Saturday, October 30, 2010

Hari Sabtu

Hari ini kami duduk2 di rumah saja, sy and Husna. Encik abang masuk stesen jam 10 tadi. Petang ni balik la kut, if esok dia tak perlu pergi kerja boleh juga kami merasa jalan2 kL. Ada kenduri kahwin saudara di Shah Alam esok.



gambar sekadar suka2 :)


Hujan dah ni. Apa nak buat ek? BW kawan2 punya blog best gak kan, sama2 tingkatkan traffic blog mereka dan sambil baca2 isi2 entry yg menarik!

Malam tadi Gadis Melayu season 3 finale. Sy tak tengok pun rancangan ini. Tp kebetulan masa depa announced winner tu sy tertengok. Encik abang siap kata.."please...jangan bukak channel ni!!!" :) Sy sengih je, sorry :) Siapa winner nya? Lupa nama, Rina rasanya. Tahniah la! Maybe dia deserve menang that's why dia menang kan.

Malam ni ke final bola sepak? Sy hampir terlupa gitu. Good luck to N9 vs Kelantan! Sesiapa yg menang pastilah bergelar juara kan :) Hopefully semuanya berjalan dgn lancar dan aman.

ok till next yer~

Friday, October 29, 2010

Dari Russia pun ada



Duk belek2 account nuff tadi, tengok2 yg dari Russia pun jengah blog sy ni :) Tak pernah2 pulak rasanya, sy berpendapat dia sedang mencari map for Pangkor sebab klik kat keywords ada map pangkor.

Actually, sy tak kisah pun sesiapa yg nak datang menjenguk ke blog sy ni as long as mereka tak buat onar or apa2 yg jahat sudahla yer :)

till next~

Koleksi nestum Husna




Orang lain may be duk kumpul CD ke, duit tabung ke, Husna duk kumpul tin2 kosong ini k! :) Sedar tak sedar dah berderet koleksi tin2 ini. Jual bagus ni, boleh dapat duit kan.

Setiap minggu setin nestum beras merah untuk Husna. Tp, dia makan time breakfast dan minum petangla. Lain2 waktu makan nasi or apa2 yg dia suka makan. Lagi 1 sekarang ni dah suka pulak makan nestle koko krunch. Huhu. Itu ummi punya, tp dia yg terlebih makan macam itu aje. Isk3.

Kawan2 yg lain ada koleksi macam ni ke? Tin susu ke, or apa2, boleh share sama :)

till next~


Cinta & Anugerah

pic from google

Ada sesiapa yg layan sinetron ini? Disiarkan di tv9 jam 5.30-6.30pm weekdays. Sy pun tak tahu macam mana boleh layan cerita ni. Tp, ok gakla jalan ceritanya.

Gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia, Ashraf Sinclair (Mal), Nabila Syakieb (Ina), Miller (Mal), Yasmine Wildblood (Ina) dan ramai lagi la. Pelakon memang handsome2 dan cun2 melecun :) Cerita Indon biasala ada part sedih, jahat, happy, semuala kan.

Tp one thing yg sy nak share tentang pelakon Miller tu. Sy mati2 beriya2 ingat dia memang asal Indon, rupanya orang kita, Malaysia. Err... Miller yg sebelah Ashraf dalam pic atas tu. Nama sebenar dia Muhammad Suhemi anak kelahiran KL rupanya. Serius sy langsung tidak tahu kewujudannya as artis kat Malaysia ni. Tp walaubagaimanapun, sy ucapkan tahniah kat Miller sebab dah berjaya di negara seberang. Berduyun2 tawaran lakonan dia dapat kat sana yer. Bagus2! Usaha tangga kejayaan kan :) Sy tak tahula kalau ada gossip2 liar ke apa, as long as sy baca macam semuanya ok. Keep it up la yer, teruskan bekerja selagi boleh! Sumber rujukan from sini.


pic from google


till next~

Thursday, October 28, 2010

Tangkap sendiri

Seterusnya ini kes budak dah pandai tangkap gambar sendiri2. Pakai handphone ummi pulak tu :) Ok juga Husna tangkap sendiri. Boleh diadjust lagi tu :)

Comot sikit baru lepas makan nestum :) Sy godek2 pic dalam handphone tup3 tengok ada pic ni. Ada skill tak? Hehe.


okla kan nampak muka penuh walaupun senget sikit :)

Setelah 3 kali...

Alhamdulillah, rasanya Husna dah ok dari perihal poo poo itu. Masuk kali ke 3 dia masih poo poo cair tp tak banyak. Abah in law sy called tadi dia kata, itu mungkin sebab panas. Erm, memang panas pun 2-3 hari ni. Tp Husna kuat minum air masak. Sy tunggu2 juga yg kali ke 4 kut ada, tp so far tak ada sampai sekarang. Ada juga sedikit info sy perolehi dari internet. Boleh tengok sini untuk fahami jenis warna najis anak anda. Mudah2 an dia tak apa2la kan. If berlanjutan, memang kami akan bawa Husna ke klinik segera.

Thanks for kawan2 yg beri pendapat tadi yer :) Sangat appreciate it!

ikhlas,

Huda~

Merah itu darah?

Pagi tadi masa sy baru keluar from toilet mengambil wudhu', suddenly ada bau yg kurang menyenangkan di dalam bilik tidur kami. Sy buat2 tak tahu je la. May be sy ingat, either Husna or encik abang yg tertooot kan. So ignore je la. Tp memang buchukla.

Then, dalam jam 7 lebih gitu masa encik abang dah siap2 nak pergi kerja, Husna pun celik matanya. Sambil macam dalam mood ngigau, she said sama ada "nak lagi" or "andi" = mandi. Confused kejap ummi and abah. Sy chek2la, rupa2nya dia dah poo poo. So, yg masa Subuh tadi tu rupanya Husnala buat projek di pagi hari.

So, mandikan la dia walaupun dia berkeras untuk tak nak mandi. Sejuk kut. Ok, her poo poo tu banyak sangat yer. Warna ala2 coklat, kuning, plus merah sikit. Sy tak fikir apa, terus cuci and mandikan.

Lepas siap2 pakai baju, sy bf dia sambil tertidur semula :) ambil kesempatan Then, jam 9 terjaga, Husna kata "mi, ucuk.." means dia poo poo lg. Err...apakes? Sy sms encik abang. He's replied, normal kut. Ok. Sy chek and tengok this time cair and merah tu nampak more clear macam blood kan. So, sy sms again encik abang. But, this time no reply. Busy rasanya. Sy pun tak tahu nak wat lagu mana. Husna tak meragam or sakit apa2. May be dia cirit birit saja. Tak tahula, my mom kata better pergi klinik la kan. Erm, tunggu saja buat masa ini. If berulang, sy akan direct call abahnya. Have any of u, experienced like this? May be can share something. Tq so much!



oh my Husna!


kak apash - erm, yg 2nd time ni dia cair dan chek kat bontot dia tak ada apa2 luka.

Wednesday, October 27, 2010

Tidur lena tanpa gangguan

Ah syoknya tidur malam tanpa sebarang gangguan kan :)

Beberapa malam ini selama lebih kurang seminggu juga, sy dapat rasakan yg sy boleh tidur lena tanpa gangguan sang nyamuk. Yer la selain Husna yg sekali sekala bangun minta digarukan badannya, itu tak termasuk gangguan.

Sy mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjalankan tugas dgn baik dan good job! Sangat berpuas hati. Tiada bau asap, tiada semburan or apa2. Just buka dan biar sampai pagi esok. Confirm nyamuk tak gigit. Serius bagus. Since kami ni tidur dalam air cond, tak sesuaila kan pakai lingkaran tu. Sy memang tak suka bau asapnya yg berkepul2 tu. Melekat 1 badan esoknya. Lagi satu, tak bagus untuk kesihatan kan. Pakai yg ini ok! Sangat best!

Kawan2 dah pakai ke? If rumah tiada nyamuk, tak ada problem sangat. Tp rumah kami ni memang ada nyamuk tersembunyi. Walhal, jam 6.45pm lagi dah tutup pintu siap2. Dia tetap masuk ikut lubang2 yg ada.



inilah rupanya...senang kan :)
boleh dibawa ke mana2 juga...



note: ini bukanlah iklan ubat nyamuk, sekadar berkongsi pendapat :)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, ABAH


Selamat hari lahir abah!
yg ke 61
Moga dikurniakan kesihatan yg baik selalu, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping kami sekeluarga :)

Moga sentiasa dalam lindungan dan diberkati Allah SWT. Amin.

dari anak & cucumu,

Ali, Huda & Husna

Entry ke 401

Morning u all :) *gedik sikit bunyinya*
Wah! Dgn bangganya sy nak kata, entry ini adalah entry yg ke 401 ok! Boleh pulak tak perasan entry pasal lempeng tu yg ke 400. Hehe. Orang lain dah beribu riban entry mereka, sy baru terkedek2 nak masuk 401. Huhu. Bukan apa, sy pernah mention dulu. Blog ini mmg dah lama wujud since sy bergelar student lagi. Tp disebabkan kekangan masa studi and then lepas degree kerja, kahwin then dah ada anak seorang ni baru semangat nak menulis semula :)

Bz la konon. Since sy masih menganggur lg ni, sy banyakla habiskan masa menghadap lappy dan blog. Sambil2 konon2nya cari kerja :)

Okla...nanti sambung lagi, nak breakfast sat. Have a nice day!

psst: birthday someone hari ini :)

till next~

Tuesday, October 26, 2010

Lempeng panas

lempeng panas homemade


Kawan2 suka makan lempeng tak? If time lapar apa pun sedap sy rasa kan :)
Lempeng simple2 je, bancuh tepung and bubuh garam sikit. Then, panaskan kuali dgn marjerin sambil tu tempek2 kan bancuhan tepung tadi di atas kuali itu. Balik2 kan hingga garing. Suka hatila nak tebal atau nipis, ikut cara masing2.

Sedap2. Tak percaya cuba buat sendiri dan cicah dgn gula or sambal ke ikutla selera masing2 kan. Sy suka cicah gula atau sambal kalau ada. Husna pun suka. Encik abang samala suka kalau ada :) Time hujan pun sedap makan. Lempeng panas2, hari sejuk...huhu, buat perut sy bernyanyi riang minta disumbat segera :)



till next entry~

1st BE from Nuffnang


Sy jarang citer pasal nuffnang kan. Sebab tak ada apa nak diceritakan. Tak pernah lagi boleh cash out the money and akaun sy pun biasa2 saja :)

Tp, hari ini terdetik pulak nak taip pasal nuff ni. Sy sudah dapat 1st BE from nuffnang. Tqvm.
Memang sy lately ni rajin update blog, ada saja nak dicoretkan di sini. Harap2 akan ada lagi next BE lepas ni macam blog kawan2 yg lain juga.

pssst: sy lapar ni tp tak masak lunch sebab sudah pesan encik abang beli lauk. Tp suddenly dia tak dapat balik tengahari ni. Nak call mcD or pizza macam segan pulak. Makcik sebelah rumah meninggal pagi tadi, orang ramai datang berziarah. Kang depa pelik tengok abg delivery datang hantar makanan :) Huhu. Lapar2.



till next entry~

Gigih

Sy sangat kagum melihat kegigihannya itu.

Memang lately ni, dia akan ambil sehelai baju or seluar from her almari then cuba untuk menyarungnya sendiri.

Tp yg di bawah ini bukan seluar disarung di kakinya itu...baju ok! tshirt abahnya belikan from Singapore dulu :) Tak apa, as long as Husna happy, ummi ikutkan saja. At least, dia gigih berusaha kan. Usaha selagi boleh tanpa mengharapkan bantuan ummi :)




cubaan untuk memasukkan kakinya...




one more kaki...



finally, masuk gak 2-2 kakinya :)




till next entry~

Monday, October 25, 2010

Sweet kan bila bangun pagi

Pagi tadi sy dan Husna bangun sama2 ok! :) I mean, after Subuh tu and encik abang dah pergi kerja, sy sambung balik tidur sambil bf kan Husna.

Tidur2, mimpi2...then sedar2 dah 8.30am :P Kantoi bangun lambat. Husna pun terus bangun sama. Isk3. Budak ni memang awal bangun nya. Pernah dia bangun jam 6am time kami nak solat Subuh. Husna bangun pagi tadi terus senyum2. Sweet je tengok rupanya :) Menceriakan hari sy :)

Muka buchuk2, tp sedap dicium :) Jom tengok aksi budak baru bangun dari tidur...




mata sepet2 bangun tidur...buchuk! :P



no! no! no camera ummi...


ok itu je nak update :)

Hari panas memang sedap makan ini

Semalam, lepas solat berjemaah Zuhur dgn encik abang, sy pun golek2 la atas katil kononnya nak tidur rehat2 di hari Ahad :) Tiba2, encik abang kata, "eh...jomla siap, tak nak ikut ke?"...err, sy pun tanpa banyak soal terus gelabah bersiap. Tukarkan baju Husna sekali.

Ke mana tujuan kami? Erm...tiada tujuan pun. Sekadar jalan2 sekitar Manjung, Sitiawan. Kalau dikira2 tu perjalanan kami ada lebih 90km++ tp confirm la tak boleh jamak solat kan :) Sebab berjalan tanpa tujuan :) Masuk Kg.Baru, tempat kapal layar berlabuh. Meratala kami meronda2.

Seterusnya, kami ke Marina Island. Tengok2 tempat yg dikatakan bakal menggugat Lumut pada masa akan datang. Huhu. Memang dahsyat la. Siap ada jetty complex semua. Hotel, perumahan, kedai2 dan akan ada theme park juga nanti. Jetty tu sy rasa boleh naik bot from Marina Island nak ke Pangkor, lagi dekatla compare naik from Lumut. Tak tahula bila nak siap, tp kalau tengok2 kan para pekerja duk siapkan tu macam tak lama je lagi. Wow!

Then, habis pusing2 Marina Island, kami ke Teluk Batik. Saja pusing2 dan tak ke pantai pun. Panas kan. Singgah jap kat Marina Waterpark. Usha dulu. Dewasa RM7. Okla tu, next time nak pegi sini je bawak Husna mandi manda. Baby tak kena bayaran. Husna nangis2 sebab kami berhenti singgah dan tak pergi mandi. Manalah bawak baju nak oit...jalan tanpa tujuan je ni :)

Last sekali kami berhenti di Lumut. Dekat playground tu. Kami bawa Husna main2 jap dan kemudian lepak2 minum kat gerai2 yg disediakan di situ. Sy order ABC Special @RM3. Encik abang order Laicikang. Makan sy order chicken chop while encik abang order nasi goreng special. Sedapnya minum ABC dan laicikang di waktu hari sedang suam2 dan panas2 ni. Nyum3. Lepas tu, kami pun balik ke rumah :)

Total tempoh masa perjalanan kami itu ada dalam 3 jam lebih. Minyak kereta pun nyaris2 nak habis :)


sedap sungguh ABC ini :)



till next~

Sunday, October 24, 2010

Sedih kena tinggal

Sedihnya rasa hati, my ibu abah sudah otw back to Johor pagi tadi. Part Husna paling sedih. Dia nak ikut sangat atok nenek naik kereta. Pak Lang nya siap buat satu round jalan2 sebab dia nak ikut sangat. Kesian pun ada tengok muka Husna beriya2 nak ikut. Dia dah biasa asal orang start enjin kereta mesti nak bawak jalan2.

Sy pun sedih juga :( memang dasar anak manja dgn parents. Ikutkan, sy diizinkan encik abang untuk ikut mereka balik Johor tp bila fikirkan semula, kasihan pulak kat beliau. Memang disuggest oleh beliau, tp tu la bila pulak masanya beliau nak balik Johor untuk ambil sy dan Husna. Sy kata, tak apa...boleh naik bas from Johor. Tp mustahillah kan, dgn Husna berdua saja. 2 wks starting from tomorrow, may be akan ada waktu encik abang pulang lewat malam from his work. Huhu. Apa nak dikata, dah nama pun kerja kan. Sabar je la.

So, tadi lepas my parents balik kami bawa Husna jalan2 pusing2 Manjung. Sampai tertidur2 la dia. Muka straight je. Muka kasihan orang kata. Senyum tak, gelak pun tak. Memang terasalah kesedihannya ditinggalkan atuk and nenek. Tak ada orang nak melayannya lagi buat masa ni. Poor my baby, sorry yer sayang. Next time kita balik Johor ok!

till next~

Friday, October 22, 2010

Ops! Ummi, malu la :)

Entry di petang hari..petang sungguh dah jam 5.30pm kan. Esok Sabtu, tak kerja. Kami sekeluarga plan nak berkelah, insyAllah if tiada aral and cuaca ok di sini. Mudah2 an la kan :)

Ok tengahari tadi, ada seorang budak tu dia poo poo lepas makan2. Beriya2 la umminya mengajak mandi and change diaper. But, she refused. Last2 nak tahu apa jadi? Her nenek mengajaknya mandi di luar rumah :) sambil basuh her m*nt*t :P

Kat luar rumah baru dia nak. Layankan je la cucu ibu yg seorang ni, kata my mom :) Sila tengok aksi budak ini di bawah ini. Isk3.





ummi, malu la i ...



till next~

Hadiah from Petals Patch

Akhirnya, sudah sampai itu barang!

Sebelum ini, sy menang GA from Petals Patch, 2nd winner. Dan hadiah yg ditunggu2 sudah dapat di tangan sebentar tadi. Ada 2 lagi hadiah sy menang sbb menyertai GA dan contest tp tak dan nak cerita kat blog. Satu lucky draw from HERE dapat tumbler tupperware and 1 lagi Husna menang cd kat SINI.

Ok back to the story, jom tengok hadiah sy dapat tadi. Very the cantik hadiahnya. Nak tengok, mari sy close up sikit.




Boleh muat handphone atau items kecil. And then, satu lg tu tak silap sy ruffle brooch kut, tak bukak lagi. Nanti sy godeh2 lihat apa itu. By the way, tQvM to Kak Fieda @ Firdaus dan Petals Patch beliau. Ada GA lagi nanti sy join ok! :)

till next~

Baby Mengira Di Dalam

Sudah Jumaat :)

Pagi2 tadi jam 9 sy sudah keluar ke klinik Yasmin untuk chek up my 2nd pregnancy ini :) Pergi without encik abang and Husna. Nenek and atuk tolong jaga Husna kat rumah.

Excited benar rasanya bila dah ada buku mengandung hari ini. 12 wks and 4 day. As usual, urine test dulu. Resultnya kotor sedikit :( Then, timbang berat ehem...54.5kg. Tinggi 158cm.

Selepas beberapa minit menunggu, nama sy dipanggil untuk jumpa dr.Yasmin. Scan la baby di dalam itu. Apa dia sedang buat? Sedang mengira ok! :) Comel sangat tengok dia mengira. Serius betul2 mengira, sy tak boleh tahan gelak. Dr Yasmin pun ikut ketawa tengok keletah baby di dalam. Bila ketawa kan perut pun ikut gegar, yg di dalam pun gegar tp dia maintai main kira2. Hehe. If time Husna dulu, sy tak pernah berpeluang lihat Husna buat apa2. Lebih banyak diam dari bergerak. Adik dia ni boleh tahan gak kan :) Sayangnya encik abang tiada untuk menyaksikan sama. Huhu.

Then, dr.Yasmin ambil sampel darah sy dan she said if tak ok dia akan call untuk datang again. If ok, no need la datang balik klinik. As semua orang tahulah kan, masa Husna dulu sy kena anemia teruk. Hopefully this time ianya tak berulang. InsyaAllah.

Balik, cerita to my mom about baby di dalam duk mengira. But my mom kata, dia bertasbih tu...bukan mengira. Oh ho! Alhamdulillah. Sejuk perut ummi if betul baby sedang bertasbih kat dalam :)

ok, selamat berhujung minggu...
till next~

Thursday, October 21, 2010

JohorFC gegar N9

Hari Khamis dah yer :)

Alhamdulillah, semalam my pama and adik lelaki dah selamat tiba ke rumah kami di Manjung ini. Tengahari semalam, adik sy tu ada interview with TNB kat PD. So, alang2 berjalan ke PD mereka naik ke Perak :) If berjaya interview tu, maka ketiga2 adik2 lelaki sy mewarisi majikan yg sama dari abah sy yg juga ex staff TNB. 2 orang adik lelaki sy yg lain sudah pun menjawat jawatan di TNB. Alhamdulillah. Eh, encik abang sy pun staff TNB. My Pa in law pun masih kerja dgn TNB, next year baru pencen. Memang famili TNB. Hehe. Sy yg tak berpeluang :( Masa interview PEP(Program Eksekutif Pelatih) tahun 2008 dulu sy tak berjaya. Tiada rezeki. Sy terima dgn redha.

Ok, malam tadi ada sesiapa menonton bola sepak ke? Hehe. Sy takla layan sangat tp tengok jugala. Tak sangka JohorFC score 1-0 dgn N9. Tahniah kat mereka! Kelantan vs Kedah pula seri tanpa sebarang jaringan. Kita tengokla nanti untuk 2nd game separuh akhir ni. May be ada kelainan. Sy tak meletakkan apa2 harapan pada JohorFC. If layak pergi final pun dah kira bagus :) Apa pun, semoga mereka dapat bermain dgn cemerlang dan for rakyat Kelantan khususnya (juga penyokong negeri2 lain), janganlah terlalu emo jika team anda tidak berjaya. Menang kalah kan adat pertandingan, sepatutnya diterima dgn senang hati dan tidak menimbulkan kerosakan :) Itu yg sebaiknya dan selari dgn cara kita orang timur :) Renung2kan dan selamat bermain bola sepak!

till next~

Wednesday, October 20, 2010

Saya suka roti bakar, anda bagaimana?


Entry di petang2 hari ni kita cerita pasal makanan, ok :)
Suka roti bakar tak? Sy boleh dikategori peminat belum tegar. Tp sukala makan bila ada peluang :) Tambah2 tengah bawak budak sekarang ni kan, tiba2 menjadi2 pula kesukaan sy ni.

Pantang ada je roti gardenia atas meja tu confirm sebat jadi toaster bread.
Paling2 pun 4 keping sehari sy makan. Malam2 kalau lapar santap juga :) Encik abang pandang2 je, nak jugak la tu :) Husna pun pandai mintak ... "ti, mi nak ti..." Huhu.

Apa sy sapu untuk menyedapkan roti bakar tu? Ala, simple je...cik kaya dan cik marjerin yg nipis2 sudah. Kalau sapu gemuk2 kang, confirm kalori sy bertambah :P So kesimpulannya, roti bakar ni bila2 pun boleh buat dan makan. Rajin atau tak je kan... hehe...

till next ~

Aksi Terbalik

Morning everyone! :)


Hari ini sy sudah selesai mengemas rumah dari atas di bilik2 hingga ke bawah dan ke laman luar. Fuhh! Exercises ke pagi2 ni?:) Sy mengemasla sebab rasa rumah berhabuk semacam. Plus minus, my mom and dad together with my bro may be akan sampai petang ni or esok. Saja mereka datang jalan2 Manjung. Dah lama tak ke mari kan.


Ok, ini kalau tengok pic bawah ni kan... u all rasa boleh imagine tak macam mana Husna gelongsorkan dirinya tu? Isk3. Bukan ke selalunya orang gelongsor sambil duduk. Husna pula terbalik. Pelik kan? Tp tula, dia actually memang dari atas gelongsor tu dia tengah duduk. Suddenly, sampai tengah2 dia plan nak panjat balik ke atas. End up, dia tak berjaya untuk naik semula lalu meneruskan aksi menggelongsor secara terbalik itu :) Luckily dia tak apa2. Alhamdulillah. Sempat pula tu, encik abang snap this pic! Hehe.

Itu je kut buat masa ini, till next k! :)





oh!oh... ummi, abah help me!



Tuesday, October 19, 2010

Aduhai Anakku


Oh anak! Sungguh tenang bila melihat dirimu tidur begini :)
Rasa macam nak cium2 pipimu itu, nak gigit2 je...
Walaupun kamu kerap bangun di malam hari kerana mengadu, "gatal...gatal" (echzema) kan...tp ummi dan abah setia menggarukanmu :P
Oh anak! Boleh pulak, malam tadi kamu bangun minta nestum, "tum...mi nak tum..." baru jam 3.30pagi nak oit..apa kes nak makan nestum...
Lalu ummi pujuk bagi susu, terus tertidur kembali...alahai anakku sayang :)
ok, till next~

Monday, October 18, 2010

Bukan Salah Ibu Mengidam...

Hehe. Tajuk tak boleh ta han. Bukan salah ibu yg mengidam :)
Memang pun, kalau dah teringin sangat nak makan tu memang tak boleh ditahan2 lagi. Sudah sekian lama sy menanti, akhirnya hajat tertunai jua...Alhamdulillah.

So, tengahari tadi sy buat panggilan ke 1-300-88-2525. No telefon siapa tu? Mesti kawan2 pun pernah call kan :) First time sy call depa. Masa bergelar students dulu, biasa call McD Bangi tu je :)

Sy order Hot Pair Deals saja. Dapat 2 regular pizzas :) (ambik ko, sampai 2!) Sy pilih peperoni dan hawaiian chicken toppingnya. Jadilah kan. After 20mins, abang delivery pun sampai rumah. Bayar total RM31.40 saja. Makan sampai lebam :P Kekenyangan. Sy masak juga nasi untuk encik abang, just in case dia nak makan nasi for lunch kan :) Husna pula, sy suap2 tak berapa suka kut dia. Gigit2 lepas tu keluarkan balik...isk3...




tu dia kotak pizza hut...



pepperoni topping...yummy..



hawaiian chicken topping...



Walla, selesai makan2 sy minum bergelas2 air masak. Hehe. Saja. Tak lalu nak minum air manis2 lepas makan pizza ni. Apa2 pun terlepas sudah idaman si ibu preggy ni :) Next craving sy pun tak sure apa lagi. Oh baby di dalam tu, nak makan apa pula lepas ni? :P
till next~

Qualiti time with family

gambar tiada motif...


Salam pagi Isnin kawan2 semua...


Ok hari ini ada rasa fresh tak? Iyela kan, dah 2 hari melepak2 bersama famili tercinta di hujung minggu :) As for me, Sabtu tiada apa yg best sebab encik abang stand by kerja. Semalam okla sikit. Kami breakfast di luar bersama. Nasi lemak, roti kosong 2 keping dan 2 cawan teh tarik :) Husna makan berselera sungguh disuap ummi dan abah. Mahsyuk! Lokasinya di Kg.Permatang near to Teluk Rubiah. (sori no pictures :P)


Tengahari masak sama2 encik abang. Sy masak kari daging dan ikan kembung goreng. Encik abang masak sayur goreng dan sambal ikan bilis :) Sedap makan sama2 lepas sessi masak memasak. Tp sementara masak2 tu, Husna gilir2 kami layanla kan :)


Petangnya, lepas Asar...kami jalan2 ambil angin di Teluk Senangin. Takla menarik sangat pantai ni macam kat Teluk Batik. Tp, orang kata sunset kat sini cantikkla. Tak dan nak tunggu sampai sunset, panas benar rasanya. Kami cabut balik dalam pukul 6.30pm tu :)


Malam tidur awal sikit. Letih seharian buat aktiviti bersama kan. Seronok pun yer. Sebab rasanya masa terisi dgn sempurna dan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Hehe. Ada yg jelous tak? Sy memang setuju, masa bersama famili adalah kualiti time yg paling penting untuk kita jagai dan nikmati :)




ok,till next~

Friday, October 15, 2010

Sukan Komanwel, Budget 2011

Sukan Komanwel New Delhi sudah berakhir malam tadi. Sy tak tengok pun, pergi shopping kat Giant :) Okla, pencapaian atlet kita agak memberangsangkan dan boleh diberi tepukan gemuruh juga.

Ada beberapa sukan yg langsung tidak menunjukkan prestasi bagus malah menghampakan. Contoh, eh malasla nak sebut di sini :) Sy berpendapat, mereka harus belajar dari kesilapan. Kalau sekadar bercakap...'fokus kita bukan di komanwel, tp sukan asia...' erm...sepatutnya pada sy la kan, sukan komanwel ini juga bisa menjadi batu loncatan kepada mereka untuk meraih kepercayaan kita rakyat Malaysia. If sukan komanwel pun tak boleh lalui, bagaimana nak tempuh sukan asia yg pastinya lawan mereka banyak yg handal2. Tepuk dada tayna selera :)

Ok, habis sukan komanwel. Sekejap je lagi, PM nak bentangkan budget 2011. Sy nak tengok je la, sebab sy pun sebahagian daripada rakyat Malaysia kan, cuma dah tak bekerja. Encik abang pula GLC. Ada bonus ke untuk staff GLC? Huhu. Tak pernah lagi sy dengar. Tengok je la. Kalau boring boleh tukar ke channel 106, Husna paling suka dengar zikr :)

till next~

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira ganti Waja

thanks to mr.google




Proton dah open booking untuk sesiapa yg berminat dgn Inspira ni. Kami berminat ke? Hehe. Masih setia kut dgn Waja yg sedia ada tu. Sudah lama berkhidmat dgn kami sekeluarga :)


Inspira ni nampak macam ala2 Forte pun yer kan. Tak tahulah, tu duk tengok dalam tv and internet je. Belum tengok live. Tp, harganya mahal sikitla dari Waja. RM79K ++. Ikut sumber yg sy baca, model ini adalah versi tukar lencana daripada Mitsubishi Lancer tp dah dipermajukan sedikitla.
So, sesiapa yg berminat bolehlah terus ke Proton berhampiran anda untuk membuat tempahan. Esok PM nak launching tu :)
till next~

Keropok Ikan


Sedapnya tengok keropok ikan tu...ada yg terliur tak pagi2 ni?:)

Baru je lepas goreng tu, Husna bising nak lagi...nak lagi...erm, sedap dimakan di mana jua.
Tp cakap pasal keropok ikan ni, keropok mana yg u all rasa paling sedap dimakan? Kalau keropok lekor, sy suka dari Mersing, Johor. Sememangnya, Mersing tu kampung ayah sy so if ada kesempatan balik sana...takkan lepaskan peluang mencari keropok lekor fresh.


If keropok kering pula sy prefer Ganu punya. Tengok jugala, ada yg sedap dan ada yg tidak kan. Ada satu tempat jual keropok lekor kat Pantai Kelulut, Ganu. Gerai 008 kut, dah lupa sudah. Tp dari jauh dah boleh perasan.


Keropok dalam gambar tu sy beli kat Lumut saja. Petang semalam pergi beli sambil cari ikan bilis fresh :) Husna la paling suka, dah lama tak makan keropok ikan kan. Encik abang pun siap cakap " dah lupa rasa keropok camne kan, lama dah tak makan keropok..." dulu duduk Paka, selalulah beli bila dah habis stok :)


ok till next~

Wednesday, October 13, 2010

Anak Dara Pakai CD

Petang2 ni tak ada apa nak buat, dah letih join contest & GA :)
Jom layan piccas anak dara pakai cd. Alkisahnya, cekak rambut tu dipakai di kepala...sudah2 nya jadi santapan di mulut Husna. Ini budak tak mahu pakai seluar, panas katanya :P Memang panas pun kat Manjung ni...isk3...

Tp kardigan tu sy pakaikan juga tak nak bagi Husna malu bila dia tengok gambar ni dah besar panjang esok :)




sibuk tonton tv sambil gigit2 cekak rambut...



itu saja, till next k~

Jom Ball!

Kami kat Manjung ni jarang ada peluang nak beriadah di waktu petang tak sama macam di Paka dulu. Yerla, bukan duduk di dalam kuarters kan. So, nak ke playground pun agak jauhla dari rumah ni.

Sudahnya, encik abang mengajak sy dan Husna ke sek teknik berhampiran rumah. Every Monday and Wednesday, turn TNB main tenis kat court sek tu. So, apa lagi? While encik abang bermain tenis, me and Husna pun terkedek2 berkejar2 an di padang bola bermain bola bersama :) Haha! Lantakla apa budak2 hostel nak kata. Anak dgn ummi sedang berkejar2 an main bola, bukan buat salah apa kan :)

Tp ada kalanya, kami ke padang majlis perbandaran Manjung. Ada playground dan kemudahan sukan yg lain juga. Tengok mood la nak main apa. And tengok time gak, selalunya ramai tak hingat budak2 main kat playground majlis perbandaran ni.

Jom layan piccas Husna main ball kat padang sek teknik Manjung :)







ada gaya macam football palyer? :P




mana nak bawak ball tu nak oi?


bg ball kat abah...


ok till next~


Tuesday, October 12, 2010

Melihat Ikan di Aquaria, KLCC

Rabu malam Khamis last week, kami sekeluarga bertolak ke KL, encik abang got meeting on Khamis pagi tu. So, lepak tidur di rumah my SIL la kan, mana lagi @ Saujana Utama tu :)


aksi seorang budak melihat ikan...

Meeting encik abang kat HQ dan berakhir sekitar jam 1pm. Terus encik abang pecut balik ke rumah adiknya untuk lunch :) Setelah itu, kami siap2 nak berjalan ke KLCC. Tempat jalan2 tak boleh tahan kan :) KLCC gitu.






di luar KL Convention Centre...



Lama sungguh tak datang sini. Eceh. Last time last year la rasanya. Masa tu kecoh H1N1. Kami stayed Equatorial time tu. Kini, kami datang lagi berjalan2. Saja ambil angin petang di taman KLCC. Sambil bawa Husna bermain di playground yg disediakan. Ambil2 gambar etc. Kemudiannya, jam 5pm kami decide masuk Aquaria. Konon nak dedahkan Husna dengan hidupan air since dia memang suka tengok ikan. Tp, bila dah masuk and tunjukkan ikan2 yg besar itu, punyalah gelabah si kecik ni :) "takut...takut..." katanya. Dia risau ikan2 tu nak makan dia kut :) Siap buat muka nak nangis.





lepak2 at playground dulu...ambil angin petang di taman KLCC...





if tengok haiwan2 like this dia tak takut...


last b4 exit tu, terpegun kejap tengok obor2 ni...

Banyak lagi piccas, tp semuanya dalam handphone encik abang. Tak sempat nak upload lagi. Later sy akan upload di FB. Hampir 2 jam juga kami berkeliaran di dalam Aquaria tu. Sempat beli fridge magnet melengkapkan lagi koleksi fridge magnet sy :) Ada juga gambar kenangan kami bertiga di pintu depan masuk Aquaria, tp sy tak upload kat laptop lg. Later la kalau sempat. Cantiklah hasilnya for RM29.90. Oh yer, bg mereka yg tak pernah ke Aquaria, tiketnya just RM35. (menyesal time student dulu tak pergi, boleh dapat diskaun :P)

Ok, itu saja cerita kami jalan2 di Aquaria. Sebelum balik tu, sempat jalan2 di Suria, KLCC...window shopping saja :P Till next.


Wednesday, October 06, 2010

Appreciate sangat, TQ!

Sy ucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan dan komen2 kawan2 semua di entry ini (read: Dilema Ibu Mengandung dan Masih Bf Anak) semalam. Memang agak tertekan juga (sekali sekala tu) bila memikirkan sy kena makan dgn kerap dan sentiasa berasa lapar.


Sy tetap amalkan makan dgn kerap dalam kuantiti yg kecil. Dan minum air masak yg banyak. Sy juga sudah nekad, ingin meneruskan bf Husna sehinggalah sy rasa dah tak mampu nanti. As long as I can, sy akan teruskan jua seikhlas hati dan nurani :)


Rasanya setakat ini tiada masalah dari segi kesihatan. Loya tu biasalah, puting tu sensitif memangla. Sakit pinggang pun biasa kan. Mudah2 an Allah permudahkan usaha sy nak bf Husna. If bukan rezeki Husna next time, sy terima dgn redha :)

Sekali lagi, sy appreciate atas komen2 kawan2 semua. Slow2 sy akan cuba juga untuk campur dgn fm (if Husna mahukan) Sy tak nak paksa dia. Biar dia sendiri mahukannya. Go! Go Huda! Keep it up!

till next~

Tuesday, October 05, 2010

Dilema Ibu Mengandung dan Anak Masih Bf

Sy dalam dilema~~~

Kasihan pun ada, kasihan kat diri sendiri, kasihan kat anak yg kecik molek tu :(

Sy pun tak sangka, plan asal nak bf Husna dgn izin Allah sehingga usianya 2 tahun genap (as dalam hadis pun kata 2 tahun saja) Tp bila sy sudah disahkan pregnant ini, hati jadi gundah gulana memikirkan haruskah sy STOP bf Husna sekarang?

If mengikut MIL, memang sy patut berhenti. Susu ibu preggy ni tak baik untuk budak. My mom pula, dia tak paksa. If boleh bertahan, teruskan. Tp tak pula komen susu sy ni dah tak elok untuk Husna.

Mengikut kajian sy pula (eceh) yer la, sy browse thru internet so far tiada masalah untuk teruskan until dia nak stop sendiri. Sebabnya, bila usia kandungan mencecah 4 mo ++, kolustrum akan mula terhasil dan time tu susu kita dah rasa tak sedap. So, by that time...insyaAllah dia akan cuba untuk menolak bf. If itu happen, sy tak kisahla. Dia sendiri tidak mahukannya bukan sy yg memaksa kan.

Sy cuba2 juga bancuhkan susu sample yg sy request such as enfa, s26, anmum dan sustagen. Tp, Husna minum sikit2 je. Sudahnya memang tak habis walaupun sy bancuh tak sampai 3oz. Dia tetap merasakan susu umminya paling sedap. Hahaha! :)

Husna sudah 18 bulan, ada lagi 6 months to go nak capai 2 tahun. Tak lama dah tu, tp boleh ke sy teruskan? Oh no, no. Sy cuba tak nak imagine, kena bangun malam2 untuk bancuh susu Husna :P Dah terbiasa kan, Husna rengek2 je terus selak :P Nak ke mana2 pun senang, tak perlu angkut all things macam bakul, termos etc :P

One thing, sy baca bf kan boleh mengecutkan rahim kita. Dikhuatiri, bayi di dalam tidak dapat membesar dgn baik sbb rahim mengecut. Wallahua'lam. Minta dijauhkan semua itu. So, sy sekarang ini di dalam dilema. Sy terlupa pula nak tanya dgn doc Yasmin hari tu. Tunggukan saja, until end of this month sbb sy ada next appoinment time tu.

Anyone ada dilema macam sy ni? Sy baca from Ariba, dia pun hadapi same situasi but sekarang ni, anak dia dah minum fm campur2 dgn bf. Thanks for ur concern :)

ok till next~

Monday, October 04, 2010

Suka Benda Free!


Hehe. Benda free kan, siapa yg tak nak? :P

Last month rasanya, sy request for sample thru iklan kat majalah Pa&Ma. Pet Pet Diapers size L. Husna sekarang pakai size M lagi. Memang Pet Pet pun yg Husna serasi pakai. Tambah2 now, Pet Pet dah improve banyak.

Huggies ke, Mamy Poko ke, Drypers ke, Fitti ke dia langsung tak tahan. Eczhema kan. Tp di samping pakai dispo diapers ni, Husna turut sy pakaikan dgn CD. Dah ada 8 keping cd Husna. Tengok mood rajinla umminya nak membasuh :) Mungkin nak tambah lagi tu soon adik dia nak keluarkan. Better pakaikan cd, if menjadila plan sy ni :P

So, tadi encik kurier datang hantar. Husna suka sangat sampai nak gigit2 plastik Pet Pet tu :P Isk3. Boleh try size L lepas ni, tp badan Husna kecik aje...may be lama lagi baru nak tukar ke size L tu.



ok till next~

18 months

Semalam sudah genap usia Husna 1 tahun dan 6 bulan (setahun setengah) atau 18 bulan :) Alhamdulillah. Sekejap saja kan masa berlalu. Husna tetap menjadi kemanjaan ummi dah abah.

Pagi Jumaat yg lalu, sy ke klinik untuk chek up heart beat baby yg di dalam tu. Alhamdulillah, semuanya ok. Masih awal lg kan. 10 wks baru. Next appoinment sy datang chek up baru nak buat buku. Plannya nak teruskan saja chek up di Klinik Yasmin tu since semua kata kat situ ok. Tp part ramai patients tu memang tak boleh nak lari la. Dapat no awal pun, after 1 and half hour baru dapat jumpa doc :)

Husna pun kami direct suruh Dr. Yasmin cucuk untuk setahun setengah ni. Tak tahu mengapa, masa nak timbang berat tu dia mengamuk dan menangis sekejap. Agaknya terkejut kut kena letak kat penimbang tu. Setelah dipujuk2 oleh abahnya, barula dia kembali tenang. 8 kg saja ok! Makan punya semangat, itu je berat anak ummi? Isk3. Metabolisme confirm tinggi macam ummi ni, makan banyak berat maintain :P

So, time kena cucuk tu dia tak apa2 langsung. Senyap saja. Tak menangis atau menjerit. Siap dapat upah gula2 from doc. Bagus sayang! And Alhamdulillah, dia tak demam langsung. Itu yg sebaiknya kan. Maka, lengkaplah takat ni imunisasi yg Husna dapat. Mudah2 an Husna terhindar dari penyakit2 yg merbahaya dan berjangkit. Tp kita sedia maklumlah kan, nowadays penyakit ni tak kira masa dan tempat. Sesuka hati dia je nak merebak. Harap dijauhkan.

oklah till next yer~

Friday, October 01, 2010

Her 1st Tricycle

Petang semalam, misi mencari tricycle untuk Husna sudah pun berjaya. Ini kira her 1st tricycle dia miliki :) Dibeli oleh ummi dan abah. Kami menuju ke Manjaku, Sitiawan. Banyak juga pilihan tricycle dan bicycle yg ada di situ.


Belek2 dan try2, finally kami pilih yg ini. Ada dua pilihan color iaitu hijau dan biru. Kami pilih yg biru. Brand Pedypak. RM119.90. Huhu. Tak ada discount :( Suitable untuk children since umur 1-5 tahun. So, malam tadi Husna duk try2 kat ruang tamu :) Kaki dia belum boleh capai pedal tricycle tu :) Maka, ummi or abah akan tolong tolak dari belakang.



Lepas ni, bolehlah kita bersiar2 di hadapan rumah kan Husna? :)

till next~


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi