Friday, July 30, 2010

Happy Friday

Dah Jumaat dah yer :)

Entry hari ni pendek n simple je la..sy sibuk sikit kat dapur nak masak nasi ayam. Lgpun, hari ni Jumaat orang lelaki solat Jumaat kan, encik abang balik lunch kang tak siap lak nasi ayam sy :)

Mak ayah sy nak datang ptg ni bersama2 dua orang adik lelaki sy :) Mood sangat happy. Hehe. Ok till next week insyaAllah. Daa~

Thursday, July 29, 2010

Dah 5 Jengkal

Morning semua...

Ok, Husna sedang tidur tu. Mari kita cerita pasal dia. Ada tak aunty2 yg rindu kat Husna? Hehe. Ummi dia perasan je kan. Tp, Ummi Husna rindu kat kawan2 Husna semua. Semalam sepetang suntuk duk jalan2 blog kawan2. Ada yg sempat dan ada yg tak sempat nak leave comments. Hari ini harus terjah semuanya :)

Saja pagi2 ni, sy nak share some latest piccas of Husna. Anak dara sy ni dah tinggi sedikit :P Hehe. Ada dalam 5 jengkal agaknya bila ukur dgn tangan. Kui3. Dia sakit ni tp maintain aktifla macam orang tak sakit. So far, bila dia jatuh sakit ni betul2 banyak menguji kesabaran sy dan encik abang. Yerla, kalau dia nak menjerit ke apa bukan dia kira waktu. Malam2 pun boleh. Air mata langsung tak ada la kan. Moga Husna lekas sembuhnya. Dah 2 petang (2 hari) juga kami jalan2 bawak dia kat area waterfront Lumut tu, bagi angin laut :)


try sikit songkok abah :)


ini budak kena sakit tangan,kaki dan mulut...


petang semalam di hadapan rumah
duk main buaian pak cik sebelah rumah...


Ok, itu saja...till next~

psst: nanti free2 sy nak cerita sikit pasal rumah baru kami ni, eceh ada hati nak tunjuk rumah sewa :)


Wednesday, July 28, 2010

Lama Menghilang

Lama bebenor rasanya sy menghilang kan. Eh! Menghilang ke? Takla, sy cuma busy dgn urusan pindah rumah. Masih lagi dalam mood berpindah. Rumah pun baru siap berkemas. Sedikit2 lama2 jadi bukit :)

Alhamdulillah sudah 5 hari kami tidur di rumah sewa ni. So far, semuanya ok. Tiada masalah. Manjung ni kira bandar besar jugakla. Dekat sangat dgn Lumut dan mudah bila2 nak jalan2 ke Pangkor. So, kengkawan sesiapa yg nak jalan2 Pangkor...jgn lupa singgah di rumah sy ni yer :) Boleh sy jamu dgn goreng pisang and air kelapa muda :) Hehe. Berangan.

Tong gas pun semalam baru beli. RM50 ok satu tong. Dengar2nya nak naik lagi harga gas di pasaran. Huhu. Semua nak naik. Belum start masak2 lagi. Barang dapur pun tak beli lagi. InsyaAllah petang. Buat masa ni kerja kami menapau je la :)

Ok, kat Manjung ni ada 1 gerai jual char kuey tiaw sedap tak hingat ok! The best in town sy rasa. Depan Hospital Manjung je letaknya. Yg special dia jual RM4.50 siap letak banyak2 udang. Isk3! Memang terliurla bila makan. Sedap3x. If u all nak try jemputla datang Manjung. Setiap malam dia buka rasanya. Sy dah try makan last 2 days. Tp for sure kena tunggu lama sikitla, orang terlalu ramai. Harap bersabar :)

Erm, till next ok. Sy tak boleh nak taip panjang, Husna kena sakit tangan, kaki dan mulut. Dah 3 hari masuk hari ni. Kesian dia. Makan selera je. Tp part susu tu, habis luka2 nipple dibuatnya. Diapunya mulut sakit agaknya, so dia tak boleh hisap. Kerjanya menggigit je la :( Malam2 bangun meragam. Nangis2 semua. Kesian sangat tengok keadaan dia now. Bintik2 sana sini. Hopedia akan lekas sembuh dari penyakitnya tu. Sedih ummi tengok sayang duk merengek je.

Sunday, July 18, 2010

Proses Pindah Randah

Salam hari Ahad :)

Sy sudah di Perak. Hampir seminggu. Alhamdulillah rumah sewa telah kami basuh beberapa hari yg lalu. Tak jadi rumah yg hari tu. Kami menyewa rumah teres 2 tingkat berhampiran sekolah kebangsaan Manjung. Rumahnya pada sy sangat memuaskan hati. Luas la sekejap sebab tak ada barang2 lagi kan :)

Barang2 dari Paka akan diangkut minggu hadapan. Perabot baru pun kami dah survey. InsyaAllah next week juga dapatnya.

Sorry yer kawan2, dalam masa terdekat ini sy agak busy proses pindah1 ni. If ada masa nanti sy akan update. Banyaknya benda nak update ni :) Sorry juga sebab dah lama tak menjenguk blog kawan2. Nanti ada masa sy pergi melawat ok

till next~

Monday, July 12, 2010

WC dah habis

*entry suka2 tulis, tgh busy mengemas nak pindah randah*

Sy sukala kan Spain menang! (tak tengok pun live WC mlm tadi) Lepas makan ubat-ubatan (sudah 2 hari batuk2), langsung tertidur di sisi encik abang :)

Sy peminat Torres. Sy suka dia. Encem orang putih kata. Cute. Walaupun sy tahu, dia macam tak berapa nak menjadi, tp sy tetap fan dia.

Tahniah Spain! Sy tak suka Belanda sbb dulu tu ada isu2 agama kan :P Hehe.

till next~

Saturday, July 10, 2010

Mama_Balqis 1st Moment GiveAway


Dah lama sy tak join GA yer. Ikut mood juga, ada mood rajin baru nak join :)

Mari kita mencuba luck dgn menyertai "Mama_Balqis 1st Moment GiveAway" yg dianjurkan oleh Mama_Balqis aka Anje.

Syarat2 nya mudah saja, yg penting mesti cuba. Siapa2 pun boleh menang, hadiah akan dicabut secara random oleh Balqis aka Aqish :) pada 18 July '10.

Due 1 July - 15 July 2010. So, apa lagi meh la join ramai2! Good luck everyone!

Minta Bantuan! Rumah Sewa Diperlukan!!!

*STICKY MODE* please scroll down for new entry...


Salam,

Pengumuman!

Kepada kawan2 blogger or sesiapala kan yg duduk area Manjung or Sitiawan, Perak...ada sesiapa yg tahu rumah kosong untuk disewa? Kalau dapat dekat2 dgn Stesen TNB Jana Manjung tu lagi bagus ok :) A.S.A.P.

  • Sewa dalam RM400-500++, tp if dapat lagi murah lagi best!
  • Rumah setingkat pun ok, asalkan ada at least 3 bilik tidur.
  • Tak kisah banglo or teres or semi D.
  • Berhampiran dgn TNB Generation Jana Manjung.

If tahu, please email/YM me thru nhak_1103@yahoo.com or leave ur comments here ok! I really need ur help. Urgent!!!

Tqvm :)

Friday, July 09, 2010

I will say good bye

Wah! Entry hari ini beremo sikitla. Rasa sedih pulak tiba2 :( Semalam dah pun berlangsung majlis yassin dan farewell untuk sy. Kerana akan berpindah ke tempat baru minggu depan. Cenderahati from Pelitawanis sangat cantik untuk dikenang :)

Proses mempacking boleh kata 85% siapla. Banyak juga barang2 kami rupanya. Huhu. Muat ke idak lori nanti? Rumah sewa kat sana nanti still dalam proses nak deal dgn ownernya. So far, macam ok je rumah tu. Rumah teres setingkat. 3+1 bedroom. Hopefully la kan ok. Credit to my friend, Encik Shahrul sebab sudi tolong usha kan rumah tu untuk kami. Kalau tengok pintu pagarnya macam cun je yg kat dalam tu :)

Tak dan nak balik sana untuk usha2 rumah sewa. Encik abang report duty on 15th July. Maka, b4 or after that kami akan angkut semua barang pindah. Tp, Sunday ni encik abang masih kerja. Lepas2 tu la kut.

Will say good bye to Paka. Manjung here we come! Paka, banyak sungguh kenangan manis di sini. Kawan2. Envi dan semuala best! Encik abang ada target, nak ke sini semula satu masa nanti if else SJSI Paka ni tak tutup lagi la kan on that time. Biasala orang lelaki, ada target masing2 dalam kerjaya dan kehidupan. Kita ni orang perempuan ikutkan aje mana yg baik2. Duduk menetap saja kat satu tempat tu pun tak bagus sangat kan. Jumpa orang baru dan envi baru :)

good bye rumah di Paka :(
pokok ceri tu rasa macam nak bawak sekali je..hehe


till next~

Thursday, July 08, 2010

Tak Takut

Salam hari Khamis.

Semalam seharian sy tidak berblogging sebab pergi bawak Husna chek up di KSH (read: Kuantan Specialist). Sampai KSH jam 11am. Register dan tunggu turn untuk chek up. Sementara nak tunggu tu, penat juga duk mengawasi si kecik ni. Tak reti duduk diam. Memang betullah ramai yg kata, bila anak dah jalan ni jenuh juga nak mengejarnya :) Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Nak masuk bilik doc la, nak main wheelchair la. Aish! Hehe. Encik abang dari sedap2 duduk online (chek email katanya). Terus offline dan sibuk juga mengawasi Husna. Gilir2 la yer :)

Then, tiba our turn. Dr. Sri namanya. Pakar ENT yer puan2. Doc tanya beberapa perkara regarding telinga Husna tu. Lepas tu, doc guna kamera yg boleh masuk dalam telinga tu untuk chek. Husna behave tp kepala tak reti diam :) Kenala minta tolong staff nurse pegangkan bg dia diam. Doc chek both of her ears. Clean seh tak ada tahi telinga :) Rajin betul ummi duk clean2 kan every week tu kan Husna (puji diri sendiri). Lepas tu, doc kata ok tak ada apa. Infection tu hanya di luar telinga disebabkan oleh bengkak. Bengkak tu jadi sebab Husna duk garu2 telinga dia (baby ekzema kan) Sampai bernanah jadinya. Tp semalam Alhamdulillah dah tak ada nanah tu. Doc advised pakaikan sarung tangan dan cut sikit rambut di tepi telinga dia tu. Huhu. Dapatla ubat titik untuk telinganya.

Selesai di KSH, kami pergi lunch area bandar Kuantan tu. Then, jalan2 makan angin kat East Coast Mall. Disebabkan sy selsema dan tak berapa nak sihat, maka tak berapa ada moodla nak bershopping bagai. Duk teman Husna jalan2 saja. Tak takut orang langsung budak kecik ni. Suka hati dia je nak masuk mana2 kedai. Alahai anak ummi, janganla buat macam ni selalu. Jenuh ummi and abah nak mengejarnya. Takut hilang pun yer. Nauzubillah min zalik.

Nampak ball, duk sebut2 ball..ball..last2 abahnya ambilkan juga. Tp dia bawak main keliling tu je. Hehe. Kat rumah dah ada 2 biji ball size tu :) Tak adanya abahnya nak belikan lg...


jadila yer..bawak main kat dalam tu je..


until next~

Tuesday, July 06, 2010

Sakit telinga

Dah seminggu juga sy perasan yg telinga Husna sometimes berair kat cupingnya tu. Sy ingatkan dia menggaru telinganya sampai luka dan berair. But, 2-3 days ago bila tiba2 sy terpegang telinga dia, terus menjerit!

Oouch! Apa hal anak ummi ni? Hati emak kan, memang mudah tersentuh tengok anak menangis. Lantas sy pun duk telek2 telinganya. Confirmla kan dia tak bagi. Cuba nak elak2. Sy terbau something macam hanyir nanah. Astaghfirullah! Apa hal ni? Dup dap dup dap dah hati ini. My mom kata, may be masa mandi termasuk air kat dalam telinga tu. May be la kan. T Husna maintain aktif macam biasa, tak reti duduk diam cuma makan nasi dia tak nak sangat.

So yesterday, bawa Husna ke klinik. Doctor pun chekla apa yg patut. Luckily, time chek up tu Husna tengah tidur nyenyak (letih ikut ummi and nenek pergi beli daging). Then, doc kata Husna kena infection. Tepi bahagian dalam tu bengkak sedikit. But, dia bukan specialist kan...so dia advise untuk refer ke specialist hospital. Ok sy jawab. Pilihan specialist, KSH saja. Jumpa dgn ENT specialist terus. Doc bekalkan juga antibiotik dan ubat demam untuk Husna. Doc pesan, jangan biarkan dia mandi berendam, takut air termasuk dalam telinga tu. Sy sms encik abang pasal ni. Encik abang di KL semalam attend meeting lg.

sakit telinga yer sayang.. :(

Esok insyaAllah nak ke specialist. Hari ni cannot make it sebab encik abang nak hantar kereta service break. Mudah2 an Husna tak apa2. Amin ya Rabbal Alamin. Hari ni tak ada bau hanyir tu. Tp apa2 pun better pergi chek up kan dgn specialist untuk legakan hati yg lara tak sedap ni.


till next~

Monday, July 05, 2010

Mommies Day Out

Sangat seronot hari Sabtu tu. Why? Mommies2 semua berpeluang nak jalan2 and bersuka ria without their babies or kids :P Hehe. Jahat Teruk bunyinya kan :)

Yer la...sekali sekala je pun. Bukan selalu kan :) So, last Saturday tu mommies2 semua pergi berboling di Mesra Mall. Ramai seh sambutannya. 33 orang gitu. Dari sekecil2 umur (me la tu baru 26 :)) hingga ke setua2 awal 50an umur. Yg bergelar granny pun join main boling :) Tabik springla kat kakak2 tu. Hehe. Memang fight la boling this time. Main 3 games straight tu. Semuanya power2. Bangga Pelitawanis Paka :)

me with kak zie jiran belakang rumah...

Bagusla, semuanya excited. Happening gitu bila strike or spare. Lama dah sy tak bermain boling ni, last time dgn encik abang 2-3 bulan lepas kut. My score very bad :( Tp tak apa, sy tak main untuk berlawan pun, main suka2 je :) Lagipun, lepas ni sy tak ada chance dah nak beramah mesra dgn mereka ni semua. Pindah Manjung nanti lain pula kawan2nya dan suasananya.

tekun mendengar taklimat b4 start main


from left kak han, wife azmi jamil & me


Tp tak lama tu, pukul 12 encik abang datang bawak Husna and ibu abah sy. Memang pun depa plan nak shopping barang dapur sikit. Terkedek2 tengok Husna berlari ke arah sy bila nampak umminya ni :) Cweetnye (sweetnya) Bagus Husna ni, kena tinggal dgn ibu sy tak ada masalah. Sy tak pam susu pun. Ibu bagi dia makan and minum air masak bila perlu. Lepas shopping2 kami pun pulang ke rumah, sempat menapau nasi beriyani di Azfar Beriyani kat Kerteh nun :) Letih tidur sampai petang.


till next~

Sunday, July 04, 2010

Hilyah Stock Clearance Now!

Sy memang suka pakai tshirt. Mudah dan praktikal, nak pakai dgn jeans boleh, slack boleh, long skirt pun boleh. Asalkan pandai nak gayakan. Since sy diperkenalkan dgn tshirt muslimah ni, sy pun terus jatuh cinta :) Nampak sopanla kan. Labuh. Tak risau nampak bumper bila tunduk or tertonggeng2 :P

Sy prefer tshirt muslimah brand Hilyah. Sebabnya, kain cottonnya sangat selesa dipakai dan berkualiti. Berbaloi pada harga yg ditawarkan. Design pun dah macam2 sekarang ni dan cantik2. Untuk ibu2 menyusu pun ada. So far takat ni sy dah ada 4 helai tshirt Hilyah, 1 helai tshirt Sumayya dan 1 tshirt muslimah tiada jenama. Selalu pakai pergi jalan2 je, kat rumah tak payahla pakai, takut tak tahan panas :)



sy pose dgn tshirt hilyah masa kat kenyir lake last year :)


Now tengah ada clearance sale kat Hilyah. Apa lagi, jom kita membeli belah beramai2. 15% off tu untuk discontinued design. Nak pilih yg lain2 pun ada, apa yg penting buatlah pilihan yg tepat :)


till next~

Friday, July 02, 2010

Terperangkap

Salam pagi Jumaat.

Encik abang ke KL pagi ni ada meeting di HQ. Sy tak ikutla sebab ada my parents kat rumah ni. Kasihan mereka penat ikut kami pergi sana sini :)

Ok, nak tanya ni...ada tak anak sesiapa yg pe'el macam di bawah ini? huhu. Toys punyala banyak, alih2 ini yg dia buat main. Nak marah nanti dia kata kita tak bagi dia explore macam2 kan. So, biarkan saja. Asalkan tak merbahaya maka janganla dihalang.

Sila jangan bagi anak2 anda tiru aksi2 ini di rumah yer! :)


cubaan memasukkan diri...


cubaan meloloskan diri...tu ball Husna, besarkan?

tengok abah marah ke tak...



itula serba sedikit perihal Husna yg terperangkap di dalam bakul baju ummi :) hancur dibuatnya bakul tu. Alahai anak, macam2la keletah dan pe'el mu itu.

Selamat berwiken! Esok boling dgn Pelitawanis, yeah!:)


till next~

Thursday, July 01, 2010

He's my idol

Entry ini khas tentang encik abang sy.

Malam semalam sudah berlalu farewell party for him kat Hotel Residence Paka ni je. Based on encik abang cerita, (pasal sy tak join pun) kehadiran staff di luar jangkaan. Ramai rupanya yg hadir memeriahkan suasana. Paling ramai kut dalam sejarah buat farewell party kat luar stesen. Termasuk staff2 bahagian operation semua.

suatu ketika di Swiss...

Biasalah, bila majlis2 ni mesti ada ucap2 semua kan. GM cakap sikit, bos HR sikit, bos maintanance sikit, bos itu bos ini. Semuanya cakap wish good luck and yg manis2 la kan :) Ok sampai masa open untuk sesiapa yg memberikan ucapan, walla ramai tak hingat rupanya nak beri ucapan to encik abang. Termasuk pomen encik abang masa duduk electrical dept dulu. Yg kelakar sikit, jiran kami sebelah rumah ni siap bernasyid. Tp sedap nasyidnya kata encik abang. Nasyid mengenai sahabat. Bagus2. Ketua bahagian operation pun beri ucapan. Quote ucapannya "sy jarang terlibat dgn exec ni tp bila sy dengar nama encik sazli tu yg buat sy mari malam ni..." then dia sambung, "encik sazli ni bagusla, sy kenal dia masa kerja sama commissioning block 4B, pukul 3-4 pagi pun dia masih cool and relax. Tak de marah2 macam orang lain. Sy sukala kerja dgn dia ni... " itulah antara kata2 pujian untuk encik abang sy ni. Terharu pula sy mendengarnya. If sy ada dalam majlis tu for sure sy akan menangis terharu.

Memang pun, encik abang ni bab kerja dia memang fully commitment dan teratur semuanya. Kat rumah pun so far macam tu la. Tp garang sikit :) Hehe. Tegas actually kan. Bagusla begitu kang tak pasal2 sy pijak pulak kepala encik abang kalau dia tak tegas. Sy ni dah la jenis childish sikit. Umur dah banyak tp macam kurang matang dan cepat melatah. Huhu. amik ko Huda, satu dunia tahu ko macam budak2 Biasala, merajuk2 gitu. Nak merajuk dgn siapa lagi kalau bukan laki sendiri kan :P Suami kita idola kita la kan. Hehe. Since sy kenal dia masa zaman studi dulu sy dah start admirer kat dia ni. Tp time tu admirer biasa2 je la. He's a nice person and smart. Tersangat bijak pada pendapat sy. Husna la ni banyak dapat gen bijak dari encik abang :P

Farewell untuk sy tak ada ke? Erm, ada juga. InsyaAllah Khamis nx week anjuran kakak2 Pelitawanis. Rasanya sedih sangat nak tinggalkan Paka ni. Walaupun Paka tak ada mall, tak ada hiburan melampau2 macam kat KL, tp kami terhibur dgn envi di sini. Aman. Damai. Tiada jamm. Tiada toll. Tiada hipokrit jiran2. Dan kami belajar banyak benda tentang agama dan kehidupan sebenar di sini.

till next~

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi