Tuesday, November 30, 2010

BE baru tp bila nak up earningnya

Itulah, bila cerita BE memangla banyak. Tp rezeki nak cash out belum ada lagi :) sini sana orang duk cerita cash out kan. Belum ada rezeki sy lagi, apa nak dikata...hehe...Sabar Huda, insyaAllah nanti adalah tu. Chaiyuk2!



BE baru iklan DIGI tu. Molek je sekali sekala menari kat atas tu :) Thanks Nuffnang! Silalah bagi lagi banyak2 yer :)

till next~

Ekzema dan Pencegahannya

Ingin berkongsi pengalaman sy bila Husna diserang ekzema.

Ketika umurnya 6 bulan Husna dikesan ada ekzema, sebelum itu langsung tiada tanda2 anak sy tu ada ekzema. Sy terima dengan redha :)

Keadaannya bila ekzema tu berulang, kulitnya akan menjadi kemerah-merahan seperti radang kulit. Adakalanya juga, langsung tak nampak apa2 pada kulitnya tp dia duk garu tak henti2. Selalunya ekzema akan datang apabila cuaca sedikit panas, dan habuk di sekelilingnya. Kesian tengok dia tergaru2. Bila malam menjelma, sy dan abahnya akan tolong garu ketika tidur. If not, dia akan cakap..."gatal, garu..."

Husna menghidap ekzema dikenali sebagai ekzema atopi, asalnya dari keturunan sy. Sebab sy pernah menghidap lelah suatu ketika dulu (zaman kanak2) Makanya, peratusan Husna sama ada akan dapat lelah atau ekzema adalah tinggi. Famili abahnya juga Mak uteh dan Pak cik pun ada ekzema. Tak hairanlah, Husna pun akan ada ekzema ni.

Ekzema Husna tidakla terlalu teruk sampai kulit bersisik just merah2 dan sesekali nampak macam cakar sebab digaru oleh kukunya yg tajam. Tp, takkan kita nak biarkan saja kan :)

Antara pencegahan yg sy dan abahnya lakukan:

Bab makanan (boleh makan)

  • biskut, roti
  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • sup
  • ayam, daging atau ikan
  • bubur atau nasi

Elakkan dari makan

  • makanan berasaskan soya (kicap, air soya, taufufa)
  • telur
  • seafood seperti udang dan sotong
  • kekacang

Bab persekitaran

  • habuk selalu dibersihkan
  • kurangkan karpet di rumah (tp ada juga)
  • tiada haiwan peliharaan (balik kg, terpaksa juga tengok kucing)
  • tidak dedahkan dia dengan asap2 rokok dan kenderaan
  • asap ubat nyamuk juga patut dielakkan
  • tidur dalam air cond, now sy pakaikan baju lengan panjang :)

Bab pakaian

  • dulu sy rajin basuh baju Husna dengan dettol, now ada malas sikit :)
  • asingkan baju Husna dan baju kerja abahnya (debu arang kat stesen kotor)

Bab mandian

  • Gel mandian cetaphyl (ada juga gel mandian yg lain untuk basuh selepas dia poo poo)
  • mosturizer cetaphyl selepas mandi (sangat disarankan)
  • no bedak, itu akan membuatkan kulitnya menjadi semakin teruk
Tangan Husna selalu kena basuh sebab habuk atau kumah tu boleh menyebabkan ekzemanya menjadi2. If perlu, mandikan dia dengan air suam bukan air panas. Malam sebelum tidur biasa sapukan dengan mosturizer supaya kulitnya kekal lembab (dah lama tak buat)

Banyak benda sy dan abahnya tertinggal, kami perlu mula semula untuk memastikan agar ekzema Husna berhenti. Tp tak tahula bila. Mudah2 an lekas sembuhnya walaupun doc kata sampai akhir hayat ekzema tu melekat, ala doc bukan Tuhan kan :) Kita kena rajin usaha dan doa berterusan. Amin.

*info sy kutip dari pengalaman dan juga kata2 doc yg merawat Husna

Putera Katak


*image from google*


Ada siapa2 dah tengok cerita ni ke? Semalam dah keluar kan. Sy terlupa pulak nak tengok :)
Macam best tp tak tahula, sy layan kalau jalan ceritanya kelakar, if tak sy malas nak tengok...hehe...

Ada apa dengan putera katak tu? Hehe. Petang ni sy tengokla kut.

Jam 4.30 hingga 5.30pm di TV3 ulangan di TV9 jam 8.30 hingga 9.30pm.
Slot Lagenda menggantikan cerita Ulik Mayang yg tak berapa best tu :)

Chek up 18wks

Semalam sy ke klinik Yasmin untuk monthly chek up. Sampai klinik jam 10.15am. Mak aih...ramai seh manusia sedang menunggu turn :)

Sabar je la, dapat no 29. Monday memang selalu ramai patients. Mostly demam dan selsemala. Sy register Husna sekali sebab ekzema dia berulang.

So kami siap sempat makan mr.cendol kat stesen minyak esso opposite to klinik Yasmin tu, di seberang jalan. Makan2 ada dalam setengah jam juga. Balik semula ke klinik tunggu for another 1 and half hour :) Sabar saja. Faham situasi itu.

Then barula sy dipanggil untuk urine test and timbang berat. Naik 3kg :) Tak lama macam tu baru sy dapat masuk bilik dr.Yasmin. Scan baby kat dalam tu. So far Alhamdulillah semuanya ok. Tulang belakang, tulang peha, semua dah terbentuk dgn baik. Uri belum ke tepi lagi. Tp takpe, doc kata ada masa lagi, insyaAllah.

Turn Husna pula. Ok, doc advise always basuhkan tangannya. Jangan bagi dia dekat dengan cat, rabbit and so on. No makan telur :), soya, kicap, kacang, seafood etc. Tp boleh makan buah, sayur, sup, ayam, daging, ikan, roti, biskut, bubur etc. Bab telur tu ummi and abahnya gelakkan saja. Husna suka telur. Dia akan sebut 'nak lolo...' :)

Husna dapat ubat untuk dimakan dan sapu brand cetaphil tu. So far, semalam dia tak bangun untuk suruh garukan :) Hehe. Tu la bila ekzema nya berulang, memang tak tahu nak buat lagu mana. Kesian sangat tengok dia duk garu sana sini :)

till next~

November Rain


credit to google


Lately ni hujan turun di kala malam, memang mahsyukla...sejuk aje :) nyaman gitu. Boleh peluk2 sambil tidur *erk*

Siang hari sampai ke petang molekla panas sebab nak sidai kain kan. Tp malam tadi memang sejuk melampau, tak pakai econ pun tak pe. Tp mana boleh, sy preggy kan...sejuk macam mana pun tetap akan rasa suam2 dan peluh sikit.

Manjung jarang dapat hujan macam ni (sepanjang sy duduk sinila). Sebab kelilingnya lautkan. Dekat dgn Lumut. Memang panas. So memang kena terima seadanya keadaan itu. Bila dapat je hujan, Alhamdulillah :)

November rainla *terkenang Gun & Roses*, musim2 tengkujuh ni. Harga ikan naik tak? Dah lama rasanya tak beli ikan, asyik makan ayam je :)


till next~

PEACE no war!

Kalau ditelek2 macam bukan peace pun yer :)
Tp tula aksinya bila sy suruh dia posing sambil peace. Kelakar pun ada.

Sabtu lepas pergi makan kenduri dekat Desa Bayu Damai, berhampiran Venice. Staffmate encik abang buat kenduri kahwin anaknya. Serba purple u all :) I love purple...hik3..

Sambil tu kita posing dulu dalam kereta kan Husna. So, dapatla style seperti di bawah ini.


muka masam tak nak smile...tp peace maintain :)

till next~

Monday, November 29, 2010

Kole Besar

Dah petang baru sy sambung siaran yer :) Mana taknya, tadi ke klinik Yasmin for monthly chek up. Tp nantila sy citer pasal monthly chek up tu kan...

Kita layan dulu budak seorang ni. Alkisahnya, kami balik Kg. Teluk Sareh last Saturday tu. Dah pukul 6 lebih baru kalut encik abang ajak balik. Sebabnya Husna ajak jalan2. Dah kami tak tahu nak ke mana, sudahnya decided balik je umah atuk dia :)

Abah Husna tu demam2 lagi, tak jadi plan kami nak ke MAHA 2010.

Kawan2 ada tak yg pernah minum air dalam bekas macam ni? Besar macam kat bawah ni. Tu dia besarnya cawan Husna minum :)



cawan besar orang panggil kole...



muat2 muka Husna yg kecil molek tu :)


Kan, nampak tak muka Husna sudah hilang dek cawan tu...hehe...Abahnya start minum pakai kole tu, dia pun nak join sama :) Alahai budak kecik nak minum dalam kole besar...hehe

till next~

Pak Usu Husna


ini Pak Usu Husna yg glamour :)
sebab ramai gadis suka dia ...heheh...
dia adik bongsu sy
sangat rajin bekerja...

tahun ini 21 tahun
happy birthday, adik!
moga bahagia selalu dan dirahmati Allah
jaga ibu abah dgn baik ok :)


Saturday, November 27, 2010

Thanks Kak Kay, ANAK-ANAKKU



Baru je sedar, Kak Kay listkan nama sy as salah seorang penerima giveaway terpilih blognya. Dia pick random dari ramai2 followernya :)

Happy sangat, thanks very much Kak Kay!

Sy rasa sy pun perlu buat giveaway jugalah untuk menghargai follower2 sy or beri hadiah kat pengomen2 tegar pun ok kan :) Bukan apa, suka2 kan beri hadiah kat kawan2. Walaupun tak mahal tp ianya sangat bermakna kepada semua orang :) InsyaAllah nanti sy akan beri, tak tahu lagi bila...tunggu sy dah jumpa hadiah yg sesuai sy akan announce di sini :)

Iklan Baru Nuff


Pagi2 ni nampak iklan baru nuffnang menari2 di blog. Mix fm. Eh ke sy terlambat sebenarnya? :)
Tp betullah sy baru nampak hari ini.

Apa lagi iklan baru ek? Ada lagi tak silap sy, tak perasan sangat sekali sekala mereka keluar...hehehe...dah2, jom lepak tempat lain pulak :)

Di Rumah Saja

Pagi Sabtu tiada apa aktiviti pun kat rumah. Encik abang masuk kerja :(
Tinggallah kami ber2 di rumah kan Husna kan.
Rasa macam malas masak je hari ni, bantaila makan apa ada.

Td duk chek nuffnang, sedih pulak 1 BE dah jadi ME. 1st time jadi ME ni. Iklan Dutch Lady tu. Patut lama tak nampak dia keluar kat blog. Takpela, tak lama dia dgn sy...sy terima dgn hati terbuka :)




Harap2nya ada lagi BE baru yg akan diberi oleh en.nuffnang nanti :) Lagi banyak lagi bagus kan en.nuffnang. Sama2la kita membantu :)

till next~

Pak Anjang Husna


Ini Pak Anjang Husna,
anak lelaki sulung dalam famili sy
beza umur sy dan dia 2 tahun saja,
kami adik beradik memang rapat kan tahun lahir..

dia sudah bertunang Jun lepas...
akan berkahwin 2012 insyaAllah

selamat hari lahir ke 24 ok :)
moga dirahmati Allah selalu..
bahagia dunia akhirat...
jaga ibu abah dgn baik.

Friday, November 26, 2010

Saya suka blog awakla? Errr...

Sy pun tak berapa faham segmen ni. Lupa nak jenguk blog Ben Ashaari :) Sori bro.
Tp sy terharu sangatla sebab Kak Izan listkan blog sy as dia suka jenguk tiap2 hari :) Thanks Kak Izan. Tqvm. Malu pun ada...hehe...blog sy ni tak seberapa. Sekadar suka2 dan macam2.

Sy singgah blog Kak Izan tadi tengok ada nama blog sy :) Ni list dalam entry tu.



tu nama blog sy 'Purple Light'

Boleh naik ke hit sy ni? Hehe...thanks for kawan2 lain yg juga sudi singgah sini tiap2 hari. I heart u :)

Siapa nakal kena ketuk

Dah petang ni kawan2...masa untuk berehat2. Yg mana stress tu, silalah tenangkan jiwa sat lagi nak Asar kan :)

Ala, esok pun dah cuti weekend. Tak payah stress2 sangat :) Husna tidur tu, tenang je tengok dia tidur. Ops! Actually tertidur sendiri tanpa disedari oleh umminya yg sibuk menghadap lappy *sorry sayang :(*

Dia dah kurang nafsu makan nasi sekarang ini, tak tahula apa dan di mana silapnya. Prefer makan makanan lain, adeh. Tak berkhasiat anak ummi ni nanti.

Okla, nak elakkan boring petang2 ni, sila layan piccas Husna sedang mengetuk. Ketuk2 sayang je :) Siapa nakal, nanti Husna ketuk. Toing3x bunyinya.


Selamat berhujung minggu :)

Kekosongan Jawatan di TNB


Kepada kawan2 yg mempunyai adik2 atau kawan2 lepasan degree or diploma berkaitan, boleh suruh mereka cuba apply kekosongan jawatan di TNB ini.

Tarikh tutup 05 Disember 2010

Apply through online saja.

More info klik SINI ok! :)

http://www.tnb.com.my/announcement/2010/11/iklan-kekosongan-jawatan-program-eksekutif-pelatih-eksekutif-teknik.html

Masih sempat lagi, cepat sebelum terlambat!

Sy segan nak cuba lagi :) Hehe. Dulu kantoi interview...ekekeke...

Weekend Ke Mana?

Apa plan kawan2 weekend ni?

Ikut encik abang katanya nak cuti2 tak mo masuk kerja macam weekend2 yg lepas. Penatla tu duk kerja je kan. O/haul 5th Dec baru habis ikut schedule. Tak tahulan macam mana kerja engineer ni, mereka pun masuk sekali duk tengok kerja2 anak buah kan.

Ada plan nak ke MAHA 2010 tu. Tapi confirm ramai manusia tak hengat dan highway from Serdang or Putrajaya tu jam. Ingat lagi tahun2 yg sudah macam tu gakla. Happening sungguh MAHA ni, kalah jom heboh :)

Ada yg nak beli orkid murahla, buah murahla, anak2 pokok la kan. Macam2 ada jual kan. Tak tahula kut menjadi plan kami esok. IF tak jadi, tunggula tahun2 berikutnya pula :)


jom jalan2 :)

Kasihan juga kat Husna tu, duk umah je kan. Tak ke mana2 selain Perak :P Hehe. Kasihan juga kat umminya, duk melangut je kat umah :) Lalalalala...


till next~

3 cerita in 1

Salam Jumaat kawan2,

Hari ini Alhamdulillah nampaknya line internet kembali cergas :) Ada kerja2 pembaikan rupanya dekat area rumah sy ni. So tu yg tak dapat2 nak connect tu.

Semalam emas ke 9 kita dah dapat kan thru Sukan Asia tu. Tahniahlah kat kontinjen kita. Tp sedikit kecewa untuk hoki, tak apalah, bukan rezeki mereka.

Semalam sy tengok juga TARA tu. Kesian Jess & Lani pula tersingkir. So now, 3 saja yg ke final. Sy rasa mereka memang bernasib baik :) Semua layak menang, all the best kat mereka tu!

Semalam sy ada cerita pasal BE kan, hehe. Sorila, bukan untuk tujuan menunjuk2 tp share kegembiraan bersama kawan2 semua :). Ada rezeki insyaAllah sy akan belanja kawan2. Amin. Sy tak pernah kan, last year macam hambar je blog sy ni. This year, sy kira macam budak baru belajarla kan.

ok nanti sambung lagi~

Thursday, November 25, 2010

Kembali

Selamat petang!

Apa hal petang baru bersiaran? Masalah sedikit since petang semalam.
Streamix tiba2 problem. Dah called TM untuk fix situation. Tak tahulah hari ini ok ke tak. Sekejap on sekejap off gak line internet ni.

Suka suki dia kan. Tak apalah, nak buat macam mana cabaran untuk sy meneruskan usaha berblogging.

Alhamdulillah BE ke 7 hari ini muncul. Iklan Nokia. Sy tak nampak lagi. Belum muncul. Thanks nuffnang! Sila beri lagi, sy sudi menerimanya. Ok, kawan2...if line continue ok sy akan sambung lg later :)



till next~

Wednesday, November 24, 2010

Nanak tom...nak ni...

Tengahari tadi sy sibuk masak2 kat dapur, si kecik ni pun ikutla sekali kan. Mula2 tu elok je perangainya. Main sorang2 kat tepi dapur.

Lama2 tu dia dah boring kut...sy tanya, nak tum ke? *merujuk nestumnya*
Husna jawab,
"nanak tum,...nak ni..."

Dia suruh bukak peti ais ok! Macam2 ada dalam peti ais tu. Coklat ummi, cadbury ummi, buah epal ummi, ais krim ummi :) macam2 la kan.

Dia saja nak suruh sy layan dia bukak peti ais tu. Isk3! Nama pun budak kecik kan...layankan je la...




nanak...nanak ambo... :P



mi bukak...mi...nanak tom, nak nii...



eh... ini pic tiada kaitan dgn story :)

Husna with botol susu

Husna sejak dah besar ni suka juga nak minum air dalam botol susu. Tp dia lagi prefer guna yg sedut2 tu lagi dari botol susu.

Dulu dia ada botol BROS, sy beli kat Popular. Tp accidentally terhilang semasa umminya ini sibuk memilih baju raya time bulan puasa hari tu. Sibuk memilih, botol air anak suka hati letak mana2 dah tak jumpa. Agaknya orang dah ambil sebab tengok cantik botol tu. Huhu. Lepas tu sy belikan botol air yg brand Anakku tu.

Sekali sekala tu dia request juga nak minum dalam botol susu. Ikut mood diala. Kalau dia nak, mesti cepat ok, janganla kita lambat2 confirm dia akan jerit2 mintak :)



minum susu sample...tp tak banyak...sikit je *action je lebih*



minum air masak...



Again!

Sorry to say,

sy memang terharu sangat... *poyo je bunyi*

Semalam sy mencuba lagi...

dan tak sangka pulak,





sy dapat lagi...

lepas ni sy nak berehat dulu, bagi kawan2 lain pulak mencubanya...

so kawan2 cepat grab the chances ok!

all the best!

jom klik MOBS untuk try...setiap hari Sha akan keluarkan soalan, u all just jawab je...soalan pun mudah2 ok :)

Solat Subuh jam 3am


credit to google

Malam tadi as usual sy akan set alarm guna phone jam 6am. Ok! Molekla bangun pukul 6 esoknya untuk solat Subuh kan :)

So lepas tu pun tidurla, dah garu2 kan Husna yg gatal2 ekzema kan. Tup2! Sy rasa macam baru tidur. Dengar2 dah keluar lagu bismikallah ala lagu hijjaz yg doa pagi tu kan. Menandakan alarm sy sudah berbunyi.

2-3 kali jugakla dia alert bunyi. Sudahnya sy bangun jugala. Gosok gigi dan ambil wudhu' then terus tunaikan solat Subuh. Selesai sy solat, encik abang pun bangun dia tengok jam dah pukul 6.57am.

Kalutla dia pergi bilik air sume kan. Sy sambung baring2 balik. Tak lama tu, encik abang dah siap2 nak solat dia tanya sy.

"Huda, tahu tak pukul berapa sekarang ni?"
"errr...7 lebih kut...nape bang?"
"Abang tengok kat jam kecik tu (jam di atas meja solek) baru 3.20am...jam handphone ni salah la...nyaris abang tak campak jam kecik tu keluar, kutla dia salah kan.."
"ye ke?hehehe..cam mana boleh salah jam handphone ni?..."

lalu ayat2 encik abang, "abang ingat dah lambat terus mandila nak pergi kerja...tp abang pelik apsal sunyi je tak de dengar bunyi motor ke, kereta ke, pastu kat luar tu gelap je..."

hehehhe...u all guestla, sy dah pun solat Subuh jam 3 :) siap boleh fikir lagi dalam kepala nak buat breakfast apa sambil baring2 tu. Can imagine? Nasib baik tak turun bawah masak air ke apa kan. Pelik pulak macam nak bangun sahur :)
Encik abang apa lagi, terus solat tahajud dan tak boleh tidur lepas tu (dah mandi kan, segar)

Pagi tadi lepas Subuh tersengguk2 dia...tak cukup tidurla kiranya. Aih...macam mana sy boleh tak perasan jam tu salah. Hehe.

*Moral of the story, please chek jam anda betul ke tidak before set alarm tu. Kalau tak jadi macam syla bangun Subuh jam 3am :)

Tuesday, November 23, 2010

Tekaan Sy Mengenaaaa :)


Semalam Nad @ MamaZakwan ada buat tekaan siapa cepat dia dapat. Teka ke mana destinasi percutian mereka.

Sy jawab Taiping (refer HERE) :) Tak sangka betul tekaan sy itu. 1st time teka2 betul... hehe...Alhamdulillah.

Tunggu saja hadiah daripada Nad nanti...thanks Nad!

*full list pemenang HERE

Pedas

Apa yg pedasnya?

Tadi sy masak sup ayam. Ok siap dah. Tinggal nak makan je, elokla untuk orang selsema.
Tp kan, lepas tu sy tumbuk cili api 5 batang je dgn bawang putih..

sudahnya, tangan sy kepedasan :( may be masa menumbuk tu dia percik2 kan. Jadi tangan ni pijar dan gatal *ye ke*

Tak tahan sy ni. Apa cara nak bagi pulih ek? Ada idea tak? Sy dah basuh dgn air dan sabun lagi...tak menjadi juga :(



sambal kicap
*ikhsan dari google*

Dream Car & BE



my dream car
*credit to google*



Dulu sy suka sangat dgn Mitsubishi Lancer sebab tengok design dia fuhh...memang mantop la kan. Tambah2 pulak tengok ada seorang doc panel kat Paka dulu tu pun pakai Lancer. Memang sy berkenan.

Tp lately ni, sy suka Mazda pulak terikut2 taste encik abang :) Tidaklah nak beli pun, saja suka2 minat kan.

Then, hari ini tengok iklan Mitsubishi kat nuffnang tu rasa macam WOW! Smart gak design dia. Cantik tak?*macam Eric Leong pulak* Kawan2 pun mesti ada kereta idaman kan. Boleh share sama kat sini. Mesti ada yg suka Civic, Accord, Camry ke, Vios may be, BMW mungkin. Hehehehe.

Iklan Mitsubishi tu actually antara BE terbaru sy dapat pagi ini. Bukak akaun nuffnang tengok dah masuk dalam list. Alhamdulillah. Ada lagi rezeki untuk sy dan kepercayaan dari nuffnang ini tidak akan sy persiakan.

Tqvm Nuffnang!




till next~

Anak-anak Beraya Sakan

Selamat pagi semua,

Selsema sy hari ini. Sakit tekak sikit. Belum breakfast pun.

Ok, ini ada beberapa piccas sy ambil dari fB adik ipar sy aka Pakcik Husna. Comel bergaya aje mereka semua. Budak2 kan, dalam kategori toddler memang la comel lotte :)

Gambar kenangan di hari raya haji yg lalu. Seperti biasa gambar sy jarang2 ada...hehe...tak glamourla kan puan empunya blog :)




husna sedikit seksi...awww!



mereka sepupu2 Husna...



mak uda Husna dan kembar...



Husna dan abah tengok lembu kena kurban...




atok, kembar dan Pakcik...


itulah serba sikit je nak share the moments bersama kawan2 semua. Meriah kan, tengok semua sepupu berkumpul.

ok, till next~

Monday, November 22, 2010

Kalau pindah rumah...

Nak tanya ni, if kawan2 yg ada pengalaman pindah rumahla kan.

Kalau kita pindah ke rumah lain, then macam mana dengan astro dan streamix tu? Kita kena call depa ke beritahu suh tukar line? Or macam astro tu just buat sendiri ke bawak sekali pindah piringnya tu.

Sy tanya ni bukan apa, saja tanya. Kut tiba2 kami nak pindah ke kan. Hehe. Kut je.

Tq kepada sesiapa yg sudi berkongsi perkara ini :)

Marina Waterpark again!

Hari Sabtu adik beradik encik abang dan PIL datang berkumpul di rumah kami. Seronok sangat sebab ramai orang kat rumah ni. Husna pun sukala sebab ada yg melayannya.

Lepas lunch, beli lauk je sebab barang kat rumah semua dah habis termasuk beras, kami pakat pergi mandi manda kat Marina Waterpark again! Last 2 wks kan baru datang tp kali ni datang lagi. Kali ni ada ayah Syifa' yg dah abih exam, maka syokla bantai mandi. Ada Epi aka Pakcik Husna, Mak uteh Husna and Pak usu Husna. Ramai kan. Total dewasa 9 orang bersama 2 toddlers. Elokla pulak cuacanya. Suam2 kuku tak panas sangat.

Ramai juga manusia yg berkunjung. Tp sayangnya, kami tak ambil gambar juga. Seronok sangat mandi sampai lupa nak snap2 the piccas. Lama juga mandi, sejam setengah. Paling seronok Husna and Syifa' . Siap tak nak naik dah. Nak berendam je kerjanya :)

Balik jam 6 baru sampai rumah. Letih seh, rasa macam nak tidur je lepas Asar tu tp tak elok pulak kan. Malam kami dinner simple je, beli kat pasar malam depan Giant. Jam 11pm baru tidur.

Itu je ceritanya yg tidak bergambar :(

Pentingnya Menyusukan Anak

Pagi semua, entry tentang penyusuan bayi kita :)

Ramai yg tidak menyedari betapa penting dan kebaikan yg bakal diperolehi dari susu ibu ni kan. Tambah2 yg bekerja dan famili pula banyak menggalakkan "bagi je susu tin kat anak ko...nak kerja nanti senang :) "

Ada juga alasan, "tak kerja bolehlah teruskan susu badan". Huhu. Tepuk dada tanya selerala kan :) Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalihla :) dan macam2 lagi alasan. Sebab ramai kawan2 sy yg bekerja tp masih mampu menyediakan susu ibu untuk anak2 mereka.

Tp bg yg tidak berkemampuan (susu tidak banyak) itu tiada paksaanla bagi mereka. As long as mereka dah mencuba untuk berikan susu ibu kepada anak mereka :) Emak mana yg tak sayangkan anak kan. Semua nak yg terbaik! :)

Menyusukan anak ini hukumnya tidak wajib tetapi diharuskan atau digalakkan. Tidaklah berdosa jika tidak menyusukan. *sy quote from majalah Pa&Ma*

Antara kebaikan susu ibu ialah:

  • anak mendapat sepenuhnya zat dari susu ibu mereka (ibu2 kenalah makan makanan berzat selalu)
  • mengeratkan hubungan antara si anak dan ibu (syahdu je tengok anak menyusu sambil tertidur2 kan)
  • susu ibu mudah dihadam
  • susu ibu tiada bahan pengawet
  • insyaAllah bentuk badan ibu akan kembali langsing selepas bersalin dan kerap menyusukan (sy kembali mengurus selepas bersalin)
  • perut ibu kembali kempis, menggalakkan pengecutan rahim (sy sudah mengalaminya)
  • dan banyak lagi
Yg penting kena ada niat dan azam yg kuat. Dan fikir positif bahawa SUSU SAYA ADA dan ADA.

BE dan ME

Khas buat *azni* dan ieyza yg bertanya semalam :)

Mahu share lagi tentang BE dan ME hari ini.

BE (buffered earnings) - yg mana iklan2 itu sedang running di blog kita. So, setiap kali orang datang ke blog kita dan iklan BE itu sedang menari2 maka kita akan perolehi earning dari situ tanpa mereka perlu klik iklan2 tu. Di sini perlu ditegaskan, UV (unique visitors) dan traffic memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi jumlah earnings yg bakal kita perolehi. More UV datang, morelah kita dapat :)

ME (metered earnings) - iklan2 BE yg sudah expired tempoh pengiklanannya. Mereka dah tak menari2 lagi di blog kita. Tp, semua earnings yg kita perolehi dari iklan BE itu akan dikreditkan ke dalam akaun cuma duit tu tak bertambah lagilah kan.

Campaign - berdasarkan klik2 kat iklan2 yg sedang menari di blog kita tatkala orang datang melawat ke blog kita. Memang susah pun nak dapat banyak dari campaign takkan kita nak paksa or suruh orang suka2 klik iklan tu kan. Mesti dengan kerelaan hati mereka.

Antara tips yg sy pernah baca untuk perolehi iklan2 BE dari nuffnang,

  • kita kena rajin update survey di akaun nuffnang tu
  • blogwalking ke blog kawan2 yg lain untuk upkan traffic dan banyakkan UV
  • letak ads di tempat yg betul so bisa nampak oleh orang lain :) coding SINI, tutorial SINI
  • tajuk entry pun biar gempak (ye ke?)hehehe...
  • rajin update blog pun bagus (ikut kemampuan)
lain2 sy tak ingat, pun masih dalam proses belajar lagi ni. Itu sedikit ilmu yg sy tahula kan :) Diharapnya membantu kawan2 yg bertanya itu.

Sunday, November 21, 2010

Macam mana nak tengok BE kita?

Kepada hadina yg bertanya macam mana nak tengok BE (buffered earnings) kita kat nuffnang, mudah saja caranya. Jom kita share sama2 ok :)

Mula2 kan lepas dah log in, kita klik bahagian Earnings.
Then, boleh terus chek berapa kita dah earn kat bahagian tu. Automatically kita akan nampak juga if BE dah masuk atau belum dalam akaun kita tu. *BE akan diletakkan di bahagian atas campaign iklan biasa* kat page earnings itu.

So, terang2 kita akan nampak adds apa yg jadi BE atau ME (metered earnings) berserta jumlah earnings yg kita sudah perolehi.

Itu saja, simple kan. Boleh tengok pic bawah ini untuk lebih jelas.

*Untuk tips nak perolehi BE, boleh refer tutorial di blog Anje. Macam sy pun bermula dari bawah. But yg penting, iklan2 yg kita letak tu mesti mudah orang nampak dan strategikla orang kata. Hehe. Rajinkan juga update blog dan update survey yg kat akaun Nuffnang tu.



Next BE from Nuff

Alhamdulillah setakat ini BE sy masih menari2 di laman blog sy yg maha kerdil ini. Siapalah sy untuk bermegah2. Bersyukur dgn apa yg ada. Kawan2 lain dah beribu riban dapat, sy baru mula nak berjinak2 :)

Tambahan 1 lagi BE hari ini ialah iklan Dutch Lady tu. Sy happy :)

To en. Nuffnang, sy mengharap2kan another BE if u sudi nak beri. Moga kerjasama antara kita akan berpanjangan sampai bila2 ok :)





nota kaki: sekadar berkongsi kehappyian hati :)

Saturday, November 20, 2010

Tupperware Cantik


Comel je sy tengok iklan Tupperware nuffnang tu. Semalam baru dapat katalog tupperware yg terbaru. Rasa macam nak beli jugakla eco bottle tu. Geram and cantik2 warna dia.

Lagipun tupperware memang bagusla dari botol plastik lain kan. Jom p terjah butik tupperware untuk beli barang tupperware! Kalau tak, sy pun boleh tolong belikan, sy dealer juga :)

Friday, November 19, 2010

Baby Buds


Ada yg sudah cuba ke produk ini? Baby buds.
Sy tengok kat farmasi macam nak try beli sebab dia organic made kan. Dan Husna may be sesuaila sebab dia ekzema.

Sudahnya, sy request dulu free sample from website dia. Dan sudah dapat hari ini. Mahu try kepada Husna, kut ok bolehla continue lepas ini. Cetaphyl, Husna masih pakai body foam and mouistrizernya. Mahal sikitla, tp sebab klinik panel so tak payah bayar. If baby buds ini ok, no need pakai cetaphyl tu kan.

Lagi 1 sample produk yg sampai hari ini ialah mamil gold susu untuk Husna. Sy tak tahula kut dia nak atau tidak. Hari tu, sustagen dia macam suka dan habis pulak tu semua samplenya (6packet uall) Sy tak nak paksa dia, kami belum buat keputusan nak beli susu formula yg mana. Tunggu Husna try semua sample dan kalau boleh biar dulu. At least sy masih menyusukannya dgn breast milk. Hope sangat sampai dia betul2 tak nak. Ada lagi 5 bulan yer sayang :)



Award Blog Cantik


Dah lama tak dapat award kan. Tiba2 hari ini dapat pula from Faryza. Thanks yer! Cantik ke blog sy ni?:)

Cantik tang mana nye...ke orangnya yg cantik...hehehe...

Sy tak tahu nak bagi pada siapa pula. Sebab macam ramai dah dapat kan award ni. So, sy bagi je kat mereka di bawah ini :)

  1. Ummi ilham
  2. kak apash
  3. nieda
  4. mommy athirah
  5. MamaLyna
  6. Siti aka mommy Mia
  7. ezan
  8. hadina
  9. syidamislan
  10. kak izan ishak
  11. kak fieza
sesiapa lagi nak amik pun boleh...semua blog pun cantik :)

Rezeki Jumaat...yeay!!!

Pagi tadi belum sarapan belum apa2 tp dah mandilah kan, terus buka lappy ni. Jenguk2 SINI. Dan ternyata tuah menyebelahi sy kali ini. Alhamdulillah.

Setelah 3 kali mencuba akhirnya sy berjaya! Amin. Hadiah yg sy dapat pun kira best juga dan pastinya akan menjadi milik si kecil Husna nanti, insyaAllah.

Jom tengok apa sy akan dapat?




ini beg comel...



dan ini...tp hyppo saja :)




inilah resultnya...sy bersyukur sangat...dengan pantasnya sy dapat meneka dan emel kepada Sha @ MOBS. Thanks to MOBS and Aivee Mart untuk penaja hadiah giveaway no 3 ini! TQVM!.




till next~

Ethan & Khairie dah tersingkir :(


Sy rasa macam nak banned je TARA :( Lepas ni tak mahu tengok lagi, boleh tak? Sedih sangat untuk Ethan & Khairie sebab mereka dah tersingkir malam tadi. Disebabkan salah pilih lencongan, mereka tak dapat teruskan race ini.

Sy target mereka akan teruskan race sehingga at least sampai top 3 pun okla kan. Tp nasib tidak menyebelahi mereka, sudah tersingkir di Bali semalam.

Sampai sekarang sy rasa macam ada sedikit penyesalan, tp nak buat macam mana dah bukan rezeki mereka. Sabar je la.

To Ethan & Khairie, u all dah buat yg terbaik! Dah banyak juga tempat u all mengembara, so jangan sedih2 and life goes on ok! :)

Thursday, November 18, 2010

Hobi Request Free Sample

Kalau kawan2 perasan, sy ni memang rajin request for free sample and join club kan. Lebih2 lagi mom's club and sample fm untuk Husna la *walaupun Husna taknak minum fm tu*

Hehe. Dah jadi macam hobi jugalah. Banyak sy request dan semuanya memang berbaloi :) Antaranya, susu Enfa, Anmum, Sustagen, S26, dan lain2 lagi.
Kalau benda lain yg sy pernah request seperti pad librease, poise, diaper pet pet, mami poko, drypers, huggies dan banyak lagilah :)

If can, semua sy nak request. Hehe. Semuanya sama ada thru internet, submit form yg ada di magazine or thru sms.

Terbaru sy join Mamil Mama Gold Club. Ada yg dah join? Dan dapat blanket for todd yg cantik ini :) Thanks very much kat Mamil Mama Gold Club! Sangat happy :)



ini sampulnya...



ini isinya bersama surat :)


Kawan2 ada yg hobi sama macam sy ni ke? If ada, kita serupala kan. Hehe. Jom ramai2 request for free sample!

till next~

Raya Aidiladha

Semalam tak ada ambil gambar beriya pun macam raya aidilfitri hari tu. Plan asal nak ambil gambar ramai2 semua, last2 tak jadi. Huhu.

Tp sy candid saje gambar2 Husna. So ummi and abahnya tak ada la dalam gambar. Jom layan gambar Husna berbaju raya :)

Kami sedondon pakai baju masa raya aidilfitri hari itu :)



Hi!



main dgn Kak Syifa'


tak tahu apa dia nak...


Tak sempat ambil gambar raya Husna dan si kembar. Macam kalut je, terus pergi tengok orang buat korban :)

till next~

New Pyjama

Bestnya raya semalam. Dapat juga turut serta dalam proses korban. Tp tak tengok pun time lembu kena sembelih tu, sbb my FIL tak galakkan (tak elok untuk ibu preggy).

Korban tu Mak Yong (sepupu FIL) sekeluarga yg buat. Kami sekeluarga dijemputla hadir untuk memeriahkan majlis sambil ada kenduri doa selamat sikit. Dekat je pun rumah Mak Yong tu, tak sampai 100 meter kut. Tp still gedik naik kereta :)

Ok, ni saja nak share Husna dah ada new pyjama. Kat bawah ni pic pyjama dia. Belum basuh tuannya dah rasmikan hari tu. Lepas tu tak nak bukak lak tu. Sy dapat gak pancing dia cakap ajak mandi, so bolehla bukak baju tu.

Sweetla anak ummi pakai pyjama ni malam2 tidur nanti :) Eceh, nak tidur pun nak sweet2 yer. Lgpun, kami ni jenis suka jalan malam. Kadang2 balik kampung malam, shopping2 pun malam. Hehe. Faham2 je la, encik abang kerja siangnya. Sy nak pergi shopping dgn apa. Kenalah tunggu malam :)




Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

STICKY POST
scroll down for new entry :)




Selamat menyambut hari raya aidiladha untuk anda semua!
Berhati2 di jalan raya~
Makan daging berpada2 yer~

ikhlas, Husna, ummi and abah :)

Tuesday, November 16, 2010

Nak Pergi Langkawi


*credit to google*


Cuti sekolah dah bermulala yer since esok. Confirm jalan jam dan semua tempat percutian full booking kan.

Dah ada yg merancang ke? Nak jalan2 kut, nak makan angin ke kan. Bg kami yg anak kecil2 lagi ni tak ada masalah insyaAllah bila2 masa boleh pergi kan. Tp yg ada anak bersekolah, kenalah tunggu time school holiday :)

Ok, tadi chek nuff. Tengok2 ramai juga yg request peta langkawi. Ini mesti kes nak ke Langkawi la tu :) Sy kan pernah ke Langkawi last year masa encik abang ke Bakun dulu. Tahun ni tak pergila, takkan tiap2 tahun nak pergi kan :)



*from nuffnang*


Sy nak kemas beg jap. Eceh, gaya macam balik kampung jauh je kan, walhal 45mins je :)
Happy Eid Adha kawan2! :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi