Thursday, May 12, 2011

Kelahiran Lukman: Episod 1

Malam itu, sambil sembang2 dalam bilik before tidur, encik abang sibuk mengadap lappy buat kerja.
Husna pulak langsung tak kelihatan tanda2 yg dia mengantuk.
Duk keliling bilik, main itu main ini.
Sepahkan itu, sepahkan ini.
Kejap2 kang dia cakap..."ummi..." sambil senyum2 kat sy.

Sy layankan je la. Sambil usap2 perut.
Adik Husna kat dalam duk berguling2 main gusti agaknya.
Sy katakan kat encik abang,
"abang, mehla tengok perut ni...sementara boleh tengok dia berombak2 bagai ni..nanti dah keluar, tak dapat dah tengok moment camni lagi..."
Encik abang tengok juga sambil senyum2 :)
Sy ajak Husna tengok sekali suruh dia pegang perut sy tu.
Husna cakap..."adik...adik..."
Lepas tu dia kembali main tah apa2 kat dalam bilik tidur kami.
Jenuh nak tunggu dia tidur. Dekat pukul 1 lebih juga dia tidur.
Then, encik abang pun mula melabuhkan diri.
Sy pula???

Cuba juga untuk melelapkan diri.
Pusing kanan, pusing kiri...tak berhasil.
Memang sindrom tak boleh tidur tu datang di akhir2 kehamilan.
Sy baca macam2 doa, surah supaya mata boleh lelap.
Sambil tu, ada terasa sengal2 kat perut dan pinggang.
Tp sy buat tak kisah je...

Jam 2.
Jam 3.
Jam 4 sy betul2 rasa tak selesa.
Terasa nak membuang air besar.
Selesai di situ, tiba2 sy rasakan kesakitan di pinggang tu macam menyucuk2.
Ok, sy bertenang!!!
Sy cuba estimate berapa jarak masa antara setiap sakit yg datang tu.
10-15 minit.
Eh!!!
Dah nak bersalin ke?
Sy relax dulu.
Ke kanan tak mahu, ke kiri tak mahu.
Serba tak kena la orang kata.
Jam 5, sy betul2 rasa mengantuk tp tak mampu nak lelapkan mata.
Sy kejutkan encik abang yg berdengkur di sebelah :)
"abang, sy rasa sakit2 la..."
Sambil kesat2 mata, encik abang cakap..
"nak g hospital tak?"
Sy balas...
"still boleh tahan lagi, sakit tak teruk sangat..."
Encik abang kembali tidur.

Sy lantas bangun setengah jam kemudian.
Ke toilet.
Mandi dan ambil wudhu'.
Belum Subuh. Sy solat tahajud.
Berdoa panjang.
Usai tahajud, sy kejutkan encik abang.
"Lepas Subuh kita pergi hospitallah bang..."
Encik abang angguk dan terus bangun mandi.
Sy kejutkan ibu abah di bilik depan.
Husna pun boleh terjaga sendiri...dan encik abang ajak dia mandi dengan alasan nak pergi jalan2 Tesco :) :) :)
Lepas Subuh, kami semua bergerak ke Ipoh Specialist.

~to be continue~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

Faryza said...

cont...cepat.. syok ni..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

teringat time kita nak bersalin dulu...cepat2 citer nak tau sambungannya

Puan ApasH said...

Bab ajak jalan ke Tesco tu sepesen je ngn Qaseh. Akak pon selalu bagitau kat Qaseh nk gi Tesco bila ajak dia bersiap bila nak keluar. Padahal bukan setiap kali gi Tesco. Kang kata gi Jusco tak jalan plak. Sebab dia tau Tesco je. huhuh..

Dorang ni bleh jadi duta TESCO nampak gayanya.

Izan Ishak said...

baca ni teringat masa kak izan nak bersalinkan muhaimin 8 thn lepas...lebih kurang camni jugalah... awal2 pagi dah pi hospital....tp bersalin lambat lagi sbb anak sulung kan.

NM02 said...

teruja nak baca sambungan...

ajumohit said...

alahai meremang bulu roma baca entri ni, tp huda smpt lg ye solat alhamdulillah..kalau akak msti panik dah, terus ajak hubby spital tang tang tu jugak..even anak dh 3 hehehhe...baguih2

SyidaGorjes said...

tesco ipoh da bukak time subuh ye?hihihi

Huda said...

terima kasih semua yg membaca :) akan disambung esok..

ieda said...

alhamdulilllah .. selamat berpantang dik :)

eT said...

dah bersalin ker???tahniah...
nk tengok baby chumel.....



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi