Wednesday, March 16, 2011

Uri di bawah @ Plasenta pravea


*credit google*


Sekadar menjawab persoalan seorang teman blogger @Lina, semalam dia ada komen kat sini.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.

Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).
Kumpulan berisiko

>

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.

_

_

>

Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

_

_

>

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.

_

_

>

Mempunyai luka pada rahim.

_

_

>

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

_

_

>

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

_

_

>

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.

_

_

>

Mengandung anak kembar.

_

_

>

Merokok atau mengambil dadah.


more info boleh baca SINI

Dalam kes sy, memang dari awal kehamilan, uri sy duduk di bawah. Tp Alhamdulillah, semakin membesar janin dalam rahim sy, ianya semakin tertolak naik ke atas. Sy tidak mengalami bleeding or apa2 yg teruk. Boleh kata, kehamilan sy kali ini biasa saja sama masa pregnantkan Husna.

Doc Adlan from ISH pun kata, ianya perkara normal just wait and see. Tiap kali lepas solat, sy berdoa agar uri dapat naik ke atas. Slowly ianya memang berkesan.

Sebab if uri tak naik ke atas, tiap kali kita scan akan nampak kedudukan baby seakan melintang dan tidak berada pada kedudukan sepatutnya. Kemungkinan besar juga doc yasmin sy kata, baby tidak dapat membesar dengan baik.

Sy pun pelik, sebab tak pernah ada experience keguguran atau proses D&C (major sebab yg menyebabkan uri di bawah). Tp tula, apa2 pun boleh berlaku semasa pregnant ni kan, semuanya ketentuan Allah.

Doc yasmin juga berpesan, urutan tidak memberikan kesan. Sy tak tahula, sebab sy pun tak pernah try :) My mom kata, ada possibility jadi begitu sebab sy terlalu aktif dan sering mendukung Husna. So, tekanan di situ menyebabkan uri lambat naik ke atas. Sy pun tak sure tentang itu, tp ada kemungkinan juga kan :)

And, bila scan @ 33 wks ++ hari tu, kepala baby dah kat bawah, insyaAllah if position dia kekal begitu sy tiada masalah untuk bersalin normal. Baby juga aktif seperti biasa, tiap2 hari ada saja tendangannya yg mencuit hati. (beware ye if baby tak bergerak)

Cuma tunggulah, baki sedikit uri yg masih di bawah tu naik sepenuhnya ke atas. Amin :) Next check up ialah 28 mac ini. Mudah2 an semuanya ok. Apa2 pun kita kena kuatkan semangat, sentiasa talk to the baby, "mommy sayang awak, please duduk kat position yg betul :)" Dan jangan lupa untuk berdoa memohon kebaikan dari Allah Taala. Sentiasa think positive ok :) Buat2 cool je la senang cerita :)

Anyone ada experienced begini? Boleh share sama2 :)




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

SyidaGorjes said...

semalam baru pegi check up pastu misi cakap tak dengar heartbeat.amat gelabah tatkala itu.tapi misi tu tekan2 sikit baru la bole dengar, rupanya position baby tu yg membuatkan misi tak dengar heartbeat.lega rasanya......

^*NaNa*^ said...

msa 16weeks doktr sahkan uri sy kt bwh jgk..time ank 1st xda mslah..mula2 risau jgk..tpi since ramai kwn2 yg berpenaglaman bgtau yg uri nnti akn pusing naik atas blk so tunggu je lah smpai 7bln..punca nya sma jgk ..mgkin aktif bergerak dan kdg2 dukung ank 1st ..mintak2 smua ok..skg da 5bln..

ezan said...

ezan dulu pun masa mengandungkan marha uri cam kat bwh gak. ada blog pasal ni. tp lama2 nak dekat2 bersalin dia naik sebab baby dah penuh dlm perut. tolak uri nik atas. dont worry..

lg 1 salah 1 sebab dr kata sebab kita dukung anak kecik (marea).. :(

chugie said...

Ngeri bila buat cek up, and terima macam2 kabar berita dr doctor kan?

Tp jangan pernah tinggal berdoa dan teruskan bersemangat, walaupun sedih.. cam yang sy alami masa pregnant dulu, tiap masa akan berdoa dan sentiasa beri semangat pd diri sendri dan anak yg dlam perut tu supaya KUAT! insyaalah, dengan izinNYA, di permudahkan kan?



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi