Monday, May 16, 2011

Kelahiran Lukman: Episod 2

*Sambungan dari SINI*

Alhamdulillah, pagi tu jalan clear.
Husna awal2 dah cakap kat diri dia sendiri, "tak boleh duduk dengan abah, bahaya..."
So, dia duduk di seat belakang together with atok neneknya.
Traffic light hampir kesemuanya hijau, if merah pun sekejap2 saja.
Part jalan paling havoc selalunya area Ayer Tawar, pun clear pagi tu.

Encik abang drive dengan kelajuan biasa2, tidak laju sangat dan tidak terlalu slow.
Otw tu, tengah sakit2 macam2 lawak yg keluar dari mulut encik abang.
Sakit2 pun sy turut gelak sama :) Kurangla rasa sakit tu.
Setibanya di Ipoh Specialist jam sudah pun pukul 8.25am.
Terus ke kaunter registration.
Cik kat kaunter tu suruh admit terus ke dalam wad.
Sementara tunggu encik abang settlekan registration, sy sudahpun dihantar masuk ke sebuah wad khas untuk tunggu bersalin. (labour suite tak silap namanya).
Sy diberi persalinan.
Disuruh membuang air kecil.
Dan kemudian, baring di sebuah katil. Kena cucuk masuk ubat buang air besar.
Tak lama tu, sy pun membuang la :)

CTG dilakukan.
Alhamdulillah, jantung baby normal.
Sekitar jam 9am, doc Nagara masuk.
Dia tekan2 ari2 sy.
"sakit u dah agak kuat yer...ok tak apa..."
Dia check dialation.
3cm. Huhu.
Kemudian, air ketuban dipecahkan.
"baby u dah berak sikit, but dont worry...kita akan monitor u...tengok macam mana.."
"puasa yer..minum saja, jangan makan..."
Sy anggukkan saja.

CTG still berlanjutan hampir setengah jam.
Oh yer, encik abang ada masuk kejap2 jenguk sy.
Sekejap kang dia keluar jenguk Husna di wad yg bakal sy diami lepas bersalin.
Setiap saat dan masa yg berlalu rasa macam lambat je.
Ke kiri salah, ke kanan pun salah.
Mulut ni memang tak lepas2 la baca ayat nabi yunus, selawat nabi dan doa2 mudah.
Jam 10.30am, doc Adlan datang jenguk sy.

Tak lama kemudian, bila nurse check result CTG ok, so mereka nak tolak sy masuk labour room.
Sy kena drip untuk mempercepatkan proses bersalin (sebab baby dah berak kan).
Memang sakit tu datang kejap2.
Same case dengan Husna dulu, nurse akan tanya, nak injection ke?
Sy sebolehnya tak nakla kan :)
Tp akhirnya sy mengalah juga...ambil juga injection tu. Bukan epi.
One thing, injection tu langsung tak membuatkan sy rasa lega.
Sakit tu tetap ada dan akan ada.
Encik abang memang sentiasa di sisi menemani.
Sy memang menangis part2 sakit nak bersalin ni. (teringat masa Husna dulu pun gitu)
Puas encik abang pujuk sambil kesat2 air mata siap cakap "syyyhhhh...jangan nangis..."
Nurse yg baik hati tu pun cakap, "Nurul, jangan nangis yer..."

Jam 12pm, doc Adlan masuk labour room nak sambut baby.
Ok, time ni sy rasa masa berjalan sangat pantas.
Beberapa kali sy cuba meneran tp nafas yg sangat pendek menggagalkan usaha untuk bawa keluar adik Husna.
Doc akhirnya decided gunakan vacuum untuk keluarkan adik Husna.
Setiap kali sakit tu datang, gas etanoksla penyelamat sy.
Buat sy rasa mamai sekejap.
Memang sakit. Tipulah kalau ada yg kata, proses bersalin tu tak sakit.
Untuk cubaan seterusnya sambil meneran, laungan AllahuAkhbar sy jeritkan. (dah tak tahan sakitnya Ya Allah namaMu ku sebutkan)
Alhamdulillah, teran yg terakhir itu membuahkan hasil.
Lukman berjaya dikeluarkan.
Terus diletakkan di atas dada sy.
Encik abang, sy terdengar dia juga mengucapkan "segala puji bagi Allah..."

~cerita kelahiran Lukman berakhir di sini :)~


Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua ibu dan bakal ibu di luar sana :)
Bukan mudah sebenarnya nak melahirkan seorang khalifah kan.
Rasa teruja tu memang ada setiap kali disahkan mengandung, tp debaran untuk melahirkan jauh lebih bermakna.
Jihad sesetengah orang kata.

Selamat berhujung minggu :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 comments:

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

kita time bersalin balqis sorang2 je kat dalam bilik labour room, bersalin pun dengan nurse je, tak sangka jugak kita setabah tu boley melairkan balqis tanpa sapa2 disisi.macam2 ayat la kita baca, sakit time nak bersalin tak de sangat cuma time baby menolak nak kuar tu je sakit betul

nieda said...

segala kesakitan semuanya terubat dgn kelahiran luqman

SyidaGorjes said...

akak tgh menghitung hari.....nerves nih.

wan nurul hezrina said...

alhamdulillah semua sakit penghapus dosa diubati ngan kelahiran yang cukup sempurna..bila baca entri huda nurul tetiba nerves lak..hikhik..nie pun tunggu masa jelah...

♥EyZa QHaiRy♥ said...

sebak je baca.. teringat time nak lahirkan Qhaira.. eza pon nangis setiap kali sakit tu dtg.. tapi bila Qhaira dah kuar, eza rase mcm eza yg lahir semula..

Alhamdulillah.. :)

yatie chomeyl said...

bila anak dh lahir tu kan..hilang dh sakit2 semua kan

hani@debumelukut said...

sakit bersalin hilang bila tgok wajah anak..sakit pun serik sekejap jer, tahun depan pregnant lagi..

ezan said...

ezan bab2 nk bersalin ni mmemang benda yang paling x kan dilupakan kan.. macam2 rasa.. tpkan huda mesti rasa sgt berbaloi kalo keluar lukman yang handsome & soleh tu.. :)

Nia said...

congrats dear!!!

Faryza said...

usihhh nk bertakung air mata aku...huhuhu aku sebak masa nurse ckp doc decide kita operate... pasrah.. operate kali kedua...

ajumohit said...

tingat masa bersalinkan najwa hubby ada temankan, bersalinkan najiha tak berteman hubby coz dia tertido dlm kete kepenatan, bersalinkan adam hubby ade coz ini hero yg dia tunggu2 hehehe alhamdulillah



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi