Saturday, January 15, 2011

Tabung Pendidikan Anak-anak

Semenjak Husna lahir, kami sudah mula menabung untuknya. Ini adalah atas kesedaran kami untuk memudahkan dia menyambung pelajaran apabila besar kelak.

Bermula dengan pemberian ikhlas orang2 yg datang ziarah Husna dalam pantang, kemudiannya raya pertama Husna, raya kedua Husna dan sehingga kini masih ada yg sudi memberi Husna duit pada bila masa dan di mana jua tempat, semua duit tu kami simpan di dalam tabung khas.

Sebagai langkah permulaan, encik abang invest dalam unit trust Public Mutual, Alhamdulillah hasilnya cukup memberangsangkan. Setakat ini sudah ada lebih kurang dalam RM25K simpanan untuk Husna tu. Seterusnya, kami juga membuka akaun dalam Tabung Haji khas kami buka untuk simpan duit raya Husna setiap tahun. Satu lagi akaun yg Husna ada ialah Bank Islam. Juga untuk simpanan semasa. Satu lagi yg khas ialah Takaful Ikhlas yg mana every month RM110 dikeluarkan untuk dijadikan simpanan tabung pendidikannya.

Alhamdulillah, semua itu sebagai 1 usaha yg mana tidak perlulah Husna memohon PTPTN atau study loan di masa akan datang untuk melanjutkan pelajaran. But, kalau dia ditawarkan biasiswa itu lebih BAGUS! Kami juga akan melakukan hal yg sama untuk adik2 nya yg lain di masa2 akan datang :)

Kawan2 pula bagaimana? Tentu ada juga melabur untuk anak2 tersayang dan sy pasti setiap pelaburan yg kita lakukan insyaAllah akan membuahkan hasil lumayan suatu hari nanti :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

zahidah dihaz said...

bagusnya akak dah buat simpanan untuk anak2....


New enter: Aku rindu drama korea

Nia said...

alamak,..panik ni..kami cuma bukak akaun bank biasa je utk Diha...huhu..

NoiJem said...

salam..bestnya simpan kt public mutual tu..byk untungnye ye? menarik tu..boleh try :) kitorang bukak sspn n maybank je utk anak2..

iambruceado said...

whoaa anak sdare lagi kaya dari uncle sendiri!

wan nurul hezrina abd halim said...

aah mairapun nurul ada prudential rm150 sebagai insuran dia,tabung haji rm100 nie potong gaji,n ada sspn rm50setiap bulan jugak..

so kalau ada num 2 sama gaklah cam merah nnt=)tp yang paling penting adalah insuran..setakat nie tak jadi papelagi pd maira tapi untuk esok2 tak siapa tahu..

bgus huda dah ada simpanan..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi