Wednesday, January 19, 2011

Minyak zaitun murah ke mahal?

Semalam masa sy post entry masak2 roti telur tu, kak suziey ada tanya, mahal tak minyak zaitun ni?

Ok menjawab persoalan kak suziey tu, sememangnya ada mahal sikitla minyak zaitun ni sebab ianya diimport kan, pulak tu yg banyak tumbuh hidup pun kat belah2 Israel sana. Kos nak bawak ke sini boleh tahan mahal la kan.

Macam sy, masa mula2 diperkenalkan oleh encik abang dulu rasa sayang juga buang duit beli minyak untuk memasak saja. Tp, bila sy baca kelebihannya sy rasa tak apalah, membeli untuk kesihatan. Tambah2 sy ni jenis suka goreng2, nasi gorengla, ayam gorengla, kentang gorengla, cucur ke, macam2 la kan :) Stok minyak sawit tetap ada kat rumah ni tp lebih khusus untuk menumis atau masak2 yg banyak.

Range harga minyak zaitun ni dari serendah harga rm15 ke atas. Paling mahal kami pernah beli yg botol gemuk tu dalam rm39.90. Tp ada juga yg lagi mahal dari tu.

Biasanya, kami tak state 1 jenis minyak zaitun. Suka tukar2 :) Encik abang sukakan pattern botolnya. Kalau dia tengok cantik je botol tu, dia belilah :) Boleh gitu?



ini antara botol yg masih ada,
yg botol gemuk dah buang :)


Sayangnya, minyak zaitun ni sy tak pernah lagi jumpa yg jenis refiil saja. Kan lagi murah kalau beli yg refiil. Tp tak ada pulak di pasaran. If ada, sy ambil saja..masuk dalam botol yg cantik2 tu. Bayangkan harga botol tu pun dah mahal tambah pulak dengan minyak nya yg sememangnya mahal :) Ekslusif la kut. Huhu.

Tp apa2 pun sokongla produk buatan Malaysia, pakai minyak sawit :) If berkemampuan, tak salah sekali sekala mencuba minyak zaitun dalam masakan seharian.

Apa pendapat anda, pakai minyak sawit or minyak zaitun?


till next~



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

Puan ApasH said...

Akak tak pernah guna minyak zaitun ni. Mmg mahal. Tapi kalau mampu apa salahnya kan..

Izan Ishak said...

k.izan sebelum ni pun beli minyak zaitun HPA. senang kan nak masak yg goreng2 utk anak2 ni. tp stok minyak sawit pun tetap ada...

mmg bagus sbb lemak dalam minyak zaitun ni lemak baik. sbb tu org arab gemuk tapi sihat. jarang skali dorg tu kena sakit jantung lah apalah...tak ingat plak jumpa statement ni kat mana...betul ke huda?

chugie said...

yep..minyak zaitun memang mahal, tp berpatutan lah dengan harganye dan khasiatnye..

SyidaGorjes said...

oleh kerana myk zaitun terlalu mahal untuk kegunaan harian, kami hanya guna canola/jagung/sunflower sahaja ;)

nieda said...

minyak zaitun ni mmg bagus. kalau mampu tak salah pkai, sebab dari segi kesihatan memang byk manfaatnya

wan nurul hezrina abd halim said...

mmg mahal huda.husband n nurul mmg suka sangat dengan minyak zaiton.kekadang wat dresing salad jerk.n masak mknan maira ngan myk zaiton.mmg mhl tp guna sikitjerk.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi