Thursday, January 06, 2011

Minyak masak di Manjung dah habis

Sejuknya pagi ni, malam tadi hujan turun dengan lebatnya. Pakai aircond + kipas tambahla sejuk suhu dalam bilik kami :)

Semalam heboh siap dalam tv pun ada tulis minyak masak kat area Manjung and Perak Tengah tak ada. Huhu. Semua dah panik, sy rasa penyebab yg minyak masak tu habis bukan saja kerana pekedai menyimpan stok. Tp pengguna sendiri pun bila dah panik, depa pi beli sampai bergelen2 minyak masak dan simpan kat rumah :) Jd mangsa, orang lain yg tak sempat nak p beli.

Sy kira bernasib baikla, sebab last time beli sekali yg besar gedabak tu kan. Maka, banyak lagi...susah nak habis. Minyak zaitun je yg dah habis, tp tak jadi masalah...bila2 boleh pergi beli sebab minyak masak bukan isunya :)

Rata2 yg beli banyak2 and simpan stok minyak ni sy rasa mereka yg berniaga gerai or kedai makanla kan. Sebab kalau tak ada minyak masak tak boleh nak menumis bagai. Tak boleh nak goreng pisang, kuih muih dan lain2 kan :)

Apa2 je la, sy hanya boleh tersengih je la. Nak protes banyak2 kang, 1 hal pulak. Lagipun coretan ini hanyalah coretan peribadi, dari sudut pandang sy sendiri. Sy punya blog, suka hatilah sy nak tulis apa kan :P

till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

Fieza79 said...

aduhh susah la mcm ni kann...takda minyak masak..makan kedai jela..hehehh

nieda said...

smlm pergi econsave pun byk minyak habis..

ApasH said...

Lagi satu hal dorang simpan stok sbb ura2 kata harga minyak nak naik. Tapi dengar berita pg tadi..kerajaan kata takde plak nak naikkan harga.

Last weekend pon akak jenuh carik minyak. Mmg selalu hujung bulan beli yang besar tu sekali. Tapi dah carik banyak tempat cam TESCO sume abih. gi kedai runcit baru le dapat yg botol sedang tu je..

Izan Ishak said...

huda, k.izan pun tgh kerisauan ni sbb minyak masak tinggal sikit. nasib baiklah skrg ni dah kurangkan makanan bergrg2...kalau tak mmg haru jugak nak kena beli cepat2...

chugie said...

sy dah 4 5 kedai terjah cari minyak, tp semuanye sold out! sedihnye.. mana nk dpt minyak masak ni??

hadina said...

minyak minyak minyak...
ade org naik minyak tak...:)
ina jarang guna minyak masak skrg ni...kalu nak goreng ayam @ ikan baru guna, kalu tak minyak zaitun je..

wan nurul hezrina abd halim said...

skangnie sumenyer naek..adusss tahun baru lagi rasa sakit ooo.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi