga ke Pangkor Island untuk family gathering belah encik abang. Bertolak dari rumah PIL jam 10.30am. Sampai di Lumut, parking berbumbung FULL ok! Penuh tak ingat. Last2 dapat parking kat padang. Bayaran RM10 dikenakan untuk sehari semalam. Okla dari tak ada kan, tp jauh sikitla nak menapak ke jeti waterfront tu.

Kak Long, Nina dan kembar Hannah & Humyrah...at jetty waterfront

Atok with Husna and Syifa'

Bayar tiket feri only RM10 pergi balik Pangkor per person. Then, kami pun ramai2 naik feri dalam 30 min perjalanannya di atas air. Sampai di Pangkor terus cari teksi van untuk ke Teluk Nipah. RM20 saja. Boleh muat maksimum 10 orang ++ Kami ada 11 orang dewasa dan 4 orang baby. Muatkan aje, bukan jauh pun dalam Pangkor je kan :)

dalam ferry...semua tengah excited :)

Encik abang booking chalet di Ombak Inn. Okla tempat ni. 1 family room dan 2 standard room. Nice and dekat je dengan pantai. Tempat2 nak makan and window shopping pun dekat. Petang tu kami semua sempatla mandi manda kat pantai. Penuh manusia. Ombak pun kuat tak ingat, siap Husna terpelanting ke tepi. Time tu saya tak pegang kuat Husna, kesian anak ummi. Nasib baik dia tak fobia dgn laut after that.

Malamnya, time dinner. Encik abang belanja semua makan besar. Nyum3. Ada 3 jenis ikan diorder. Ikan pari bakar, ikan masak 3 rasa dan ikan sweet sour. Ada sotong goreng tepung, tom yam, sayur campur dan kailan ikan masin. Memang sedapla makan2 di Pangkor. Makan ramai2 gitu. Alhamdulillah, sedap menyantap :) Then, lepas menyantap, jalan2 malam sekitar Nipah Bay tu dan sempat shopping beberapa helai tshirt Pangkor untuk Husna.

Hari Ahadnya, kami bangun agak lewat dalam jam 9 lebih (tidur semula after Subuh, letih malam sebelumnya berjalan2 sekitar Nipah Bay tu). Padahal, my PIL dah kejut ajak mandi manda lagi di laut. Ngantuk punya pasal, tidur semula. Bangun2 dikejutkan oleh my SIL di bilik sebelah, ajak breakfast nasi lemak and teh tarik. Nyum3. Makan lagi. Lepas makan, siap2 ke pantai. Tp kali ni kami nak island hopping dgn boat dan snorkeling di Coral Island (opposite saja Nipah Bay tu). Erm, banyak gak ikan kat Coral Island ni. Kaki siap luka2 sebab langgar batu. My SIL, mak uteh Husna kena sengat dgn obor2. Takutnya! Sy tak pernah pulak kena sengat obor2 ni, rasanya macam kena kejutan elektrik. Bila dah kena sengat tu, rasa sakit and berbisa. Isk2. Then, selesai snorkeling, kami balik ke bilik untuk siap2 nak chek out. Baik sungguh hati owner chalet tu benarkan kami chek out jam 1pm. Tu la snorkeling punya pasal tak sedar masa dah berlalu :)

kembar 4 sepupu sebelum bertolak ke Pangkor :)

After chek out, kami tunggu van teksi untuk ke jeti. Sampai di jeti, letak beg dan ambil peluang jalan2 kat town. Shopping lagi. Macam2 la dishopping kan. Sotong kering, ikan bilis dan segala yg ada :) Suka sangat. Masa nak balik ni, punya ramaila orang. Semuanya nak balik dah. Siap kami terpisah kepada 2 group ferry. Never mind, ferry tu nak balik Lumut juga. Jumpa di Lumut juga lepas tu. Good bye Pangkor! Hope to see u again!


psst: pic tak banyak tak sempat nak copy from my Kak Long.

Hakikat Hidup

Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari Jumaat ini. Masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :) Awal pagi after Subuh, sy dah online. Saja online nak elak tidur semula. Tak lama kemudian Husna pun bangun. Mandikan dia bagi wangi2 :) Then, encik abang ajak breakfast di Kerteh. Breakfast kami roti kosong 2 keping dan semangkuk lontong yg dishare bersama2 teh tarik and milo suam. Pagi ceria, pagi yg penuh berkat sy kira :)


Pulang dari breakfast, sy menyidai kain baju di ampaian belakang rumah. Dah terasa panasnya matahari Allah Taala ini :) Apa sebenarnya yg ingin sy sampaikan? Hehe. Tiada apa2. Sy cuma ingin menyatakan kesyukuran sy kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Jauh dari kezaliman Israel yg menjajah Palestin sana. Sungguh menyedihkan. Saudara kita dizalimi dan dikejami sesuka hati mereka. Sy pernah mendengar ceramah, yg mana kata Ustazah itu, dalam kitab Talmud versi 'sesuka hati' mereka, memang tercatit bahawa orang Islam ini adalah musuh utama mereka. Dari kecil lagi mereka telah diterapkan dan diajar untuk membunuh orang2 Islam. Sedihkan bila kita dengar begitu. Dah berapa banyak saudara kita mati dibunuh oleh mereka?

Semoga setiap yg berlaku memberi keinsafan kepada diri kita. Sy selalu juga complaint macam2. Rumah besar sangatla, tak larat nak kemas semuanya :). Husna suka merengekla. Itu inila. Macam2. Manusia. Sangat lemah dan tidak reti bersyukur. Astaghfirullah. Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman kita. Yg silap kita betulkan. Yg bengkok kita luruskan. Allah Akhbar! Moga Palestin dibebaskan dari jajahan dan kezaliman Israel Yahudi.

Thursday, June 03, 2010

Future Pomen

Hari Khamis sudah. Rasa macam this week cepat sungguh masa berlalu. Ke saya yg lambat? :) This coming Saturday, insyaAllah nak ke Manir, KT. One of my bff nak kawin. Dengan bf nya since zaman U dulu. Alhamdulillah, menjadi juga mereka ni :) Tumpang happy saja.

Ok, apa cite pomen tu? Hehe. Inilah perihal anak dara saya yg semakin aktif dan bijak itu. Tengah sibuk2 abahnya menukar air bateri, dia pun sibuk juga nak ambil tahu :) Nak sangat tengok apa abahnya buat. Gambar ni saya ambil spontan 2 hari lalu. Memang nampak serasi sangat. Hehe. Future pomen gayanya :)


aksi seorang budak yg penyibuk :)


Hari ini genap 14 bulan Husna dilahirkan. Alhamdulillah dah besar anak ummi and abah. Mulutnya kecoh, banyak vocab yg disebut. Mungkin ye juga, nak bercakap dulu tu yg tak jalan2 lagi :) Tak kisahla yang, as long as Husna sihat...ummi dah rasa happy. Happy 14 months birthday Husna!

Wednesday, June 02, 2010

Sepupu Sepapat

Salam hari Rabu yer :) Lama sungguh tak mencoret sesuatu di sini. Cuti2 Malaysia balik kampung punya pasal. Ada streamix kat kampung tp tak dan nak mengadap internet saja :)

Masa balik kampung encik abang baru2 ni, dapatla kumpul hampir semua adik beradik. Husna pun dapatla jumpa semua sepupu sepapatnya. Kakak Syifa' dan si kembar. Bila dah bertemu keempat2nya, gamatla rumah atok and wan. Gotong royong ok! :) Macam2 si Husna dan Kakak Syifa' buat bersama. Si kembar hanya mampu melihat dan join sikit2 sebab mereka dikategori below 1 yr old :) Malam2 punyela susah nak tidurkan mereka semua...duk asyik nak main saje. Gembiranya mereka :)

teka mana 1 Husna?

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi