Friday, August 05, 2011

Cabaran menyusu di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan yg ke 5.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada hari ini.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT, insyaAllah.

Cabaran menyusu pada Ramadhan kali ini sangat hebat.
Hebat yg macam mana tu?
Boleh kata, Lukman sangat boleh tahan kuatnya menyusu (ummi baru sedar :))
Sebab before this Lukman tidakla kuat menyusu, sejak menjak ni je demand nye lain macam sikit. Nak berkepit je kerjanya :)
Time Husna dulu, last year saya masih menyusukan Husna sepanjang Ramadhan tidakla sehebat ini cabarannya.

Seawal jam 6am Lukman dah terjaga sebab time tu saya tukarkan cdnya.
Then, dia confirm nak susu punya untuk sambung balik tidurnya.
Di waktu siang pula, dia dah jarang tidur kebelakangan ini.
Banyak main. Bila dah haus, surela dia nak susu kan.
Saya ok je takat ini, insyaAllah :)
Sampai petang je saya ada sedikit lembik.
Tp kuatkan juga semangat untuk masak juadah berbuka.
Oh ye, sehingga semalam kami tidak pernah lagi ke bazaar Ramadhan di Manjung ni.
Tak tahu nak beli apa kalau pergi bazaar.
Tengok itu, tengok ini kang semua nak dibeli :)



si kecil Lukman :)



Berbalik pada topik asal, saya bersyukur pada Allah sebab murahkan rezeki Lukman.
Susu maintain walaupun saya berpuasa.
Alhamdulillah.
Cuma, waktu malam tu saya kena banyakkan minum air untuk top up balik air dalam badan saya.
Kurma juga wajib kunyah untuk berikan energy pada tubuh saya.
Selain itu, makan nasi macam biasala.




Moga Allah permudahkan usaha saya sepanjang Ramadhan ini, amin~





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 comments:

Izan Ishak said...

syukurlah huda...moga Allah permudahkan segalanya buat Luqman. boleh minum susu ummi sampai 2 thn ++..

yatie chomeyl said...

Insya Allah , Ameen :)

Myra Jay said...

InsyaAllah kak mudah2an..
Memang menyusu bulan posa ni 1 cabaran tapi kita akan puas bila tgk anak kenyang kan.. :)

ajumohit said...

Mudah2 an perjuangan huda dipermudahkan, betul tu bykkan minum air Dan kurma juga pelebat susu ibu

ezan said...

alhamdulillah. semoga lebih murah rezeki susu utk lukman.amin

aanie said...

walaupun kita bf, tp tenaga kita tetap ada kan??
semoga berjaya bf sepanjang ramadhan ni...amin....

*azni* said...

insyaallah,semoga tuhan permudahkan perjalanan penyusuan lukman...

eB ezrin said...

moga dipermudahkan. aminnnnnnn

Nia said...

owh,..bagus tu kalau stok still sama walaupun pose. Rezeki tuu, alhamdulillah..takpe, yg penting teruskan semangat BF kan :)

Ummu Ukasyah said...

semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua untuk menyusukan anak di bulan penuh berkat ini. Allahuma Amin.

SyidaGorjes said...

akak mmg makan banyak lps solat isya' sbb takut tak ckup susu siang hari nanti.minum air mmg kena banyak.akak amik supplement skali.just incase

|| NaFiRaa || said...

insyaAllah.. mesti ade rezeki untuk anak kita..:)

nieda said...

insyaallah semoga dipermudahkan

Huda said...

terima kasih semua :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi