Thursday, September 30, 2010

Peminat Karipap Tegar

Cerita bab kuih ni, terliur rasanya pagi2 ni :) Tengah makan nasi lemak dan karipap bersama Husna. Dibeli oleh encik abang. Memang sy request dgn encik abang malam tadi tolong belikan breakfast :) Tq to him!

Setelah berkahwin, sy mula faham yg karipap ni memang digemari oleh encik abang. Dalam famili beliau, Kak Long encik abang pun penggemar karipap. Dan tak sangka pula, sekarang ini ada yg mengikut kegemaran encik abang dan Kak Long. Siapakah dia? :)

Bagi suspen sikit. Mari kita close up sikit rupa kuih karipap yg sudah tinggal half saja. Jadila kan.



ini sy punyala...
So, peminat karipap tegar seterusnya ialah siapa lagi kalau bukan si kecik, Husna. Isk2! Pantang dengar sy atau abahnya sebut karipap, dia mesti nak. 'kipap' sebutannya :) Sedap juga bunyi sebutannya. Ada pap2 belakang tu ok la kan, lulus! Ada sesetengah budak, dia jenis makan kulit karipap tu kan tp Husna ni inti2 yg dia suka sekalila dgn kulitnya. Tak ada pilih2. Tu sy and encik abang pun pelik, macam mana dia boleh makan sampai habis gitu. Tp kalau pedas, dia akan request air masak untuk diminum.
bagi dia half dulu..
"ummi nak?..."
makan sambil sepah2 sisa2nya :)




till next~

Wednesday, September 29, 2010

Minyak angin dan ibu mengandung

Jadi kebiasaanla kan, bila mengandung ni sakit pinggang, sakit kepala, sakit ulu hati dan kejang kaki. Apa penawarnya?

If ikut ibu sy, kalau boleh jangan pakai minyak angin la kan. Tambah2 part pinggang tu kan. Apa katanya, baby face duduk situ. Err...sy dengarkan je la. Tak melawan. Sudahnya dulu tu masa preggy Husna, sy selalu mintak tolong encik abang urut2 sikit belakang badan tanpa menggunakan any minyak. Paling teruk pun sapu dgn vicks je la. Bagi keluar semua angin dalam badan.

2nd time ni, sy merasai lagi kesakitan di bahagian pinggang amnya. Dahsyat woo! Tp tak adalah tahap sakit terguling2 macam senggugut. Ini masih bisa dikawal. 2 hari lepas, mintak encik abang tolong urut2kan. Oh! Sudah ada kemajuan suami sy tu. Dia sapu dgn baby oil. Tp bukan yg warmer tu, bed time baby oil :) Bisa tidur terus ni lepas diurut kan :) Tak de la sampai sy tertidur...sy just rasa lega okla. Alhamdulillah...

So, what do you all think? Boleh pakai ke tidak minyak angin ni yer? Ada doc kata ok, ada yg tidak. Dulu la sy tanya dgn doc kat Paka, dia kata bukan urut...just sapu je minyak tu tipis2.

Loya Melampau

Hari ini sy suppose ada appoinment dgn Dr. Yasmin untuk further chek up. Chek heart beat si kecil di dalam tu. Tp dah discuss dgn encik abang semalam, so plan nak pergi this weekend saja. Boleh bawa Husna untuk cucuk 1 tahun 6 bulannya. Diam tak diam, Husna dah menjangkau usia setahun setengah kan :) Alhamdulillah. Dah besar anak ummi ni.


Sy rasa sy loya dan mual yg melampau sekarang ni. Perut pulak mudah sangat laparnya. Sy amalkan makan dalam kuantiti yg sedikit tp kerap. Angin dalam badan ni tak usah cakapla, selalu sangat nak sendawanya. Lately ni juga sy selalu pening2 kepala. Tak tahulah sebab stress ke, atau sebab pembawakan budak. Sy tidaklah merasa stress tp kadang2 tu mcm stress juga. Mungkin penat kut. Sy risau juga if anemia sy menjadi2 balik macam masa pregnant kan Husna dulu. Tp mungkinkah disebabkan sy masih bf Husna? Menyebabkan badan sy lemah dan kurang bertenaga? Oh tidak! Kasihan si pipi chubby sy tu. Sy ada juga cuba2 beri dia minum susu fm yg sample tu. Ada enfagrow, S26, Sustagen, Anmum etc. Tp, nampaknya belum memberikan apa2 kesan. Husna tak nak minum fm tu :(



Mudah2 an sy dapat hadapi 1st trimester ni dgn tabah dan sabar. Biasalah, awal2 kan. Take it easy, Huda!



Husna suatu ketika dulu...

till next~


Tuesday, September 28, 2010

Jalan-jalan Cari Makan Di Taiping

Sabtu pagi, sy bersembang bersama rakan2 di Facebook. Sedihlah hati sebab hajat nak ke Taiping terpaksa cancel atas sebab tak dapat dielakkan. Tiba2 tengahari tu. Teng3x!

Encik abang kata, kemas beg. Ok, FYI my husband ni kan dia jenis tak de plan2 punya. Tau2 je, ok jom! Maka gelabah sy, macam orang lipas kudung mengemas beg Husna dan beg kami. Kemas gitu2 je pakaian untuk pemergian semalaman.


Keluar rumah jam 12.50pm camtu. Melalui jalan Pantai Remis menuju ke Taiping Bandar Warisan. Tiba di Taiping jam 2.30pm. So, destinasi pertama kami ialah Kuala Sepetang.


Kuala Sepetang


Kan tempat ni, femes dgn mee udang :) Walla. Ok, part nak merasa sangat KESEDAPAN mee udang Kuala Sepetang ini, kami tuju ke gerai mee udang Mak Jah. Femes la kan kedai ni sebab tengok siap ada keratan akhbar lagi review tentang mee udang mak jah ni. Sy order nasi goreng biasa dan telur goreng. Asalnya, nasi goreng udang tp request tak nak udang. Bukan apa, kalau alergi kang, tak pasal2 menggaru je kerjanya. Encik abang pula order mee udang special. Wow! Sedap seh! Manis rasa udangnya. Dapatla makan seekor yg last sekali encik abang bg. Jadila kan :)


menu



jadi santapan lunch kami :)



Zoo Taiping


Seterusnya, kami bergerak semula ke Bandar Taiping. Destinasi dituju ialah Zoo Taiping. If pergi malam kira macam Night Safari tp dah alang2 datang petang terus masuk je la kan. Husna paling excited sambil berjalan sesuka hatinya duk melihat haiwan2 yg dipamerkan. Kalau boleh pegang dia memang nak pegang :)




sedang tunggu tram datang...


sesuka hatinya nak berjalan :)



cubaan memanjat pagar nak tengok flamingo dgn lebih dekat...



dgn abahnya...


dgn umminya...


khusyuk tengok burung kakak tua...



dalam tram mengelilingi zoo...



Ok, penginapan kat Taiping ni banyak juga pilihannya. Nak mahal, nak budget ke semua ada. Pilih je la. Kami pilih hotel biasa2 je asalkan dapat berehat dan tidur semalam :) Budget hotel la kiranya kami duduk tu.



ini lepas balik dinner...tidur tak ingat dunia si kecik ni...



Malam sebelum Maghrib ok :) Sebab boleh jamak solat, kami keluar awal untuk cari dinner. Destinasi pilihan kami ialah jalan2 cari makan di Kamunting. Memang happening malam2 minggu tu. Siap ada pasar malam lagi kat sebelah KFC. Tp tak dan la kami nak singgah, duk cari parking tak dapat2. Last2 cancel nak jalan2 pasar malam tu. So, kami makan di mana?

Sate Ekonomi dan Bihun Sup RM1.00



sate ekonomi kecik je kan :)



set nasi dan ikan bawal yg meriah...

Kat mana gerai makanan yg ada jual bihun sup murah tu? Hehe. Terima kasih banyak2 kat Faryza sebab membantu. If u all, ada perasan dalam rancangan JJCM kat TV3 tu kan (few weeks ago jugalah) ada mereka jalan2 kat tempat ni. Bersebelahan stesen minyak Petronas Kamunting. Makanan dia memang murah ok. Sate kecik molek just 15 sen per batang. Sy order nasi ayam saja. Encik abang order set nasi dan ikan bawal. Plus sate 10 batang. Makan jangan tak makan :)Sedap tu okla. Boleh recommend kat orang lain yg nak datang makan. Juga ada dijual char kuey tiaw, mee rebus, bihun sup, dan lain2 sy tak ingat. Customers jangan cakapla, masa kami datang tu pun dah ramai. Time tu before Maghrib ok. Musykil lak sy, depa pun boleh jamak ke macam kami :P

Selesai makan, balik hotel tidur. Malam tu memang kami tak ada apa plan sangat. Letih jalan2 zoo kut :)

Day 2, Ahad. Pagi jam 9.30 kami dah chek out hotel. Pergi mencari breakfast. Kami singgah di Mom's Prison Corner. Dekat je dgn Penjara Taiping tu. Nasi lemak je la pilihan yg ada. So, makan nasi lemak jagung dgn telur goreng. Sedap juga.

Lake Garden @ Taman Tasik, Taiping


Then, kami jalan2 ke sekitar Lake Garden. Masa tu, matahari dah start naik. So, terasa jugalah bahang matahari tu. Kami just jalan2 menghabiskan masa sambil membiarkan Husna explore sendiri kehijauan alam yg terpamer di situ.

jalan2 di Lake Garden...

Kawasan Paya Bakau, Kuala Sepetang

Dah boring di Lake Garden :), kami pun singgah di kawasan paya bakau di Kuala Sepetang. Saja jalan2 nak tengok sendiri paya bakau tu. Berjalan merentasi kawasan paya bakau dgn persekitaran yg menghijau. Best2! Macam2 la jenis kayu bakau yg ada terdapat di sini.

Lewat tengahari, kami pun mulakan langkah untuk pulang ke Manjung. Sampai di Changkat Jering, singgah beli cucur udang dan keropok lekor serta air mata kucing. Selesai sudah jalan2 cari makan kami di Taiping. Kalau nak ikutkan macam tak puas la kan, tp okla trip kali ni. Puas makan dan berehat. Santai saja. Husna paling seronok macam tak pernah tengok haiwan dan alam hijau :)

Kami sebenarnya dah beberapa kali sampai Taiping ni, tp inilah kali pertama kami merasai pengalaman melihat alam. Good bye Taiping, next time ada rezeki kami datang lagi jalan2.




ok, till next~

Friday, September 24, 2010

Husna dan playtent

Dah lama abahnya belikan ini. Since masa duduk Paka lagi. Tp bila pindah Manjung baru abahnya pasangkan. Dan sejak itu, Husna bila boring2 dia akan ke situ dan melepak2 di dalamnya. Lokasinya di bawah tepi tangga. Apa bendanya tu? Hehe.

Princess Pink Castle Playtent. Abah beli kat The Mall. Cantik dan sesuai sangat untuk anak2 sebaya Husna la kan. Dalam tu penuh dgn toys dia. Paling banyak balls. Huhu. Husna dah ada 6 biji kut balls. Dari sekecik2 hingga ke size orang buat main bola sepak :P
antara aksi2 Husna di dalam playtentnya...

Bagus juga ada playtent ni. Toys nya tak bersepah2. Kalau bersepah pun just dalam tu je la kan. Tp, tak tahan time ada budak2 lain datang rumah. Habis dilenjan sume toys Husna bunyi cakap macam ummi ni kedekut je kan, tak bg anak orang main Nasib baik tak roboh playtent tu. Husna pula jenis cool, tak kisah orang main toys dia. Sy pun tak kisah actually, tp sy berharap la kan mak or ayah budak2 tu boleh monitor sekali apa anak2 dia main. Kalau rosak ke apa, susah pulak kan. Hehe. Sepupu2 Husna sy tak kisah, sebab mereka pandai main baik2 :)





penuh balls je la... :P


Kalau nak buat outdoor pun boleh playtent ni, tp kami suka pasang dalam rumah saja. Senang nak store sume toys Husna.
** ada 1 sy jumpa jual online kat Babyruffkins. Harganya after less RM79.90.
ok till next~






Thursday, September 23, 2010

Tips Dapat Anak Comel

Tajuk tu macam sy ni dah ada ramai anak2 yg comel je kan (perasan la tu)
Bukan apa, saja nak share tips based on apa yg sy baca dan dengar2 dari orang lain. Tp may be ada yg boleh diikut dan may be juga boleh dengar saja :)
Mana yg baik boleh dijadikan panduan, mana yg rasa tak baik kita senyum je la ye.

Setiap anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa. Cantik, putih, hitam, sumbing, atau apa saja semua itu adalah kerja Allah. Kita tidak boleh menidakkan qada' dan qadar Allah, mungkin pahit untuk menerima jika anak yg dilahirkan tidak sempurna, sebagai hamba Nya kita perlu redha dan bersabar atas dugaan yg diberikan. Semoga sy pun sentiasa bersabar dalam membesar dan mendidik anak-anak yg masih kecil.


contoh anak comel


Tip 1

Paling obvious sekali, orang akan kata tengoklah gambar2 atau muka2 baby yg comel2. InsyaAllah anak yg dikandung pun akan ikut comeyl.

kata sy - boleh diterima akal, dan boleh apply. Masa Husna dulu, sy suka layan cerita cina dan korea kut :) lagi satu bila kita tengok gambar baby yg comel ni kita sendiri akan rasa tenang dan damai kan :)



senyuman anak yg comel



Tip 2

Amalkan pemakanan yg sihat. Ok ini memang betullah kan. Time pregnant, si ibu digalakkan makan makanan yg berkhasiat dan sihat. So, kulit anak yg akan lahir pun sihat. Bila kulit sihat, dia pun nampak comel pada mata semua orang :)

kata sy - betul tu, tp sy kurang gemarkan sayuran. So, alternatif buah2 an segarlah menjadi santapan.

Tip 3

Kena ada juga faktor genetik. If ibu ayah baby tu jelita dan handsome tambah2 yg kahwin campur, insyaAllah anak pun akan ikut genetik mereka.

kata sy - nak pilih calon pasangan, why not try yg kacukan :), yg bermata sepet atau pan asia wajahnya.

Tip 4

Minum soya untuk kulit putih. Tp, ada sesetengahnya sy baca soya akan menyebabkan baby bila lahir nanti senang dapat alahan kulit.

kata sy - tak salah nak minum sedikit. Tak adalah sampai tiap2 hari berdozen2 minumnya. Lagipun, soya kaya dgn protein. Minum yg fresh homemade, sebab dalam kotak biasanya ada bahan pengawet.

Tip 5

Makan buah delima untuk kulit cantik dan merah. Ada benarnya, sebab sy masa pregnantkan Husna dulu dapat makan sekali, sebiji je malam sebelum sy admit nak bersalin :) Lepas juga hajat (mengidam) nak makan. Hehe.

kata sy - boleh je amalkan, buah delima pun buah yg baik untuk dimakan tak kira pregnant atau tidak, banyak vitamin terkandung di dalamnya.

Tip 6

Mengaji dan membaca surah2 untuk ibu mengandung. Surah Maryam dan surah Yusoff adalah sangat popular. Termasuk surah Luqman. Surah Yassin, Surah An-Nahl dan lain-lain.

kata sy - tiada halangan untuk membaca apa2 surah pun di dalam al-Quran. Lagi banyak kita baca, lagi banyak pahala yg ditimba insyaAllah. Yg pastinya, bacalah dgn seikhlas hati agar ianya meresap ke dalam jiwa anak yg kita kandung itu. Baca dengan memahami isi surah lebih bagus dari kita baca tanpa memahami maknanya. Jika boleh khatam 1 al Quran sepanjang proses kehamilan lebih bagus.

Tip 7

Suami isteri perlu amalkan akhlak yg baik semasa si isteri sedang pregnant. InsyaAllah, anak pun akan ikut amalan soleh dan solehah kita. Jaga perlakuan, jaga tutur kata, jaga emosi dan peribadi.

kata sy - yg baik itu dari Allah, mana yg buruk tu dari kita manusia yg lemah :) Perbaiki diri jika rasa diri kurang dekat dengan Allah, amalkan solat sunat, puasa sunat dan bersedekah. InsyaAllah dapat memperbaharui diri dengan sifat bersyukur dan jauhkan mazmumah. 

Note: Sekian dari sy yg juga emak baru belajar :) Apa yg penting sentiasa berdoa agar anak dan ibu berada dalam keadaan sihat. Hadapilah hidup dgn tenang, no stress, amalkan hidup sentiasa bersyukur dengan pemberian dari Nya :)

updated 20 Feb 2013

Wednesday, September 22, 2010

Ada rupa anak dara tak?

Petang semalam lepak2 dalam bilik dgn Husna. Sambil dia duk main2 handphone sy tu, sy pun snap la pic dia candid.

Tengah tersenyum manis pulak tu menampakkan barisan giginya yg sudah semakin banyak. Admirer sangat tengok pic ni walaupun pic ni tak secantik dicapture menggunakana dslr. Gegar sikit. Ada rupa macam anak dara tak, kawan2 rasa? (sila abaikan suasana bilik tidur sy yg berselerak itu)


nampak dah lain sangat kan muka Husna. Tp kadang2 bila keluar berjalan2 tu, orang still confuse and tanya, dah berapa bulan umur Husna. Berapa bulan ke? Husna nampak macam baby lg ke? Walhal, umur nya dah hampir menjangkau 1 tahun setengah and tahun depan bakal jadi kakak. InsyaAllah :)
Tak apalah, may be mereka nampak tubuh Husna yg kecil moleh ini membuat mereka sangka Husna masih baby :) Apa2 aje kan...hehe..
Ok till next~

Tuesday, September 21, 2010

Raya ke 3 di Perak

Petang raya ke 2 kami dah bergerak balik ke Perak. Kan encik abang masuk kerja raya ke 4. So, sampai Sepang dalam pukul 6pm gitu. Singgah beraya rumah saudara mara belah my MIL kira kami je la wakilnya. Dapatla beraya 3-4 buah rumah sepupu2 encik abang. Nak singgah rumah Pak cik Mokhtar, adik tiri MIL tak ada rumah pulak. So, kami pun teruskan perjalanan balik ke Perak iaitu di Kg.Teluk Sareh, Kg.Gajah :)

Singgah r&r Tapah jam 11.30pm makan KFC. Lapar pulak perut, padahal dah dinner kat rumah sepupu encik abang tadi :) Then, sampai rumah PIL jam 1am gitu. Semua orang dah tidur dengan nyenyak. Kami pun langsung tidur. Husna dah dimandikan kat r&r before tu.

Ok actually, nak tepek pic2 di bawah ini. Husna dan sepupu2 nya berbaju raya. Semua pakai dress :) Sweet je masing2. Ini kira, kami berkumpul semua adik beradik belah encik abang pada raya ke 3. Paginya kami buat bihun sup, sebelah petang makan ramai2 nasi dalam dulang. Sungguh meriah, tp pic lupa nak snap :)


dari kiri: Hannah, Husna, Humaira dan Syaza @ Syifa'

ini adalah cubaan si kembar untuk mencium Husna...
pantang nampak Husna mereka akan panggil 'baby..'
hehe..mak uda Husna cuba menahan serangan anak2 nya :)



till next~



Monday, September 20, 2010

1 Syawal di Johor

Tak ada mood nak update pasal raya. Hehe. Letih nak menaip. Tengok piccas je la yer. Tak banyak mana pun sebab semua sibuk nak makan and beraya je di hari raya pertama.

Tp ok la, semuanya happening dan happy. Gambar masa salam2 pun tak amik :( Lupa la. Yg pasti orang paling happy ialah Husna sebab dikelilingi oleh ramai pak cik dan mak cik serta dapat banyak duit raya :)

Tema sy dan famili ialah maroon tahun ini. Cun tak?:)


famili sy, famili adik my mom aka my aunty and famili my abg sepupu...


Husna paling happy...


dgn abahnya nak beraya umah kakak sepupu kat sebelah rumah..



makan2 time..sedap tgk Husna belasah ayam masak merah tu..



last but not least...


ada piccas famili kecil sy tp dalam phone encik abang lom diupload..later sy tepek kat blog k! maroon gitu kan :)
Raya ke 2 petang dah otw balik Perak. Sempat singgah beraya di Sepang, rumah saudara mara my mom in law. Sampai Kg.Gajah, Perak jam 1am. Letihnya beraya :)
ok till next~

Wednesday, September 08, 2010

Sampaikan Aidilfitri

STICKY POST !!!

Sy ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada secara sengaja atau tidak kepada semua yg mengenali diri sy dan keluarga. Semoga Aidilfitri yg bakal menjelma akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita dan menambahkan keceriaan di hari raya. Berhati2 di jalan raya dan ingatlah orang yg tersayang :)
Salam keikhlasan,
Huda, Sazli & Husna

Tuesday, September 07, 2010

Chek up at klinik

Semalam sy ke klinik Yasmin di venice of Perak. Bawa Husna untuk di chek up sekali. Selsema tiba2 pulak dia. Alah dgn habuk rasanya masa kemas2 rumah tu kan.

First time sy ke klinik ni. Memang special untuk ibu2 preggy dan merangkap klinik bersalin. Macam ok je kan. Lgpun memang panel tnb. Tunggu punya tunggu hampir sejam lebih jugala. Punyala havoc, ramai patients and ibu2 preggy nak buat rutin chek up. Kami kira last sekali b4 lunch la dapat masuk jumpa dr. yasmin.

So, our turn chek up. Dr. Yasmin direct scan rahim sy. Sebabnya, sy dah buat sendiri upt test kat rumah. 2-2 line clear, pekat ok. Bukan samar2. But, time scan tu dr. yasmin tak nampak apa2 lagi. My pundi kencing pun nampak kecil aje. So, dr. yasmin tak leh nak confirmkan sy preggy or not. Nak minum air pun tak boleh sebabnya sy puasa kan :) Last2, dr.yasmin asked me to datang next week untuk chek up again. But dr.yasmin pun rasa sy preggy. Cuma semalam tak nampak apa lg. Erm, ikut kiraan baru 6 wks pun. Dapat juga acid folic. And doc pesan, if ada bleeding or any simptom pelik2 jumpa doc asap. So far, alhamdulillah tak apa2.

And nak tahu, encik abang pun beriya minta sy membaca al-quran setiap kali lepas solat. Sy memang mengaji pun sepanjang Ramadhan ni dah dapat 3 juzu' pun. Tp kali ni encik abang nak sy baca surah2 ibu preggy. So, hasrat sy nak khatam Quran lagi tu nampaknya macam lambat lagi la yer :) Surah Maryam and Yusuf paling beliau tekankan. Huhu. Faham2 la kan.

Ok next week kita ketahui kisah selanjutnya ye. Bukan apa, doc pun nak confirmkan yg baby sy tu di dalam rahim bukan sebaliknya. Mudah2 an semuanya ok la kan. Hari ini teruk sy mual2 tp tak la sampai muntah. Puasa masih diteruskan, begitu juga bf Husna. Amin ya Rabbal Alamin.

till next~

Monday, September 06, 2010

Shopping Raya

Last Saturday berpeluang bersoping raya. Punyalah ramai umat manusia yg turut bersoping bersama. Misi pencarian ialah baju dan kasut Husna, serta baju kurung sy and baju melayu encik abang.

ini semua baju raya Husna tahun ni...



So, pilih punya pilih dapat sehelai gown dan baju seluar sepasang. Tp, masa nak bayar tu encik abang suruh cari lagi sehelai untuk Husna. Erm, sy pun apa lg. Sepantas kilat pergi mencari gown Husna. Orang dah offer kan, kita rembat je la. Tshirt lengan panjang sy ada beli sebelum puasa dulu dan 2 helai lg gown beli masa offer last time. Cukupla kan. Boleh pakai raya sebulan.

Untuk sy, dapatla sepasang kurung biasa. Sy malas nak pilih chiffon2 tu sebabnya nak bf Husna rasa cam serabut pulak. Cari kurung pahang lak tak ada yg cantik. Apa2 je la bila dah last minute ni kan. Encik abang pun tak berjaya dalam misinya. Ada kaler yg match tp size terbesar or terkecik. So, lastly tak beli. Katanya nanti dia try lagi pergi mencari. Tak tahula sempat ke tidak nanti tu.

Rabu ni malam lepas terawikh nak gerak balik Johor. Moga perjalanan kami lancar dan selamat. Raya ke 2 or ke 3 dah balik Perak semula. Kira okla dapat balik kejap pun kan.

Ok, till next la yer.

Friday, September 03, 2010

Resultnya...

Alhamdulillah, komen2 yg sy terima untuk post sy last time , Tak Puasa sangat memberi makna dan share pengalaman bersama :)

Ok, macam mana nak cakap ek? Tunggu next post sy akan confirmkan. Sudah ada result tp belum rasmi. So, apa2 pun kena confirmkan dulu la kan. InsyaAllah. Puasa sy masih berjalan seperti biasa just kadang2 tu rasa letih yg amat.

Erm, preparation raya kawan2 dah siap ke? Sy juga yg terpontang panting. Huhu. Masih belum prepare apa2. Esok plan nak pergi shopping sikit. Last minute ni, mana2 nampak cantik ambil saja sebelum kehabisan kan :)
  • Duit raya sy sudah minta tolong my sis yg kerja bank islam tukarkan rm300. Setel.
  • Baju kurung Husna nenek dah jahit and belikan, means ada 2 pasang. Setel.
  • Baju kurung ummi, sepasang my sis in law Watie jahitkan. Hopefully sempat siapnya :) May be sy nak cari lagi sepasang yg dah siap untuk spare la kan. Not yet setel.
  • Baju melayu abah, ni susah sikit. Orang lelaki bukannya suka banyak2 baju melayu sebab pakainya jarang2. Nak kena pujuk baik2 ni ajak beli kaler same. Not yet setel.
  • Kereta hari ni encik abang nak p servis kat Proton, tp road tax next week baru nak p renew pasal tak jumpa geran, lepas pindah semua dah mana2 barangnya. Not yet setel.
  • Kerepek2 dah beli masa balik Johor hari tu, so tinggal ada order kek coklat with my sis in law. Setel.

InsyaAllah tahun ni nak balik raya ke Johor juga sebabnya raya ke 4 encik abang stand by kerja. So kena ada kat Manjung by that day.

till next :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi