Friday, February 11, 2011

Kongsi Pengalaman Cerai Susu

Wow! Topik hangat :)

Salam Jumaat semua...

Sy tertarik untuk berkongsi sedikit pengalaman semasa mula2 cerai susu dengan Husna (atas permintaan Nieda)

Seperti sy maklumkan dalam entry semalam, Husna mula minum susu fm ketika usianya 20bulan. Memang fully start fm.


Husna sempat bf dengan ummi sehingga 19 bulan ++



Apa cara yg sy lakukan untuk bercerai susu dengannya?

Sy cakap kat dia, susu ummi dah tak ada. Sambil buat mimik muka sedih. Then, Husna akan ikut cakap benda yg sama sambil senyum kat sy.

Malam pula, bila dia nak tidur, sudah jadi kebiasaan dia akan bf dulu before tidur. The same way, sy akan cakap benda yg sama. Last2 dia minta air masak je. Kasihan sangat time tu. Dia dalam usianya 20bulan sudah boleh memahami kata2 sy. Sambil diperkuatkan lagi oleh abahnya, dia pun minum juga air masak yg kami sediakan.


Husna minum susu botol je now :)


Sy memang tak boleh tahan sangat. B sy sakit yg amat bila Husna hisap. Tambah gigi dia dah hampir penuh kan. Sensitif yg amat bila preggy ni. Dan sy try picit2 memang nyata telahan sy benar, susu dah tak ada. Encik abang pun setuju perkara yg sama.

Kemudian, dalam masa yg sama sy juga rajin request sample susu kan. Sy try pujuk dia minum fm sebab kasihan tengok dia tak minum susu. Sy rela dalam terpaksa time tu. Sedikit demi sedikit dia nak juga walaupun time tu banyak yg terbuang ke dalam sinki :)

Slowly, dia mahu juga dan nekad kami membelikan dia susu enfagrow ketika usianya 20 bulan. And Husna bukanlah peminum fm tegar. Adakalanya susu itu tak habis diminum dan ada masa juga langsung tak disentuh. Ikut mood dia jugalah. Bila dia betul2 nak susu je baru sy bancuhkan. Malam pula dia jarang request tp sometimes kalau dia tiba2 terjaga dan terdesak, dia akan minta juga.

Itulah serba sedikit pengalaman sy mengenai cerai susu ini. Husna tak meraung tiap kali sy cakap susu ummi dah abih, dia sekadar senyum simpul :)

Bagaimanapun, kena ada sokongan dari suami. InsyaAllah semuanya akan jadi mudah bila kita mendapat bantuan daripada orang yg terhampir dengan kita.

Apapun nasihat sy, sebelum bercadang untuk bercerai susu...anda perlulah bersedia mental dan fizikal. Bersedia dengan segala rintangan seperti alahan fm samada sesuai atau tidak, atau kerenah anak yg dah pandai merasa :) Jangan paksa anak kita untuk minum fm jika dia tak mahu, perlu ada kesabaran untuk melatih dia minum fm. Usaha tangga kejayaan kan :)

Bagaimana pengalaman anda pula? Sama macam Husna or ada yg lebih tragis? :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 comments:

wan nurul hezrina abd halim said...

nurul tak blehlah baca ttg susu badan nie huda..jadi nak nangis plak.mmg nurul pengepam tegar susu badan n bf direct.tapi bila dah fully stop pam 1tahun 5 bulan tapi still lagi bf direct skang tak lepas lagi tapi cket2jer.nurul raya sayulah nak kata susu takder huda mcm tak kuat..sedih=(

A N A K - A N A K K U said...

kesiannya, sy cerai susu ngan anak pertama dulupun, mase dia 1thn 5 bulan, tp bkn sbb xde sus, cuma maybe susu dah x sedap ,pahit coz sy pregnant anak ker2....but still ok, coz dia mmg minum susu botol...anak ker2 nie dah setahn 4 bulan still nyusu badan lagi...mmg nikmatkan dpt ssusukan anak wlpn dia dh tumbuh gigi..rase dia close ngan kita

yatie chomeyl said...

husna anak yg baik, dia faham kesakitan ummi nya dan dia dgr cakap abah & ummi nya. thanks share ni huda, nti nk kena bersedia jugak sbb nazhan ada lagi 4 bulan nak masuk umur 2thn

Fieza79 said...

mmg susah jgk kan..suma nya bergantung pada keadaan...tahniah berjaya meyakin kan husna..hehe

SyidaGorjes said...

aqid cerai susu masa 45hari.sbb da xde.nasib baik dia tak cari.

Zefa NorAsmara said...

Anak sulong kak zefa putus susu badan genap2 2 tahun. Sbb ada tinggal kursus sebulan lebih. Bila ibu balik, dia dah 'mesra sgt' dgn FM dan tak mau nenen. Elok je putus susu kak zefa pregnant anak no 2. Anak no 2 sampai lani takde adik lagi. Terlebih skit lah dari 2tahun.. yg ni putus sbb susu dah takde..

nadia ar-rumaisha said...

serius huda, sedih pulak nadia baca....pengorbanan seorang ibu... walaupun nadia belum kawen, tp ni satu pelajaran utk nadia...

ibu_Arifa said...

saya tgh proses nk cerai susu jg..dah 2 tahun 4 bulan memBF dia..skrg baru dok pujuk minum FM.. sbb tiap2 kali nenen..mmg sakit dan rase mmg susu dah makin kurang.
anak saya ni..dlm 1 hari mesti 2-3 kali nk "bergantung" jgk..terutamanya bila nk tido..tahan jer lah..tp kadang2 mcm nk marah jgk sbb sakit.

tak kuat nk melawan tangisan dan amukan dia bila xdpt nenen.. :(

chugie said...

yep.. bukan senangnak cerai susu kan? bukan anak je yg terkejut dengan perubahan ni, tp kita ibunye juga sangat2 terkejut dan syahdu je..

mcm sy, fatin sendiri yang nk lepaskan BF.. bila sy dah di sahkan mengandung.

eB ezrin said...

huda, knpaer kena cerai susu?
eb dolo... bfkan 2-2... dh 24 bulan baru aerish stop... tuh pn slow2 sbb dier sygkan aed...

Fariz Finie Family™ said...

baiknya husna dgr ckp mak nya... Ilham tu dah mcm2 nurul buat, dh mcm2 kita cakap... tp dia berkeras nak jugak.. tk tahu nk buat mcm mn.. dh letak2 mcm kt nipple tu pun sekejap je tak nk.. lepas tu cari balik.. susu tepung lansung tk nk minum.. tak tahu la mcm mn nk buat..

Izan Ishak said...

kena kuat kan semangat ye huda nak ceraikan susu anak ni...tp nnti kalau nak tandem nursing husna n bby pun boleh je lepas ni~

nieda said...

tq huda for the sharing info...nieda pernah nak cerai susu, walaupun time tu susu byk..sebab B luka dan ada jangkitan fungus. Bila pujuk tak jalan, menangis tak hengat. ALhamdulillah skrg dah ok cuma masalah sekita aerola kering. kena sentiasa letak nipple cream.
Humaira ni mmg reject botol susu. sampai sekarang fail utk ajar dia guna otol. Taska pun surrender. DIa sangatlah memilih



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi