Tuesday, July 19, 2011

Dinner di Horizon Garden, Manjung

Hari Ahad malam Isnin baru ni, kami keluar dinner kat Horizon Garden.
Sebuah restoran yg menyediakan pelbagai makanan chinese and thai style.
Pukul 8.30pm kami called untuk order makanan. Katanya, 15 min je dah boleh siap.

Dah beberapa kali kami makan kat sini, masa anniversary bulan 3 hari tu, lepas tu ada beberapa kali dengan parents dan parents in law.
So, kali ini kami berdua saja, anak-anak? Husna bukannya makan sangatpun :)
Lukman pula, kan masih bf :)



boleh pilih nak makan set or ala carte




Kami pilih set A (2-3 persons) RM57 nett.
Free chinese tea dan mixed fruit.
Ada 4 dishes boleh dipilih untuk set A ni.
So, kami pilih deep fried almond chicken in japanese sauce, steamed fish in kapitan style, egg with seaweed soup dan fried squid with butter.
And add on one more dish, softcrab salted (ketam lembut dimasak dengan telur masin)
Air, watermelon juice dan honey dew juice for me.
Walla!

Tp kan, baru 10 minit makan kami dah kekenyangan :P
Haha! Apa nak dikata, 5 dishes ok!
Orang kata melantak bukan makan dah tu :)
Sy cakap kat encik abang, lepas ni jangan buat macam ni lagila :)
Ikut nafsu makan, badan lak yg binasa kan. Hehe.

Kami bungkus bawak balik softcrab dan squid tu.
Yg lain, boleh kata habisla :)



pilihan menu untuk set.




brochure



Selain set, kat horizon garden ni ada steamboat juga (latest).
Ala carte pun ada, sizzling etc.
Then, dessert pun ada macam puding, ice cream. Pilih saja ikut budget.

Tujuan kami pilih dinner kat sini sebab encik abang teringat-ingat kat softcrab tu.
Oh yer, kami ambil yg small size RM30.
Tujuan lain sebab restorannya beraircond :) Kesian kat budak-budak kan, bg sejuk sikitla :)
Sekali sekala boleh la kan makan mahal-mahal gitu, kalau selalu sangat kang, membazir pulak.



softcrab ni saya panaskan semula tengahari semalam :)
sedap sangat...





squid masak butter...
tinggal sikit je time bungkus bawak balik :)



ps: sorryla, entry tanpa gambar kami makan-makan sebab 2-2 dah lapar tengok lauk dah terhidang bila sampai :)


jom klik:



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

|| NaFiRaa || said...

teringinnnnn sgt nak try makan softcrab tuh!!! lama dah!! tapi tak dapat lagi!! sedapnye!!

ajumohit said...

Sedapnya mknan2 ni, sesekali mkn berdua terasa romantiknya kan huda

nieda said...

sedapnyer

ummu muhammad said...

berbaloinye utk rm57! sedapnyer nmpk! sesekali raikan pent bekerje takpe ;)

p/s: siap tapau mkne tk bazir ;D

MrS. F!zA said...

perghh tgk harga pon boleh tahan..kalo sedap mmg berbaloi lah kan mahal pon..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi