Monday, August 30, 2010

Tak Puasa

Oh sangat merisaukan bg mereka2 yg delay ni kan. Ada kawan2 yg dah start tak puasa? Mestila ada kan. Tp, sy belum lg. Confuse juga. Ada apa2 yg tak kena ke?

Rasa macam sensitif pulak taip pasal ni kat blog. Lepas baca, kawan2 buat2 tak ingatla yer. Hehe. Bila la nak merasa tak puasa ni? Tp dari sudut lain, sy rasa bersyukur juga sebab kalau puasa penuh tak perlu ganti puasa kan. Dan yg pastinya, amalan2 di bulan Ramadhan ini tak terganggu :) Apa la sy ni? Boleh lak pikir gitu. Nama pun orang perempuan, banyak tu nikmat diberikan siap dapat cuti puasa dan solat lagi. Hehe.

So, kesimpulannya...tunggu je la. Sy ada terfikir nak chek but biar dulu la. Baru seminggu pun. Huhu. Ok, selamat berpuasa semua. Jom kita kejar malam lailatul qadar! :) semangat je lebih

till next~

Saturday, August 28, 2010

Pada Mu Ku Bersujud

Suka sangat dengar lagu ni, video klip nya pun best and dramatic! If sesiapa yg menonton Janji Kekasih sure dapat tangkap lagu ni.

Insaf dengar bait2 liriknya...jom layan sama :)


Pada Mu Ku Bersujud by Afgan




inilah Afgan
credit to google


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku semuanya
Hamba Mu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan Mu
Saat Kau limpahkan kurnia Mu
Dalam sunyi ku bersujud


*nak download lagu ni, klik SINI


Friday, August 27, 2010

Hari Nuzul Quran

sumber pic here


Nuzul Quran bermakna hari diturunkan Al-Quran, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah Taala melalui malaikat Jibril di Gua Hira'. Turunnya pada 17 Ramadhan. Alhamdulillah.

Mesti kawan2 ingat kan kisah di mana Nabi SAW menggigil2 pulang ke rumah dan Saidatina Khadijah as a wife, menyelimutkan baginda yg kegigilan. Pada sy, peristiwa turunnya Al-Quran ini memberi banyak ikhtibar dalam diri sebab Al-Quran adalah penawar kepada banyak perkara. Meliputi semua perkara.

Semoga kita dapat menyelami peristiwa nuzul quran dan sama2 mengimarahkan Ramadhan yg boleh kata sudah nak hampir ke penghujungnya. Sedih kan? Rasa macam baru lagi dalam bulan Ramadhan ni. Pantas sungguh masa berlalu.

psst: jom! sama2 baca Quran dan tambahkan amalan...

Thursday, August 26, 2010

Apa menu hari ini?

Petang semalam, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di luar. Di mana? Di stesen tempat kerja encik abang saja. Jamuan iftar dan majlis sempena meraikan kejayaan stesen dapat achieve apa tah sy pun lupa. Turut diraikan anak2 yatim dan kurang bernasib baik.

Makanan yg terhidang sungguh mewah ok. Nasi beriyani dan lauk pauk, ada kambing bakar dan air sirap bandung. Kurma and kuih muih pun ada. Cendol pun ada. Alhamdulillah. Husna sy pakaikan baju kurung raya tahun lepas. Masih muat. Siap dapat duit raya khas untuk anak2 staff tnb. Seronokla Husna! :) Dia pun tak meragam. Ok je sepanjang berbuka. Makan jangan tak makan. Suka agaknya makan nasi beriyani tu.

Then, solat Maghrib. After MAghrib encik abang hantar kami pulang ke rumah. Isyak encik abang kembali ke surau stesen untuk terawikh. Sy di rumah saja. Surau penuh sesak dgn isteri2 anggota kerja yg lain. Kasihan pula takut Husna letih dan meragam menunggu nanti.

So, apa menu hari ini? Sy cadang nak masak ayam masak kicap saja and goreng ikan merah. Simple la kan. Air cincau sudah. Hehe. Okla, jom kita mula memasak. Till next~

Wednesday, August 25, 2010

Don't try this at home

Lama sy tak cerita pasal aktiviti terkini Husna kan :) Ok, jom tengok gambar2 di bawah ini. Harap2 nya jangan ada yg tiru k! :)

Bahaya bagi anak2 di bawah umur 2 tahun. Tidak digalakkan emak2 membiarkan anak2 mereka bermain sendirian. Perlu monitor dan pantau apa yg mereka buat. Hehe. Kalau perlu, ajak mereka main bersama.



troli diubahsuai menjadi tempat duduk lepak2 :)



cari apa tu yang oi?

till next~



15 Ramadhan

Alhamdulillah, sudah pun 15 Ramadahan hari ini. Rasa macam tak percaya je masa berlalu dgn begitu pantas kan. Broadband sy dah tak pakai lagi. Bertukar kepada streamix pula. Lebih mudah tp kena gak terpaksa pakai line phone kat umah ni. Huhu. Tu yg lama sampai hari ni baru sy dapat online.

Sy masih berpeluang bf Husna macam biasa. Puasa pun masih penuh :) Pagi2 masih berkesempatan bangun sahur. Makan nasi ok. Dulu time student sy rasa pelik tengok kawan2 makan nasi ketika sahur sebabnya sy tak biasa. Tp la ni, kenala biasakan. If tak makan nasi rasa badan lemah gemalai dan tak bermaya. Air pun kena minum banyak2 if tak time2 macam ni sy dah lembik. Bf kan memang perlukan air yg banyak.

Untuk makluman semua, sy belum start shopping apa2 pun untuk raya. Untuk Husna ada la shopping sikit2. May be next weekend baru berpeluang nak pergi shopping, insyaAllah. Beli aje mana yg patut and cantik dipandang. Budget? Erm...bolehla sikit2. Yg pasti baju raya Husna mesti lebih senang nak tukar2 nanti :)

ok till next~

Wednesday, August 18, 2010

Alkisahnya sy menghilang

Sekian lama sy nak update blog tp tak dapat2. Kenapa yer? Itulah masalahnya. Semua ini ujian daripada Allah, sy terima dgn redha.

Isnin baru ni, gempar anak saudara sy, Syifa' (bulan 9 ni genap 2 tahun umurnya) masuk wad kat Hospital Changkat Melintang, dekat dgn rumah PIL. Sebabnya tidak dapat dipastikan. Apa yg pasti, 2 hari before Syifa' asyik muntah2 dan cirit. Kemudian, nak jadi cerita Husna pun mengalaminya. Muntah2 dari pukul 3am Isnin. Cirit pagi esoknya. Encik abang pun demam dan cirit birit. Rupa2nya Asrul dan Ezlan, adik2 encik abang pun alaminya juga. Apa kes? Kak Long jgn cakapla sakit perut juga dgn nak menghandle Syifa' kat wad lg. Musibah apa yg melanda keluarga kami ini? Astaghfirullahalazim...sy berpendapat ini semua disebabkan ada makanan yg beracun. I mean here, mungkin bahan mentah rosak sebelum dimasak. Kami makan masak sendiri, tak beli pun except for kuih2 la.

Tp, Alhamdulillah sy tidak pula mengalami sakit2 itu. Bagus juga, if sy pun turut sakit bagaimana nak handle encik abang dan Husna sekaligus. Oh yer, encik abang siap MC 2 days. Terpaksa batalkan puasa sebab dah dehidrasi kan. Sungguh sedih bila sy melihat dan mendengar orang2 di sekeliling sy jatuh sakit begini. Macam dirancang2 la kata orang. Yerla, Allah yg rancang semua ini kan. Kita harus terima dgn redha. Syifa' direfer ke Hospital Ipoh, 2 malam lepas terpaksa masuk ICU sebab dah 6 kali kejang. Alhamdulillah, semalam dapat dengar suaranya menjerit2 dalam telefon. Dah stabil sikit. Kami tak dapat nak melawat Kak Long kat hospital Ipoh sebabnya encik abang pun belum sihat sepenuhnya. Husna pun dah beransur baik, tp semalam ada selsema sikit.

Takziah untuk keluarga sy. Semoga kami tabah hadapi segala penyakit dan kesukaran yg mendatang. Oh yer, sebelum sy terlupa...adik ipar sy aka Pak Andak Husna dah pun selamat sampai ke Malaysia pagi semalam dari Jepang. Pulang bercuti dan buat practical katanya. Tp kami tak berkesempatan lagi untuk bertemu, insyaallah nantila kan.

Ok2. Sy berusaha nak stop di sini dulu. Ada plan nak apply streamix sebab line broadband kat rumah ni teruk sangat. Doakan kesihatan kami yer, semoga doa2 anda semua dimakbulkan. Amin~ Sayang anda semua...

till next~

Friday, August 13, 2010

Husna Bangun Sahur

Pagi tadi sy dah dengar alarm berbunyi jam 5. Tp sy cakap dgn diri sy sendiri, rilek dulu. 10min lagi. Tup2 lepas 10 min sy pun bangun semula. Husna time tu start rengek2 dah nak bf la tu. Tak silap sy dia baru je bf before tu. Ok, buat2 tak dengar je la dia merengek. Sy pun cepat2 tutup pintu dan turun bawah. Lgpun, abahnya ada kan boleh handle :)

Tak lama lepas sy masak air semua, panaskan nasi. Tiba2 encik abang bawak turun Husna yg dah tak boleh dihandle. Sudah meraung. Sayu bunyinya. Nak susu sangatla tu. Maka Husna pun berpindah tangan ke sy. Encik abang yg ambil alih sediakan makanan sahur and buat milo panas semua. Thanks encik abang kerana memahami situasi sebenar. Alhamdulillah :) Siap goreng telur semuala. Lepas tu kami pun makan sahur.

Ehem2. Cik Husna pun nak sahur sama ok! Apa lagi, sy ambilkan pinggan dan cawannya siap2. Hidangkan air masak dan nasi. Dia betul2 makan. Suap2 sendri ke dalam mulut. Alahai anak ummi nak puasa sama ke? Hehe. 1st time Husna bangun sahur selepas 3 hari.

Wednesday, August 11, 2010

Kelly's Life Giveaway


Jom kita join Kelly's Life Giveaway pulak! :)

Due date nya 18.08.10
10 apron set di atas untuk dimenangi!
Moga sy berjaya! :)



Husna ikut ummi abah terawikh

Alhamdulillah, 1st day puasa macam mana kawan2 semua? Sy so far ok lagi walaupun bf Husna. Tak banyak kerenah Husna hari ini. Susu pun rasanya Alhamdulillah maintain.

Malam tadi berpeluang ke Masjid Jamek Manjung. Ramai sungguh muslimin muslimat berjemaah Isyak dan seterusnya mengerjakan solat sunat terawikh. Alhamdulillah tiada masalah bawa Husna together. Just bekalkan dia keropok ikan and air masak, Husna senyap sepanjang sy bersolat. Tp, sekali sekala dia minta juga susu, time nak bagi susu dia tak jadi pulak nak susu. Malu agaknya depan orang ramai :) Mulutnya ringan memanggil2 abah..abah.. Sy beritahu abah duduk kat depan. Macam2 dia tunjuk, ipash (kipas), ampu (lampu), akon (air cond) Hehe. Sy layankan saja bila gap antara rakaat seterusnya terawikh.

Sy solat witir sendiri sebab kasihan tengok Husna termanggu2. Time witir tu
ramai dah balikla. Husna seronok tengok ruang solat wanita dah kosong. Siap jalan2 dan usha2 kakakak2 kecil. Seronok je kakak2 tu melayan Husna.

Husna sibuk nak jalan2 and berlari :)

Husna dan ummi sempat candid :)


Kemudian, kami pun pulang setelah abah selesai solat witir bersama imam.

Tuesday, August 10, 2010

Setahun sekali

Selamat berpuasa semua.



Monday, August 09, 2010

Sabtu Pergi, Ahad Balik

Salam Isnin,



Masih dalam mood keletihan. Hari Sabtu gerak ke Paka, Terengganu. Ahadnya semalam dah balik ke Perak. Hari ini encik abang masuk kerja. Sy pulak tiba2 last night dapat selsema may be sebab duduk dalam air cond sokmo sejak menjak ni. Manjung boleh kata panas hangat. Sabar je la.



Mudah2 an puasa Ramadhan ni sejuk2 je :) Tidaklah letih memanjang. Cubaan!



Tp travel kami ke Terengganu Alhamdulillah ok. Sempat singgah Bentong, walimatul urus ex opismate encik abang di Paka dulu. Tahniah to Amaludin and Nornazrita! Kahwin juga :) Serba biru. Sorry, kami sampai jam 3.30pm. Pengantin dah pergi photoshoot kat luar. Jemputan pun ramai dah balik. Tak lama kami makan2 tu, pengantin pun pulang dari shooting. Sembang2 sampai lupa nak bergambar kenangan semua :) Mengikut cerita, Norna tu dulu practical under encik abang. Tp time tu encik abang ke Bakun, so encik abang suh Norna duduk under Amal. Ntah macam mana, elok2 practical lepas tu hubungan mereka bertukar menjadi pakwe makwe. Bertunang dan tak lama tu kahwin :) Sweet je. Fuhh! Ada lega di situ :) Sebab Norna practical under Amal bukan under my encik abangla kan. Kui3! Ok je Norna tu, sweet and friendly. 1st time kenal terus ramah.



Ok tu je la nak update. Sy selsema lagi. Makan panadol soluble pun tak ok lagi. Ya Allah! Permudahkanlah selsema ku ini...lekas2 la ia baik :) Amin~

**Esok tengok anak bulan, lusa insyaAllah puasa :)



Husna menang contest aksi di playground :) alhamdulillah...

Friday, August 06, 2010

Baik buat perkara sunat...

Salam pagi Jumaat semua...

Alhamdulillah, diberi peluang untuk bertemu lagi pada hari ini. Next week dah start puasa. Larat ke tak ye nak update blog :)

Bukan masalah larat ke tak, tp bak kata encik abang sy la... 'baik buat perkara sunat dari menghadap internet'...huhu...terkena beb! Terasa sungguh pedasnya!

Memangpun, bulan mulia kan kita kena muliakan dan suburkannya. Tinggalkan perkara2 yg lagho. Tp manusia, hari ni baik esok buat balik :P Hihi.

Weekend ni kami insyaallah nak ke Paka sekejap. Mengambil saki baki barang2 yg tinggal di sana. Hari tu tak muat lori 3 tan tu. so, terpaksa berkorban ke sana kejap.

tiil next~

Thursday, August 05, 2010

Atok ... Ninik ...

Pagi tadi lepas bangun, bawa Husna turun bawah. Sambil layan2 dia main jap, lepas tu sy tanya
Husna.

"Husna...atok mana atok? Nenek mana?..."
lalu Husna menjawab...

"atok...ninik...ninik..." (ninik tu refer as nenek)

ok sambil kakinya memanjat tangga2 untuk ke atas. Seriyes ok! Husna naik sampai atas sambil panggil2 ninik..ninik..atok.. lepas tu boleh tuju terus ke bilik yg tempat atok and neneknya tidur beberapa malam yg lalu. Siap ketuk2 pintu tu. Sy pun apa lagi, tolong bukakan pintu bilik tu. Cakap kat dia, tak de la. Husna pun jawab, "tak de..." Sedih sy lihat. Bergenang gak air mata ni. Sy pulak terlebih emo. Yerla..ibu abah sy kan. Huhu.

Petang semalam mereka dah balik ke Johor. Naik bas from Manjung ni. Adik2 lelaki sy yg 2 orang hari tu datang sekali dah balik dulu sebab masing2 ada kerja perlu diselesaikan. Sedih juga rasa hati. Tp tak apa lah, mereka perlu balik. Abah sy masih menjalani treatment kan untuk kakinya tu. If kaki abah dah ok, bila2 je dia boleh tekan minyak datang sini selalu. Tak apa, bila2 nanti kami pulak yg pulang ke Johor.

till next~

Wednesday, August 04, 2010

Lil Husna with tudung

Lama dah piccas2 ni. Last 2 weeks rasanya sy candid. Masa kami lepak2 di rumah my PIL kat Kg.Gajah. Syifa' anak SIL sy ada sama, sebab Kak Long encik abang yg pindah ke Tapah belum dapat baby sitter lagi. So my MIL jaga Syifa' untuk beberapa minggu.
Husna dan Wan...time ni mengamukla tak nak pakai tudung...
alamak! cutenya with kakak syifa'...
hai ummi...
Husna ni ikut mood dia juga if nak pakaikan tudung. If dia suka, memang layankan je la. If dia tak nak, sekejap je la dapat tengok dia pakai. Tudung2 ni Wan aka my MIL yg belikan. Cute tengok budak berdua ni pakai. Dah macam nak pergi mengaji lagaknya :) Alhamdulillah. Kecil2 sudah boleh diasuh kan, but kita as parent jangan paksa or desak mereka. Slow2 la orang kata.

dua beradik sepupu...



Tp bila sesekali tengok Husna kenakan tudung tu, memang sejuk tengok. Lembut je. Ayu ke? Hehe.

till next~

Tuesday, August 03, 2010

Kami ke Teluk Batik



Last Saturday, bawa adik2 dan ibu abah sy ke Teluk Batik. Lebih kurang 8 minit je dari rumah kami di SM ni. (SM = Seri Manjung)



baru sampai teluk batik...


Meriah juga mandi manda di sini. Penuh manusia. Pantainya pun best tak ada ombak, yer la nama pun teluk kan :) Husna suka mandi manda tp sedikit takut sebab ada bot yg duk sibuk menarik orang untuk banana boat. Kesian tengok Husna terjerit2 tengok2 bot tu datang menghampiri pantai. Sungguh terukla bot2 tu. Agak2 la pun, nak berbisnes jangan sampai mengganggu ketenteraman orang2 yg mandi di situ. Bengong! (ummi emo sikit) Seronok la adik2 lelaki sy mandi manda. Macam orang dah lama tak jumpa pantai :)
jom mandi... :)


Tak lama pun kami di Teluk Batik. Tambah tolak ada dalam sejam je kut. Encik abang pun tak mandi, malas nak tukar baju katanya. Tak lama tu hujan panas renyai2 turun. Kami pun packing2 semua balik. Sebelum balik tu singgah Lumut, beli sotong kering dan ikan bilis. Keropok ikan dan keropok sayur. Yummy! :) Semuanya nampak sedap.

Ok till next~

Monday, August 02, 2010

Rancangan bulan puasa

Salam hari Isnin :)

Tak lama je lagi kan kita nak menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Rasa macam esok lusa je. So far, sy tak buat apa2 preparation pun. Kurma pun tak beli lagi. Cuma dari segi mental dan fizikal insyaAllah sy rasa sy mampu nak lakukannya macam tahun lepas. InsyaAllah.

Sy dah plan2 dgn encik abang nak bawa Husna ke masjid or surau tahun ni. Last year, sy langsung tak berpeluang sebab fikirkan Husna masih kecil dan takut mengganggu orang lain kan bila dia nangis atau merengek. Tahun ni, rasanya dia boleh bawa diri. Dgn orang lain yg dia tak kenal dia tak nangis dah tp dia tengok dulu if dia rasa ok dgn orang tu dia akan ikut :)

Tak dapat penuh ke masjid pun tak apa, at least dapat merasa kemeriahan bertarawikh di masjid or surau. Nanti bawalah toys dia, makanan kegemaran dia or buku dia. Mudah2 an menjadi planning ummi ni yer Husna :) (berangan2 dulu)

Alhamdulillah, Husna dah pun sihat dari sakit tangan, kaki dan mulut tu. Tp kan, tak tahula dah berapa ramai anak orang yg dijangkitinya sebab kami selamba je bawa Husna keluar jalan2. Minta maafla ye :) Takkan nak tinggal anak sorang2 kat rumah. Hehe.

Erm, ni ada 1 pic kami di Manjung. Credit to Encik Shahrul, photographer (siapa lagi kan, kawan kami yg tolong carikan rumah sewa kat sini. Gambar dalam rumah, nanti2 la sy ambil..tak sempat lagi nak candid :) Menjawab pertanyaan Ibu Arifa, rumah kami ni dekat juga nak ke stesen bas Manjung tu. Tak jauh mana :) Ok till next ye!

2 sejoli dan anak mereka :)


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi