Thursday, July 14, 2011

Sedapnya Lambaian Cendol :)

Entry ini untuk mencairkan hati anda yg sedang panas :)
Jangan ada yg terliur sudahla yer :)

2 malam sudah kami keluar jalan-jalan cari makan.
Sudahnya singgah mcD. Encik abang order ala carte GCB, sy order medium set spicy chicken mcdeluxe. Husna sibuk nak main kat playground.

Selesai makan, kami jalan-jalan sekitar Manjung.
Ternampak lori cendol, apa lagi terus cakap "sedapnya makan cendol malam-malam kan bang..."
Tak ada niat suruh beli pun :P
Encik abang pun lantas menjawab, "nak ke? kita beli sebungkus ok?..."
Sy pun cakap, "ok, no problem..."
Dalam hati dah suka dah dapat makan cendol.
Oh ye, memang sejak kebelakangan ini sy mudah rasa lapar.
Tambah2 lepas susukan Lukman :)
Jangan bertambah berat sy sudah, turun tak apa :)

Jom layan pic cendol.



ini rupanya cendol tu...penuh semangkuk :)




sy nak sedut, Husna nak suap pakai sudu :)
Berebutla kami....hehehe...




ini bukan makan cendol,
dia pergi kunyah air batu...hai anak :)




si pipi labuh sedang menyuap cendol :)


Bagi yg tak tahu, cendol ni namanya Lambaian Cendol.
Memang famous sy rasa area Manjung ni.
Sedap sangat ok!
Lemak je santan dia. Manis pun cukup.
Boleh pilih letak pulut or kacang merah. Nak mix dua-dua pun boleh.
Harga lain-lain la kan. Tp ok lagi, sangat berpatutan.
Sy siap jumpa blog Lambaian cendol kat Google.

Siapa lagi suka makan cendol?




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

ummu muhammad said...

hudaaaaa...mengapahkh dikau membuatku terbyg byg en celdol yg lazat ini...dimanakah bule kucari disini eheeeee

ajumohit said...

cendol pulut pon sodap huhuhuhu

MrS. F!zA said...

sedapnya cendol... kita pon penggemar cendol..ahhhh ni yg terliur ni

nieda said...

suke..sedap nak2 masa cuaca panas..huhu



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi