Tuesday, June 28, 2011

Susu anak tanpa gula

Baru-baru ini, encik abang bersembang dengan salah seorang kontraktor.
Isunya, susu tepung anak.
Kata kontraktor tu, anak dia baru tukar susu Anmum.
Before this peminum tegar susu enfagrow anak dia jadi sangat aktif dan kulit jadi sensitif.
Mungkin ada benar dakwaan nya, bila tukar kepada Anmum, kulit anaknya beransur pulih dan tidak terlalu sensitif.
Kontraktor tu pun cakap, susu enfagrow ni paling banyak kandungan gulanya.

Perihal anak jadi aktif tu, ada benarnya juga.
Husna pun peminum tegar susu itu, menjadi sangat aktif.
Tp bila dilihat kandungan susu tu, ada 4 * DHA. yes! DHA pun punca Husna menjadi seorang kanak-kanak yg aktif dan keletah.
Apa pun kita ajar kat dia, memang dia senang dapat.
Pendek kata, bijak!




Bila isu susu anak ada gula ni keluar, sy teringat seperkara.
Beberapa bulan lepas, Husna pernah mogok tak nak minum susu selama 2 weeks!
Puncanya, kami try tukar susu enfagrow kepada NAN (yg alergi)
Hasilnya, dia tak nak minum. Memangla rasa susu NAN hypoallergy ni tak sedap.
Lepas tu, bila kami bancuh susu lain (susu Isomil soya based) pun dia tak nak.
Cukup 2 minggu, kami betul2 risau dia langsung tak nak minum susu.
Maka, kami beli semula susu enfagrow untuknya.

Memang payah bila anak dah pandai merasa dan menilai ni.
Kalau tak sedap, memang dia cakap straight to the point..."tak shedapla ummi..."
Geleng kepala je la sy.
Takat ini, sy maintain and teruskan saja beli susu enfagrow.
Ada niat nak tukar anmum, tp bila fikir balik peristiwa dia mogok...terus termati niat tu.

Ok, bg yg tidak tahu, rasa susu enfagrow ni memang manis dan tak hanyir.
Sy pun suka curi2 rasa dan minum susu ni.
Husna lagila sukakan sebab sedap.
Compare susu2 lain ada yg bau hanyir, menyebabkan Husna tak nak langsung rasa.
So now, sy beli yg plain saja tak ada flavour honey or vanilla.

Apa2 pun, kalau anda seorang ibu yg prihatin, silalah check susu anak anda sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Pilihan di tangan kita kan.
Kita pengguna ada hak juga nak menentukan yg terbaik!

Apa pendapat anda tentang isu susu tepung anak?


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 comments:

ummu muhammad said...

huda trylah susu kambing brand karihome untk husna..jual kat farmasi selalu tapi memang tawar ngebehlah kot..insyaAllah kandungan die ikut paiwai..

ummi anum said...

salam...
dulu anak akak pun minum susu Anmum yg sebelum di tukar kepada kurang gula tu..tp bila beli yg tanpa gula tu terus dia tak nak minum sampai skrg..skrg ni minum milo jer..

ajumohit said...

anak2 akak minum dutch lady...yg najiha tu akak bg perasa madu, adam biasa, najwa coklat..tp najiha mmg mengalami kenaikan berat badan ketara..mungkin kandungan gula dlm susu tu kot..cian najiha hahahha

Bila Najwa demam...

Puan ApasH said...

Qaseh pon minum Enfagrow. Mmg active gile. Tapi baru2 ni harga naik lagi. Katanya lebih DHA lagi. huhuhu..

Akak pon tgh try nak tukar susu Anmum Tanpa gula tu.

hadina said...

anak ina lak..tak nak minum susu langsung..dah pernah buat dulu, tp sekali dua je dia minum, pastu no more dah...

Fieza79 said...

kalau isu psl susu tepung ni mmg pening nk buat pilihan kan...anak2 plak dh pndai memilih rasa susu...kalau dh suka satu2 susu tu dia tk kan mau yg lain dh...

|| NaFiRaa || said...

isk..mogok tak nak minum susu.. haih~ biar lah lebih gula sikit pon..janji anak minum susu.. mmg susah hati betol kalo anak x nak minum susu..

Myra Jay said...

Itula dalam iklan pun ada cakap gula banyak dalam susu, susah kan nak cari susu ikut kesesuaian anak..

yatie chomeyl said...

SN lepas stop BF ni dia minum frsh milk dgn yogurt drink saja. akak bg formula milk semua dia tak nak

wahida said...

saya pun pernah buat n3 pasal susu tepung yg ada byk kandungan gula ni...

tapi tu lah masalahnya, anak2 dah biasa minum Dutch Lady, bila disuruh tukar susu, dia tak nak lak...adoi la...

ezan said...

marea pun minum enfagrow. tp ezan xnk tukar g susu anmum sebab nk enfagrow jugak. hahaha. mungkin ezan salah tp 1 thing yg ezan percaya. bg susu yg anak nk minum. sb susu penting utk dorg. susah gak kalo x minum susu ni. lgpun kalo bg susu xde gula tp lepas tu bg mkn cokelat bagai cam xde effect la gak kan? huhuhu...

Izan Ishak said...

anak2 kak izan minum susu dugro je. setakat ni okay je..dan tak pernah rasa nak tukar ke jenama yg lain. kalau nak beli yg mahal2 tu mmg tak mampu rasanya~

Nia said...

anak saya kena minum Isomil sebab tak tahan susu lembu. Itu pun boleh tahan kandungan gulanya..huhu..

nieda said...

pernah nk try susu formula kt humaira..problem dia reject apa2 yg berunsur warna putih..gerammm



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi