Friday, April 01, 2011

April datang lagi

Sudah 1 April.
Sangat pantas masa berlalu, tanpa sedar kita sudah menginjak ke bulan 4.
2 hari lagi birthday Husna ke 2 tahun :)
03.04.11
Orangnya tetap tak besar2 juga, takat tu je :)
Berat maintain 8.8kg.

Alhamdulillah, dia sihat walaupun ada ekzema.
Jarang kena demam bukan2.



budak nak masuk 2 tahun :)



Yg kelakar tentang Husna:

  • kat mana2 pun dia boleh sujud seolah2 tengah solat.
  • kat mana2 pun dia boleh azan dengan penuh khusyuk dan gaya tersendiri (tangan siap tutup telinga)

Yg best tentang Husna:

  • dia petah bercakap.
  • rajin, boleh disuruh (benda simple dengan tunjuk ajar yg straight dia akan ikut)
  • suka baca buku, habis majalah ummi dia selongkar.
  • suka bertanya, akan keep asking sampai dia puas hati (kadang2 ummi abah malas nak jawab :))

Esok, insyaAllah kami sekeluarga nak jalan2 rehat2 kat Cameron Highlands lagi sampai Isnin.
Saja2 sambil boleh celeb birthday Husna sekali.
Simple je kut, buat makan2 dan kalau sempat beli kek.
Encik abang kata tak mahu ajar dia tiap2 tahun nak ada kek birthday.

Weekend ni anda semua ke mana?


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

Faryza said...

buat nye tersakit kat cameron karang..hhehehehe.. saje takut kan huda....bweekk

Huda said...

faryza - mudah2 an tidakla smpi gitu :) jeles ke x leh jalan2 sama? :P

Fyqa said...

hehe. happy birthday coming soon to husna :D

ieda said...

sekejap je masa berlalu , sepantas angin .. tanpa kita sedar anak2 makin membesar .. menginjak usia kita juga ..

semoga husna jadi anak kebanggaan ibu dan ayah dan semoga semua doa dan harapn yg baik berkekalan buat husna :)

hezrina83 said...

beshkan pergi cameron highland??sejuk jew..nnt mummypun nak pegi lagilah



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi