Monday, February 21, 2011

Check up 29 weeks


Last Friday sy pergi check up kan.
Sampai je klinik yasmin, sy dapat no 17. Huhu. Dah ramai yg datang lebih awal dari kami. Walhal time tu baru pukul 9am.

Apa nak dikata, as usual selepas 2jam setengah baru sy dipanggil untuk check up.
Hehe. Macam klinik gov pulak kan tunggu lama2 :)
Berat sy kan naik almost 3 kilos. 65kg jadinya.
Wow! Doc yasmin kata, banyak naik tu. Dia khuatir je kut sy kena diabetis kehamilan.
Imagine, masa Husna dulu, hari nak deliver Husna berat sy just 67kg.
Ini time adiknya, 65kg @ 29wks. Sangat cemerlang dan terbilang kan :)

Urine test ok je kut, tekanan darah pun normal.
Ok, lately sy selalu rasa penat dan jantung berdegup kencang.
Doc scan and cakap, adik Husna belum turun lagi :( (tidak seperti dalam gambar di atas kedudukannya)
Duduknya di sebelah kanan sy.
Patutla sy rasa mengah je bila makan (cepat rasa kenyang)
Angin pun banyak dalam badan menyebabkan sy selalu sendawa.
Doc advised jangan makan banyak2 makanan berminyak, protein, susu, dan apa lagi ntah.
Also cannot eat at 10pm above ok! No more char kuey tiaw ke, roti canai ke at that time :) (before this tak pernah pulak encik abang ajak kuar dinner time2 tu)
Doc yasmin also advised suruh selalu talk to the baby, cakap "turunla...turunla yer..."

Tp adik Husna sihat dan aktif di dalam.
Kick sana kick sini.
Sy selalu ajak dia main sama dengan Husna.
Means here, time Husna main2 dengan drum ke, phone ke, sy akan letakkan soundnya di perut.
Automatically adik Husna akan start reaksi dan kick everywhere.
Rasanya adik Husna pun excited nak main sama :)
Sama juga bila Husna sibuk nak tengok alif baa taa, abc, 123, sy akan kuatkan volumenya.
Terapi bunyi la kan kiranya.

This week insyaAllah nak ke ISH.
Plan nak further check up dengan doc Adlan (doc mamanoa)
Ada 2 times chances (means dibiaya sepenuhnya oleh company) untuk check up dengan specialist before delivery. Kena bawa GL la kan.

Doakan sy dan adik Husna sihat2 saja di dalam yer.
Sy harap adik Husna tak songsang, itu je. Amin~


till next~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 comments:

NM02 said...

bila le dapat merasa mcm ni semua. teringin dan kepingin

*azni* said...

insyaallah,semoga selamat...

A N A K - A N A K K U said...

hehehe....bestnyer....lagi best bila dia bg respons kan

Faryza said...

tak pe banyak masa lagi huda. br 29wk. banyak doa n pujuk adek husna turun... haii.. budak2 skrang ni suka duduk tinggi ke? ehhh doc adlan.. nama anak aku.hehe huda susu isomil ada lagi?heheh

Izan Ishak said...

insyaAllah...k.izan doakan semuanya baik2 saja utk ummi n baby ye.

rindunya zaman2 preknen dulu...

Rizziela said...

semoga adik Husna akan cepat2 duduk bawah...senangkan mama yer sayang

SyidaGorjes said...

65kg@29wks?
agak membesar bagai johan.
bulan lepas kita pun naik 3kg.esok nak cek up lagi.sangat neves.tapi kita cuma 44kg je skg.

eB ezrin said...

wah... dh 29 weeks eh?... tahniah :)

nieda said...

jaga kesihatan yer huda..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi