Friday, July 01, 2011

Elakkan kembung perut

Bagaimana nak elak atau kurangkan kembung perut anak?
Masa Husna dulu, dia memang selalu sangat kembung perut, kali ni menurun kat Lukman pula.
Tp masa dalam pantang dulu boleh kata every night dia kena lepas luruh pusatnya.
Now, dah tak teruk sangat.

Sy tidakla pantang sangat bab makan minum ni lepas pantang.
Mungkin itu salah satu penyebabnya, bf kan.
Sy memang risau sangat bila Lukman kembung sebab dia boy kan, memang kena jaga betul2.



So, sy banyak baca dan cari tips dari internet.
Dah apply juga.

  • cuba rasa ubun2 anak bila dia tak berhenti menangis, jika berlekuk maknanya dia tengah kembung perut.
  • amalkan sapu minyak telon selepas mandi di perut, belakang, betis dan tapak kaki anak.
  • amalkan sapu minyak sebelum masuk tidur.
  • tiarapkan anak sambil urut2 belakang badan (dia akan rasa lebih selesa dari terlentang)
  • sendawakan anak selepas menyusu, supaya angin yg ada dalam badannya dapat keluar.
  • bg anak lelaki, disarankan tuam perutnya dengan lada hitam atau halba yg dibunjutkan.
  • bg ibu yg bf, anda cubalah berpantang makanan yg sejuk2 untuk elakkan kembung perut kerap berlaku.
  • pastikan anak melekap penuh pada puting anda supaya angin tidak masuk ketika dia menyusu.

Cubalah yer, ikut pengalaman 2 anak ni... Alhamdulillah.
Tidaklah teruk sangat bila mereka kembung.

Sesiapa ada tips lain, boleh share sama :)



psst: esok plan nak pergi mandi manda :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 comments:

*azni* said...

bagus info ni..ada jugak yg azni buat mcm no 2 dan no 4 tu..

Fieza79 said...

info bagus ni..tq huda..

kembung perut bayi yg melahir kan mmg takleh nak elak kan...cuma leh kurang kan...

wan nurul hezrina said...

MERAH JARANG KENA KEMBUNG PERUT..semua tips atas ada apply kecuali yang baru tahu yang terakhir..good info huda.

atfina said...

thanks huda... mengingatkan benda2 yang dah terlupa.. :)

|| NaFiRaa || said...

anak2 saya mmg jarang kena kembung.. masa dlm pantang mak sy akan tuam perut bb setiap hari lepas mandi petang.. pastu mak sy mmg suh saya jaga makan..jangan makan bende2 yang boleh sbb kan perut bb kembung..

SyidaGorjes said...

alhamdulillah riffa tak penah kena lagi,moga dijauhkan.
makanan yg sejuk tu ape?yg dlm fridge?

Myra Jay said...

Dulu masa jaga anak menakan dia kerap gak kembung, kitorang simpan tali pusat dia, bila kembung kita bungkus then tuam, baru ok..

::NureeN:: said...

alhamdulillah masa ellesya kecik2 dulu x pernah kembung perut.. org kata sbb ellesya tidur meniarap.. salah 1 petua utk bb x kembung perut adalah tisur miarap..

pastu setiap kali lepas mandi nureen sapukan minyak telon kat pusat ikut arah jam kira berputar la dr tengah pusat smpai la ke tepi perut.. pastu sapu cikit kat bhgn betis kaki.. ;)

nieda said...

bagus info..

armouris said...

lagi info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung

Cik Rose Cute said...

Anak Cik Rose Cute pun selalu kembung kesian dia....



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi