Wednesday, February 23, 2011

Fraser's Hill (day 2)


pusat bandar fraser's hill
dan jam mercu tanda :)


Hari ke 2, Sabtu tu kami breakfast di rumah penginapan saja.
Makan roti dan maggi :)
Malas nak keluar awal2, syok lagi tidur time sejuk2 tu.

So, jam 11 kami keluar terus ke Allan's Water.
Allan's water ni dulu asalnya dam.
Dah jadi tempat rekreasi. Sebelahnya ada taman bunga tp dah tak terjaga :(
Aktiviti yg boleh dilakukan di Allan's Water ialah boat kayuh untuk 2 seat passengers.
Per boat kita bayar RM6 seorang, means kalau 2 passengers RM12 la kena bayar.
Seronok juga berkayuh di tasik ni, kecil je tak besar mana.
Sy gigih kayuh dengan my sil.
Syifa' kayuh dengan atok.
Husna, wan dan abah tak join, mereka just bg makan ikan2.
Ok, kalau nak bg makan ikan kita boleh beli makanannya dengan harga RM1 sepeket kecil tu.
Bgla makan ikan tu puas2 yer :) Memang kelaparan je ikan2 tu.
Ada ikan kap, keli, talapia dan apa lagi sy tak ingat :)
Kesian juga kat Husna, dia macam excited nak naik boat sama tp encik abang sakit kaki tak boleh nak kayuh sama.



tunjuk gambar ikan je la...
gambar sy kayuh boat dalam handphone encik abang...


Selesai di Allan's Water, kami pergi cari lunch kat restoran Puncak milik care taker.
Bungkus saja, lebih kurang RM65 kami kena :)
Apa yg kami bungkus tu?
Kari kepala ikan, sup, sotong sambal, ikan goreng seekor, ayam goreng 2 ketul (per ketul RM4), apa lagi yer? Lupa dah.
Ok, mahal sikit yer kos nak makan2 kat Fraser's Hill ni.
Sebab jauh pembekal nak angkut bawak naik ke atas kan :)
Kalau rasa rajin nak bawa bekal sendiri, silalah bawa.
Bukan apa, kesian kat budak2 la mereka confirm akan selalu rasa lapar dengan cuaca yg ala2 sejuk gitu.
Oh yer, restoran Puncak ni bersebelahan playground dekat dengan klinik kesihatan.
Tp ada juga kedai2 lain disediakan di situ, kami tak survey pulak harga makanannya.
Kedai runcit pun ada kat area ni. Bolehla nak beli roti ke, atau apa2 untuk alas perut malam2 hari.





kat fraser's hill ni pantang nampak playground,
Husna and Syifa' mesti jerit..
"eee...menan...!!!!"


Petangnya, kami just bawak budak kecik berdua tu main2 kat playground.
Dan singgah makan nasi lemak dekat dengan padang golf.
Ok total kami makan nasi lemak 4 bungkus, laksa 1 dan rojak buah sepinggan, pisang goreng RM3 ada dalam RM21 :)
Termasuk milo ais secawan, teh tarik secawan dan air suam :)
Malamnya kami tak keluar dah, rasa malas pula.
Tidur pun awal.

*esok sy cerita kami horse riding di Paddock's. Tak bestla, camera sy tak banyak sangat pic...semua dalam handphone encik abang.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

SyidaGorjes said...

RM65 sekali makan?
gulp!

eT said...

xpenah sampai kat sana...huhu
bila la nk sampai yer..

Fieza79 said...

mahal jgk makanan kat sana ye...

alahai best la tgk percutian huda ni...nape tk ambik gamba byk2..rugi laa...heee mcm la suma org mcm kfieza ni kan..ekekek



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi