Friday, December 31, 2010

Top Referrer blog Nia



*STICKY POST, sila turun bawah untuk lihat new entry :)*

Apa yg best tentang blog Nia ni? Tp sy suka jalan2 blog dia. Comel je. Sy memang follow blog Nia dan suka baca blog dia.

Kawan2 nak kenal dengan Nia? Jom klik blog badge yg comel kat atas tu atau kat sidebar blog sy ni :)


till next~

Thursday, December 30, 2010

Cuti 3 hari, ke mana?

Esok cuti, kawan2 pun cuti berblog ke?

Apa nak dibuat yer? May be ramai yg stay rumah je kan, if nak keluar jalan2 khuatir pulak jalan jam orang nak pi Dataran Merdekala konon, Dataran Putrajaya ke kan.

Sy pun tak sure sy buat apa esok sampai Ahad. Ada kemungkinan stay home je. Encik abang tak ada apa2 plan lagi. Kami memang tak pernah plan, jarang benar nak plan apa2. Unplanned banyak :)

Tak sabar nak tunggu budak2 naik sekolah. Time tu jalan tak jammed, barang cenderahati tak mahal mana. Kami nak pergi bercuti next weekend, insyaAllah mudah2 an jadila kan. Dekat je tak jauh mana :)

If sy malas berblog esok, sy nak wish dulula apa2 pun...

Have a great weekend!
Happy new year 2011 Masihi!

Have a safe journey bagi mereka yg akan ke mana2!

till next~

Penangan bola sepak piala AFF 2010

Selesai menonton piala suzuki aff 2010 malam tadi, oh yer Malaysia menang kan. Eceh! Satu Malaysia sudah tahula puan Huda! :)

Sy duk sembang dengan encik abang, susu enfagrow Husna sudah habis. Nak pi beli kedai semua dah tutup kan, time tu jam 10pm.

Tiba2 encik abang cakap, "jom Giant! siap cepat!!!!"
Err...sy pun baru teringat Giant tutup jam 11pm :)

Kalutla kami siap2 ala cowboy. Ala sarung tshirt dengan maternity pant sudah. Malam2 siapa nak tengok? :P Terus pecut ke Giant. Ramai juga yg memilih untuk shopping time ni. Bukanla kami saja yg ada kat Giant tu yer.

Ambil susu, diapers Husna and beberapa lagi items such as roti, biskut dan bawang. Ops! Bawang merah kat rumah dah habis, kenalah beli kan.

Then, time nak bayar...tiba2 Husna nampak ball kecil2 dalam beg kat depan kaunter tu. Erm, sy tengok2 je la, encik abang tanya... "nak beli ke?"

Sy angkat bahu tanda tak sure. Encik abang suruh ambil je la. Husna dah terkinja2 nak dapat ball yg banyak tu. RM34.99 saja harganya. Lepas je bayar terus dia yg grab dan bawak sendiri. Slowla si kecik ni berjalan, langsung tak nak letak dulu ballsnya dalam troli. Balik tak terus main sebab dah terlelap otw balik rumah :)

So, pagi tadi bangun2 terus nak main balls nya ni...jom tengok aksi dia dengan ballsnya.



inilah rupa balls yg banyak tu...



ajak abah main sama...abah khusyuk layan news kat tv...



banyak kan balls nya :)



seluk jangan tak seluk...



tu dia...sampai ke dalam bakul dia masuk :)


Itu dia penangan bola sepaknya kan. Budak2 pun tak boleh tahan, inikan orang dewasa. Yahoo! Malaysia menang!!!

till next~

Semalam black out

Semalam elok2 sy sedang online tiba2 je tup!

Oh oh!
Black out ok.

Sy call 15454 nak tanya apa masalahnya. Mereka beritahu ada work maintainance kat PMU Lumut. Take 2-3hrs jugalah nak siap. Huhu. Area Manjung jadi sasaran kena tutup kejap elektrik suppliernya. Tp stesen encik abang ada elektrik, yer la kalau stesen pun black out confirm 1 negara akan black out juga kan :)

Hari pulak tengah suam2 panasnya. Konon nak tidurla kan kejap, suddenly Husna lak bangun :)
Panas agaknya, time black out tu dia sedang tidur. Terus terjaga sebab kipas tak on.

So, sy ajak dia mandi kat atas. Selesai mandi, Husna kata nak main buai kat luar rumah. Kami pun turun ambil angin sambil main buaian pak cik sebelah.




konon2 bacalah tu :)




tricycle pun turut lepak kat buaian...



dah boring nyanyi2, dia petik2 daun kat situ...



sy layan baca ini dekat buaian...


Tak lama tu, sy ajak Husna masuk. Sy ngantuk sangat tp tak boleh nak lelap pulak. Sudahnya memang tak tidur. Masuk Asar tak lama tu.

Jam 6 macam tu baru ada balik elektrik :( Hujan turun sebelum tu jam 5 lebih. Alhamdulillah, tak ada kipas, kami pinjam angin dari luar rumah :)

Kawan2 selalu ke rumah black out? Kami ni 1st timela kat Manjung ni :)

till next~

PM declare esok cuti ... yeah!!!!

Esok Jumaat kan, last day 2010.

PM declare as cuti umum!!!
WOW!!!

Sy pun suka :)

Kawan2 suka tak?

Best2...encik abang memang dapat cuti hari ini nak habiskan oil nya. Yuhuu...kita berjimba2 di rumah :)

Tahniah kat team malaysia sebab menang agregat 4-2 :)

Wednesday, December 29, 2010

Malam ini penentuannya...


image from google


Saksikanlah...malam ini ok :) Penentuannya...berdebar pulak sy rasa...

tv 1 ade ke tidak? Takkan tak de kan..kalau tak pun bukak je astro arena.

Jom sama2 kita saksikan sejarah akan tercipta...amin3...mudah2 an kita menang!

Go Go Go Malaysia!!! Ganyang Indonesia!


Sy teka 2-1 kat Indon, maka keseluruhannya 5-1.
Berapa kawan2 nak teka depa akan golkan?

Dapat goodies beg, siapa tak nak kan :)

Oh ye, semalam lepas chek up dan dapat vitamin kat klinik yasmin, nurse kat dispensari suruh pergi pusat pakar wanita kat sebelah klinik yasmin tu.

Dia kata tunjuk je kupon yg dia beri tu. Ok, sy pun pergila dengan senang hati. Masuk PPW dan tunjuk kupon tu.

Nurse tu tanya, "akak minum susu apa?"
err...sy jawab... "dulu anmum, sekarang ni apa2 pun bantai je..." :)
Nurse tu jawab, " ok, kalau macam tu sy bg susu anmum la yer..."
sy pun yer kan je la...tak faham sebenarnya apa dia maksudkan...

Then, dia datang balik and bawak 1 beg. Goodies beg ok. From Anmum. Nyum2! Best2 dapat benda free siapa tak nak kan? Ada kawan2 yg tak nak ke kalau orang bg goodies beg? Kalau tak nak, better bagi sy je :)



penuh susu je dalam ni dengan beg untuk letak dalam car seat


Nak je sy tanya, sample2 susu lain tak nak bagi ke...tp sy ni ada rasa malu :)

Isk3...kalaula tnb ada panel kat PPW ni, confirm sy chek up sini je monthly sebab tak ramai patients :)

ok, till next~

Tuesday, December 28, 2010

Pisang goreng panas!

Petang2 ni time hujan pulak tu kat Manjung... sedapnya mengunyah pisang goreng panas2 kan...waduh2...

Sambil menghirup teh o atau milo o. Yuhuu! Memang umphhh! Kalau ada sambal kicap nak cicah2 pun lagi umphh! (orang Johor suka makan dengan sambal kicap) Wow! Panas + pedas memang mengancamla kan :)

Semalam, jiran selang 2 rumah, Kak Ita bagi pisang, apa lagi. Wajibla digorengkan. Inilah hasilnya, pisang goreng panas2. Sy bancuh tepung gandum dan tepung beras, letak kunyit sikit dan garam sikit. Sedap dimakan hingga menjilat jari :)




Siapa peminat pisang goreng? Sy memang suka makan pisang goreng, tambah2 pisang tanduk. Oh Oh my favourite :) Kalau duduk Shah Alam dulu, yg famous kat seksyen 19 dekat stesen komuter tu ada Pisang Goreng Azmi. Memang ramai orang beratur nak beli, sedap pun sedap :)

Husna dan abah


Husna dan abahnya...
mana2 pergi orang kata anak abah...
sebab muka copy terus dari abah...
orang kata sejuk bila anak perempuan ikut muka abahnya...
sejuk dengan umminya la, esok dah besar tak melawan cakap ummi kan :)

motif entry:

tiada kaitan dengan sesiapa...
saja tempek pic ni, rindu :)



22 weeks chek up


image from baby center


Yeay! dah balik from klinik yasmin. Sy register jam 10.30am dapat jumpa doktor pukul 12.15pm ok :)

Biasalah, klinik yasmin memang always and always penuh dengan patients. Sy and encik abang cakap, dah macam tunggu kat klinik gomen pula :) Apa nak dikata, semua suka datang situ. Sabar je la yer. Macam biasa, kami akan breakfast dulu lepas register. Makan roti canai kat Restoran Beriani Ayam Madu, deret2 klinik yasmin tu juga.

Then, balik semula ke klinik. Sampai masa, nama sy dipanggil untuk urine test, timbang dan chek tekanan darah. So far Alhamdulillah, semua ok :)

Scan time. Ok, placenta sy belum naik sepenuhnya. Dr. yasmin kata tak apa lagi, wait until 34wks then decide macam mana. Oh Oh...bilala placenta sy ni nak naik yer. Kasihan adik Husna di dalam menyempit je sy tengok tadi. Tp overall ok tiada masalah. Just uri tu je la, harap2 next chek up dia dah berada pada tempat yg sepatutnya. Ini cuma kebetulan je dr. yasmin cakap, normally if b4 this pernah scissor, embrio tu memang akan menempel di situ. Tp kes sy ni, kebetulan dia start menempel di situ. But no need to worry much. (faham ke?sy pun tak faham apa yg sy tulis :))

Rasa2nya encik abang nak request pi chek up specialist untuk next2 chek up. Saja pergi specialist, alang2 ada chance kan (GLC macam kami ni banyak faedah yg kami dapat). Tempatnya may be di Ipoh Specialistla, paling dekat kan. Sy tengok Ipoh Specialist pun best, hari tu duk lawat FIL.

And paling syok, kami sudahpun ketahui gender adik Husna ni :). Agak2nya baby apa ye? Hehe...jeng jeng jeng...

till next~

Thanks to aunty and kakak

Salam semua,

Semalam, streamix kat rumah tak berapa ok, ada masalah dengan line. Sudah report and hari ini dah ok rasanya. Kalau tak, mesti dah berpuluh2 entry sy taip :P

Ok, quick update pagi ni...

Thanks very much kepada semua aunty and kakak yg doakan my Husna yesterday!!! (entry INI) sampai 12 komen sy kena approve. TQVM again and again!!!




Memang sadiskan tengok anak jatuh dalam bilik air lak tu, and dapat pulak luka comel kat dagu. Isk3. Kang tak pasal2 jadi CT Nurhaliza pulak dagu terbelah :)

Husna ada gak mengadu sekali sekala, "sakit..sakit.." lepas tu dia akan cakap kat diri dia, "jangan usik....jangan usik.." :) PEringatan untuk diri dia sendirila kan, jangan usik luka tu. Pandai anak ummi :)

Moral of the story:

  • Sentiasa awasi anak anda walau di mana and apa jua keadaan (qada' qadar Allah kita tak boleh elak)
  • Biasakan mandikan anak anda dalam keadaan dia sedang duduk atau cangkung, atau nak senang dalam bath tub
  • Gunakan alas getah dalam bilik air untuk elakkan licin
  • Jangan biarkan dia tergedik2 suka dalam bilik air :)
  • Terus dapatkan rawatan setelah kemalangan berlaku

ok till next entry yer...sy nak ke klinik Yasmin untuk monthly chek up. Balik kang sy BW ke rumah kawan2 ok!:)

Monday, December 27, 2010

Jatuh dia :( :( :(

Semalam, sy ajak Husna mandi. Dah nak maghrib kan, elokla mandi...kang sejuk pulak. Oh yer lokasinya di rumah atok Husna.

Dah masuk dalam bathroom, sy pun mula menyiram kakinya dulu. Khuatir dia terkejut sejuk. Dia punyala happy time mandi tu siap terkinja2, tergedik2 dalam bathroom. Dah siap sabun semua, sy nak bilasla kan.

Tangan sebelah memegang Husna, toddler 20mo mana boleh biarkan dia berdiri sendiri dalam bilik air yg licin. Sebelah lagi pegang gayung nak siram dia. Kena je air dia pun tergedik2 lagi. Adeh! Time ni la...sangat pantas masa berlaku. Husna tergelincir dan berdebush kat atas lantai. Badan jatuh dulu. Then baru part dagu.


nampak tak dari depan?


Apa lagi, nangis melalakla si kecik sy ni :( :( :( Encik abang terus masuk bilik air tengok apa berlaku. Chek2 tak ada apa, tp tiba2 darah meluncur keluar dari dagunya. :( :( :(

Luka kat dagu Husna. Tergaris sedikit. Tp tak dalam, macam kena hiris pisau gitu. Nangis pun sekejap saja, may be dia terkejut. Abahnya berusaha nak lekatkan plaster tp dia tak nak langsung. Habis jerit2..."na nak...na nak..."


kalau dari bawah memang clear luka tu...


Semoga Husna lekas sembuh dari lukanya. Dia ok je now, Alhamdulillah. Anak2 kan, macam mana sakit pun mereka, kita pasti terasa :(

GOAL!!! 3-0

Malam tadi, kami ramai2 tengok perlawanan bola kat Kg. Teluk Sareh, rumah PIL. Si Husna and Syifa' terlopong and tercengang2 je bila kami jerit gol!!! :) Kelakar budak berdua ni.

Tahniah buat team Malaysia sebab berjaya kalahkan Indon last night. Tp ini baru 1st game, tunggu 2nd game next week!

Hopefully kita berjayalah merangkul kejuaraan ini! Dah lama sangat mengidam kan. 3-0 tu belum boleh confirm lagi, tp insyaallah ada je rezeki kalau dah berusaha kan :)

ps: macam tak lama lagi nak kendengaran coach Rajagopal dapat gelaran dato' pulak :)

Saturday, December 25, 2010

Boring-boringan

Boring...boring...puan rumah sedang berboring2 an :)

Encik abang masuk stesen kejap ada kerja katanya. Me and Husna, adeh apsal lak Husna ni nangis tak sudah2...

Dah siap jemur kain, dah siap lipat kain semalam punya, dah siap kemas dapur tp tak masak lunch kut, ada kenduri kahwin hari ini.

Apa lagi nak buat? Shopping online kang, terbazir duit pulak :P Join contest and GA pun ok gak kan...lalalalala...Oh weekend, nape ko tak best?!!!

Friday, December 24, 2010

Shopping style saya

Musim shopping kan sekarang ni. YES! Hehe.
Kawan2 bershopping ke? If gaji tengah masyuk memang sedapla shopping tp biar berpadala kan. Beli ikut keperluan, bukan kehendak :)

Kalau sy shopping macam mana yer?

Antara tips yg sy buat untuk tidak mengbankrupkan encik abang ialah:

  • listkan barang2 yg hendak dibeli terlebih dulu, biasanya barang2 dapurla.
  • bila ada sales, sy akan pilih barang2 yg ada diskaun saja, new arrival tak pandang ok!
  • 1st tu memang sy akan ambil beberapa barang contoh macam baju Husna, then masa nak bayar baru decide mana yg patut dibeli, tidahlah beli semua yg diambil tu.
  • kualiti penting, jenama boleh tolak tepi...tp sekali sekala nak juga merasa baju branded.
  • biasa sy akan tanya pendapat encik abang dulu, if dia kata ok...sy go on je la :)
Itu je tips yg sy boleh share kan bersama. Kawan2 pun mesti ada tips2 lain kan, boleh share sama.

Baru2 ini, dapat peluang jalan2 kat Jusco Tebrau City masa balik Kluang hari tu. Sales lak tu. Sy merembat baju Husna lagi. 3 helai, tp dalam gambar ni tinggal 2 sebab tengah cuci 1 lagi tshirt short sleeve Husna. Semua tu diskaun 50% brand KIKO. Berbaloila kan, tak sampai rm70 pun keluar duit.



tak kisahla bukan new arrival :)

Then, dapat rembat maternity skirt untuk sy. 1st time beli, before this time Husna sy tak pernah beli. Encik abang pula merembat long pant dan stokin. Semua tu below rm100 je. Kami ni bukan kaya raya mana, tp sekali sekala berbelanja tu kami mesti berhemah :)




Lepak di Pangkor

Salam Jumaat :)

Ada yg bercuti ke hari ini? Esok cuti Krismas kan. Kami mungkin duduk rumah saja, rehat2 kan badan.

Ok, nak cerita last Tuesday sy bawa adik2 dan ibu abah lepak2 kat Pangkor. Saja jalan2 cuci mata dan shopping sikit2.

Almaklumlah, rumah dengan Pangkor ni dekat sangat kan. So tak payah tunggu hari cuti pun boleh pergi. Tp encik abang tak ikutla, dia kerja. Kami je la yg pergi berjimba2 :) Adik2 sy bercuti seminggu sambil mereka datang Manjung nak ambil ibu abah sy bawa balik ke Johor.



at terminal jetty

gambar dulu b4 naik feri


Kami keluar jam 10am, naik feri jam 10.30am dan arrived Pangkor jam 11am. Elok je la cuaca mendung2 tp tak hujan. Sejuk je macam kat Cameron Highlands pulak :) Terus jalan2 kat Pekan, tak berbelanja sangat pun, ramai juga orang hari2 biasa ni. Nama pun cuti sekolah kan.


kat papan tanda pun jadila :)




ini paklang Husna


Husna dan atok


Husna and paklang lagi

Jam 2.30pm kami dah naik feri nak balik Lumut. Letih juga jalan2 lepak2 gini. Hehe. Next time insyaAllah adik2 sy kata nak pergi sewa chalet kat Pangkor sambil boleh cuti2 .


tunggu feri nak balik Lumut


gambar lagi dengan paklang


gigit2...



ok till next~

Thursday, December 23, 2010

Malware scan and detected

:(
:( :( :(

Rasa hampeh juga sebab terkena serangan malware ni. Apa nak dikata, dah nak kena kan.

May be disebabkan sy rajin duk berbw ke blog orang2 yg dah memang kena malware ni. Tak apalah, apa nak buat. Sekarang duk scan lagi.



Banyak pulak rupanya...huhu...tengok tu yg nama shakat tu...adeh, sabar yer Huda!
Siapa lagi dah terkena? Sila angkat tangan!!!

Moral: jangan klik mana2 blog sesuka hati, boleh :)

Nak bagi penghargaan kepada mereka

Sy nak bagi penghargaan kepada kawan2 di bawah ini sebab baik hati sangat.

Selalu datang jenguk blog sy dan memeriahkan majlis :)
So, kepada kakak2 dan kawan2 di bawah ini sila berikan full details kawan2 yer ke emel nhak_1103@yahoo.com.

Ada cenderahati untuk anda. Tak mahal mana tp bolehla dijadikan kenangan untuk kita semua :)
Harap sudi menerimanya :)



  1. *azni* (17)
  2. Fieza79 (15)
  3. wan nurul hezrina abd halim (13)
  4. nieda (11)
  5. hadina (10)
  6. ♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ (10)
  7. atfina (10)
  8. chugie (9)
  9. Faryza (8)
  10. NM02 (8)
InsyaAllah di lain waktu if ada rezeki lebih sy beri kepada kawan2 yg lain pula :)

ps: seronok kan bagi hadiah kat kawan2, rasa macam dekat je kawan2 tu dengan kita.

Dan pemenangnya ialah


Ok, masa yg ditunggu2 telah tiba, pengumuman nama pemenang!!!

Contest: Jom Teka Saya Di Mana?

3 yg berjaya
Bakal menerima FM from Pangkor Island




berdasarkan ketepatan jawapan dan paling pantas sekali ialah







ApasH
Zefa NorAsmara

fieza79






tak lupa juga...




2 pemenang yg dirandom ialah





atfina


&
SyidaGorjes



akan menerima keychain comel from Pangkor







Tahniah kepada semua pemenang!!!
Diharapkan dapat emelkan details anda kepada sy secepat yg mungkin :)
emel sy: nhak_1103@yahoo.com

Kepada kawan2 yg lain, jangan bersusah hati
insyaAllah sy akan buat lagi teka teki macam ini di masa2 akan datang :)
untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara kita...
contest suka hati je kan :)



Jawapan Contest:Jom Teka Saya Di Mana?

Jawapan yg dicari ialah...tp sebelum itu sila cuci mata tengok gambar2 ini dulu :) Jangan lupa chek nama anda sy listkan di bawah sekali.


amboi banyaknya shopping :)



paklang Husna, Husna, me dan my mom :)






so dah nampak kan ada papan tanda di situ...







maka,





jawapan yg sebenar ialah...





Jetty Pulau Pangkor

atau

Pulau Pangkor


pun boleh diterima :)


hampir semua peserta menjawab dengan betul kecuali *azni*



List peserta:

  1. ApasH
  2. Zefa NorAsmara
  3. fieza79
  4. *azni*
  5. Mamalyna
  6. Nur Ezzat
  7. ANAK-ANAKKU
  8. m!SS edURA hanUM
  9. SyidaGorjes
  10. imanmom
  11. nadiah
  12. atfina
  13. chugie
  14. SyUhAdA
  15. Nia
  16. Cute MuM
  17. Fariz Finie Family™
  18. cikanna
  19. nieda
  20. iambrucedo
  21. nEa FleriDa / nIL




iM a Big Big Girl

20 bulan 20 hari :) comel je tengok angka tu...

Husna dah pandai macam2...

Yg kelakarnya,

pandai pakai shoe sendiri, tp tak reti bukak.
pandai pakai seluar sendiri, tp tak reti pakai baju lagi.
pandai ajuk cakap orang.
suka nyanyi sendiri.
suka membebel.

Yg pastinya,

sy dan abahnya sukakan semua tentang dirinya... dia sudah besar, Alhamdulillah sihat saja.



jalan nak sorang2...



melompat dalam usaha untuk meninggikan diri...



apa tu?



im a big big girl, ummi~


love u sayang...jangan nakal2 nanti ummi puk kang! :)

Wednesday, December 22, 2010

"Contest: Jom Teka Saya Di Mana?" DITUTUP!!!


Ok, tepat jam 8.30 malam "contest:jom teka saya di mana?" diumumkan ditutup!!!.
Sebarang jawapan yg diterima selepas jam ini tidak akan diterima :) Adil untuk semua kan.

Esok sy akan listkan nama2 peserta dan pengumuman pemenang. Harap bersabar yer :)

Thanks for those yg sudi memeriahkan teka teki ini! Good luck everyone!

Contest: Jom Teka Saya Di Mana?

*ENTRY MELEKAT SEHINGGA 8.30 malam INI*

Salam kawan2 :)

Pagi yg aman damai kita mulakan dengan 'bismillah'. Sy nak buat contest mudah ni :) Ada sesiapa sudi join? :)




SOALAN:

Cuba teka apakah nama tempat yg saya duk bergambar ini?
(sila perhatikan betul2 gambar sy di atas itu)

KLU:

Banyak hasil laut ada di sini.

Syarat2:
  • Follower sy saja boleh join
  • Tekaan hanya DUA kali saja dibenarkan
  • Tinggalkan jawapan anda di komen box di bawah ini
Hadiah:

TIGA
peneka dengan jawapan yg paling tepat dan cepat akan mendapat hadiah comel dari sy.

Tarikh tutup:

hari ini jam 8.30 malam


"Jom teka ramai2 dan selamat mencuba!:)"

4 jam lagi sebelum ditutup

"Contest: Jom Teka Saya Di Mana?" masih lagi berjalan sehingga tamat tempohnya jam 8.30 malam ini.

So, sesiapa tak join boleh join lagi. Memandangkan ada sambutan, mungkin sy akan tambah lagi 2 hadiah untuk dicabut undi.

Maka, di sini sy umumkan...

3 hadiah untuk yg paling tepat dan cepat
2 hadiah lagi akan dicabut untuk peneka yg tepat (guna random.org)

So, semua berpeluang untuk menang kan asalkan jawapannya tepat dan anda bertuah di sini :)

KLIK SINI untuk join!

Dia takut naik ini

Malam tadi pergi Econsave together dengan atok, paklang and pak anjang Husna. Atok nak beli chewsnut untuk direbus :) Murah kut sampai 1kilo lebih abah sy beli.

Sebelum masuk tu, paklang Husna letakkan dia dalam kereta masuk duit ni. Molek je dia main stereng sambil pusing2 and gelak2 tak takutla tu.

Tiba2 tup2 sy try masukkan 50sen ke dalam kereta tu. Hehe. Si kecik ni kan terus cuak. Takutla tu. Kalut dia cari tangan paklang nak pegang. Dah tiada senyuman atau gelak2 juga aksi pusing2 stereng tadi.



dah gerak2 kereta ni...



muka cuak dah tak senyum...


Kesian Husna kena buli dengan ummi. Bukan buli, sy try je masukkan duit tu... ingatkan dia ok je, rupa2nya dia cuak juga. Hehe.

Moral of the story, jangan sangka air yg tenang tiada buaya :P

Kongsi Tips Tidurkan Anak

Semalam sy sudah berjanji untuk share tips sy tidurkan Husna kan :) Ok, jom lihat apa tipsnya yg sy karang di dalam majalah Mami & Baby tu.


petikan dari apa yg sy tulis...*edit sikit2 oleh sy sendiri*

"Caraku Menidurkan Anak

Bagiku, cara yang praktikal adalah menggalakkan dia berasa selesa sebelum masuk tidur. Bagaimana?
  • Tukar lampinnya dan kalau perlu tukar bajunya supaya tidurnya tidak terganggu dek kerana lampin kotor dan baju yang dibasahi peluh setelah bermain.
  • Seterusnya, aku akan mengajaknya tidur di sisi. Sambil menepuk-nepuk lembut punggungnya dan menyusukannya, aku akan bacakan surah-surah pilihan dan doa tidur. (Ini adalah suatu kebaikan di mana aku dapat menerapkan nilai-nilai agama ke dalam dirinya)
  • Dodoi bersama selawat dan irama lembut juga aku amalkan untuk menidurkannya.
  • Selain itu, sebelum menidurkan anak, aku akan pastikan perut anakku kenyang dan tidak membiarkan dia tidur dalam keadaan perut yang lapar (Ini untuk mengelakkan dia berasa resah ketika hendak tidur)
  • Aku juga lebih suka tidak menidurkan dia di hadapan televisyen dan dalam keadaan bilik yang sunyi atau suram supaya proses tidurnya jadi lebih mudah."


Nak tahu tips lain, anda boleh dapatkan majalah ini di pasaran edisi Disember 2010 :) cepat sebelum terlambat...hehehe...


ps: malam tadi sebelum tidur encik abang ucap tahniah kat sy sebab 1st time artikel sy terpilih dan masuk majalah :) bangga jugala bila dia cakap gitu :) malahan, dia galakkan lagi sy masuk mana2 contest...Alhamdulillah :)

Sakit pinggang dan kebas kaki

Tak dinafikan ibu mengandung terdedah dengan pelbagai kesakitan atau kemalangan di mana2 saja.

Macam sy ni sekarang (wk 21 kut, apasal ada kut? lupa kira :)) duk menanggung sakit belakang di bahagian pinggang. Boleh tahan sakitnya. Asal duduk atas floor je, mulalah time nak bangun tu rasa sakit kat belakang. Dah macam osteoporosis pula gayanya :)

My mom kata kurang kalsium. Sy minum susu. Tp may be itu tak cukup lagi. Kena cari back up lain. Sekali sekala mengadu dengan encik abang, beliau akan urut2kan di bahagian belakang tu. Baby dah semakin membesar kan. Maka, sakit2 tu akan mula terasa sesuai dengan tumbesarannya.

One more thing kan, sy juga sudah mula alami cramp kaki. Pagi tadi dah start rasa. Masa Husna dulu ada juga merasainya. Fuhh! Kalau dah kebas tu rasa sakit sangat Ya Allah! Nak menangis pun ada. Tp sabar je la... bukan selalu kena kan. Puncanya mungkin perjalanan darah kurang lancar. Tidur better tinggikan sedikit paras kepala. Tp sy tak selesa pula tidur begitu. Oh! Oh!.

Sy memang tiada alahan teruk, Alhamdulillah. Tp sy merasai sakit2 lain la kan... so fair untuk semua ibu mengandung. Tak alah, tp ada sakit pinggang or ulu hati or kaki cramp or apa2 sajalah yg biasa dialami oleh ibu mengandung. Ini baru anak ke2 di usia masih 20an, bayangkan if sy preggy anak seterus2 nya di usia lewat 30an...apakah sakit2 itu lebih teruk dirasai? (kalau takut jangan imagine bukan2 :))

ok till next~

Tuesday, December 21, 2010

Sy menang tp tak tahu bila masa nak pergi ambil hadiahnya

Mak aih...tajuk panjang tak hingat!!!

Sy ada suka2 hantar artikel untuk 'Kongsi Tips Bersama' kat majalah Mami&Baby last month. Tips untuk bulan Disember 2010, Caraku Tidurkan Anak. Sy baru beli majalah bulan Disember tu malam tadi selepas tahu result thru emel petang semalam.

Sangat tak sangka, rezeki sy terpilih as a winner. Dapat barang dari woodwards hadiahnya. Alhamdulillah :) Sy ni bukanlah sangat nak menulis tp adakalanya mungkin disebabkan faktor suka membaca novel suatu ketika dulu jadi macam terbawa2 masuk ke dalam gaya penulisan :P



Tp kan, macam mana and bila masa nak pergi redeem hadiahnya sy pun tak sure :). Kat KL nun jauh. Hehe. Boleh suruh mereka pos parcel tp mahal jugakla weh. RM20 kosnya. Huhu. Apo nak dikata. Kena discuss dengan encik abang pasal ni nanti.


ini yg mereka emel and attach kepada sy...


Kawan2 ada pendapat nak beri? sila2, sy pun pening ni...tq ek!

psst: nanti sy sharekan tips yg sy hantar tu kat blog :)

Husna dan upin ipin


*credit google*


Husna dan upin ipin tak adalah macam isi dengan kuku :) Tp bila dia dengar lagu tu dia automatik akan joget2la :) Comel je kan tengok budak kecik joget.

Tak adalah kemaruk sangat. Hehe. Tp dia akan layan jugalah sekali sekala tu. And akan terjerit2 jugalah bila nampak upinipin punya iklan kat tv or poster upinipin dalam magazine or kat mana2la yg ada kan.

Baru2 ni masa pergi Jeli, kami jalan2 kat Bukit Bunga. Beli toto 2 (2 for RM80). 1 for me, and 1 lagi for MIL. Ibu abah sy ikut juga, so my ibu beli 2 set toto with bedsheet (2 for rm96 after tawar menawar).

Then ternampak bantal upinipin made from Thailand :) Harganya RM10 saja. So, sy belikan untuk Husna. Suka juga dia. Malam tidur kat guest house dia peluk2 sebab benda baru kut. Memang gitula budak2 bila dapat benda baru kan :)


bantal upin ipin



Husna golek2 kat ruang tamu dgn upin ipin :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi